Saturday, 9 November 2013

Dari Mata Turun Ke Hati [Cerpen]

        Cinta monyet cinta yang tak pernah kekal tapi jika ditakdirkan cinta seseorang itu pasti kekal. Bukan dipinta tapi lahirnya perasaan cinta ini mungkin kerana hormon seseorang yang berubah dan ditumbuhi perasaan meminati seseorang.
       Ya! Mungkin! Begitu juga dengan pemilik nama yang cantik ini. Mata bundar comel, dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi, bibir nipis yang sentiasa tersenyum manis, berkulit putih mulus tetapi agak pemalu bila berhadapan dengan seorang lelaki. Jika meminati seseorang dia hanya mampu pendam sendiri. Siapakah? Syafa Humaira binti Muhammad Aiman nama diberi. Manis sekali namanya seperti orangnya.
       “Sya, aku nak pinjam nota sejarah boleh?” tanya Nadirah. Sahabat sejati dunia akhirat.
       “Lah, kau ni macam tak biasa pula. Ambil je lah.” Jawab Syafa lalu tangannya menyerah buku nota tersebut.
        “Sya, kau dah tahu dah kelab agama nak buat rombongan sambil belajar?” Nadirah mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Syafa sementara guru belum masuk ke dalam kelas.
         Syafa bukan jenis suka bercakap kalau cikgu sudah masuk. Dia akan sentiasa fokus pada pelajaran. Oleh itu, dia sentiasa mendapat markah yang terbaik. Nadirah suka berkawan dengan Syafa, sedikit-sedikit ilmu dapat dipelajari dengan Syafa.
         “Tak tahu pula. Bila? Rombongan ke mana?” tanya Syafa ingin tahu.
         “Emmm… tarikh dia dua minggu lagi ke Kelantan dan Terengganu.” Jawab Nadirah takut-takut. Pasti Syafa tidak mahu menemaninya. Yela. Mereka bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi tiba-tiba kelab buat rombongan pula.
          “Apa?! Nad… kau kenal aku kan? Lagipun bulan depan dah trial SPM. Aku rasa aku tak dapat pergi.” Akhirnya, jawapan yang dijangka keluar juga dari mulut Syafa.
         Terdengar keluhan kecil dari Nadirah.
         Syafa yang perasan mula merasa tidak sedap hati sebab sudah mengecilkan hati sahabatnya.
         Baru sahaja dia hendak buka mulut memujuk, guru mata pelajaran Bahasa Melayu masuk ke kelas 5 Sains.
…………………………………
         Sekolah tamat seperti biasa mengikut waktu yang ditetapkan.
         “Nad. Kau merajuk dengan aku lagi ke?” soal Syafa apabila dia terasa pelik dengan sikap Nadirah yang daripada tadi hanya mendiamkan diri sahaja.
         “Hmm.” Jawab Nadirah malas.
         Saat ingin keluar dari pagar sekolah matanya terpandang seseorang dan pandangannya dibalas. Cepat-cepat Syafa menundukkan wajahnya. Malu dengan ‘pak ustaz’ tu. Gelaran yang diberikan oleh pelajar sekolah ini kerana sikapnya ala-ala ustaz gitu.
        “Nad! Aku balik dulu. Mama aku dah sampai. Kau jangan merajuk tau. Kesian aku tak ada kawan. Bye Nad! Sayang kau! Assalamualaikum.” Ujar Syafa lalu terus menuju ke keretanya.
        Nadirah tersenyum senang. Meskipun Syafa tidak pandai memujuk tapi cara dia yang lembut itu sudah boleh membuatkan hati dia cair dan tidak boleh untuk merajuk lama-lama dengan sahabatnya itu. Sayang kau juga Syafa!

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku.
…………………………….
        Sampai rumah, Syafa merehatkan diri sekejap di atas katil. Mujur di sekolah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam iaitu menunaikan solat fardhu Zohor. Jadi, pulang sekolah dia boleh terus berehat.
        ‘Perlu ke aku pergi rombongan tu? Tapi aku baru sahaja pergi tahun lepas. Lagipun, SPM dah dekat. Aduh, nanti Nad merajuk lagi! Huh! Peningnya aku!’ Syafa mengeluh berat. Kecil sahaja masalahnya tapi sukar untuk membuat keputusan.
        Pintu diketuk dan dibuka.
       “Kak Sya, mama panggil turun makan.” Panggil adik Syafa. Syakir yang berusia 13 tahun itu.
       “Yela. Bagi akak mandi dulu. Sekejap lagi akak turun.” Balas Syafa.
       Mendengar jawapan dari kakaknya, Syakir terus berlalu dari situ.
       Syafa segera mencapai tualanya dan mandi.
………………………
      Usai makan malam. Syafa membantu ibunya mengemas. Dia mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan mamanya.
      “Ma, Sya nak tanya dan minta kebenaran mama boleh?” dengan berhati-hati Syafa tanya. Mamanya mungkin juga tidak membenarkan dia pergi ke rombongan itu.
       “Tanya aje la Sya. Apa?” jawab Puan Maisarah.
       “Kelab Syafa buat rombongan. Sya nak pergi boleh ma? Teman Nad ke sana.” Tanya Syafa.
       “Bila?” reaksi Puan Maisarah pun dah boleh buat Syafa agak pasti mamanya tak izinkan.
       “Erm… 2 minggu lagi mungkin?”
       “Bukan mama tak bagi tapi kan kamu nak exam. Nanti habis exam kamu minta je nak pergi mana, biar mama belanja. Tapi sekarang fokus study dulu ye sayang.” Lembut sahaja Puan Maisarah berkata supaya anaknya tidak marah kerana tidak mengizinkan dia mengikuti rombongan tersebut.
        “Tapi ma…”
        “No tapi, tapi. Okey! Kalau Sya tanya papa pun, mesti papa tak bagi juga. Dah pergi naik atas study sana. Biar mama yang buat semua ni.” apabila Puan Maisarah sudah memberi kata putus Syafa tak boleh buat apa dah. Melainkan menurut sahaja arahanya.
         Dengan langkah yang malas. Syafa naik ke atas masuk ke bilik.
………………………………
         Di sekolah lagi sekali muka lelaki semalam menarik perhatian Syafa. Dia cuba memandang lelaki tersebut dan apabila lelaki itu membalas pandangannya. Segera Syafa menundukkan mukanya dan berjalan seperti biasa masuk ke kelas. Ahh! Kenapa dengan kau ni Syafa?
         Masuk ke kelas, belum sempat duduk Nadirah dah tanya pasal semalam.
         “Sya….” Meleret Nadirah panggil nama Syafa.
         “Ye Nad.” Jawab Syafa.
         “Macam mana?” tanya Nadirah.
        Syafa yang mula sibuk dengan buku-bukunya buat muka tidak faham dengan soalan yang dilontarkan oleh Nadirah.
         “Aduh kau ni, tak kan dah nyanyuk kot. Belum sampai 48 jam lagi.” Ujar Nadirah.
        Buku yang dibaca oleh Syafa ditarik perlahan. Hish, Sya ni. Orang cakap dengan dia, dia boleh bantai baca buku ni. Desis hati Nadirah.
         “Hish kau ni! Okey! The result is…..” Syafa sengaja buat suspen bagi Nadirah tertunggu-tunggu.
         “Hah… is…?” Nadirah buat muka tak sabar nak tahu.
         “Hmm. Cannot! Mama aku tak bagilah Nad. I’m sorry dear.” Jawab Syafa. Syafa perasaan riak muka Nadirah yang kehampaan. Hmm, kesian sahabat aku ni. desis hati Syafa.
         Tiba-tiba pandangannya menoleh ke arah tingkap sebelah kanan yang terletak jauh sedikit dari tempat duduknya. Kelihatan lelaki yang menarik perhatian Syafa tadi sedang berjalan menuju ke kelasnya bersama kawan-kawannya. Sebelah sahaja kelasnya di kelas 6 Sains. Mata Syafa dan mata lelaki itu bersatu tatkala lelaki itu memandang ke arah kelas Syafa. Sergahan oleh Nadirah dan sahabat lelaki itu membuatkan mereka berdua tersentak dan hanya menunduk malu sendiri. Ya Allah, berdosakah aku? Astaghfirullah… Syafa beristighfar memohon keampunan.
       “Kau pandang siapa hah Sya? Aku cakap macam nak keluar anak tekak dah.” Nadirah pura-pura marah.
       “Eh, mana ada siapa-siapa. Merepek je kau ni. Hmm, kau cakap apa tadi?” cepat-cepat Syafa membalas pertanyaan sahabatnya itu. Kalau kantoi tak ke malu. Huh!
       Perbualan mereka terhenti apabila guru matapelajaran Matematik Tambahan masuk. Syafa berasa sedikit lega dan berharap selepas ini tiada lagi soalan yang akan dikeluarkan oleh Nadirah berkaitan kejadian yang tak disengajakan tadi.
        Ah! Pandangan lelaki itu menggugat imannya betul.
……………………………….
Pertama kali kita bertemu
Terpanaku melihatmu
Kurasakan kehangatan
Yang kau berikan untuk diriku

        Syafa Humaira. Namanya secantik orangnya. Adakah ini cinta pandang pertama? Apa ni Amar!? Tak akan baru jumpa terus jatuh cinta. Mana pergi prinsip kau untuk belajar dahulu baru fikir tentang cinta. Mana?! Ahhh! Amar bermain dengan perasaanya sendiri.
        Pulang dari sekolah dia masih lagi bertemu dengan gadis itu. Gadis yang telah berjaya buat dia jatuh cinta. Ahh, cinta monyet sahaja aku ni! Amar masih menafikan perasaanya.
        Amar cuba melelapkan mata untuk melupakan segala yang berlaku hari ni.
        Ya Allah! Astaghfirullahalazim. Dia bangun dari katil menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
       Dia mula melakukan solat sunat taubat.
       Hampir sahaja dia leka melayani perasaan cinta monyet ini. Padahal Allah itu ada. Allah yang sentiasa menemaninya. Tidak perlulah dia melayan perasaan merepek ini. Kalau ada jodoh, adalah suatu hari nanti.
………………………
Aku juga merasakannya
Indahnya suaramu perlukan hatiku
Nada-nada indah lagumu
Membuatku selalu terbayangkan kamu
.
         Muhammad Amar Hariz rupanya nama lelaki itu. Syafa terperasan namanya di notis board yang menampalkan nama-nama pengawas yang bertugas dan dia merupakan ketua pengawas di sekolah Syafa. Memang sesuai sangatlah dia jadi pemimpin.
         Seorang yang tinggi, tak tahu berapa sentimeter dan yang pasti lebih tinggi dari Syafa. Syafa kecil sahaja badannya dan pendek tapi bukan pendek sangat. Rupanya masih Syafa belum dapat kenal pasti. Maklumlah malu-malu nak pandang lelaki itu.
         Dia selalu mengimamkan solat di sekolah. Menjadi contoh di hadapan kawan-kawan dan guru-guru. Dia juga menjaga batas pergaulannya antara lelaki dan perempuan. Memang perangainya ala-ala ustaz. Dan itulah ciri-ciri bakal suami Syafa. Awal-awal lagi Syafa sudah berangan tentang lelaki yang akan mengimamnya solat.
        Eh, tak kanlah aku jatuh cinta dengan lelaki tu? Ya Allah, kau buangkanlah perasaan cinta monyetku ini. Aku masih lagi bersekolah dan masih jauh lagi perjalanan aku. Ahh, buang masa sahaja aku fikir pasal benda ni. Lebih baik menghadap buku Fizik ni. bisik hati Syafa.
………………………….
        Hari ni rombongan kelab Pendidikan Islam ke Kelantan dan Terengganu. Entah apa yang merasuk Puan Maisarah tiba-tiba sahaja dia mengizinkan Syafa untuk mengikuti rombongan tersebut. Apa lagi sukalah Syafa apabila mamanya beri green light. Nadirah pun tak tahu lagi tentang hal ini. Biarlah. Aku nak bagi kejutan yang pasti. Desis hati Syafa.
        “Mama. Mama series ke ni bagi Sya pergi?” soal Syafa lagi di dalam kereta menuju ke sekolah.
        “Iye sayang. Segala borang kebenaran mama dah isi minta kat sekolah.” Jelas Puan Maisarah.
        Entah bila mamanya pergi sekolah, Syafa pun tidak perasan. Tahu-tahu malam tadi mamanya menyuruh dia packing baju untuk pergi ke rombongan tersebut.
        “Baiklah. Thanks mama!” ucap Syafa terus mencium pipi mamanya yang sedang memandu itu.
        “Hish, kamu ni. Nak cium pun nantilah.” Marah Puan Maisarah. Bukan marah betul-betul pun, gurau sahaja.
        Syafa hanya tersenyum mendengar.
       “Nad!!!” jerit Syafa kepada Nadirah yang ingin melangkah masuk ke dalam bas.
       “Eh, Syafa? Kau buat apa kat sini?” terkejut Nadirah apabila melihat sahabatnya ada di sini.
        Nadirah turun semula dari bas memberi laluan pelajar lain dahulu untuk masuk. Dia melihat Syafa atas bawah. Syafa memegang satu beg pakaian dan satu beg yang disandangnya.
       Belum sempat Syafa menjawab Nadirah terlebih dahulu berkata. “Kau series Sya?”
       “Iye. Dah jom naik. Aku tak sabar ni.” ajak Syafa tidak sabar.
       “Mama kau?”
       “Tu!” Syafa menunjukkan figura wanita yang sedang berdiri di keretanya melambai kepada mereka.
      Nadirah menunduk hormat membalas dengan senyuman.
      Nadirah mendahului masuk manakala Syafa meletakkan beg pakaiannya di tempat yang disediakan di bawah bas.
       Sedang matanya melilau mencari tempat Nadirah duduk, matanya terus pandang pada mata yang sangat dikenalinya. Ahh, lelaki itu lagi. Kenapa dia mesti ada juga? Desis hati Syafa. Aduh, kau dah lupa ke Syafa lelaki itukan pengerusi kelab Pendidikan Islam dan memang patut pun dia mengikuti rombongan ini.
       Pandangan Syafa terhenti apabila tangannya ditarik.
       “Fuh! Aku ingat siapa tadi. Rupanya kau Nad. Kau ni buat malu aku je, main tarik-tarik tangan aku.” Syafa membetulkan kedudukannya sambil mulut memarahi Nadirah.
        “Bukan aku buat kau malu tapi kau yang buat diri kau malu.” Ujar Nadirah sambil tu mata menoleh ke belakang.
        “Kenapa pula?” soal Syafa tidak tahu.
       “Kenapa kau tanya? Weh, aku tak tahu hantu apa rasuk kau pagi-pagi ni. Masuk bas terus termenung pandang orang yang kat belakang. Aku panggil kau kat sebelah ni pun kau tak dengar. Daripada aku dengar suara-suara sumbing baik aku tarik tangan kau untuk duduk.” Panjang lebar Nadirah menerangkan kepada sahabatnya ini.
         “Oh ye ke? Ya Allah! Tak perasan pula aku Nad. Thank ye. And sorry too!” ucap Syafa ikhlas.
         “Hmm, tak apalah. Kau kan sahabat aku. By the way, siapa yang kau pandang kat belakang tu eh? Amar ke?” soalan Nadirah membuatkan Syafa tersentak.
         Belum sempat Syafa menjawab. Keadaan menyelamatkannya apabila Ustazah Aishah meminta Amar untuk membaca doa menaiki kenderaan sebelum bas memulakan perjalanan. Lunak merdunya suara dia. Macam suara Hafiz Hamidun. Penyanyi solo nasyid itu.
       Amin… Alhamdulillah. Harap lepas ni Nadirah tak tanya lagi soalan yang sama.
 …………………………..
       Alhamdulillah. Rombongan kami tiba di Terengganu pada waktu tengahari. Kunci bilik diberikan oleh pengerusi kelab iaitu ahh lelaki ini lagi. Kenapa mesti dia? Desis hati Syafa.
       Saat Syafa dan Amar berhadapan mata mereka bertaut. Tetapi cepat-cepat mereka menunduk apabila mendengar Nadirah di sebelah berdehem. Astaghfirullah. Mereka beristghfar.
       Kunci diberi dan satu bilik boleh dimuatkan seramai 4 orang pelajar. Nasib baik Nadirah satu bilik dengan dia. Tak adalah dia berasa kekok apabila bersama 2 orang pelajar tingkatan 4 yang berkongsi bilik sekali dengan mereka.
       “Ahh, penatnya!” masuk ke bilik, Nadirah dengan tidak sopannya terus melemparkan badannya ke atas katil.
       Syafa hanya menggelengkan kepala melihat karenah sahabatnya itu.
      “Awak berdua tidur di katil sebelah ye. Maafkanlah kawan akak ni. Dia memang senget sikit.” Ujar Syafa sengaja mengenakan sahabatnya ini.
       Terus bangun Nadirah apabila mendengar Syafa mengatanya senget kepada budak tingkatan 4 itu. Malulah!
       Budak tingkatan 4 itu hanya tersenyum mengangguk mendengar. Mereka terus pergi ke katil sebelah.
       “Apa ni Sya? Malulah aku.” Nadirah mencebik.
       “Padan muka kau! Tak sopan betul.” Balas Syafa.
       “Alah kan perempuan semua. Buat apa nak malu.”
       Malas nak menjawab, Syafa bertanya kepada budak tingkatan 4 itu.
      “Korang siapa nama ye? Maaf akak tak berapa kenal dengan pelajar tingkatan 4 ni.” tanya Syafa ramah.
       Nadirah menongkat dagu sambil meniarap mendengar.
      “Saya Diana. Kawan saya ni Sarah.” Jawab perempuan yang berbaju t-shirt muslimah berwarna merah jambu itu. Manis sekali dengan tudung labuhnya.  Beza dengan Sarah yang nampak brutal sedikit.
       “Oh, okey. Rehatlah. Nanti lepas maghrib kita ada aktiviti di dewan yang disediakan.” Kata Syafa.
        “Baiklah kak.”
        Petang itu memang waktu merehatkan diri. Mengikut jadual yang diberikan aktiviti akan bermula pada malam ini. Bagus betul pengurus jadual ini.
        Syafa memberanikan diri untuk melihat permandangan di kawasan resort ini. Nadirah sudah tidur. Penat katanya. Syafa yang bosan mula melangkah kaki ke balkoni bilik ini.
       “Subhanallah. Cantiknya pantai.” Sungguh hatinya tersentuh melihat ciptaan yang Maha Esa ini. Tidak salah dia memilih bilik ini untuk diduduki. Terletak di belakang pantai yang disediakan resort ini.
        Sedang dirinya menikmati ciptaan Tuhan ini. Lagi sekali matanya terpandang susuk tubuh lelaki yang berpakaian lengkap dengan kain pelekat mungkin baru lepas solat di sebelah biliknya. Ahh, lelaki itu lagi! Desis hati Syafa. Mujur dia masih lagi menutup aurat apabila keluar dari bilik itu.
       Mereka bertatapan.

Mata ke mata
Ke hati
Hati ke hati
Hati hati
Bibir ke bibir
Bicara janji

        Astaghfirullah. Mereka beristghfar. Dengan segera Syafa masuk ke dalam. Malu kerana memerhatikan mata yang sempurna itu. Ya Allah! Ampunilah aku yang telah melakukan dosa. Ucap Syafa dalam hati.
       Ahh, perempuan itu benar-benar menggugat keimananya. Matanya bersinar-sinar bagaikan mengharap sesuatu. Adakah mengharapkan cintanya? Hish, apa aku merepek ni? Ya Allah! Keluh Amar. Dia meraup mukanya sambil beristighfar.
…………………………….
        Hari ni masuk hari ke tiga mereka berada di Terengganu. Ikutkan semalam mereka berada di Kelantan tetapi atas masalah tertentu rombongan ke sana terpaksa dibatalkan. Jadi, 3 hari mereka tinggal di resort Terengganu ini.
       Macam-macam aktiviti dilakukan berkaitan Islamiah di sini. Seronok sangat. Tak sia-sia Syafa mengikuti rombongan ini walaupun pada saat-saat akhir.
      Petang nanti mereka perlu bertolak pulang ke Port Dickson. Selamat tinggal Kuala Terengganu. Tidak tahu kenapa Syafa berasa sedih untuk meninggalkan tempat ini. Rasa berdosa pun ada kerana banyak main mata dengan lelaki itu. Ahh, kenapa dengan aku ni? bentak Syafa dalam hati.
      Dia pun hairan dengan sikapnya sekarang. Hobi baru iaitu merenung mata lelaki itu. Baginya mata lelaki itu sangat sempurna untuk direnung. Hmm, angau sudah aku ni. desis hati Syafa.
      “Woi, termenung apa lagi kau ni?” tegur Nadirah apabila melihat Syafa masih lagi berada di luar balkoni.
      “Eh? Tak ada apalah. Menikmati keindahan alam je.” Syafa berdalih menutup malu.
      “Yela tu. Ke kau pandang mamat bilik sebelah tu? Aku tengok setiap kali habis aktiviti mesti keluar balkoni.” Telah Nadirah. Hish, minah ni nampak je apa aku buat. Getus hati Syafa.
       “Mana ada. Merepeklah kau ni.” Syafa menggaru kepala yang tidak gatal dan menafikan apa yang dikatakan oleh Nadirah.
       “Kak Sya, Kak Nad. Lah tak siap lagi ke? Semua dah tunggu tu.” terkejut Diana apabila masuk ke dalam bilik dan melihat kami yang masih belum bersiap.
        “Eh? Hehe. Dah nak siaplah ni. Kak Nad kau ni hah menggedik berangan pula.” Jawabku siap kenakan Nadirah lagi.
        “Lah… aku pula yang kena. Okey Diana. Kejap lagi kami keluar. About 5 minutes later. Wait okay.” Ujar Nadirah sambil mata menjeling tajam pada Syafa.
        “Peace!” Syafa menayangkan dua jari ke atas pada Nadirah.
        “Dahlah jom. Barang semua dah kemas kan?” ajak Nadirah.
        “Alhamdulillah dah. Leggo.”
        Sampai sahaja di lobby hotel. Mata pelajar semua memandang kepada Nadirah dan Syafa yang terhegeh-hegeh sampai. Tak tahu orang penat menunggu dia.
        “Maaf. Maaf semua. Maaf ustazah. Ni hah, si Syafa bersolek tak habis-habis.” Nadirah meminta maaf. Giliran Nadirah pula mengenakan Syafa.
         Semua mata memandang Syafa.
         “Eh? Mana ada. Mana ada. Weh, apa ni!” marah Syafa perlahan membisik di telinga Nadirah.
        “Padan muka kau!” balas Nadirah.
         Di saat itu mata Amar memandang perempuan yang bernama Syafa. Ya Allah, cantiknya. Bolehkah aku memilikinya? Astaghfirullahalazim. Bisik hati Amar.
        Syafa yang perasan diri diperhatikan oleh seseorang terus tunduk malu. Ahh, dia lagi. Ya Allah, apakah maksudnya ini?
       “Woi, termenung lagi?” tersentak Syafa apabila ditegur Nadirah.
       “Hah?”
       “Dah lah. Jom naik bas.” Malas melayan perangai Syafa dia terus mengajak Syafa naik ke bas.
        Dan lagi sekali Syafa bertembung dengan Amar semasa ingin meletakkan beg pakaian di bonet bas.
       Bunyi hon bas menghentikan lamunan tersebut. Tersentak. Amar menunduk malu. Syafa terus menaiki bas.
       Sampai di tempat duduk di merasakan degupan jantung yang cukup laju. Apatah lagi apabila Amar lalu melepasinya untuk duduk di bahagian belakang. Makin laju. Kalau ikut rekod, mesti kalah rekod masa pelari Usain Bolt. Hahaha. Merepek!

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

       Nadirah hanya menggeleng sahaja melihat perangai sahabatnya yang semakin pelik. Ingin ditanyanya tapi mesti Syafa akan berdalih. Kenal sangat sikap Syafa yang suka memendam rasa. Walaupun dia sahabat, susah betul nak kenal pasti masalah yang dihadapi Syafa kerana dia tidak suka menyusahkan orang termasuk keluarganya sendiri. Itulah Syafa. Kecuali kalau dipaksa barulah dia ingin bercerita.

……………………………….

-CONTINUE-

p.s Maaf. Hanya gambar itu sahaja Mia dapat letak yang lain tak dapat. Internet Mia buat hal, tak nak tolong Mia jadi tu lah yg dapat. Cerita ini sebenarnya ilham dari seseorang. Siapa? Rahsia. Okey, enjoy! Terima Kasih sudi membaca. Assalamualaikum.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..