Saturday 15 February 2014

#007 short one

'Hidup bagaikan roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.' That was people always said. To me I admit it is true. Coz it happen to me too as well. But I'm not easy give up for that. :)

In cyber life :-
Friend : How are you today? 
Me : Always fine *smile*
But the fact it is not the real feel rite? Kita menipu hanya untuk sedapkan hati dia. Tapi hati kita yang rasa sedih hanya Tuhan yang tahu. Happy ke tidak, dorang tak akan tahu except they feel us with our typing or base on how excited our mood rite? If they know it that's true friend call even just in cyber life. You should proud then :/

In real life :-
Friend : Babe, how are you feel today?
Me : *fake laugh* Yeah, look! I'm okay! Fine like before.
Friend : Don't lie with me coz I know you then you know yourself. 
Me : *smile* Eh, I'm okaylah... 
How sweet if have a friend like that rite? I wish I have one and I do have one too. Alhamdulillah. She's good and know me better. Love her so much <3 Well, susahkan nak tipu bila kita kata okay but the fact we're not okay apabila berhadapan dengan kawan kita? I had feel it before and it's true. As you know, what I wrote about quotes sometimes involve my life too. ^^

So, what we must do just take the positive one and ignore the negative one! For sure you will fine. Oh, don't forgot Allah always help you. Berdoa dengan ikhlas In Sha Allah hati akan tenang. Your sad life one akan jadi memori lama and continue with new happy life. Believe in His faith. -:)

Stay smile, smile and smile. Senyum itu satu sedekah rite? :) 
Wassalam...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Masih Aku Cinta [Part 3]

         Keputusan yang aku ambil mungkin agak mengecewakan tetapi ini sahaja caranya untuk aku selesaikan. Kak Farah memang marah dengan keputusan ini tapi nak buat macam mana bila hati ini tiba-tiba menjadi tawar hati dengan sikap Adam yang mula berubah.
         “Siapa yang berubah? Akak tak rasa si Adam yang berubah tapi Liya sendiri berubah!” begitu marah sekali kak Farah terhadap aku.
        “Entah kak, mungkin sebab Liya dah tawar hati dengan dia. Liya tak rasa sayang lagi jadi adalah lebih baik Liya putuskan sahaja hubungan ini. Daripada Liya sakitkan hati dia.” pahit rasa tekak untuk berkata sebegitu tapi hakikat sebenar hati aku sakit sangat. Biarlah hati ini sakit daripada hati dia. Dia terlalu baik dan terlalu sempurna untuk aku. Aku rasa tak layak bersamanya.
         “Liya… akak tak sangka Liya macam ni. Mudahnya Liya membuat keputusan.” Kak Farah bernada sayu mungkin kecewa dengan aku.
         “Maafkan Liya tapi tolong kak faham Liya.” Pohonku. Aku hanya memerlukan kak Farah untuk memahami rasa hatiku ini.
        “Apa yang akak perlu faham, Liya?! Cakap dengan akak! Atau… Liya tawar hati sebab dah ada orang lain?”
       “Ya, Liya dah rasa sayang orang lain. Dia yang selama ni ambil berat pasal Liya sepanjang kesibukan Adam. Dia yang bersama Liya sentiasa. Dia yang banyak tenangkan Liya.” Kata-kataku mengundang tangisan kecil dari kak Farah. Maafkan Liya, kak!
        “Sampai hati Liya. Liya kata dia yang banyak tenangkan Liya? Liya lebih sayangkan dia? Habis akak ni apa?! Adam tu macam mana?” dengan tangisan kak Farah memarahi aku. Biarlah Kak Farah nak marah. Aku terima sebab semua ni salah aku juga.
        “Maafkan Liya kak. Liya … hmm Liya harap akak faham. Liya masuk bilik dulu kak.”

        Kejam! Kejam! Kau memang kejam Liya! Kau berjaya sakitkan hati Adam dan kau juga berjaya kecewakan Kak Farah. Mana pergi hati suci kau Liya? Arghhh!


Aku mengeluarkan buku diariku dan menulis.
Takut terluka, takut tersakiti, takut terseksa.
Memutuskan dan tidak setia adalah alasan terbaik.
Maafkan aku Adam.
Kau terlalu sempurna buat aku yang jenis tidak setia ini.
Kau bukan untuk aku Adam.
         Akhirnya air mata yang ku tahan jatuh jua bersama hati yang sakit dibiarkan…

Dua minggu yang lalu…
        “Ouch” habis buku aku berterabur atas lantai akibat di langgar oleh badan sasa ni.
        “Ya Allah. Sorry dik sorry. Nak cepat sebab nak hantar assignment ni. Maaf okey.” Habis meminta maaf terus pergi dengan tergesa-gesa meninggalkan aku yang menahan malu terpaksa kutip buku-buku yang terjatuh.
         “Tak guna! Dia langgar aku, lepas tu dia blah macam tu je?” aku membebel.
         Habis kelas aku mengambil keputusan untuk pergi ke cafeteria. Tekak haus pula teringin nak minum coke. Hehe.
         Selesai membuat pembayaran aku mencari tempat untuk duduk. Mata aku tiba-tiba terpandang seseorang yang mustahil aku boleh lupa. Ya! Betul! Dialah tu yang langgar aku lepas tu blah macam tu je. Perhitungan harus aku lakukan!
         Aku buat muka selamba berdiri di tempat dia duduk bersama kawannya. Agak lama juga aku berdiri kat situ sehingga dia menegur.
         “Ya, ada apa ya?” tegur dia.
         “Dah tak kenal saya dah?”
         Dia terkejut. “Pardon?”


“An ordinary girl was ‘hit’ by someone and after all he just left her with innocent face huh.” Kan aku speaking tunggang langgang dah.
         Tiba-tiba dia dan kawan dia ketawa. Huh tak guna!
         “Why huh?!” tanyaku.
         “Nothing. Okay, so what then you want? I just told you sorry right.” Sorry sorry, sorry naik lorry lah bro! Dah langgar aku, bukan nak tolong. Aku yang dapat malu nak je aku buat saman malu.
          “Okay fine then. Bye.” Aku terus blah. Aku pun satu apsal tergedik sangat nak pergi jumpa mamat tu. Ingat kau ada Adam. Mamat tu pun boleh tahan rupanya, kang buatnya dia ngorat kau ke? Kau jatuh hati kat dia ke? Macam mana? Hah!
“Hey you an ordinary girl?” tegur satu suara.
          Aku yang sedang menelaah buku di perpustakaan mendongakkan muka untuk melihat seorang manusia di hadapanku.
          Huh! Dia! “Yes me. Why?”
          Dia senyum. Woi, senyuman dia buat hati tergodalah pula. Aduh, janganlah macam ni!
          “Boleh duduk?”
          “Duduk ajelah.”
          “Hai, I Haziq Amri Dato’ Hamzah. Senior engineering kat sini. How about you?” dia tetiba mulakan intro. Cett, perlu ke beritahu nama bapa ada pangkat Dato’? Aku anak Tan Sri tak kisah pun tapi sebab mama dan papa tak ada kat Malaysia malas nak show off kan. Huhu. 
          Aku senyum. “Bukan mahram. I’m Nur Auliyana. Liya for short.” Simple intro kot.
          “Okay Liya, nice to know you. Hmm, I got to go. Meet you later. Bye.”
          Aku hanya senyum tanpa membalas kata.
Begitulah perkenalan singkat aku dengan Haziq. Sejak daripada hari tu, Haziq mula menjadi orang paling rapat bila di kolej. Kak Farah pun tak tahu langsung pasal hubungan rapat aku dengan Haziq. Tiap hujung minggu aku keluar, Kak Farah sangkakan aku keluar dengan Adam tapi sebenarnya aku keluar dengan Haziq. Haziq yang selalu ada dengan aku. Adam? Aku rasa malas nak ambil peduli. Daripada aku sakitkan hati dia dengan sikap aku yang tidak setia ni lebih baik aku minta putus dari Adam. Kan aku dah kata aku tak stick with one!
         Panggilan dari Adam dekat seratus kali aku biarkan. Tak penat ke tangan dia call aku ni? Mesej dia yang ke 10 juga aku tak baca. Bila mesej masuk, aku hanya tekan ‘exit’ malas nak baca. Aku tak sanggup nak baca dan tak sanggup nak bagi dia sengar suara aku yang mungkin akan nangis kali ni bila bersuara.
        “Liya angkat jelah call tu, terus terang kat dia. Kesian Adam akak tengok. Tak dapat call Liya, akak dia call juga.”
         Kesian Kak Farah yang jadi mangsa rasa bersalah dengan masalah aku. Liya… Liya… suka menyusahkan orang!
         “Hmm yela kak. Maafkan Liya, Kak Farah.”
         Panggilan yang ke 103 aku matikan dan aku hanya membuka mesej dari Adam.
Liya, kenapa buat Adam macam ni? –Adam
Liya, cuba jujur dengan Adam? –Adam
Liya, apa salah Adam? –Adam
Liya, kalau salah Adam, Adam minta maaf… -Adam
Liya, where are you dear? –Adam
Liya, I miss you a lot. Angkat call Adam please… -Adam
Liya, I need your explain not Farah. –Adam
Liya, tak sayang Adam dah? How could you do this to me, Liya? – Adam
        Menitis air mata lagi tika aku baca separuh dari mesej Adam. Tak sanggup nak baca mesej yang selebihnya. Sesungguhnya Adam terlalu baik untuk aku. Aku tak layak untuk Adam. Biarlah dia mencari cinta baru. Perempuan yang lebih ikhlas sayangkan dia tapi bukan aku.
Adam we officially break. Liya tak perlukan Adam. Go find new one, Liya dah ada orang lain. Sorry, I can’t stick with one. Bye Adam.
          ‘Send’ lalu telefon aku matikan tak sanggup membaca balasan mesej dari Adam. Ya Allah, ampunilah dosa aku. Ya Allah, kenapa hati aku terasa sakit sangat. Ya Allah, kuatkanlah aku…
          Langkah kakiku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk buat solat sunat malam. Mengadu pada Allah tentang hatiku yang sakit ini.

Sebulan telah berlalu. Tidak lama lagi aku bakal menduduki final exam untuk sem yang ketiga ini. Kisah aku dengan Adam juga sudah tiada. Adam juga sudah lama tidak menghubungi aku selepas malam tu. Mungkin dia dapat terima hakikat tapi hati aku masih sentiasa gelisah cuma bila Haziq muncul hati aku kembali tenang.
          Selepas Adam, aku bersama Haziq. Antara Adam dan Haziq. Haziq lebih banyak luangkan masa bersama aku. Keluar setiap hujung minggu sambil mengulang kaji bersama. Haziq pun dah masuk sem akhir. Lepas ni katanya dia terpaksa mengikut kehendak ayahnya untuk belajar ke Jerman. Dan aku? Sedihlah kot sebab kena tinggal… tak apalah, sekarang zaman moden. Skype kan ada?
         “Hai sayang…” Haziq yang baru tiba terus duduk di hadapanku. Lama aku tunggu baru dia muncul.
         “Hmm. Hai!” aku menyilang tangan sambil memuncung bibir. Merajuk!


“Alah-alah, kenapa ni sayang? Buat muncung panjang-panjang tu nanti saya beli tali ikat mulut tu baru tahu.” dia cuba memancingku dengan gurauannya.
        “Apa awak merepek ni? huh!”
        “Dahlah tu muncungnya, nanti saya cium. Hilang first kiss awak. Hahaha.”
        Aku terus tutup mulut dengan tangan. Kalau betul-betul dia buat macam mana? Kan naya! First kiss aku officially untuk suami aku okey!
        “Beranilah awak nak kiss saya. Terajang saya bagi!”
        “Berani je…” dia mula mendekatkan diri dia ke mukaku.
        Sepantas kilat aku menolak tubuh dia. “Awak!”
         “Gelabahnya awak. Rilekslah saya gurau je tadi. Awak comel sangatlah geram saya tahu tak…” katanya mengundang senyuman di bibirku. Pandai dia ambil hati aku.
          “Merepeklah awak ni!”
          “Hah, boleh pun senyum. Kan lagi comel kalau senyum je. Lesung pipit awak tu memang comel untuk di tunjukkan.” Pujinya lagi.
          “Yela… hmm… awak… saya laparlah.” Sengaja buat suara manja.
          “Alahai, kesiannya girlfriend saya ni. Okey, kejap saya panggil waiter.”
          Untuk kali ke berapa date aku dengan dia. Haziq buat aku senyum hari-hari dengan gurauan dia. Adam? Erm… terpaksa aku mengaku. Adam masih belum boleh aku lupakan.

-TO BE CONTINUE-

p/s Assalamualaikum dan Hye readers! So how? Agak slow kan cerita ni. Urm, Mia no comment. Lama dah tak menulis, idea jadi kaku terus. Becoming 16 to be next month! xD Hmm, well coz of tired with school semua memang tak sempat ahh. Btw thanks a lot siapa yang sudi baca even tak ada orang baca pun rasanya.  xDD So, next story will update later. Bila? Tak tahu ahh. In Sha Allah :) Okay till here then. Bubye ^^~






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Monday 3 February 2014

Masih Aku Cinta [Part 2]

Wah-wah sudah 2 bulan masa berlalu dan ini bermakna sudah 2 bulan aku dan dia hangat bercinta. Hmm… siapakah dia? Kata hati batulah! Tak stick with one lah! Ni apa kes dah bercinta bagai?
       Hehe… tak boleh nak kata apalah. Apabila hati aku ni jatuh hati pada sikap terlebih romantic dan peramah dan baik dia tu. Siapa lagi kalau bukan Adam mamat cool blog tu. Dah memang nama dia je ada dalam cerita ni jadi, memang dialah yang aku cinta sekarang.
        Aku mengharapkan yang halal suatu hari nanti kalau diizinkan oleh Allah. Kalau tidak, aku redha dan menganggap mungkin tiada jodoh antara aku dan dia.
       “Falling in love… Falling in love…”
        Jangan terkejut bila nada dering panggilan aku dah bertukar jadi lagu Falling In Love yang di nyanyikan oleh 2NE1. Hahaha. Panggilan segera aku angkat dengan senyuman terukir di bibir. Seperti biasa setiap malam sebelum tidur pasti dia telefon aku. So sweet I guess.
         “Assalamualaikum Liya…”
         “Waalaikumusalam Adam.”
         “Liya dah tidur ke?”
         “Belum… kalau Liya tidur. Liya tak jawab panggilan Adam.”
         Aku dengar dia ketawa kecil.
         Senyap.
         “Emm… Liya dah makan?”
          Dia seperti biasa suka menanyakan soal makan dan juga kesihatanku. Ini menunjukkan dia seorang yang pentingkan kesihatan. Hmm!
          Malam tu kami berborak agak lama, dekat sejam weh!
          Dengan lafaz bismillah dan doa tidur. Aku tidur dengan nyenyak malam tu.


“Amboi Liya cantiknya hari ni…” puji ke perli kak Farah ni?


          “Lahai kak, cantik apanya…” memang aku anggap perli kot sebab pakaian aku yang berseluar jeans dan t-shirt bersama cardigan dikata cantik. Mana ada cantik kan? Oh, mungkin sebab aku make-up muka aku sikit kot? Eh? Gila perasan!
          “Cantiklah Liya… Lain dari yang lain…”
          “Apa yang lainnya kak?”
          “Tu muka tu lain sikit. Macam tak kena dengan pakaian Liya ni.”
          Hmm! Sudah ku agak dah!
          “Hehe… Liya tepek make-up sikit. Kak, pakaian Liya kenapa? Tak sesuai ke?” aku menilik diri di hadapan cermin besar dalam rumah ni.
          “Haah. Apa kata Liya pergi tukar jeans tu dengan skirt labuh. Baju tu tukar blaus, sesuai sikit dengan skirt labuh Liya nak pakai.”
          “Err… skirt kak?” aku menggaru kepala yang tidak gatal. “Kak… Liya mana ada skirt atau kain-kain ni.” itu memang hakikat sebenar.
           “Ala Liya ni… dalam almari akak tu berlambak skirt labuh yang Liya bagi kat akak. Liya ambil jelah pakai yang mana sesuai dengan Liya. Saiz kita sama je kan Liya…”
           “Aduh… tak apa ke ni kak? Buat malu je… Liya yang bagi akak tapi Liya ambil pakai pula.”
            “Tak apalah Liya…”
            “Okey. Jom akak teman Liya pilihkan skirt labuh dengan blaus yang sesuai.” Tanpa sempat Kak Farah berkata aku sudah pun menarik tangannya untuk mengikut langkahku ke bilik.

Aku tak tahu kenapa dengan rupa aku hari ni sampai dia ternganga dan buat muka terkejut pandang aku. Pelik ke pakaian aku hari ni? Dengan blaus berlengan tiga suku berwarna lembut dipadankan dengan skirt labuh yang bercorak. Memang penampilan aku lain hari ni tapi ada yang pelik ke di mata dia? Ke baju ni ada kesan koyak atau skirt aku ni tercarit benang ke apa? Amboi, jauh aku buat tafsiran…
          “Adam? Adam…” aku melambai-lambaikan tanganku di hadapan muka dia.


          “Hah ye? Saya?”
          “Tutuplah mulut Adam tu. Gaya Adam macam nak makan saya je. Tengok semua orang pandang tu.” aku sengaja bergurau menambahkan situasi ceria yang amat janggal.
           “Oh. Hmm… Maafkan Adam. Adam terkejut je tengok Liya cantik sangat hari ni. Lain daripada yang lain. Eh, mari duduk Liya!” Adam menarik kerusi di hadapannya untuk berikan aku duduk. Sungguh romantic di situ.
           “Terima kasih Adam. Emm… apa yang lainnya? Liya masih Liya. Sama jelah Adam…”
            “Ini date yang ketiga after kita couple and tonight you look very gorgeous Liya and make me melting when looking you.” Tu dah keluar dah suara lembut yang romantic tu. Mana tak aku cair memalam sebelum tidur lepas dia telefon aku.
            Memang kenyataan sepanjang dua bulan aku dan dia, masuk hari ni enam kali berjumpa. Tiga kebetulan sebelum couple, tiga lagi after couple. Maklumlah dia bakal doktor yang sekarang sibuk dengan pratikal di hospital dan aku masih belajar. Jadi masa memang cemburu dengan kami, nak jumpa selalu pun tak boleh. Mungkin ada hikmah, nak elakkan maksiat berlaku pun ia jugakan? Aku dan dia berhubung pun melalui sms atau panggilan telefon. Tu pun dah sweet moment ada. Hahaha.
            “Adam make me blushing ahh… Thanks Adam tapi Liya not too gorgeous like you say. Liya still Liya cuma hari ni Liya tiba-tiba nak tukar gaya pula and I feel awkward at first bila orang yang kenal Liya tengok Liya pakai macam ni… hehe.” aku buat kesimpulan sendiri. Puji sendiri. Back-up hati sendiri yang tengah malu dengan pujian Adam tadi.
            “Mana ada. You look pretty too. Adam ikhlas puji Liya and I feel very lucky to have you Liya. Rasa tak sabar nak jadikan Liya yang halal… but I can’t maybe…” ayat yang di hujung itu di perlahankan tapi sebab telinga aku ni telinga kuali memang aku dengar apa dia cakap.
             “Apa maksud Adam?” tanyaku. Smell fishy lah!
             “Erm, nothing. Let’s take order for us. Adam laparlah…” dia dah mula tukar topic buat aku rasa tak sedap hati je tapi tak apalah soalan tu biar je dulu kang tanya lagi spoil mood malam ni. Bukan selalu jumpa dia ni, nanti bila spoil mood tak ke sakit hati dapat. Huhuhu…


Dua minggu kemudian …
      Selepas malam ketiga pertemuan aku dan Adam tiada lagi panggilan dari Adam. Mana Adam pergi? Puas aku telefon dia. Sms dia tapi semuanya sia-sia sebab Adam mematikan telefon bimbitnya. Bukan tak nak cari Adam dekat hospital Adam buat pratikal tetapi aku tak tahu hospital mana Adam pratikal. Salah aku ke sebab tak bertanya di mana dia pratikal? Di mana dia tinggal? Aduh, bodohnya lahai! Macam mana aku tak terfikir langsung untuk tanya tu semua dengan Adam. Sekarang tengok! Siapa yang merana? Akhirnya sebuah keluhan meniti di bibirku.
        “Liya… Liya tak cuba check update facebook dia ke?” well, zaman sekarang semua di hujung jari. Nak apa cari je kat internet kan?
        “Dah Liya dah cari tapi last update 3 minggu yang lepas… Dia bukan selalu online pun kak.”
         “Macam nilah. Liya banyakkan Istighfar dan berdoa semoga Allah melindunginya. Sabar ye Liya.”
          Aku hanya mengangguk dan lantas kakiku masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kewajipan yang satu ini perlu di laksanakan dengan segera walaupun waktu Isyak adalah waktu yang panjang tapi seingat aku belum pernah menunaikan Isyak lebih dari pukul 12 malam melainkan waktu aku sakit. Wallahualam…
          Usai solat, telekung dan sejadah aku lipat kemas dan letakkan di penyakut tuala. Baru sahaja kaki ini ingin melangkah keluar. Bunyi lagu kegemaranku bergema di dalam ruang bilik ini.
          Tiba-tiba hati aku rasa berdebar. Terasa langkah kaki ini makin perlahan untuk mendekati telefon bimbitku. Siapakah yang mesej aku pada waktu ni? Waktu orang selalunya tidur. Automatik fikiranku memikirkan satu nama. Adam Najmi! Adakah dia yang menghantar mesej kepadaku?
           Akhirnya langkah kakiku berdekatan dengan meja studi. Telefon bimbitku capai dan perlahan-lahan aku melihat mesej masuk itu.

 Liya. Seriously I miss you. Sorry for all. Adam terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni dengan pratikal Adam. Take care sayang. –Adam-

         Mesej yang ringkas tapi agak menyakitkan hati aku baca. Tak tahu kenapa hati aku rasa tak sedap dan sakit yang amat hanya Tuhan yang tahu. Lantas, aku hanya membiarkan mesej tersebut tanpa membalas apa-apa dan dalam kepala aku hanya fikir untuk tidur. Tak jadi nak pergi berbual dengan Kak Farah. Aku hanya mampu berharap sekarang ni. Berharap dengan tidur aku dapat melupakan semua termasuk yang terjadi hari ni. Aku tiba-tiba menjadi tawar hati untuk menerima semua ni.

-TO BE CONTINUE-

p/s Hye readers! Hmm, lama menunggu? Atau tak ada orang baca? Tapi tak apa. Erm, hanya ini yang mampu saya bagi. Ceritanya agak slow mungkin. Jangan terasa kalau jalan cerita lebih kurang sama ye. Mia tulis cerita apa yang Mia nampak xDD Segala kekurangan Mia mohon maaf. Segala kesilapan tolong betulkan :) Okay till here then. Annyeong!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.