Saturday 1 March 2014

'ElyKimi Daily Words'

Bab 2

“Yow! Assalamualaikum mak!” sampai je depan pagar rumah aku melangkah masuk dan memberi salam. Hehe agak kasar sedikit.
               Aku menanggalkan kasut sekolahku.
              “Waalaikumusalam.” Kedengaran suara lelaki yang menjawab.
              Aik? Siapa pulak tu? Tak kan abah? Aku melihat tempat letak motorsikal abahku. Tak ada pulak motor abah. Habis siapa? Suara Aidil ke? Tapi tak kan suara dia garau sangat. Umur pun belum lebih dari aku tak kan dah rockers kot.
             Akhirnya, aku masuk selepas membuat andaian yang bukan-bukan dalam kepala otak aku ni. Alangkah terkejutnya aku tengok abang Emal sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Mana mak? Tak kan aku salah rumah kot?
             Aku keluar rumah untuk mengecam semula sama ada aku salah rumah atau tak. Yela.. sebab macam mana abang Emal boleh ada sini? Dia kan duduk asrama. Selepas membuat pengecaman, aku menampar pipiku. Takut mimpi pulak aku ni.
             Aww. Sakit!
            “Efiq… apa buat kat luar ni? Jom masuk!” Eh, panggilan tu? Hanya abang Emal je yang panggil aku dengan nama macam jantan tu.
            Aku memerhatikan orang yang berdiri di hadapanku sekarang ni. Atas bawah aku tengok sambil menggosok-gosok mataku. Takut bayangan.
            “La.. ni kenapa kamu berdua ni duduk luar? Ely? Kenapa macam orang biul je mak tengok?” mak yang kebetulan keluar terus berkata. Aku lihat ada mak long sekali di situ.
             Aku tersengih.
             Menggaru kepala yang tidak gatal. “Err… abang Emal ke ni mak?” tanyaku memberi soalan bodoh untuk di jawab.
             Mak meluru ke arah ku lalu mengetuk perlahan kepala ku.
            Aduh!
            “Yela… kamu ni dah kenapa? Dah jom masuk.” Mak mengajak ku masuk.
            Tapi, aku masih lagi termangu.
           “Ya Allah budak ni! Dah lah. Kak jom kita masuk. Emal biarkan je Ely tu.” Arah mak.
            Mak dan mak long akhirnya masuk. Tinggallah aku dan abang Emal di luar.
            “Abang Emal ke ni? Ely tak mimpi?” Tanyaku untuk kepastian lagi sekali.
            “Yela…” dia senyum memandangku.
            Senyuman yang membuat aku cair.
            Aku terus meluru ke arah abang Emal lalu memeluknya. Rindunya aku dengan dia…
            Aku tersengih. “Hehe, Efiq ingat mimpi tadi.” Pelukan di lepaskan.
            “Bila abang balik? Tapi kenapa abang balik? Bukan waktu cuti kan?” bertubi-tubi soalan aku bagi. Tak menyempat betul!
             “Hish, banyaknya soalan Efiq. Mana satu nak jawab ek?” spontan tangan Abang Emal mencubit pipiku.
             Merona merah pipiku.
             Dia senyum. “Erm, Efiq masuk solat, salin baju dulu nanti kita sambung. Kang mak su marah pulak.” Katanya.
             Aku mengangguk lalu masuk ke dalam. Aku menyalami mak long dan mak lalu terus masuk ke bilikku.

OUH! Baru aku tahu kenapa abang Emal balik hari ni. Sekolah dia ada acara sukan semalam dan di beri cuti dua hari. Kami duduk berborak di meja batu yang terletak di laman rumah. Hari ni aku terpaksa membatalkan rancanganku untuk melepak dengan Taufiq kerana abang Emal. Nasib baik Taufiq faham.
             Aku dengan abang Emal memang rapat sejak dahulu lagi tapi sejak dia mendapat surat tawaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menegah Rendah (PMRdia terus pindah ke sana. Menjamin masa depan katanya kalau sekolah di situ. Untungnya abang… Bukan senang hendak memasuki sekolah MRSM itu. Hanya orang yang betul-betul layak sahaja.
            Sejak itu aku jarang jumpa Abang Emal. Jumpa pun waktu cuti sekolah je. Abang Emal beza umur 3 tahun je dengan aku. Tahun ni dia ambil SPM dan aku dengar cerita dia ingin melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Berpisah lagilah kami…
            Panjang gila kami borak semuanya fasal sekolah abang Emal. Fasal guru-guru dan kawan-kawan abang Emal. Kelakar betul mereka.
           Hari dah maghrib. Selepas solat maghrib berjemaah abang Emal dan mak long pulang ke rumah. Abang Emal dah janji esok nak bawa pergi Teluk Kemang lepas balik sekolah. Yahoo..! tak sabarnya…





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..