Tiga bulan kemudian ...
“Honeyy, lari.
Mummy nak kejar kita.” Jerit Haikal seraya menarik tangan Hani yang sedang
duduk ingin menjamah kuih yang di hidangkan.
“Apa Haikal ni!?”
marah Hani selepas dah jauh lari. Maklumlah, kawasan rumah luas. Lari mana-mana
pun boleh. Kadang-kadang boleh sesat kalau sesiapa yang baru menjejakkan kaki
ke rumah agam Syed Husin ini.
Haikal
termengah-mengah. Belum sempat dia buka mulut. Mummynya muncul.
“Budak bertuah ni!
Mummy cepuk dengan penyapu ni karang. Nasib Mummy ni juara lari terus 100 meter
kalau tak semput dah ni.” Ujar Puan Sri Sharifah Zalina yang masih memegang
penyapu.
“Series?”
terlopong Haikal dan Hani mendengar.
Mereka pandang
sesama sendiri lalu memandang semula kepada Puan Sri Sharifah Zalina. “Biar
betul?!” serentak mereka bersuara.
“Apa masalah kamu
berdua ni? Betullah mummy cakap.” Puan Sri Sharifah Zalina masih mengiakan
katanya.
“Mummy, kenapa
Haikal tak pernah tahu langsung?” tanya Haikal dengan muka sedih tapi
hakikatnya ada agenda tersembunyi.
“Haikal tak
tanya.” Jawab Puan Sri Sharifah Zalina.
Haikal mengenyit
mata kepada Hani di sebelahnya. Hani buat muka blur. Tak faham.
Haikal
mengenyitkan mata lagi, kali ni siap senyuman lagi. Hani masih tak faham. Dia
buat dahi kedut 14 belas pada Haikal.
Puan Sri Sharifah
Zalina yang rasa seperti tunggul di sini hairan melihat anaknya yang macam
orang sakit mata dah. Lalu dia memukul perlahan kepala anaknya.
“Mummy! Apa ni?”
marah Haikal. Dia sebenarnya malu dengan Hani, depan kekasih hati dia di
perlakukan sedemikian, siapa tak malu? Huhuhu...
“Kamu tu kenapa?
Kenyit-kenyit mata kat anak orang macam sakit mata apsal?” balas Puan Sri Sharifah
Zalina.
“Hehehe.” Haikal
menayang gigi menunjukkan sengihannya.
“Mummy, mummy kata
mummy juara kan? Apa lagi kejarlah kami... Hani jom lari!” selepas sahaja
berkata dengan segera Haikal menarik lengan Hani dan berlari satu laman rumah.
“Bertuah punya
anak!” ujar Puan Sri Sharifah Zalina
lalu berlari mengajar anak dan bakal menantunya itu.
Aik? Puan Sri Sharifah
Zalina pun satu kepala juga melayan. Macam-macam...
Sekeliling rumah
mereka berkejaran. Bahagia betul anak dan mak ni. Kelakar pun ada juga.
“Haikal! Hani!”
jerit Puan Sri Sharifah Zalina.
“Kenapa mummy? Dah
penat ke?” laung Haikal yang berada lebih kurang dua meter jarak dia dengan mummynya.
“Mummy penat. Jom
masuk! Ajak Hani makan tengahari dekat rumah je.” Ujar Puan Sri Sharifah Zalina
lalu mengorak langkah memasuki rumah. Huh! Penat!
“Okey!”
“Dear, honeyyyy...
Jom masuk!” ajak Haikal.
“Kejaplah. Hani
penatlah. Haikal nak masuk, masuklah dulu. Hani nak lepak kat luar ni sekejap.”
Balas Hani lalu dia terus melabuhkan punggung di atas rumput buatan di taman
mini itu.
“Tak mahulah
masuk. Haikal teman Hani kat luar ni je lah.” Haikal juga duduk sama di sebelah
Hani.
“Yela. Ni, Haikal. Hani datang sini nak study.
Now, tengok sekarang berpeluh macam apa. Study pun tak lagi, study mengalahkan
orang berlatih tengah padang je.” Kata Hani berbaur marah.
“Alaaa. Sorrylah
Hani. Haikal tak rancang pun main lari-lari. Lepas makan kita sambung study
balik okey?” pujuk Haikal.
“Tak nak dah
study. Tak ada mood. Lepas makan Hani nak balik.”
“Kenapa ni? Kita
tak belajar apa pun lagi kan...” Haikal mengeluh.
‘Merajuk ke apa
dia ni?’ bisik hati Haikal.
“Hani tak
selesalah. Berpeluh dah badan Hani ni. Busuk lah!” jawab Hani sambil tangan
mengibas-ngibas angin.
‘Fuh, lega!’
desis hati Haikal.
“Lah... Hani ni.
Masalah tu je. Hani mandi aje lah kat sini. Pinjam baju Kak Zaf.” Pelawa
Haikal.
“Tak apalah.
Segan dan tak selesa. Hani balik ye Haikal? Esok Hani datanglah...” Hani
menolak pelawaan Haikal. Hani memandang Haikal buat muka comel.
Haikal pura-pura
merajuk dan pura-pura tak nampak dengan kecomelan Hani.
‘Nasib bukan bini
aku lagi. Kalau tak muka comel ni aku dah kiss. Sabar Haikal. Tak lama je
lagi.’ Desis hati Haikal.
‘Haihlah, mamat
ni. Merajuk pula.’ Keluh hati Hani.
“Haikal...
janganlah merajuk macam ni. Esok kat sekolah kan boleh jumpa lagi. Balik
sekolah kita study sesama okey?” Hani terus memujuk.
Kali ni Haikal
siap silang tangan dan memuncung macam mulut itik lagi. ‘Eeee. Mengada!’ bisik
hati Hani.
“Ya Allah, budak
berdua ni. Boleh dia berdating kat luar ni pula. Masuk sekarang!” dah mulah dah
aura singa Puan Sri Sharifah Zalina.
“Sekejap mummy.
Kami nak masuklah ni.” Hani menjawab bagi pihak Haikal yang merajuk macam orang
tua tu.
Mereka masuk
beriringan sambil pujuk-memujuk.
Di meja makan
seluruh keluarga ada di meja makan pada hujung minggu begini. Selesai makan
mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbual. Hani memulakan bicaranya. Dia
sudah berasa rimas dengan lekit di badan akibat berpeluh walaupun dalam rumah
ni sejuk membeku.
“Mummy, Daddy, Kak
Zaf, Abang Jim dan Haikal... Hani nak balik dululah. Terima kasih jemput Hani
makan tengahari kat sini.” Ujar Hani lalu bersalam dengan mereka semua.
“Baiklah. Nanti
kirim salam mama dan papa kamu ye.” Balas Puan Sri Sharifah Zalina.
“No! Haikal tak
bagi.” Semua mata memandang Haikal.
“Kau dah kenapa
Kal?” tanya Abang Jim.
“Haah. Kenapa?
Dia bukan bini kau pun.” Kak Zaf menyampuk.
“Dia bakal isteri
Haikal lah Kak Zaf.” Haikal menjawab mempertahankan dirinya.
“Ehem! Daddy ada
di sini ye?” sampuk Tan Sri Syed Husin.
“Mummy pun ada
sini ye?” begitu juga dengan Puan Sri Sharifah Zalina.
“Okey good semua
ada sini. Listen, sebagai saksi. Haikal akan bertunang dengan Hani habis sahaja
jawab soalan SPM nanti. Sebarang bantahan sila tulis surat segera dengan pengesahan
Mak Limah.” Terkejut bukan main semua dengan pengakuan tersebut. Berani betul
Haikal.
Haikal
menggunakan nama Mak Limah yang kebetulan datang ke depan untuk menghidang air.
Terkejut Mak Limah tapi dibiarkan sahaja.
Hani yang
mendengar sudah mahu jatuh pengsan. ‘Ohh, meltingnya... lagi melting dari aku
tengok Mr. Kho ajar Matematik.’ Bisik hati Hani.
“Series kamu ni
Haikal?” tanya Tan Sri Syed Husin.
“Ye, daddy. I’m
dead serious.”
“Hani?” tanya
Puan Sri Sharifah Zalina.
“Errrk? Haikal,
boleh Hani balik tak? Hani dah rimas ni.” Lain di tanya lain di jawab.
Aduhai...
Masing-masing
menepuk dahi mendengar jawapan Hani.
“Baiklah Hani
pergi balik dulu. Kesian Hani, apalah Haikal ni.” Kata Puan Sri Sharifah
Zalina.
“Yela... Hani
baliklah.” Kendur suara Haikal berkata.
“Okey. Thanks
semua! Hani balik dulu. Assalamualaikum.” Ucap Hani lalu menyalami mereka dan
keluar dari rumah agam tersebut.
Hani yang baru
sahaja ingin melangkah masuk ke kereta pemandunya berhenti melangkah apabila
namaya di laung.
“Hani. Haikal
sayang Hani tau! And I’m sorry dear about
the moment sulking just now.” Ucap Haikal ikhlas dengan mata redupnya
memandang Hani.
“Hani tahu. Hani
pun sayang Haikal juga. It’s okay.
Tak sweetlah kan kalau tak merajuk-merajuk ni. Haha. Okey, Hani balik dulu
Haikal! Jumpa esok. Bye!” Hani terus melangkah masuk setelah Haikal membalas
dengan senyumannya.
Mereka melambai
tangan sehingga kereta yang dinaiki Hani hilang dari pandangan mata Haikal.
…………………………
Di dalam bilik, Hani baring atas katil
memandang siling atas.
“Okey good semua
ada sini. Listen, sebagai saksi. Haikal akan bertunang dengan Hani habis sahaja
jawab soalan SPM nanti. Sebarang bantahan sila tulis surat segera dengan
pengesahan Mak Limah.”
Gila tak sangka,
Haikal nak bertunang dengan Hani pada usia yang terlalu muda. Orang berada
duit, harta semua ada di depan mata. Uruskan syarikat keluarga je, tak payah
susah-susah nak cari kerja luar untuk mendapatkan gaji yang lumayan.
“Oh, melting.
Sweetnya awak, Haikal…” ujar Hani. Nasib baik dia berseorangan dalam bilik
kalau tak mesti orang ingat dia angau.
“Hani. Haikal
sayang Hani tau!”
Ayat itu masih
lagi di ingatan Hani walaupun 3 jam sudah berlalu.
“Haikal. Haikal.
Haikal. Kenapa saya suka awak eh? Sudah tiga tahun kita bercinta monyet bagai
sehingga menjadi hot couple sekolah. Alhamdulillah kekal sehingga sekarang.
Saranghaeyo Haikal!” kata Hani dengan nada ceria sambil berguling-guling
gembira di atas katil.
Haikal. Dia
seorang yang tinggi mempunyai mata hazel yang menawan, muka yang bersih tanpa
parut mahupun jerawat batu. Badan yang tegap dan nampak lagi menarik bila
tengok dia bermain tennis. Aduh, tu yang buat Hani cair tu. Lagi bertambah cair
bila Haikal buat muka comel memujuk Hani dengan suara romantik dia. Ohmaii,
rasa nak jerit je Hani sekarang ni bila teringat balik peristiwa lalu saat
Haikal melamar dia sebagai pasangan cinta monyet. Ingat tak kekal. Yela cinta
monyetkan.
“Hai, boleh saya
duduk.” Ayat pertama yang keluar dari mulut Haikal.
Di Batu Pahat
Mall, ketika itu Hani sedang duduk bersantai menunggu mamanya ke tandas di
bangku yang ada dalam bangunan
membeli-belah tersebut.
“Hai, duduk
ajelah. Bukan ada orang pun.” Hani memberi jawapan dengan perasaan debarnya. Oh
my crush are here!
“Boleh kenal tak
dengan awak?” Haikal mula bertanya dengan ramahnya.
“Tak payah nak
kenal lah, kita satu sekolah je kan?” jawab Hani yang hampir kantoi. Hani
sebenarnya dah lama perhatikan Haikal di sekolah.
Seorang pemain tennis,
seorang yang pandai, seorang yang hensem, seorang yang mampu buat hatinya cair.
Haikal ialah crush rasmi Hani sejak pertama kali dia nampak Haikal bermain tennis
di gelanggang tennis sekolah. Ketika itu Haikal bermain dengan kawannya di
gelanggang. Pelajar semua sudah pulang ke rumah kerana sesi pembelajaran sudah
tamat. Hani stayback di sekolah untuk pergi ke perpustakaan mencari bahan kerja
khusus. Di sebalik tiang di memerhati sahaja cara dan gaya Haikal ketika
bermain memukul bola tennis. Sangatlah awesome! Huhuhu.
“Eh? Awak kelas
apa ye Hani?” opss, Haikal pun hampir kantoi. Dia baru sahaja hendak pura-pura
tidak mengenali Hani. Alahai…
“Macam mana awak
kenal saya, Haikal?” opps, Hani pun nampaknya sama seperti Haikal. Kantoi sudah
yang masing-masing menstalker si admire.
Hani tunduk malu.
‘Aduh, macam mana boleh jadi macam ni? Habislah kau Hani, malunya aku…’ bisik
hati Hani.
“Awak pun sama,
macam mana kenal saya?” soal Haikal. Dia dapat menghidu sesuatu tentang
hubungan dia dan Hani.
‘Nampaknya cintaku
tak bertepuk sebelah tangan. Hehehe.’ Desis hati Haikal.
“Erm… saya…”
“Adik!” tegur
seorang wanita yang sudah berusia tetapi masih bergaya.
“Eh, mama!” fuhh,
nasib mama datang cepat. Lega Hani.
“Jom dik. Eh,
sekejap! Siapa lelaki ni dik?” tanya Puan Ku Nisa’a mama Hani.
“Errr.” Hani
memandang Haikal yang sudah berdiri tegak di sebelahnya.
“Assalamualaikum,
aunty. Saya Haikal bakal menantu aunty.” Haikal menghulurkan salam perkenalan.
Dia bersalam dengan Datin Ku Nisa’a.
‘Bagus betul budak
ni. Pandai mak ayah dia didik.’ Desis hati Datin Ku Nisa’a.
“Waalaikumusalam.
Eh? Anak aunty sorang je, yang ni pun belum ada boyfriend lagi tak kan dah ada
bakal suami pulak ni. Erm, adik? Tak cerita pada mama pun.” Datin Ku Nisa’a
menjeling anaknya di depan.
“Mama, Hani tak…”
“Aunty, saya nak
lamar Hani jadi kekasih cinta monyet saya boleh? Saya dah lama sukakan dia. Ya,
saya muda lagi. Tapi nanti kami belajarlah bersungguh-sungguh dan buktikan
cinta tak menghalang kami untuk sukses dalam pelajaran.” Akhirnya, ayat yang
selama ini di bina di luahkan juga.
Tak sia-sia dia
ikut kakaknya pergi shopping. Sementara akaknya sibuk ke salon dia
berjalan-jalan cuci mata satu mall ni dah ternampak pula seseorang yang sudah
lama mencuri hatinya. Jadi, walau apa pun yang terjadi, pencuri mesti kena
tangkap kan. Akhirnya, inilah hasilnya.
Terus terduduk
Hani apabila mendengar luahan hati tersebut. Mamanya lagi lah terkejut tapi dia
buat muka relaks je sebab mamanya sudah pernah mengalami situasi yang sama
seperti ini. Cinta Ku Nisa’a dan Tengku Hanif juga hasil dari cinta monyet
mereka pada zaman persekolahan dulu sehingga sekarang hidup harmoni dan ceria
menikmati bahtera rumah tangga.
“Hani. Maafkan
Haikal. Haikal kena terus terang juga sebelum Hani cari orang lain.” Jawapan
jujur dari Haikal membuatkan air mata Hani ingin jatuh tapi di seka cepat.
“Kamu betul-betul sukakan anak aunty?”
tannya Datin Ku Nisa’a.
“Ya aunty. Saya
sayang, saya suka dan saya cinta dia.” Wah, gentle betul Haikal tapi dalam
hatinya berdebar hanya Tuhan yang tahu.
“Okey, kalau
macam tu jom ikut aunty pulang ke rumah. Kita makan malam bersama.” Baru sahaja
kenal Datin Ku Nisa’a terus mengajak Haikal pulang ke rumah. Bagus betul.
“Maaf, aunty. Lain
hari saya pergi ye. Saya datang dengan kakak saya.” Haikal menolak lembut
pelawaan tersebut.
“Kalau macam tu
ajak kakak kamu sekali. Jom.”
Haikal mengangguk
dan tersenyum. Dia sempat mengerling Hani di sebelah yang sedang tertunduk
malu. ‘Alahai, comelnya awak Hani. Mana tak saya cair…’ desis hati Haikal.
Hani tersenyum
apabila mengingati peristiwa itu. Tidak sangka mamanya setuju terus dan memberi
restu untuk mereka berdua. Papanya lagi sporting, dia suruh Haikal hantar
rombongan meminang pula. Walhal, umur mereka ketika itu baru sahaja 15 tahun.
Hahaha.
Hani mengambil
satu kertas dan mencoret sesuatu menggunakan pern yang berwarna-warni.
‘Hani sayang
Haikal.’
Kemudian kertas
tersebut di lekatkan di dinding hadapan meja belajar Hani. Makin bersemangatlah
Hani nak belajar.
………………………….
Haikal tersenyum
sendiri di balkoni luar biliknya. Amboi, beraninya dia berkata sedemikian.
Tidak menyangka dia mempunyai keberanian
seperti itu. Setelah 3 hari dia buat solat Istikarah bersama solat sunat
Hajat. Hatinya benar-benar yakin milik Hani. Oleh itu, dia terus memberi kata
putus ingin bertunang dengan Hani selepas tamatnya pepriksaan SPM.
Hari-harinya
semakin ceria dan bersemangat bila nampak Hani. Belajar pun semakin
bersungguh-sungguh selepas dia berjanji untuk buktikan yang cinta monyet bukan
penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Buktinya, Haikal dan Hani belum
pernah gagal dalam apa-apa peperiksaan. Sungguh, Haikal bersyukur dengan nikmat
Allah ini. Keluarga pun merestui hubungan baik mereka.
Hani seorang yang
comel, seorang yang cute, seorang yang cantik. Pendek kata triple C. Hani juga
mempunyai perwatakan yang agak nakal bila dengan dia. Malu-malu itu yang buat
Haikal suka tengok Hani. Pipinya akan merah bila dia malu dan mukanya comel
bila dia marah. Ahh, semua yang baik pada Hani.
Dia masih ingat
peristiwa yang dia kena tangkap dengan Double R iaitu cikgu disiplin sekolah ketika mereka berdating di taman
rekreasi sekolah pada waktu rehat.
“Hani, hari ni
kita ponteng nak. Haikal malaslah nak masuk kelas. Lepas rehat ni subjek
Sejarah.” Haikal memberi cadangan yang agak gila.
“Erm… Hani
fikir…” Hani menggosok-gosok dagunya sambil berpura-pura berfikir.
“Okey. Hani
fikir. Haikal bagi 60 saat boleh?” kata Haikal.
“Okey!”
“Haikal kira satu,
dua, tiga Hani mula fikir.” Ujar Haikal. Lagaknya seperti bermain sesuatu
permainan tapi sebenarnya hanya menghitung masa untuk Hani berfikir. Kelakar
sungguh.
Hani mengangguk
dan ketawa dengan permainan merepek Haikal ni.
“Satu, dua, tiga,
empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh …” Haikal meneruskan mengira
sehingga 60 saat.
Tetapi sampai
sahaja saat ke 58…
“Ehem!” deheman
yang kuat membuatkan mereka terkejut dan berhenti mengira serta bergurau.
Perlahan-lahan
mereka menoleh ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara tersebut.
“Cik…cik…cikgu.
CIkgu Double R?!” serentak mereka menjerit memanggil nama cikgu tersebut.
Terkejut sangat.
“Opppsss!”
dua-dua tutup mulut kerana tersasul panggil Cikgu Razak dengan nama CIkgu
Double R.
Dengan rotan di
tangan, CIkgu Double R menuding kepada mereka berdua. “Apa kamu panggil saya?”
keras suaranya menahan marah.
Satu saat, dua
saat, tiga saat dan…
“Hani, jom lari!”
Haikal menarik tangan Hani untuk melarikan diri daripada tertangkap.
Bila mengingat
balik peristiwa nakal tersebut terasa diri ni jahat pula. Hmm, lumrah remaja
sekarang. Hahaha.
“Hani. Hani.
Hani. Tengku Hani Zulaikha. I’m falling in love with you sayang.” Jerit Haikal
di balkoni biliknya.
Mujur rumah dia
jauh daripada jiran. Maklumlah rumah banglo besar terletak sebiji-sebiji di
kawasan elit ini.
Tiba-tiba ada
suara menjerit dari bawah.
“Woi, Eqal! Gila
eh?!” jerit Abang Jim dari bawah.
Cepat-cepat Haikal
masuk ke bilik. Tak sangka ada orang dengar pula. Hehehe.
-TO BE CONTINUE-
p.s Hyep! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! So how this story going? Best tak? Seronok tak baca? Boleh imagine tak sweetnya macam mana? Erm, if tak. Mia minta maaflah. Mia baru lagi so mungkin karya Mia tak dapat memuaskan hati pembaca semua. Tunggu part yang seterusnya. Actually Mia belum habis type lagi cerita ni. Just wait okay. Kalau ramai dah baca Mia sambung. Hehe. Terima kasih semua :)

best ar Mia
ReplyDeleteTERBAEK!!!!!!!!!! -BoboBoi
aku iron mkr
ReplyDeletehehe, thanks sebab sudi baca xDD
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete