Saturday 30 November 2013

#003 quotes

Hyep! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Korang sihat? Alhamdulillah. Glad to know that!
Okay, hari ni pagi-pagi buta time orang dah tidur Mia masih liat nak tidur. Oleh itu, ehem! Mia nak share satu quote before sleep.
Mia tahu dan agak pasti korang ada sahabat yang baik sangat kan? Tapi bukan perempuan-perempuan, lelaki-lelaki tetapi perempuan dan lelaki bershabat. Ada kan? Jangan tipu ah. Sebab Mia pun ada macam tu juga. :)


Baca dah? Okay good. Mia pun tak tahu apa kaitan cerita Mia dengan quotes ni. Tapi korang dah baca kan? So, faham sendiri sudah. 
"Lelaki, perempuan tak boleh bersahabat. Bimbang kalau salah seorang mesti akan jadi suka."
Eh, ye ke macam tu? Mia tak ada pun macam tu. Mia lagi suka kawan dengan lelaki. Ehh? xD Bagi Mia benda tu boleh di elakkan bukan? Kita je mengada-ngada nak suka buat apa? Cuba fikir jauh-jauh kalau aku couple dengan dia, ada mesra macam ni tak? Hah fikir! :) 
Korang ada sedar tak? "Bila sahabat kita mesra sangat. Tapi bila kita dah couple kenapa awkward sangat eh?" Hmm, fikir-fikirkanlah ye :)
Mia pun manusia biasa, normal thing ada perasaan macam tu. Tapi selagi boleh di kawal dan di elakkan kita mesti boleh punya. Kita boleh! Malaysia boleh! Ehh? Merepek! =='
Korang nak tanya? Boleh. Silakan... Selagi Mia mampu Mia jawab. Selagi Mia ada idea nak bagi nasihat Mia bagi. Mia pun bukan bagus sangat. Masih belajar mencari realiti kehidupan :)


Okay. Mia ngantuk giloss. Now, already 4 a.m . hehexD awal sangat nak tidur. xD 
Terima Kasih sudi melayan karenah Mia ni. 
'If I'm wrong teach me not bash me' :))
Bye guys!
Assalamualaikum :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Thursday 28 November 2013

Alahai, Cinta Monyet [Part 2]



Tiga bulan kemudian ...
    “Honeyy, lari. Mummy nak kejar kita.” Jerit Haikal seraya menarik tangan Hani yang sedang duduk ingin menjamah kuih yang di hidangkan.
    “Apa Haikal ni!?” marah Hani selepas dah jauh lari. Maklumlah, kawasan rumah luas. Lari mana-mana pun boleh. Kadang-kadang boleh sesat kalau sesiapa yang baru menjejakkan kaki ke rumah agam Syed Husin ini.
    Haikal termengah-mengah. Belum sempat dia buka mulut. Mummynya muncul.
    “Budak bertuah ni! Mummy cepuk dengan penyapu ni karang. Nasib Mummy ni juara lari terus 100 meter kalau tak semput dah ni.” Ujar Puan Sri Sharifah Zalina yang masih memegang penyapu.
     “Series?” terlopong Haikal dan Hani mendengar.
     Mereka pandang sesama sendiri lalu memandang semula kepada Puan Sri Sharifah Zalina. “Biar betul?!” serentak mereka bersuara.
     “Apa masalah kamu berdua ni? Betullah mummy cakap.” Puan Sri Sharifah Zalina masih mengiakan katanya.
    “Mummy, kenapa Haikal tak pernah tahu langsung?” tanya Haikal dengan muka sedih tapi hakikatnya ada agenda tersembunyi.
    “Haikal tak tanya.” Jawab Puan Sri Sharifah Zalina.
    Haikal mengenyit mata kepada Hani di sebelahnya. Hani buat muka blur. Tak faham.
    Haikal mengenyitkan mata lagi, kali ni siap senyuman lagi. Hani masih tak faham. Dia buat dahi kedut 14 belas pada Haikal.
    Puan Sri Sharifah Zalina yang rasa seperti tunggul di sini hairan melihat anaknya yang macam orang sakit mata dah. Lalu dia memukul perlahan kepala anaknya.
    “Mummy! Apa ni?” marah Haikal. Dia sebenarnya malu dengan Hani, depan kekasih hati dia di perlakukan sedemikian, siapa tak malu? Huhuhu...
    “Kamu tu kenapa? Kenyit-kenyit mata kat anak orang macam sakit mata apsal?” balas Puan Sri Sharifah Zalina.
    “Hehehe.” Haikal menayang gigi menunjukkan sengihannya.
    “Mummy, mummy kata mummy juara kan? Apa lagi kejarlah kami... Hani jom lari!” selepas sahaja berkata dengan segera Haikal menarik lengan Hani dan berlari satu laman rumah.
    “Bertuah punya anak!”  ujar Puan Sri Sharifah Zalina lalu berlari mengajar anak dan bakal menantunya itu.
     Aik? Puan Sri Sharifah Zalina pun satu kepala juga melayan. Macam-macam...
     Sekeliling rumah mereka berkejaran. Bahagia betul anak dan mak ni. Kelakar pun ada juga.
    “Haikal! Hani!” jerit Puan Sri Sharifah Zalina.
    “Kenapa mummy? Dah penat ke?” laung Haikal yang berada lebih kurang dua meter jarak dia dengan mummynya.
   “Mummy penat. Jom masuk! Ajak Hani makan tengahari dekat rumah je.” Ujar Puan Sri Sharifah Zalina lalu mengorak langkah memasuki rumah. Huh! Penat!
    “Okey!”
    “Dear, honeyyyy... Jom masuk!” ajak Haikal.
    “Kejaplah. Hani penatlah. Haikal nak masuk, masuklah dulu. Hani nak lepak kat luar ni sekejap.” Balas Hani lalu dia terus melabuhkan punggung di atas rumput buatan di taman mini itu.
    “Tak mahulah masuk. Haikal teman Hani kat luar ni je lah.” Haikal juga duduk sama di sebelah Hani.
    “Yela. Ni, Haikal. Hani datang sini nak study. Now, tengok sekarang berpeluh macam apa. Study pun tak lagi, study mengalahkan orang berlatih tengah padang je.” Kata Hani berbaur marah.
     “Alaaa. Sorrylah Hani. Haikal tak rancang pun main lari-lari. Lepas makan kita sambung study balik okey?” pujuk Haikal.
     “Tak nak dah study. Tak ada mood. Lepas makan Hani nak balik.”
     “Kenapa ni? Kita tak belajar apa pun lagi kan...” Haikal mengeluh.
     ‘Merajuk ke apa dia ni?’ bisik hati Haikal.
     “Hani tak selesalah. Berpeluh dah badan Hani ni. Busuk lah!” jawab Hani sambil tangan mengibas-ngibas angin.
     ‘Fuh, lega!’ desis hati Haikal.
     “Lah... Hani ni. Masalah tu je. Hani mandi aje lah kat sini. Pinjam baju Kak Zaf.” Pelawa Haikal.
     “Tak apalah. Segan dan tak selesa. Hani balik ye Haikal? Esok Hani datanglah...” Hani menolak pelawaan Haikal. Hani memandang Haikal buat muka comel.


     Haikal pura-pura merajuk dan pura-pura tak nampak dengan kecomelan Hani.
     ‘Nasib bukan bini aku lagi. Kalau tak muka comel ni aku dah kiss. Sabar Haikal. Tak lama je lagi.’ Desis hati Haikal.
     ‘Haihlah, mamat ni. Merajuk pula.’ Keluh hati Hani.
     “Haikal... janganlah merajuk macam ni. Esok kat sekolah kan boleh jumpa lagi. Balik sekolah kita study sesama okey?” Hani terus memujuk.
     Kali ni Haikal siap silang tangan dan memuncung macam mulut itik lagi. ‘Eeee. Mengada!’ bisik hati Hani.
    “Ya Allah, budak berdua ni. Boleh dia berdating kat luar ni pula. Masuk sekarang!” dah mulah dah aura singa Puan Sri Sharifah Zalina.
    “Sekejap mummy. Kami nak masuklah ni.” Hani menjawab bagi pihak Haikal yang merajuk macam orang tua tu.
    Mereka masuk beriringan sambil pujuk-memujuk.
    Di meja makan seluruh keluarga ada di meja makan pada hujung minggu begini. Selesai makan mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbual. Hani memulakan bicaranya. Dia sudah berasa rimas dengan lekit di badan akibat berpeluh walaupun dalam rumah ni sejuk membeku.
    “Mummy, Daddy, Kak Zaf, Abang Jim dan Haikal... Hani nak balik dululah. Terima kasih jemput Hani makan tengahari kat sini.” Ujar Hani lalu bersalam dengan mereka semua.
     “Baiklah. Nanti kirim salam mama dan papa kamu ye.” Balas Puan Sri Sharifah Zalina.
     “No! Haikal tak bagi.” Semua mata memandang Haikal.
     “Kau dah kenapa Kal?” tanya Abang Jim.
     “Haah. Kenapa? Dia bukan bini kau pun.” Kak Zaf menyampuk.
     “Dia bakal isteri Haikal lah Kak Zaf.” Haikal menjawab mempertahankan dirinya.
     “Ehem! Daddy ada di sini ye?” sampuk Tan Sri Syed Husin.
     “Mummy pun ada sini ye?” begitu juga dengan Puan Sri Sharifah Zalina.
     “Okey good semua ada sini. Listen, sebagai saksi. Haikal akan bertunang dengan Hani habis sahaja jawab soalan SPM nanti. Sebarang bantahan sila tulis surat segera dengan pengesahan Mak Limah.” Terkejut bukan main semua dengan pengakuan tersebut. Berani betul Haikal.


      Haikal menggunakan nama Mak Limah yang kebetulan datang ke depan untuk menghidang air. Terkejut Mak Limah tapi dibiarkan sahaja.
      Hani yang mendengar sudah mahu jatuh pengsan. ‘Ohh, meltingnya... lagi melting dari aku tengok Mr. Kho ajar Matematik.’ Bisik hati Hani.
      “Series kamu ni Haikal?” tanya Tan Sri Syed Husin.
      “Ye, daddy. I’m dead serious.”
      “Hani?” tanya Puan Sri Sharifah Zalina.
      “Errrk? Haikal, boleh Hani balik tak? Hani dah rimas ni.” Lain di tanya lain di jawab. Aduhai...
      Masing-masing menepuk dahi mendengar jawapan Hani.
      “Baiklah Hani pergi balik dulu. Kesian Hani, apalah Haikal ni.” Kata Puan Sri Sharifah Zalina.
      “Yela... Hani baliklah.” Kendur suara Haikal berkata.
      “Okey. Thanks semua! Hani balik dulu. Assalamualaikum.” Ucap Hani lalu menyalami mereka dan keluar dari rumah agam tersebut.
       Hani yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke kereta pemandunya berhenti melangkah apabila namaya di laung.
      “Hani. Haikal sayang Hani tau! And I’m sorry dear about the moment sulking just now.” Ucap Haikal ikhlas dengan mata redupnya memandang Hani.
      “Hani tahu. Hani pun sayang Haikal juga. It’s okay. Tak sweetlah kan kalau tak merajuk-merajuk ni. Haha. Okey, Hani balik dulu Haikal! Jumpa esok. Bye!” Hani terus melangkah masuk setelah Haikal membalas dengan senyumannya.
       Mereka melambai tangan sehingga kereta yang dinaiki Hani hilang dari pandangan mata Haikal.
…………………………
      Di dalam bilik, Hani baring atas katil memandang siling atas.
     “Okey good semua ada sini. Listen, sebagai saksi. Haikal akan bertunang dengan Hani habis sahaja jawab soalan SPM nanti. Sebarang bantahan sila tulis surat segera dengan pengesahan Mak Limah.”
    Gila tak sangka, Haikal nak bertunang dengan Hani pada usia yang terlalu muda. Orang berada duit, harta semua ada di depan mata. Uruskan syarikat keluarga je, tak payah susah-susah nak cari kerja luar untuk mendapatkan gaji yang lumayan.
    “Oh, melting. Sweetnya awak, Haikal…” ujar Hani. Nasib baik dia berseorangan dalam bilik kalau tak mesti orang ingat dia angau.
    “Hani. Haikal sayang Hani tau!”
    Ayat itu masih lagi di ingatan Hani walaupun 3 jam sudah berlalu.
    “Haikal. Haikal. Haikal. Kenapa saya suka awak eh? Sudah tiga tahun kita bercinta monyet bagai sehingga menjadi hot couple sekolah. Alhamdulillah kekal sehingga sekarang. Saranghaeyo Haikal!” kata Hani dengan nada ceria sambil berguling-guling gembira di atas katil.
     Haikal. Dia seorang yang tinggi mempunyai mata hazel yang menawan, muka yang bersih tanpa parut mahupun jerawat batu. Badan yang tegap dan nampak lagi menarik bila tengok dia bermain tennis. Aduh, tu yang buat Hani cair tu. Lagi bertambah cair bila Haikal buat muka comel memujuk Hani dengan suara romantik dia. Ohmaii, rasa nak jerit je Hani sekarang ni bila teringat balik peristiwa lalu saat Haikal melamar dia sebagai pasangan cinta monyet. Ingat tak kekal. Yela cinta monyetkan.
    “Hai, boleh saya duduk.” Ayat pertama yang keluar dari mulut Haikal.
     Di Batu Pahat Mall, ketika itu Hani sedang duduk bersantai menunggu mamanya ke tandas di bangku yang ada dalam  bangunan membeli-belah tersebut.
    “Hai, duduk ajelah. Bukan ada orang pun.” Hani memberi jawapan dengan perasaan debarnya. Oh my crush are here!
    “Boleh kenal tak dengan awak?” Haikal mula bertanya dengan ramahnya.
    “Tak payah nak kenal lah, kita satu sekolah je kan?” jawab Hani yang hampir kantoi. Hani sebenarnya dah lama perhatikan Haikal di sekolah.


     Seorang pemain tennis, seorang yang pandai, seorang yang hensem, seorang yang mampu buat hatinya cair. Haikal ialah crush rasmi Hani sejak pertama kali dia nampak Haikal bermain tennis di gelanggang tennis sekolah. Ketika itu Haikal bermain dengan kawannya di gelanggang. Pelajar semua sudah pulang ke rumah kerana sesi pembelajaran sudah tamat. Hani stayback di sekolah untuk pergi ke perpustakaan mencari bahan kerja khusus. Di sebalik tiang di memerhati sahaja cara dan gaya Haikal ketika bermain memukul bola tennis. Sangatlah awesome! Huhuhu.
     “Eh? Awak kelas apa ye Hani?” opss, Haikal pun hampir kantoi. Dia baru sahaja hendak pura-pura tidak mengenali Hani. Alahai…
     “Macam mana awak kenal saya, Haikal?” opps, Hani pun nampaknya sama seperti Haikal. Kantoi sudah yang masing-masing menstalker si admire.
     Hani tunduk malu. ‘Aduh, macam mana boleh jadi macam ni? Habislah kau Hani, malunya aku…’ bisik hati Hani.
     “Awak pun sama, macam mana kenal saya?” soal Haikal. Dia dapat menghidu sesuatu tentang hubungan dia dan Hani.
    ‘Nampaknya cintaku tak bertepuk sebelah tangan. Hehehe.’ Desis hati Haikal.
    “Erm… saya…”
    “Adik!” tegur seorang wanita yang sudah berusia tetapi masih bergaya.
    “Eh, mama!” fuhh, nasib mama datang cepat. Lega Hani.
    “Jom dik. Eh, sekejap! Siapa lelaki ni dik?” tanya Puan Ku Nisa’a mama Hani.
    “Errr.” Hani memandang Haikal yang sudah berdiri tegak di sebelahnya.
    “Assalamualaikum, aunty. Saya Haikal bakal menantu aunty.” Haikal menghulurkan salam perkenalan. Dia bersalam dengan Datin Ku Nisa’a.
    ‘Bagus betul budak ni. Pandai mak ayah dia didik.’ Desis hati Datin Ku Nisa’a.
    “Waalaikumusalam. Eh? Anak aunty sorang je, yang ni pun belum ada boyfriend lagi tak kan dah ada bakal suami pulak ni. Erm, adik? Tak cerita pada mama pun.” Datin Ku Nisa’a menjeling anaknya di depan.
     “Mama, Hani tak…”
     “Aunty, saya nak lamar Hani jadi kekasih cinta monyet saya boleh? Saya dah lama sukakan dia. Ya, saya muda lagi. Tapi nanti kami belajarlah bersungguh-sungguh dan buktikan cinta tak menghalang kami untuk sukses dalam pelajaran.” Akhirnya, ayat yang selama ini di bina di luahkan juga.
     Tak sia-sia dia ikut kakaknya pergi shopping. Sementara akaknya sibuk ke salon dia berjalan-jalan cuci mata satu mall ni dah ternampak pula seseorang yang sudah lama mencuri hatinya. Jadi, walau apa pun yang terjadi, pencuri mesti kena tangkap kan. Akhirnya, inilah hasilnya.
       Terus terduduk Hani apabila mendengar luahan hati tersebut. Mamanya lagi lah terkejut tapi dia buat muka relaks je sebab mamanya sudah pernah mengalami situasi yang sama seperti ini. Cinta Ku Nisa’a dan Tengku Hanif juga hasil dari cinta monyet mereka pada zaman persekolahan dulu sehingga sekarang hidup harmoni dan ceria menikmati bahtera rumah tangga.
       “Hani. Maafkan Haikal. Haikal kena terus terang juga sebelum Hani cari orang lain.” Jawapan jujur dari Haikal membuatkan air mata Hani ingin jatuh tapi di seka cepat.
       “Kamu betul-betul sukakan anak aunty?” tannya Datin Ku Nisa’a.
       “Ya aunty. Saya sayang, saya suka dan saya cinta dia.” Wah, gentle betul Haikal tapi dalam hatinya berdebar hanya Tuhan yang tahu.
       “Okey, kalau macam tu jom ikut aunty pulang ke rumah. Kita makan malam bersama.” Baru sahaja kenal Datin Ku Nisa’a terus mengajak Haikal pulang ke rumah. Bagus betul.
    “Maaf, aunty. Lain hari saya pergi ye. Saya datang dengan kakak saya.” Haikal menolak lembut pelawaan tersebut.
     “Kalau macam tu ajak kakak kamu sekali. Jom.”
     Haikal mengangguk dan tersenyum. Dia sempat mengerling Hani di sebelah yang sedang tertunduk malu. ‘Alahai, comelnya awak Hani. Mana tak saya cair…’ desis hati Haikal.
     Hani tersenyum apabila mengingati peristiwa itu. Tidak sangka mamanya setuju terus dan memberi restu untuk mereka berdua. Papanya lagi sporting, dia suruh Haikal hantar rombongan meminang pula. Walhal, umur mereka ketika itu baru sahaja 15 tahun. Hahaha.
    Hani mengambil satu kertas dan mencoret sesuatu menggunakan pern yang berwarna-warni.
    ‘Hani sayang Haikal.’
    Kemudian kertas tersebut di lekatkan di dinding hadapan meja belajar Hani. Makin bersemangatlah Hani nak belajar.
………………………….
     Haikal tersenyum sendiri di balkoni luar biliknya. Amboi, beraninya dia berkata sedemikian. Tidak menyangka dia mempunyai keberanian  seperti itu. Setelah 3 hari dia buat solat Istikarah bersama solat sunat Hajat. Hatinya benar-benar yakin milik Hani. Oleh itu, dia terus memberi kata putus ingin bertunang dengan Hani selepas tamatnya pepriksaan SPM.
    Hari-harinya semakin ceria dan bersemangat bila nampak Hani. Belajar pun semakin bersungguh-sungguh selepas dia berjanji untuk buktikan yang cinta monyet bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Buktinya, Haikal dan Hani belum pernah gagal dalam apa-apa peperiksaan. Sungguh, Haikal bersyukur dengan nikmat Allah ini. Keluarga pun merestui hubungan baik mereka.


     Hani seorang yang comel, seorang yang cute, seorang yang cantik. Pendek kata triple C. Hani juga mempunyai perwatakan yang agak nakal bila dengan dia. Malu-malu itu yang buat Haikal suka tengok Hani. Pipinya akan merah bila dia malu dan mukanya comel bila dia marah. Ahh, semua yang baik pada Hani.
     Dia masih ingat peristiwa yang dia kena tangkap dengan Double R iaitu cikgu disiplin     sekolah ketika mereka berdating di taman rekreasi sekolah pada waktu rehat.
      “Hani, hari ni kita ponteng nak. Haikal malaslah nak masuk kelas. Lepas rehat ni subjek Sejarah.” Haikal memberi cadangan yang agak gila.
      “Erm… Hani fikir…” Hani menggosok-gosok dagunya sambil berpura-pura berfikir.
      “Okey. Hani fikir. Haikal bagi 60 saat boleh?” kata Haikal.
      “Okey!”
    “Haikal kira satu, dua, tiga Hani mula fikir.” Ujar Haikal. Lagaknya seperti bermain sesuatu permainan tapi sebenarnya hanya menghitung masa untuk Hani berfikir. Kelakar sungguh.
     Hani mengangguk dan ketawa dengan permainan merepek Haikal ni.
     “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh …” Haikal meneruskan mengira sehingga 60 saat.
     Tetapi sampai sahaja saat ke 58…
     “Ehem!” deheman yang kuat membuatkan mereka terkejut dan berhenti mengira serta bergurau.
      Perlahan-lahan mereka menoleh ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara tersebut.
     “Cik…cik…cikgu. CIkgu Double R?!” serentak mereka menjerit memanggil nama cikgu tersebut. Terkejut sangat.
     “Opppsss!” dua-dua tutup mulut kerana tersasul panggil Cikgu Razak dengan nama CIkgu Double R.
     Dengan rotan di tangan, CIkgu Double R menuding kepada mereka berdua. “Apa kamu panggil saya?” keras suaranya menahan marah.
     Satu saat, dua saat, tiga saat dan…
     “Hani, jom lari!” Haikal menarik tangan Hani untuk melarikan diri daripada tertangkap.
     Bila mengingat balik peristiwa nakal tersebut terasa diri ni jahat pula. Hmm, lumrah remaja sekarang. Hahaha.
     “Hani. Hani. Hani. Tengku Hani Zulaikha. I’m falling in love with you sayang.” Jerit Haikal di balkoni biliknya.
      Mujur rumah dia jauh daripada jiran. Maklumlah rumah banglo besar terletak sebiji-sebiji di kawasan elit ini.
     Tiba-tiba ada suara menjerit dari bawah.
     “Woi, Eqal! Gila eh?!” jerit Abang Jim dari bawah.

    Cepat-cepat Haikal masuk ke bilik. Tak sangka ada orang dengar pula. Hehehe.

-TO BE CONTINUE-

p.s Hyep! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! So how this story going? Best tak? Seronok tak baca? Boleh imagine tak sweetnya macam mana? Erm, if tak. Mia minta maaflah. Mia baru lagi so mungkin karya Mia tak dapat memuaskan hati pembaca semua. Tunggu part yang seterusnya. Actually Mia belum habis type lagi cerita ni. Just wait okay. Kalau ramai dah baca Mia sambung. Hehe. Terima kasih semua :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Tuesday 26 November 2013

Alahai, Cinta Monyet! [Part1]


Pada suatu hari, di dalam pejabat disiplin sekolah menengah bla bla bla terdapat sepasang pelajar yang agak terkenal di sekolah itu. Sekolah tersebut merupakan sekolah swasta jadi, mestilah anak-anak-anak orang versi kaya punya. Ehh?
     “Cikgu, saya datang ni nak melaporkan kes dua orang pelajar ni.” Adu Cikgu Timah ‘Gendut Gelek’.
     Maaf. Kenapa Cikgu Timah ‘Gendut Gelek’? Haha. Itu sebenarnya cikgu baru. Baru dua bulan masuk sekolah dah di beri nama gelaran. Nama sebenarnya Siti Fatimah Abu Kulup. Sebab di beri gelaran tersebut. Cikgu ni dah lah gendut tapi jalan gelek sana, gelek sini macam model dah. Ehh? Maaf.
     Dua pelajar tersebut hanya menunduk. Bukan menunduk takut di marah tapi menahan ketawa. Ehh?
     “Apa yang mereka dah buat Cikgu Timah Gendut Gelek? Eh, maaf. Cikgu Fatimah.” Hampir melenting Cikgu Timah GG bila guru disiplin turut memanggilnya dengan gelaran berikut.
    ‘Baik tak payah jadi cikgu dia ni.’ Desis hati Cikgu Timah GG.
    Cikgu disiplin yang bernama Cikgu Razak atau nama gelaran yang di beri Cikgu Rojak Buah turut menahan ketawa apabila memanggil Cikgu Timah GG dengan nama gelaran tersebut.
    ‘Hish, tak sayang mulut betul aku. Macam mana boleh terikut-ikut perangai budak ni.’ Desis hati Cikgu Rojak. Ehh? Cikgu Razaklah...
    “Cikgu, mereka ni telah melakukan kesalahan dengan tidur berdua di dalam kelas.” Kata Cikgu Timah GG. Perkataan GG ni dah macam Girl Generation (kumpulan Korea -kpop) punya nama singkatan tapi malangnya dia bukan ahli Girl Generation. Dia old generation. Ehh? Mengutuk!
    “Betul, awak berdua tidur dalam kelas?” tanya Cikgu Razak Rojak (double R) kepada sepasang pelajar tersebut.
    Dua pelajar itu mengangguk perlahan. Masih menundukkan muka. Hehe, segan nak tayang ketawa sebenarnya.
     ‘Hmm, takut lah tu. Padan muka korang!’ bisik Cikgu Timah GG. Dengkinya!
    Cikgu Double R agak terkejut dengan pengakuan tersebut. Tak sangka dua orang pelajar ni melakukan maksiat sedemikian di sekolah. Ni tak boleh di biarkan lagi.
    “Hmm, bilakah kejadian tersebut berlaku? Dan awak berdua, cikgu tak sangka kamu ni dah melebih. Melakukan maksiat di sekolah apa ni?” Sambil bertanya, Cikgu Double R marah-marah.
    Cikgu Timah GG senyum puas.
    Dua pelajar tadi mendongak dan terkejut dengan tuduhan tersebut.
    Mereka berpandang sesama sendiri. ‘Maksiat?’ Bila pula?’ Mereka berinteraksi menggunakan bahasa isyarat tersendiri.
    “Kejadian berlaku semasa saya mengajar tadi. Mereka berdua duduk di belakang kelas.” Jelas Cikgu Timah GG. Dia merasakan kemenangan hampir berpihak kepadanya.
    Dia sedia maklum yang dua orang pelajar ini memang liat di beri denda. Kenapa? Dia pun tak pasti. Jadi, hari ni dia nak buktikan yang pelajar ni harus di beri denda walau anak datuk sekalipun. Peraturan tetap peraturan!
    Akhirnya, ketawa yang selama ini di tahan oleh ketiga-tiga makhluk selain Cikgu Timah GG meletus juga. Terenjut-enjut Cikgu Double R ketawa. Dua pelajar ni ketawa biasa je, sebab dia dah biasa dengan masalah ni. Haih, over pulak cikgu ni.
    ‘Cikgu Double R ni kenapa? Sawan ke apa? Ehh? Aku pun ikut panggil Cikgu Double R kenapa? Haihlah, nasib dalam hati je.’ Desis hati Cikgu Timah GG.
    “Awak berdua boleh keluar.” Arah Cikgu Double R setelah tawanya berhenti.
    Cikgu Timah GG hairan lalu bertanya. “Cikgu, mereka telah melakukan kesalahan kenapa tak di beri denda?”
    “Bukan besar sangat pun salahnya, saya ingat mereka tidur berdua je di kelas. Jadi, buat apalah nak denda kerana tidur di dalam kelas. Cikgu sendiri pun boleh bagi denda juga kan, tak perlu sampai ke disiplin.” Ambik! Panjang lebar Cikgu Double R bercakap.
    Muka tak puas hati ditunjukkan oleh Cikgu Timah GG. Cikgu Double R buat muka tak kisah lalu meneruskan kerjanya yang terbantut tadi. Dia biarkan sahaja Cikgu Timah GG berdiri tercegat mencari akal. Cikgu Double R dah lali dengan soalan yang bakal di tanya, jadi duduk relaks je lah.
    “Saya tak faham lah dengan cikgu-cikgu sekolah ni? Kenapa back-up sangat pasangan cinta monyet tu? Dorang ada bagi suapan apa-apa ke sampai cikgu semua buat tak nampak kesalahan mereka berdua.” Hah, bersedialah Cikgu Double R menjawab soalan yang agak panjang lebar dan susah nak jawab satu-satu sebab lupa soalannya apa. Alahai, cikgu...
    ‘Choooiiii, rasuah-rasuah tak main ye Cikgu Timah Gendut Gelek!’ bisik hatinya. Malas nak buka mulut cakap macam tu, nanti lagi panjang ceritanya.
    “Macam ni lah cikgu. Saya bagi satu jawapan lengkap. Soalan cikgu pun terlalu banyak, jadi saya tak dapat tangkap yang mana satu soalan yang perlu di jawab dahulu.” Ujar Cikgu Double R.
    “Okey, teruskan...”
   “Bukan saya tak nak ambil tindakan. Dulu dah banyak kali dah buat, tapi masalah sama masih juga berlaku. Kemudian, bila tengok markah-markah peperiksaan mereka sentiasa cemerlang jadi kami biarkan sahaja. Cuma masalah kecil je mereka buat, jadi tak perlu di perbesarkan.”
    “Tapi...” Cikgu Timah GG menyampuk tapi sempat Cikgu Double R sambung balik ayatnya.
    “Cuba, cikgu tengok kerja sekolah yang cikgu bagi sepanjang cikgu mengajar dua bulan di sekolah ini. Mereka sentiasa siapkan? Walau banyak mana pun kerja, mereka siapkan?” Cikgu Double R berhenti sekejap ingin melihat reaksi Cikgu Timah GG.
   Cikgu Timah GG mengangguk sahaja.
    “See? Sebab itu cikgu-cikgu di sekolah ini, biarkan sahaja mereka buat. Tapi kalau dah melampau memang kami akan tegur. Setakat tidur dalam kelas masalah biasa lagi. Baiklah, segalanya saya sudah terang. Ada apa-apa lagi Cikgu Siti Fatimah Abu Kulup?” soal Cikgu Double R setelah habis berbicara.
    “Tak ada apa-apa. Saya keluar dulu.” Aik? Terus tak tahu nak cakap apa dah?
    Merah muka Cikgu Timah GG menahan malu campur marah campur geram campur a.b.c lagi. Ehh?
    “Sabar je lah aku masuk sekolah ni. Minta tukar aku tahun depan kalau macam ni gayanya. Cikgu dengan pelajar satu kepala. Sama je perangai.” Bebel Cikgu Timah GG geram lalu menuju ke bilik guru.
.................................
    Di dalam kelas, sebelum menunggu cikgu masuk. Pelajar biasanya akan lebih suka membuang masa dengan berborak, bergosip, bergaduh mungkin dan macam-macam lah. Tak sedar agaknya mereka ni yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
    Saat langkah kaki Haikal dan Hani masuk ke kelas. Semua pelajar sudah senyap. Takut ke? Apa yang hebat sangat Haikal dan Hani sampai semua takut? Peliklah...
    Mereka yang faham sangat dengan situasi sebegini. Hanya tersenyum dan berkata. “Bereh bah.”
    Dan satu kelas mula bising dengan gelak ketawa seperti biasa apabila mendengar jawapan oleh Haikal dan Hani.
    Aneh, pelik? Kenapa? Siapa mereka? Satu kelas hormat betul dengan mereka?
    Syed Haikal Syed Husin anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Anak kepada Syed Husin dan Sharifah Zalina yang memilik sebuah empayar keluarga yang besar. Syarikat bla bla bla. Manakala Tengku Hani Zulaikha Tengku Hanif yang merupakan anak tunggal kepada pasangan bernama Tengku Hanif dan Ku Nisa’a. Mereka ni sebenarnya mempunyai keturunan cinta monyet yang berkekalan. Sejak dari datuk nenek moyang mereka lagi. Sehingga sekarang tiga keturunan sudah berlalu. Alhamdulillah, bahagia sehingga malaikat Izrail datang mencabut nyawa.
    Kini, anak-anak mereka pula mengikut jejak langkah mereka. Syed Haikal dan Tengku Hani Zulaikha yang di gelar pasangan ‘hot couple’ sekolah. Satu sekolah kenal, termasuk cikgu-cikgu. Setakat ni, cikgu bersyukur sebab tiada masalah yang teruk berlaku sekadar tertidur di dalam kelas. Itu biasa. Tetapi satu nak puji, otak mereka berdua tip top. Memang sesuai sangatlah dorang ni kan? Insyaallah kekal.
    “Terbaiklah korang ni!” puji salah seorang rakan sekelas.
    Mereka hanya tersenyum bangga apabila di puji. Orang dah puji kan, tak akan diam je. Hehe.
    “Korang pakai ilmu apa hah? Asyik lepas je.” Tanya salah seorang rakan yang lain.
    “Ilmu hitam.” Jawab Haikal selamba.
    Semua terkejut dengan jawapan tersebut.
    Hani mencuit pinggang Haikal geram.
    “Eh, mana ada! Merepek Haikal ni. Jangan layan.” Pantas Hani menjawab sebelum jadi salah faham. ‘Tak guna betul mamat ni.’ Desis hati Hani.
    “Baguslah itu merepek. Syirik kalau amalkan.” Ustazah kerek menyampuk.
    Maaf. Ustazah kerek nama gelaran di beri oleh budak kelas mereka kepada pemilik bernama Nur Syuhada ini. Kelas 5S1 ni memang kepala gila-gila. Kalau boleh satu sekolah di beri nama gelaran. Hubungan baik satu kelas sentiasa mendapat pujian guru-guru. Bagus betul.
   “Yela, Ustazah Nur Syuhada binti Mahmod.” Balas Hani lalu menuju ke tempat duduknya diikuti oleh Haikal. Rupanya mereka daripada tadi berdiri di depan menjawab soalan rakan sekelas. Prihatin betul. Ehh?
    Tak lama selepas itu cikgu mata pelajaran Matematik masuk ke kelas memulakan pembelajaran seperti biasa. Subjek Matematik merupakan subjek kegemaran bagi Hani, bersemangatlah dia belajar. Apatah lagi cikgu yang mengajar boleh tahan kacak.
    ‘Awwww, melting, melting ni!’ desis hati Hani.
   Haikal yang perasan dengan reaksi kekasihnya apabila waktu pelajaran Matematik mula cemburu tetapi lama-lama di biarkan sahaja.
    ‘Eleh, Cikgu Amy kita lagi cun ah.’ Desis hati Haikal. Teringat pula dia dengan Cikgu Amy yang mengajar subjek Sains. Itu yang buat dia suka dan semangat belajar Sains yang merupakan subjek kegemarannya sejak dulu lagi.
   Hani memandang Haikal di sebelahnya dan menghadiakannya sebuah jelingan ‘manis dan memikat’ lah sangat.
   ‘Aik? Dia tahu ke aku fikir pasal siapa? Alahai...’ bisik hati Haikal.
   Akhirnya, dengan muka terpaksa Haikal menumpukan perhatian di depan. Kalau  bukan kerana Hani kekasihnya dan matematik subjek kegemarannya lebih baik dia tidur seperti subjek Sejarah tadi. Sejarah, subjek yang mereka tak suka sejak azali lagi. Hairan juga dengan cikgu yang mengajar Sejarah kelas ni, mereka tidur semasa mengajar tapi marakah tetap bagus. Sepatutnya, Sejarah ni perlu tumpuan dalam kelas untuk faham dan memperoleh markah cemerlang tetapi mereka lain punya spesis. Hahaha. Ehh?

-TO BE CONTINUE-

p/s Hyep, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! No gambar for this first chapter. Internet not in good mood. Lmao~ Okay how its story? Funny tak? Hehe. Mia actually nak buat cerita funny. Dan hope cerita ni dapat buat pembaca rasa apa yg cerita ni sampaikan xD Okay wait for next chapter. Terima kasih kerana sudi membaca.
Papai guys~! 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Thursday 21 November 2013

Dari Mata Turun Ke Hati Final [Cerpen]



Dua tahun kemudian…
        Alhamdulillah Syafa dan Nadirah sekarang sambung belajar di UiTM. Memang mempunyai ikatan yang kuat antara mereka ini termasuklah juga ikatan yang kuat dengan lelaki yang bernama Amar Hariz.
        Sungguh Syafa terkejut dengan kehadiran lelaki itu semasa awal semester dulu. Dia fikir selepas Amar habis STPM dia tidak akan berjumpa lagi. Tetapi takdir menemukan mereka di UiTM ini. Siapa sangka takdir Allah. Dia yang Maha Mengatur.
        “Nad aku nak minta pendapat kau boleh?” tanya Syafa.
        “Lah, tanya aje lah. Nak minta izin bagai ni dah kenapa?” pelik betul Nadirah dengan sikap Syafa. Dari dulu sampai sekarang makin bertambah lain. Kuat berangan, termenung, senyum sorang-sorang. Nak kata angau, tak ada pula lelaki di sampingnya. Lagipun, Syafa yang dia kenal tidak suka untuk bercinta pada waktu muda.
         “Erm… macam mana eh. Ermm.. aku …” Syafa tiba-tiba gagap apabila matanya terpandang akan seseorang yang lama dia tunggu. Amar!
         Pandangan mata mereka bersatu. Ada segaris senyuman antara mereka.
Sejak melihatmu
Ku jatuh hati padamu
Saat mengenalmu
Semakin ku ingin kamu
Mahukah engkau
Menemani aku …
         Nadirah melambai-lambaikan tangan pada muka Syafa. Pelik betul melihat Syafa. Berapa kali lambai masih tak sedar juga. Nadirah menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang dipandang oleh Syafa. Nampak khusyuk benar Syafa.
        Amar Hariz?! Biar betul Syafa ni? Since when? Bila masa pula dorang couple? Macam mana aku sahabatnya tak tahu ni!? Ni yang nak angin ni. desis hati Nadirah.
       Apabila Nadirah menepuk tangan sekuat yang mungkin barulah Syafa sedar. Dia termalu sendiri lalu menundukkan wajahnya. Ahh, perangai lama aku muncul balik.
       Amar hanya tersengih lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Dia juga malu sebenarnya. Terlebih memerhati anak dara orang. Hehehe.
       “Sya, let’s go. You need to explain me what’s going on both of you.” Tuhdia keluar speaking Nadirah. Tu tandanya Nadirah tengah bengang. Dia kalau marah segala bahasa omputih keluar. Hahaha.
       Tanpa sempat berkata tangan Syafa ditarik oleh Nadirah untuk meninggalkan cafe. Sempat lagi Syafa menoleh pada Amar lalu memberikan senyuman. Senyum itukan sedekah.
…………………………..
       “Betul kami tak ada apa-apa.” Puas Syafa menafikan apa yang disoal oleh Nadirah tetapi Nadirah tetap tidak percaya.
       “No! Kau tipu kan Sya? Kalau tak takkan korang boleh senyum sama-sama. Merenung mata sama-sama.” Soal Nadirah lagi. Dia belum berpuas hati selagi tiada jawapan memuaskan.
        “Errrkkk. Erm… itu. Hah, aku sahaja je nak mesra alam. Kau ni macam tak kenal aku. Semua orang aku senyum kan.” Agak tergagap Syafa menjawab.
        “Cehh, kau nak menipu aku. You fail! Sorry! Haha. Aku kenal kau Sya. Better you tell me now or I will ask him now.” Nadirah cuba mengugut Syafa. Dengan cara memaksa begini sahaja Syafa akan berterus-terang.
       ‘Aduh, janganlah Nad! Aku tak bersedia lagi. Dia terlalu sempurna bagi aku. Eh? Jawapan aku ni bermakna aku suka Amar? Oh my god! No!  Tak mau! Ahhh, apa ni Syafa!?’ Bentak Syafa dalam hati.
       “Okay fine! Kau memang minta aku tanya dia ni. Tunggu. Dalam masa sejam aku datang bawa khabar baik untuk kau.” Nadirah sudah ingin melangkah keluar dari bilik asrama.
        Cepat-cepat ditahan oleh Syafa. “Nad. Jangan!”
        ‘Yes! Umpan berjaya.’ Desis hati Nadirah. Di belum senekad itu untuk memalukan sahabatnya. Dia sengaja mengertak Syafa.
        “Baiklah. Aku berterus terang dengan kau tapi kau jangan ketawakan aku pula. Haih.” Syafa mengeluh. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang. Selama ni dia hanya pendam sendiri.
         “Yeah, macam ni lah sahabat aku. Okey cepat cerita. Sejam lagi kita ada kelas.” Nadirah sudah tidak sabar mendengar.
         Syafa menarik nafas perlahan sebelum membuka pekung di dada.
        “Nad. It’s serious nothing happen on me and Amar. Aku tak tahulah kenapa dengan perasaan aku ni. Kitorang sejak dari zaman sekolah dulu asyik main mata je. Lepas tu tunduk malu. Aku…”
        “Wah, main mata? Kenapa aku tak perasan? Lamanya korang bercinta dengan mata. Haha.” Potong Nadirah. Ketawa sakan Nadirah mendengar cerita sahabatnya. Peliklah…
         “Nad! Kan aku cakap jangan ketawakan aku. Tak nak cerita karang.” Syafa pula mengugut.
         “Okey-okey. Sorry! Sambunglah balik.” Nadirah mengalah dan berhenti ketawa. Habis ceritalah aku ketawa balik. Hehehe.
         Syafa pun sambung cerita tentang dia dan Amar yang selalu bermain mata. Dan Syafa mula jatuh hati pada lelaki itu. Ahh, cinta monyet agaknya! Tapi kalau umur dah dekat 20 tahun tu kira cinta monyet lagi ke? Alahai, perasaan…
……………………….
         Amar mula rasa tidak selesa sekarang. Hatinya tiba-tiba berdebar saat memandang mata yang cantik dan sempurna baginya. Walaupun dia tahu tiada siapa yang sempurna melainkan Maha Pencipta yang sempurna segala sifatnya.
        Sebolehnya Amar ingin melupakan cinta monyetnya ini tetapi makin dilupakan makin kuat takdir menemukan dia dengan Syafa. Apakah ini bermakna cinta? Cinta seorang manusia kepada manusia kerana Allah. Bukan lagi cinta monyet. Betul ke tafsiran aku ni?
        Entahlah. Amar sebenarnya masih keliru dengan perasaanya sendiri. Ahh, daripada dia fikirkan perkara yang serabut ni lebih baik dia buat solat sunat Istikarah. Mohon petunjuk Allah. Saat inilah aku perlukan petunjuk-Nya untuk mengetahui langkah seterusnya yang aku perlu buat untuk menarik perhatian Syafa. ‘Eh? Betul ke niat aku ni? Aku suka Syafa?’ Soal Amar untuk diri sendiri.
…………………………..
      “Assalamualaikum. Syafa Humaira kan?” tegur seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
      Langkah Syafa dan Nadirah terhenti apabila ada seorang lelaki menegurnya.
      “Waalaikumusalam. Ya, saya?” jawab Syafa.
     Lelaki itu tersenyum lega. Nadirah di sebelah mencuit perlahan pinggang Syafa meminta kepastian. Syafa hanya menjongket bahu tidak tahu.
       “Alhamdulillah. Dapat juga jumpa awak. Puas saya cari gadis yang bernama Syafa Humaira ni.” ujar lelaki itu. Syafa hanya tersenyum manis. Dia masih lagi belum tahu niat lelaki itu mencarinya.
        “Sya, kita dah lambat ni.” bisik Nadirah di sebelahnya.
        “Sekejap. Aku nak tanya dia dulu ni.” balas Syafa.  
         “Hmm, boleh saya tahu apa tujuan awak cari saya ni?” soal Syafa. Dia perlu segera bertanya pada lelaki itu. Lagi 10 minit kelasnya akan bermula.
        “Macam ni, saya datang nak sampaikan hajat seseorang kepada pemilik yang bernama Syafa Humaira. Awaklah kan.” Beritahu lelaki itu.
        “Hah?” kedua-dua sahabat itu tak faham apa yang disampaikan oleh lelaki ini. Sudahlah nama pun mereka tak tahu, kenal pun tidak. Tiba-tiba je muncul nak sampaikan hajat. Siapa pula yang nak mati ni? desis hati Syafa. Merepek pula Syafa ni.
        “Macam ni. Nama saya Fareez. Ni ada nombor telefon seseorang yang ingin berkenalan dengan awak.” Fareez menyerahkan kertas note pad kecil yang bertulis nombor telefon tak dikenali.
        “Nombor siapa ni?” tanya Syafa. Dia agak terkejut tiba-tiba ada orang bagi nombor telefon. Wah, aku ada crush ke? Ceh, jangan beranganlah Syafa! Desis hati Syafa.
        “Kalau awak nak tahu hubungi nombor ini. Baiklah tugas saya sudah pun selesai. Saya minta diri dulu. By the way, kawan awak ni single lagi ke?” sempat pula dia tanya pasal Nadirah. Dah nak pergi tu pergi je lah.
         “Hah?” Nadirah terkejut dengan soalan yang ditujukan khas untuknya. Haih, aku pun ada peminat rupanya. Hahaha. Desis hati Nadirah.
         Nadirah menjeling Syafa yang sudah tersengih-sengih.
        “Eh? Saya bergurau je. Sorry. Baiklah. Jumpa lagi. Assalamualaikum.” Ujar lelaki itu. Sempat lagi dia mengenyit mata pada Nadirah.
         “Waalaikumusalam.” Jawab mereka serentak.
          Syafa menoleh sekilas pada jam di tangannya. Terkejut bukan main apabila jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Kelas telah bermula.
         “Weh Nad! Kita kena buat marathon lah hari ni.” ujar Syafa.
         “Apsal pula kau ni? Tak kan baru dapat nombor dah macam orang sakai je kau.” Erkk? Ayat Nadirah ni tak boleh elok sikit ke?
         “Bukanlah! Tengok jam.” Nadirah melihat jam ditangannya.
         Tanpa membuang masa. Terus Nadirah menarik tangan Syafa untuk masuk ke kelas dengan segera. Dalam hati mereka berdoa berharap tiada kejadian yang memalukan menimpa mereka nanti.
         Alhamdulillah. Dengan keadaan termengah-mengah mereka masuk dan meminta maaf kepada pensyarah yang mengajar subjek bahasa Inggeris hari ni.
         “Nasib baik markah kamu berdua sentiasa bagus. Kali ni saya maafkan. Selepas ni, berhati-hatilah ye. Dah pergi duduk!” setelah memberi kata-kata amaran, pelajaran diteruskan lagi.
         Dalam hati mereka bersyukur sangat doa dimakbulkan tetapi perasaan malu masih ada. Rasa macam nak sorok bawah kerusi ni je walaupun hakikatnya memang tidak akan muat untuk sembunyi.  Masuk dah lah lambat dengan keadaan orang macam baru lepas lari marathon. Berpeluh-peluh di dahi. Semua pelajar pandang ke arah mereka. Siapa tak malu woi? Hahahaha. Kesian.
………………………………….
          Nak telefon, ke mesej? Telefon ke mesej? Telefon. Mesej. Mana satu ni? Fikir Syafa. Naik pening Nadirah tengok. Balik kelas tadi, lepas solat Syafa terus ambil kertas yang ada nombor telefon. Ke hulu ke hilir berjalan untuk membuat pilihan.
         “Sya. Sudahlah tu weh. Pening kepala aku tengok kau ni. Daripada kau macam ni, lebih baik buat solat istikarah sana. Mohon petunjuk Allah mana tahu jodoh korang berdua. Huhu.” Bebel Nadirah sempat lagi dia mengenakan Syafa.
         Syafa menepuk dahi. Betul juga kata Nadirah. Astaghfirullah… dia terus menyimpan kertas yang ada nombor telefon tadi terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Sebelum tu sempat dia mencium pipi Nadirah tanda terima kasih kerana mengingatinya. Terkejut Nadirah dengan tindakan Syafa yang tiba-tiba menciumnya. Akhirnya, Nadirah senyum senang terasa dirinya di hargai sebagai seorang sahabat.
AMAR berasa gelisah sejak daripada tadi. Hati dia berdebar-debar menunggu berita daripada Fareez nanti. Apa yang berlaku? Syafa terima atau dia dah buang nombor telefonnya ke dalam tong sampah? Ya Allah! Kau tenangkanlah hati aku yang sedar gusar ini. Doa Amar di dalam hati.
         Bunyi motor yang masuk ke halaman rumah sewanya membuatkan Amar makin berdebar untuk menunggu keputusan hati. Haihlah Amar macam tunggu keputusan peperiksaan je tapi debaran yang dia rasa sekarang ni lebih lagi. Sabar Amar. Cool Amar. Amar menenangkan perasaanya.
         Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Pintu di buka. Ya Allah, apa masalah dengan jantung dan hati aku ni. Cubalah sabar sikit. Aduh, rasa macam nak meletup je ni. bisik hati Amar.
        “Assalamualaikum Am.” Ucap Fareez sebaik melangkah masuk ke rumah sewanya.
        “Waalaikumusalam Riz. Macam mana? Dia terima tak? Muka dia macam mana? Ada riak suka atau tak? Cepatlah beritahu aku.” selepas menjawab salam, betubi-tubi soalan yang dilontarkan kepada Fareez. Kenapalah kau ni gelabah sangat Amar?
         “Aduh kau ni. Lawaklah! Kot ye bagilah aku rehat dulu. Gelabahlah kau ni.” ujar Fareez. Geli hati dia melihat sahabatnya. Maklumlah orang yang pertama kali merasa cinta. Itu pun selepas dia mendapat petunjuk dari yang Maha Esa.
         “Hehe. Obvious sangat eh?” Amar dah mula malu. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
        “Terlebih obvious weh! Hahaha.” Jawab Fareez sambil mengetawakan Amar.
        Fareez terus masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat dan berehat.
       “Hah, Amar!” panggil Fareez sebelum dia masuk ke bilik.
       “Apa? Apa? Kenapa?” amboi banyaknya tanya. Hahaha
       “Hmm, just wait her call tonight. Bye.” Ujar Fareez lalu terus masuk ke biliknya.
       Amar tersenyum lega dan mengucapkan Alhamdulillah kepada Maha Pencipta kerana mendengar doanya.

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku
saat pertama kali lihat dirimu
Melihatmu…
           Syafa Humaira. Saya suka awak!
……………………………
         Malam itu memang waktu free Syafa. Selepas menunaikan solat sunat Istikarah dia sudah bersedia untuk menelefon nombor yang di beri pagi tadi. Sepertinya lelaki itu berjaya mengetuk pintu hatinya dan tak tahu kenapa hatinya kuat mengatakan nombor itu nombor telefon Amar Hariz! Lelaki yang selama ni dia curi-curi pandang.

Ku pilih hatimu
tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidup ku oh sayang
Kau detak jantung hatiku     
  
     
     Dengan hati berdebar-debar. Nombor telefon di dail. Nadirah kata lebih baik telefon daripada mesej. Dari situ kita boleh tahu keberanian orang itu untuk bercakap dengan kita.
         “Bismillahirahmanirahim…” ayat ‘call’ di tekan. Nadirah di katilnya sedang membaca novel sambil menunggu Syafa berkongsi cerita tentang lelaki misteri itu.
         Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Lima saat. Dan tak sampai pun sepuluh saat panggilan telah berjawab.
        Syafa memilih untuk berdiam diri dahulu.
       “Assalamualaikum…” zapp. Suara dia seperti Syafa kenal. Suara yang dirindui sejak zaman sekolah dan sepatutnya suara itu dah lama dia lupakan.
        “Waalaikumusalam. Aaa…amm..Amar?” tergagap-gagap Syafa untuk minta kepastian sama ada hatinya ini benar atau salah tafsiran.
        “Ya saya Syafa.” Dan lelaki itu juga mengenali suara Syafa. Tapi bagaimana pula?
       Perasaan Syafa dah tentu arah. Degupan hatinya semakin rancak bermain. Telinganya rasa bahang seperti menahan malu. Ya Allah! Adakah dia benar pemilik tulang rusuk kiri ku ini? Soal Syafa. Syafa, kenapa kau terlalu yakin ni? Belum tentu lagi dia jodoh kau. Kau bukan kenal dia sepenuhnya.
       “Sya? Awak masih ada lagi di talian?” suara Amar yang menegur menghentikan lamunanya.
        “Err. Hah. Ada. Maaf.” Satu persatu Syafa berkata. Gugup rasanya perasaanya kala ini.
        “Beginilah Sya. Esok selepas habis kelas boleh kita berjumpa?” Amar memulakan langkah pertamanya. Dia tekad untuk mengambil kembali ‘barang’ yang di curi oleh Syafa.
          “Insyaallah boleh.” Jawab Syafa tenang. Cuba menutup perasaan malunya.
          “Baiklah nanti saya beritahu di mana kita perlu berjumpa.” Balas Amar yang juga gugup tapi kerana dia lelaki dia cuba menutup perasaanya gugup itu.
          “Okey.” Jawab Syafa ringkas.
          “Selamat malam Syafa Humaira. Jumpa esok. Assalamualaikum.” Ujar Amar. Syafa tersenyum senang. Nama penuh aku dia panggil. Desis hati Syafa.
           “Waalaikumusalam.” Talian diputuskan.
           “Woi, beb! So, apa macam?” tanya Nadirah tak sabar.
           “Esok aku dengan dia ada date!” gembira sungguh hati Syafa sekarang ni.
           “Amboi kau! Kemain lagi suka.” sakat Nadirah.
           “Haruslah. Nad! Aku rasa aku dah jatuh hati dengan seorang hamba Allah ni lah. Ya Allah!” jujur Syafa berkata.
            Ya! Kali ni dia seratus peratus yakin. Walaupun kedengaran pelik tapi setelah 3 hari 3 malam dia buat solat Istikarah. Perasaannya benar-benar yakin.
           “Alhamdulillah. Aku gembira untuk kau.” Ucap Nadirah ikhlas lantas mereka berpelukan.
           “Thanks my dear friend. Esok kau teman aku eh?” ajak Syafa.
           “Pergi mana?”
           “Teman aku pergi jumpa dia lah!”
           “Okay! No problem darling!” balas Nadirah.
          Usai solat hajat Syafa terus tidur. Melelapkan mata. Dan mungkin bermimpikan si dia. Hish, aku ni dah betul-betul angau dah ni. Desis hati Syafa.
           Amar Hariz! Saya suka awak!
…………………………..
3 tahun kemudian…
         Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Semakin berdebar rasanya saat ingin bergelar seorang isteri kepada Amar Hariz. Lelaki yang berjaya menakluki hatinya. Lelaki yang sanggup bersabar dengannya. Lelaki yang sanggup melayani karenahnya. Lelaki yang menjaga adab dalam pergaulannya. Dan lelaki yang berjaya buat Syafa Humaira jatuh cinta pandang pertama.
        Dia masih ingat lagi saat Amar melamar dia di hadapan keluarga Syafa selepas tiga hari berjumpa.
         Hari itu hari minggu. Syafa pulang ke rumah kerana Amar ingin bertemu keluarganya. Meminta izin untuk berkawan dengan anak gadis Muhammad Aiman.
         Sungguh hati Syafa tersentuh dengan niat baik dan sikap yang ditunjukkan oleh Amar. Hati dia benar-benar tidak salah memilih Amar sebagai pemilik hatinya.
         “Mama, sekejap lagi kawan Sya sampai.” Beritahu Syafa setelah dia menerima mesej daripada Amar bahawa dia telah masuk ke kawasan taman rumah Syafa.
         “Baiklah. Pergi panggil papa turun. Makanan ni biar mama sambung hidang.” Syafa mengatur langkah menuju ke bilik ayahnya.
         “Pa… kawan Sya on the way ke sini.” Ujar Syafa. Papanya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu atas memandang Syafa.
         Mama dan papanya sudah sedia maklum tentang kehadiran Amar cuma mereka tidak tahu sama ada yang datang itu kawan atau sebaliknya.
         “Siapa kawan Sya tu? Nampak series benar. Siap datang rumah lagi.” Tanya Encik Aiman.
         “Errrmmm. Nanti papa tahulah. Sya tak berani komen apa-apa.” Jelas Syafa. Lebih baik dia berdiam diri. Biar Amar sendiri yang beritahu.
         “I know my girl. Okay, I will make sure he fine for you if not I will reject him.” Kedengaran tegas Encik Aiman berkata tetapi Syafa tahu papanya hanya bergurau. Lagipun Encik Aiman memang seorang yang suka bergurau.
         “Kak, kawan akak dah sampai.” Beritahu Syakir.
         Zuppp. Berdebar hati Syafa. Takut. Risau. Semua bercampur. Boleh ke papa dan mama terima dan izinkan Amar berkawan dengannya?
         “Apa lagi Sya, pergilah turun. Sekejap lagi papa turun.” Kata Encik Aiman.
        Terdengar suara bising orang bersembang di ruang makan. Mungkin mama mengajak Amar makan dahulu. Dengan perasaan dan hati yang berdebar Syafa menuju ke ruang makan.
        “Hah, tu anak dara aunty dah turun. Sya, jom kita makan dulu. Papa mana?” ramah betul mama hari ni. desis hati Syafa.
       Soalan di biar sepi saat mata Amar merenung tepat pada mata Syafa seperti 5 tahun lalu.
      “Ehem!” deheman Encik Aiman menghentikan perbuatan mereka yang merenung sesama sendiri.
        Gelabah masing-masing. Syafa terus mengambil kerusi dan duduk di hadapan Amar dan sebelah mama. Syakir duduk di sebelah Amar. Manakala papanya di tengah antara tempat duduk mereka.
        Selesai makan Syafa membantu mamanya berkemas. Amar diajak oleh papanya untuk ke ruang tamu.
        Siap berkemas Syafa dan mamanya ke ruang tamu.
       Syafa duduk di sofa berhadapan dengan Amar. Hatinya mula berdebar sekali lagi saat pandangan mata mereka bersatu. Ahh, matanya begitu sempurna dan aku harap mata itu menjadi milikku untuk ditatap setiap hari. Ujar Syafa di dalam hati.
      Mata yang membuat aku jatuh cinta. Mata yang memukau dan bersinat sehingga dia setekad ini untuk melamar Syafa Humaira. Menjadikan Syafa hak muthlaknya. Biar dia sahaja yang merenung mata itu dan kalau dah kahwin nanti hendak sahaja dia suruh Syafa pakai cermin mata gelap biar tiada siapa perasaan mata yang sempurna itu. Begitu sekali angan-angan Amar.
       “Kak Sya! Abang Amar?” teguran Syakir membuatkan mereka menunduk malu. Masih seperti dulu. Apabila bertatapan dan tersedar mereka akan menunduk menahan rasa malu yang bergunung dalam hati.
        Encik Aiman dan Puan Maisara hanya tersenyum manis melihat dua remaja ini. Mereka faham akan perasaan Syafa dan Amar. Maklumlah, mereka sudah terlebih makan garam dahulu.
        Keadaan yang sunyi tanpa kata seketika sehingga Amar bersuara menyampaikan hajat.
       “Uncle, aunty sebelum tu maafkan saya kalau kehadiran saya pada hari ni menyusahkan dan menganggu.” Amar memulakan bicara. Sopan sekali dia berkata. Menghormati keluarga Syafa itu salah satu ciri-ciri lelaki idaman Syafa.
        “Tak apalah. Uncle lagi suka ada orang datang ni. Lagi-lagi dapat tahu kawan Sya.” Syafa mula rasa gelisah dengan kata papanya itu.
         Amar mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan dengan sopan dia berkata.
       “Bismillahirahmanirahim… uncle, aunty dan Syakir. Saya Amar Hariz Ridzuan ingin melamar Syafa Humaira Muhammad Aiman sebagai isteri dan makmum saya yang sah.”
       Hampir pengsan Syafa mendengar lafaz yang penuh makna daripada Amar. Mama dan papanya tenang sahaja seperti mengetahui niat Amar. Syakir diam sahaja. Dia malas nak masuk campur sangat. Dia pun suka dengan Amar ni walaupun baru pertama kali bersua muka.
      “Awaaak… awak series?” tanya Syafa gagap.
      Amar senyum mengangguk. Syafa menunduk malu.
……………………………….
     Barakallahulakumawabarakahalaikumawajamaahbanaikuma…
     “Aku terima nikahnya Syafa Humaira binti Muhammad Aiman…” Amar melafazkan akad.
      Dengan sekali lafaz, Syafa sah menjadi isteri kepada Amar. Tangan diangkat. Doa diaminkan.
           “Terima kasih sayang kerana sudi terima abang sebagai suami sayang.” Ucap Amar lalu mengucup dahi Syafa lama.
       Syafa mencium tangan Amar lalu mendongak. Pandangan mata mereka bersatu. “Sama-sama abang.”
Alhamdulillah. Syafa memanjatkan kesyukuran pada Maha Pengatur. Dia yang menentukan takdir. Selama 6 tahun mereka memendam rasa. Menyimpan pandangan dan akhirnya takdir telah menyatukan mereka. Daripada mata mereka bersatu turun ke hati menjadi cinta.

If you love somebody
could we be this strong
I will fight to win our love
will conquer all
Wouldn’t risk my love
even just one night
Our love will stay in my heart
My heart …

       

-The End-


p.s Hyep, Assalamualaikum korang :) habis baca dah? Terima kasih kerana membaca. Sebarang kritikan dan pujian amat diperlukan untuk memperbaiki lagi karya Mia ini. Ohh, maaf gambar setakat ni tiada. Internet jahat dengan Mia xDD Okay, until here. Tunggu new cerpen. ;) btw tak sempat edit apa-apa. 
Papai guys! /bow/ 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.