Thursday, 28 November 2013

Alahai, Cinta Monyet [Part 2]



Tiga bulan kemudian ...
    “Honeyy, lari. Mummy nak kejar kita.” Jerit Haikal seraya menarik tangan Hani yang sedang duduk ingin menjamah kuih yang di hidangkan.
    “Apa Haikal ni!?” marah Hani selepas dah jauh lari. Maklumlah, kawasan rumah luas. Lari mana-mana pun boleh. Kadang-kadang boleh sesat kalau sesiapa yang baru menjejakkan kaki ke rumah agam Syed Husin ini.
    Haikal termengah-mengah. Belum sempat dia buka mulut. Mummynya muncul.
    “Budak bertuah ni! Mummy cepuk dengan penyapu ni karang. Nasib Mummy ni juara lari terus 100 meter kalau tak semput dah ni.” Ujar Puan Sri Sharifah Zalina yang masih memegang penyapu.
     “Series?” terlopong Haikal dan Hani mendengar.
     Mereka pandang sesama sendiri lalu memandang semula kepada Puan Sri Sharifah Zalina. “Biar betul?!” serentak mereka bersuara.
     “Apa masalah kamu berdua ni? Betullah mummy cakap.” Puan Sri Sharifah Zalina masih mengiakan katanya.
    “Mummy, kenapa Haikal tak pernah tahu langsung?” tanya Haikal dengan muka sedih tapi hakikatnya ada agenda tersembunyi.
    “Haikal tak tanya.” Jawab Puan Sri Sharifah Zalina.
    Haikal mengenyit mata kepada Hani di sebelahnya. Hani buat muka blur. Tak faham.
    Haikal mengenyitkan mata lagi, kali ni siap senyuman lagi. Hani masih tak faham. Dia buat dahi kedut 14 belas pada Haikal.
    Puan Sri Sharifah Zalina yang rasa seperti tunggul di sini hairan melihat anaknya yang macam orang sakit mata dah. Lalu dia memukul perlahan kepala anaknya.
    “Mummy! Apa ni?” marah Haikal. Dia sebenarnya malu dengan Hani, depan kekasih hati dia di perlakukan sedemikian, siapa tak malu? Huhuhu...
    “Kamu tu kenapa? Kenyit-kenyit mata kat anak orang macam sakit mata apsal?” balas Puan Sri Sharifah Zalina.
    “Hehehe.” Haikal menayang gigi menunjukkan sengihannya.
    “Mummy, mummy kata mummy juara kan? Apa lagi kejarlah kami... Hani jom lari!” selepas sahaja berkata dengan segera Haikal menarik lengan Hani dan berlari satu laman rumah.
    “Bertuah punya anak!”  ujar Puan Sri Sharifah Zalina lalu berlari mengajar anak dan bakal menantunya itu.
     Aik? Puan Sri Sharifah Zalina pun satu kepala juga melayan. Macam-macam...
     Sekeliling rumah mereka berkejaran. Bahagia betul anak dan mak ni. Kelakar pun ada juga.
    “Haikal! Hani!” jerit Puan Sri Sharifah Zalina.
    “Kenapa mummy? Dah penat ke?” laung Haikal yang berada lebih kurang dua meter jarak dia dengan mummynya.
   “Mummy penat. Jom masuk! Ajak Hani makan tengahari dekat rumah je.” Ujar Puan Sri Sharifah Zalina lalu mengorak langkah memasuki rumah. Huh! Penat!
    “Okey!”
    “Dear, honeyyyy... Jom masuk!” ajak Haikal.
    “Kejaplah. Hani penatlah. Haikal nak masuk, masuklah dulu. Hani nak lepak kat luar ni sekejap.” Balas Hani lalu dia terus melabuhkan punggung di atas rumput buatan di taman mini itu.
    “Tak mahulah masuk. Haikal teman Hani kat luar ni je lah.” Haikal juga duduk sama di sebelah Hani.
    “Yela. Ni, Haikal. Hani datang sini nak study. Now, tengok sekarang berpeluh macam apa. Study pun tak lagi, study mengalahkan orang berlatih tengah padang je.” Kata Hani berbaur marah.
     “Alaaa. Sorrylah Hani. Haikal tak rancang pun main lari-lari. Lepas makan kita sambung study balik okey?” pujuk Haikal.
     “Tak nak dah study. Tak ada mood. Lepas makan Hani nak balik.”
     “Kenapa ni? Kita tak belajar apa pun lagi kan...” Haikal mengeluh.
     ‘Merajuk ke apa dia ni?’ bisik hati Haikal.
     “Hani tak selesalah. Berpeluh dah badan Hani ni. Busuk lah!” jawab Hani sambil tangan mengibas-ngibas angin.
     ‘Fuh, lega!’ desis hati Haikal.
     “Lah... Hani ni. Masalah tu je. Hani mandi aje lah kat sini. Pinjam baju Kak Zaf.” Pelawa Haikal.
     “Tak apalah. Segan dan tak selesa. Hani balik ye Haikal? Esok Hani datanglah...” Hani menolak pelawaan Haikal. Hani memandang Haikal buat muka comel.


     Haikal pura-pura merajuk dan pura-pura tak nampak dengan kecomelan Hani.
     ‘Nasib bukan bini aku lagi. Kalau tak muka comel ni aku dah kiss. Sabar Haikal. Tak lama je lagi.’ Desis hati Haikal.
     ‘Haihlah, mamat ni. Merajuk pula.’ Keluh hati Hani.
     “Haikal... janganlah merajuk macam ni. Esok kat sekolah kan boleh jumpa lagi. Balik sekolah kita study sesama okey?” Hani terus memujuk.
     Kali ni Haikal siap silang tangan dan memuncung macam mulut itik lagi. ‘Eeee. Mengada!’ bisik hati Hani.
    “Ya Allah, budak berdua ni. Boleh dia berdating kat luar ni pula. Masuk sekarang!” dah mulah dah aura singa Puan Sri Sharifah Zalina.
    “Sekejap mummy. Kami nak masuklah ni.” Hani menjawab bagi pihak Haikal yang merajuk macam orang tua tu.
    Mereka masuk beriringan sambil pujuk-memujuk.
    Di meja makan seluruh keluarga ada di meja makan pada hujung minggu begini. Selesai makan mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbual. Hani memulakan bicaranya. Dia sudah berasa rimas dengan lekit di badan akibat berpeluh walaupun dalam rumah ni sejuk membeku.
    “Mummy, Daddy, Kak Zaf, Abang Jim dan Haikal... Hani nak balik dululah. Terima kasih jemput Hani makan tengahari kat sini.” Ujar Hani lalu bersalam dengan mereka semua.
     “Baiklah. Nanti kirim salam mama dan papa kamu ye.” Balas Puan Sri Sharifah Zalina.
     “No! Haikal tak bagi.” Semua mata memandang Haikal.
     “Kau dah kenapa Kal?” tanya Abang Jim.
     “Haah. Kenapa? Dia bukan bini kau pun.” Kak Zaf menyampuk.
     “Dia bakal isteri Haikal lah Kak Zaf.” Haikal menjawab mempertahankan dirinya.
     “Ehem! Daddy ada di sini ye?” sampuk Tan Sri Syed Husin.
     “Mummy pun ada sini ye?” begitu juga dengan Puan Sri Sharifah Zalina.
     “Okey good semua ada sini. Listen, sebagai saksi. Haikal akan bertunang dengan Hani habis sahaja jawab soalan SPM nanti. Sebarang bantahan sila tulis surat segera dengan pengesahan Mak Limah.” Terkejut bukan main semua dengan pengakuan tersebut. Berani betul Haikal.


      Haikal menggunakan nama Mak Limah yang kebetulan datang ke depan untuk menghidang air. Terkejut Mak Limah tapi dibiarkan sahaja.
      Hani yang mendengar sudah mahu jatuh pengsan. ‘Ohh, meltingnya... lagi melting dari aku tengok Mr. Kho ajar Matematik.’ Bisik hati Hani.
      “Series kamu ni Haikal?” tanya Tan Sri Syed Husin.
      “Ye, daddy. I’m dead serious.”
      “Hani?” tanya Puan Sri Sharifah Zalina.
      “Errrk? Haikal, boleh Hani balik tak? Hani dah rimas ni.” Lain di tanya lain di jawab. Aduhai...
      Masing-masing menepuk dahi mendengar jawapan Hani.
      “Baiklah Hani pergi balik dulu. Kesian Hani, apalah Haikal ni.” Kata Puan Sri Sharifah Zalina.
      “Yela... Hani baliklah.” Kendur suara Haikal berkata.
      “Okey. Thanks semua! Hani balik dulu. Assalamualaikum.” Ucap Hani lalu menyalami mereka dan keluar dari rumah agam tersebut.
       Hani yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke kereta pemandunya berhenti melangkah apabila namaya di laung.
      “Hani. Haikal sayang Hani tau! And I’m sorry dear about the moment sulking just now.” Ucap Haikal ikhlas dengan mata redupnya memandang Hani.
      “Hani tahu. Hani pun sayang Haikal juga. It’s okay. Tak sweetlah kan kalau tak merajuk-merajuk ni. Haha. Okey, Hani balik dulu Haikal! Jumpa esok. Bye!” Hani terus melangkah masuk setelah Haikal membalas dengan senyumannya.
       Mereka melambai tangan sehingga kereta yang dinaiki Hani hilang dari pandangan mata Haikal.
…………………………
      Di dalam bilik, Hani baring atas katil memandang siling atas.
     “Okey good semua ada sini. Listen, sebagai saksi. Haikal akan bertunang dengan Hani habis sahaja jawab soalan SPM nanti. Sebarang bantahan sila tulis surat segera dengan pengesahan Mak Limah.”
    Gila tak sangka, Haikal nak bertunang dengan Hani pada usia yang terlalu muda. Orang berada duit, harta semua ada di depan mata. Uruskan syarikat keluarga je, tak payah susah-susah nak cari kerja luar untuk mendapatkan gaji yang lumayan.
    “Oh, melting. Sweetnya awak, Haikal…” ujar Hani. Nasib baik dia berseorangan dalam bilik kalau tak mesti orang ingat dia angau.
    “Hani. Haikal sayang Hani tau!”
    Ayat itu masih lagi di ingatan Hani walaupun 3 jam sudah berlalu.
    “Haikal. Haikal. Haikal. Kenapa saya suka awak eh? Sudah tiga tahun kita bercinta monyet bagai sehingga menjadi hot couple sekolah. Alhamdulillah kekal sehingga sekarang. Saranghaeyo Haikal!” kata Hani dengan nada ceria sambil berguling-guling gembira di atas katil.
     Haikal. Dia seorang yang tinggi mempunyai mata hazel yang menawan, muka yang bersih tanpa parut mahupun jerawat batu. Badan yang tegap dan nampak lagi menarik bila tengok dia bermain tennis. Aduh, tu yang buat Hani cair tu. Lagi bertambah cair bila Haikal buat muka comel memujuk Hani dengan suara romantik dia. Ohmaii, rasa nak jerit je Hani sekarang ni bila teringat balik peristiwa lalu saat Haikal melamar dia sebagai pasangan cinta monyet. Ingat tak kekal. Yela cinta monyetkan.
    “Hai, boleh saya duduk.” Ayat pertama yang keluar dari mulut Haikal.
     Di Batu Pahat Mall, ketika itu Hani sedang duduk bersantai menunggu mamanya ke tandas di bangku yang ada dalam  bangunan membeli-belah tersebut.
    “Hai, duduk ajelah. Bukan ada orang pun.” Hani memberi jawapan dengan perasaan debarnya. Oh my crush are here!
    “Boleh kenal tak dengan awak?” Haikal mula bertanya dengan ramahnya.
    “Tak payah nak kenal lah, kita satu sekolah je kan?” jawab Hani yang hampir kantoi. Hani sebenarnya dah lama perhatikan Haikal di sekolah.


     Seorang pemain tennis, seorang yang pandai, seorang yang hensem, seorang yang mampu buat hatinya cair. Haikal ialah crush rasmi Hani sejak pertama kali dia nampak Haikal bermain tennis di gelanggang tennis sekolah. Ketika itu Haikal bermain dengan kawannya di gelanggang. Pelajar semua sudah pulang ke rumah kerana sesi pembelajaran sudah tamat. Hani stayback di sekolah untuk pergi ke perpustakaan mencari bahan kerja khusus. Di sebalik tiang di memerhati sahaja cara dan gaya Haikal ketika bermain memukul bola tennis. Sangatlah awesome! Huhuhu.
     “Eh? Awak kelas apa ye Hani?” opss, Haikal pun hampir kantoi. Dia baru sahaja hendak pura-pura tidak mengenali Hani. Alahai…
     “Macam mana awak kenal saya, Haikal?” opps, Hani pun nampaknya sama seperti Haikal. Kantoi sudah yang masing-masing menstalker si admire.
     Hani tunduk malu. ‘Aduh, macam mana boleh jadi macam ni? Habislah kau Hani, malunya aku…’ bisik hati Hani.
     “Awak pun sama, macam mana kenal saya?” soal Haikal. Dia dapat menghidu sesuatu tentang hubungan dia dan Hani.
    ‘Nampaknya cintaku tak bertepuk sebelah tangan. Hehehe.’ Desis hati Haikal.
    “Erm… saya…”
    “Adik!” tegur seorang wanita yang sudah berusia tetapi masih bergaya.
    “Eh, mama!” fuhh, nasib mama datang cepat. Lega Hani.
    “Jom dik. Eh, sekejap! Siapa lelaki ni dik?” tanya Puan Ku Nisa’a mama Hani.
    “Errr.” Hani memandang Haikal yang sudah berdiri tegak di sebelahnya.
    “Assalamualaikum, aunty. Saya Haikal bakal menantu aunty.” Haikal menghulurkan salam perkenalan. Dia bersalam dengan Datin Ku Nisa’a.
    ‘Bagus betul budak ni. Pandai mak ayah dia didik.’ Desis hati Datin Ku Nisa’a.
    “Waalaikumusalam. Eh? Anak aunty sorang je, yang ni pun belum ada boyfriend lagi tak kan dah ada bakal suami pulak ni. Erm, adik? Tak cerita pada mama pun.” Datin Ku Nisa’a menjeling anaknya di depan.
     “Mama, Hani tak…”
     “Aunty, saya nak lamar Hani jadi kekasih cinta monyet saya boleh? Saya dah lama sukakan dia. Ya, saya muda lagi. Tapi nanti kami belajarlah bersungguh-sungguh dan buktikan cinta tak menghalang kami untuk sukses dalam pelajaran.” Akhirnya, ayat yang selama ini di bina di luahkan juga.
     Tak sia-sia dia ikut kakaknya pergi shopping. Sementara akaknya sibuk ke salon dia berjalan-jalan cuci mata satu mall ni dah ternampak pula seseorang yang sudah lama mencuri hatinya. Jadi, walau apa pun yang terjadi, pencuri mesti kena tangkap kan. Akhirnya, inilah hasilnya.
       Terus terduduk Hani apabila mendengar luahan hati tersebut. Mamanya lagi lah terkejut tapi dia buat muka relaks je sebab mamanya sudah pernah mengalami situasi yang sama seperti ini. Cinta Ku Nisa’a dan Tengku Hanif juga hasil dari cinta monyet mereka pada zaman persekolahan dulu sehingga sekarang hidup harmoni dan ceria menikmati bahtera rumah tangga.
       “Hani. Maafkan Haikal. Haikal kena terus terang juga sebelum Hani cari orang lain.” Jawapan jujur dari Haikal membuatkan air mata Hani ingin jatuh tapi di seka cepat.
       “Kamu betul-betul sukakan anak aunty?” tannya Datin Ku Nisa’a.
       “Ya aunty. Saya sayang, saya suka dan saya cinta dia.” Wah, gentle betul Haikal tapi dalam hatinya berdebar hanya Tuhan yang tahu.
       “Okey, kalau macam tu jom ikut aunty pulang ke rumah. Kita makan malam bersama.” Baru sahaja kenal Datin Ku Nisa’a terus mengajak Haikal pulang ke rumah. Bagus betul.
    “Maaf, aunty. Lain hari saya pergi ye. Saya datang dengan kakak saya.” Haikal menolak lembut pelawaan tersebut.
     “Kalau macam tu ajak kakak kamu sekali. Jom.”
     Haikal mengangguk dan tersenyum. Dia sempat mengerling Hani di sebelah yang sedang tertunduk malu. ‘Alahai, comelnya awak Hani. Mana tak saya cair…’ desis hati Haikal.
     Hani tersenyum apabila mengingati peristiwa itu. Tidak sangka mamanya setuju terus dan memberi restu untuk mereka berdua. Papanya lagi sporting, dia suruh Haikal hantar rombongan meminang pula. Walhal, umur mereka ketika itu baru sahaja 15 tahun. Hahaha.
    Hani mengambil satu kertas dan mencoret sesuatu menggunakan pern yang berwarna-warni.
    ‘Hani sayang Haikal.’
    Kemudian kertas tersebut di lekatkan di dinding hadapan meja belajar Hani. Makin bersemangatlah Hani nak belajar.
………………………….
     Haikal tersenyum sendiri di balkoni luar biliknya. Amboi, beraninya dia berkata sedemikian. Tidak menyangka dia mempunyai keberanian  seperti itu. Setelah 3 hari dia buat solat Istikarah bersama solat sunat Hajat. Hatinya benar-benar yakin milik Hani. Oleh itu, dia terus memberi kata putus ingin bertunang dengan Hani selepas tamatnya pepriksaan SPM.
    Hari-harinya semakin ceria dan bersemangat bila nampak Hani. Belajar pun semakin bersungguh-sungguh selepas dia berjanji untuk buktikan yang cinta monyet bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Buktinya, Haikal dan Hani belum pernah gagal dalam apa-apa peperiksaan. Sungguh, Haikal bersyukur dengan nikmat Allah ini. Keluarga pun merestui hubungan baik mereka.


     Hani seorang yang comel, seorang yang cute, seorang yang cantik. Pendek kata triple C. Hani juga mempunyai perwatakan yang agak nakal bila dengan dia. Malu-malu itu yang buat Haikal suka tengok Hani. Pipinya akan merah bila dia malu dan mukanya comel bila dia marah. Ahh, semua yang baik pada Hani.
     Dia masih ingat peristiwa yang dia kena tangkap dengan Double R iaitu cikgu disiplin     sekolah ketika mereka berdating di taman rekreasi sekolah pada waktu rehat.
      “Hani, hari ni kita ponteng nak. Haikal malaslah nak masuk kelas. Lepas rehat ni subjek Sejarah.” Haikal memberi cadangan yang agak gila.
      “Erm… Hani fikir…” Hani menggosok-gosok dagunya sambil berpura-pura berfikir.
      “Okey. Hani fikir. Haikal bagi 60 saat boleh?” kata Haikal.
      “Okey!”
    “Haikal kira satu, dua, tiga Hani mula fikir.” Ujar Haikal. Lagaknya seperti bermain sesuatu permainan tapi sebenarnya hanya menghitung masa untuk Hani berfikir. Kelakar sungguh.
     Hani mengangguk dan ketawa dengan permainan merepek Haikal ni.
     “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh …” Haikal meneruskan mengira sehingga 60 saat.
     Tetapi sampai sahaja saat ke 58…
     “Ehem!” deheman yang kuat membuatkan mereka terkejut dan berhenti mengira serta bergurau.
      Perlahan-lahan mereka menoleh ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara tersebut.
     “Cik…cik…cikgu. CIkgu Double R?!” serentak mereka menjerit memanggil nama cikgu tersebut. Terkejut sangat.
     “Opppsss!” dua-dua tutup mulut kerana tersasul panggil Cikgu Razak dengan nama CIkgu Double R.
     Dengan rotan di tangan, CIkgu Double R menuding kepada mereka berdua. “Apa kamu panggil saya?” keras suaranya menahan marah.
     Satu saat, dua saat, tiga saat dan…
     “Hani, jom lari!” Haikal menarik tangan Hani untuk melarikan diri daripada tertangkap.
     Bila mengingat balik peristiwa nakal tersebut terasa diri ni jahat pula. Hmm, lumrah remaja sekarang. Hahaha.
     “Hani. Hani. Hani. Tengku Hani Zulaikha. I’m falling in love with you sayang.” Jerit Haikal di balkoni biliknya.
      Mujur rumah dia jauh daripada jiran. Maklumlah rumah banglo besar terletak sebiji-sebiji di kawasan elit ini.
     Tiba-tiba ada suara menjerit dari bawah.
     “Woi, Eqal! Gila eh?!” jerit Abang Jim dari bawah.

    Cepat-cepat Haikal masuk ke bilik. Tak sangka ada orang dengar pula. Hehehe.

-TO BE CONTINUE-

p.s Hyep! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! So how this story going? Best tak? Seronok tak baca? Boleh imagine tak sweetnya macam mana? Erm, if tak. Mia minta maaflah. Mia baru lagi so mungkin karya Mia tak dapat memuaskan hati pembaca semua. Tunggu part yang seterusnya. Actually Mia belum habis type lagi cerita ni. Just wait okay. Kalau ramai dah baca Mia sambung. Hehe. Terima kasih semua :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

4 comments:

Mari meriahkan suasana..