Thursday 27 March 2014

'ElyKimi Daily Words'

Bab 6

          Hah, fasal Taufiq pulak. Dia bff aku. Bukan boyfriendforever tapi bestfriendforever. Jangan salah faham okey. Kami ni memang rapat gila. Kalau kat sekolah cikgu boleh ingat kami ni kembar tak seiras dan ada setengah budak jealous dengan kami. Ada juga yang cakap kami ni sweet couple. Makan sama-sama, belajar sama-sama, balik sama-sama dan macam-macam la perkara yang orang couple selalu buat. Tapi aku dan Taufiq hanya pekakkan telinga je. Sebab hati aku hanya untuk abang Emal aku dan Taufiq hanya KAWAN! Taufiq pun tahu tu. Hehe…

Okeylah diari, esok kita sambung lagi. Now, Ely, nak tidur. Bye EKDW!

Nur Ely Zafirah Muhammad Eddie.

Aku menutup diari itu. Lalu menyimpannya dalam beg. Aku ada masa lagi dua hari untuk pegang buku tu. Tapi aku baru tulis satu je entry. Sebab busy study and homework tak lama lagi last exam so kena buat betul-betul. Patutlah Taufiq dapat buat dua, tiga entry je sebab masa tak cukup. Lagipun orang macam Taufiq tu mesti buku je teman dia waktu malam. Bagus betul!

         Aku sambung mengulang kaji pelajaranku sebelum tidur sambil tu tangan sibuk membalas mesej abang Emal yang baru sahaja sampai tadi semasa aku tulis diari tapi aku biarkan sebab nak siapkan tulis diari.

         Tiga pesanan masuk?! Amboi, famous gak aku. Hehehe…

         Salam, Ely? Ganggu ke?

        Mesej pertama dari abang Emal.

        Yow! Ely tgh buat apa? Jom mesej nak? Dah lah ptg tadi x dpt jumpa kau. Rindu doe… :P

       Mesej kedua dari Taufiq. Amboi kasarnya. Mana pergi salam? Huhu.

       Hello? Ely, dah tidur ke? Sorry abang kacau…

       Mesej ketiga dari abang Emal jugak? Hehe.

        Aku membalas mesej mereka satu persatu.

        Mesej abang Emal di utamakan dulu.

        Wasalam… SLR.(sorry late reply) Ely tak perasan ada mesej masuk tadi. Hehe.

        Balasku. Tak kan lah nak cakap aku tengah buat diari kot. Bikin malu je. Huh!

        Kepada Taufiq pula aku membalas.

        Assalamualaikum. Amboi, salam mana der? Rindu la sgt kan? Baru jumpe kot kat sekolah. Sengal punya tokek!

        Dengan Taufiq aku kasar sikit dengan abang Emal lembut-lembut je cakap. Hehe.

        Tak sampai lima minit ada mesej masuk dari … Taufiq!

        Amboi cepatnya balas. Aku send dekat abang Emal dulu dia yang reply dulu. Huhu. Bagus anak orang ni.

        Tak payah bagi salam kau dah bagi. Waalaikumusalam. Eh, mana ada baru. Jumpa pagi tadi kan dah lama sekarang ni dah malam so rindu la… huhu.

        Katanya. Amboi romantic pulak kawan aku sorang ni pahal?

        Amboi, kau ni kenapa? Tiba-tiba romantic semacam? Tahulah esok nak dapat makan free terus jadi macam ni. Hampeh punya kawan!

        Balasku.

         Kurang dari sepuluh minit mesej abang Emal sampai.

         Efiq, sibuk ke tadi sampai tak perasan mesej abang ni? Sorrylah ganggu…

         Kata abang Emal.

         Takdelah. Hehe. Ni ada apa? Tiba2 je abg msj Efiq. :)

     Balasku. Sengaja mengundang pertayaan kepada Abang Emal.

         Well~ sekali sekala gurau-gurau dengan kau x salah kan? Huhu x sabar tggu besok. First time kau nk blanje aku betul2 ni.

         Mesej Taufiq sampai selang berapa minit.

         First time ke? Aku rase kan dah bnyk kali da… lgipun ak rasa mcm x jadi nk blnja kau plk esk. Hehe.

         Balasku sekadar bergurau dengannya.

          Mesej dari abang Emal masuk.

         Tak ada apa-apa saja je mesej. Rindu… huhu. Lgipun esok abg kena blik hostel awal.

          Mesejnya itu membuatku terasa sedih. Dia akan pergi. Sekejapnya dia balik… mesti aku rindu gila. Hurm?

          Hmm, ye ke? Okeylah abg Efiq nk tido. Bye. Gud nite! Salam.

           Balasku. Aku tidak tahu kenapa aku membalas mesejnya seperti itu. Dia akan pergi balik ke asramanya semula esok. Aku patut mengambil kesempatan ini untuk bermesej dengan dia tapi … ahhh! Entahlah… aku rasa tak sanggup.

           Mesej dari Taufiq masuk tapi aku biarkan. Aku baca mesej abang Emal yang terakhir dahulu.

           Ermm… Yela. Esok InsyaALLAH abg dtg rumah. Sweet dream dear. Gud night! Wasalam.

          Balasnya. Esok dia nak datang rumah? Agak-agak apa yang berlaku esok? Pasti air mataku menitis. Kalau mak, ayie, mak long tengok macam mana? Malunya!!!

          Mesej Taufiq yang aku biarkan tadi ku baca.

          Sengal punya kawan! Jahatnya kau Ely… kau tahu tk? Spnjg 2 thun kita kwn bru esk ni kau nk blanja. Hmm, minta2 jdi la ye. Kau jgn nak lari plak!

         Balas Taufiq. Amboi! Bunyi macam ugutan je.

         Nae. Arasseo! (Ya. Baiklah)

         Balasku ringkas. Malas nak panjang-panjang. Mood aku hilang pulak nak bergurau dengan dia.


         Malam tu aku hanya mesej dengan Taufiq tapi tu pun sekejap je sebab mata aku tiba-tiba nak terlelap. Jadi, aku tertidur tanpa sempat balas mesej terakhir dia. Haha. Kesian Taufiq.

..............................................


Bab 7

        Hari ni hari minggu. Aku bangun lambat sikit. Subuh pun dah terlepas nasib baik offday. Hehe. Bukan mak tak kejutkan tetapi tadi pagi dari bawah aku dengar mak terjerit-jerit suruh aku bangun campur dengan bebel dia lagi. Haha. Apa aku kisah? Sambung tidur aje…

         Rasa liat nak bangun turun dari katil. Aku tengok jam baru pukul 9. Awal lagi. Ahh, baring balik lah. Malas pulak nak bangun. Baru je aku nak mengeliat atas katil tiba-tiba suara mak menjerit dari bawah suruh bangun. Aduhai…

         “Ely! Ely! Bangun!” laung mak dari bawah.

         “Ye!” balasku.

         Hehe. Aku cakap je ye tapi sebenarnya aku masih lagi baring atas katil.

         Tiba-tiba pintu di buka. Aiseyman gangguan!

          Cepat-cepat aku pura-pura pejam mata balik. Tidur!

         “Ya Allah! Anak dara ni! Hish! Ely! Bangun!” mak menarik selimut yang membungkus seluruh tubuhku.

          Aku tersengih sambil menggosok-gosok mata.

          “Ye mak! Baru pukul berapa ni? Hish, mak ni dah bising.” Ujarku.

          “Pukul berapa kamu cakap? Dah bangun. Abang Emal kamu tu tengah tunggu kat bawah.” Kata mak tenang tapi aku gelabah.

           “Hah?! Apa?! Mak biar betul? Mak sengaja ni kan supaya akak bangun awal?” balasku. Hmm, mak selalu macam tu. Guna umpan abang Emal untuk kejut aku bangun.

           “Betul! Mak tak tipu. Tak percaya pergi turun bawah. Tengok sendiri!” kata mak lalu keluar dari bilikku.

           Hish, curiga pulak aku dengan mak ni. Tanpa membuang masa aku terus turun ke bawah.

           Err! Hah! Huh! Ngeee! Abang Emal!

           Abang Emal memandangku lalu tergelak perlahan.

           “Comel Efiq.” Ujarnya.

           Aku tersengih. Comel ke? Dah lah rambut tak sempat nak sikat. Muka tak basuh lagi sebab nak tengok abang Emal memang betul-betul datang atau tak tapi memang betul! Mak tak tipu.

           Huhu. Aku dah malu! Betul cakap mak.

           “Err… a..a.bang…” kataku tergagap-gagap.

           “Ye… kan abang dah beritahu semalam yang abang nak datang sini sebelum pergi. Dah, Efiq pergi cuci muka ke mandi dulu. Abang boleh tunggu.”  Kata abang Emal.

           Aku terus naik ke atas untuk mandi dan sebagainya.

         Siap mandi aku turun ke bawah semula. Aik? Tak ada? Mana pulak pergi ni? Kata nak tunggu.

         Terdengar suara riuh rendah di dapur. Aku segera melangkah ke dapur. Hmm, patutlah tengah sarapan kat dapur.
         “Hmm, wangi pun anak dara mak sorang ni. Untung kamu datang Mal. Kalau tak sampai ke petang tak bermandi.” Kata mak sengaja letew mengenakan aku.

        “Mak!!!” geramnya…

        Abang Emal hanya tersenyum mendengar.

        Di dapur hanya ada abang Emal dengan mak je? Ingat mak long ada sekali. Abah mungkin dah pergi kerja rasanya. Maklumlah polis trafik sibuk memanjang. Adik aku sorang ni pulak? Hmm, pergi tuisyen la kot. Tak pun buat taik mata dalam bilik!

         “Dah! Jom makan!” pelawa mak.

         Aku akhirnya duduk di berhadapan dengan abang Emal sambil menahan malu yang masih menebal dalam diri lalu makan.


“EFIQ, jaga diri tau! Abang sekejap je kat asrama tu. Lagipun last year, lepas ni Efiq boleh tengok muka abang puas-puas. Haha.” Ujar abang Emal.

          Dia ingin membuat aku ketawa tapi aku hanya terpaksa ketawa dalam keadaan aku sedang sedih. Huhu.

         Mengalir air mata aku di depan abang Emal. Hish nasib baik mak dah masuk dalam. Kalau tak, malunya aku… kalau ada Ayie ni mesti lagi dia menyakat aku.

         “Ala… tu pun sekejap je kan? Lepas ni abang pergi lagi jauh dari Efiq kan?” tanyaku tersedu-sedan. Amboi, kereknya aku nangis time ni.

          “Err…” Abang Emal mesti dah tak tahu nak jawab macam mana dah. “Dah-dah Efiq jangan nangis. Buruk rupa. Abang nak pergi ni, jangan tinggalkan muka sedih Efiq kat abang. Senyum okey?” pujuk abang Emal. Akhirnya aku berhenti menangis dan cuba senyum untuk dia!

           “Hmm yela.” Aku mengelap air mataku yang mengalir banyak.

           “Hah! Macam tu lah buah hati abang. Jangan nangis-nangis lagi ek?”  ujar abang Emal.

           “Ye. Ye. Okey! Orang tahulah!” balasku.

           “Okeylah. Abang kena gerak dulu ni. Takut terlepas bas pulak.”  Katanya.

           Aku mencapai tangannya lalu menyalaminya. Abang Emal pun berlalu meninggalkan rumahku dengan sebuah senyuman yang akan aku simpan di hatiku. Huhu. Senyuman dia kalah senyum Choi Siwon penyanyi kumpulan popular tu. Super Junior!

           Aku masuk ke dalam dan terus naik ke bilik. Malu nak tayang kat mak muka baru lepas nangis. Aish, hari ni ada ulangan music bank. Aduhh! Dah lah semalam tak dapat tengok sebab ‘dating’ dengan abang Emal. Hari ni pun kot? Tak apalah, aku sambung tulis diari je la… nanti petang nak jumpa Taufiq lusa kena bagi dia pulak. Hmm,….
    
................................

p/s maaf kalau tak memuaskan sebab bab dia pendek2. Cerita ni dah lama Mia tulis sebenarnya xD btw Thanks Readers!





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..