Saturday 15 March 2014

'ElyKimi Daily Words'

Bab 4

            “Mak!!!” jerit Aidil.
            Aku yang baru selesai solat subuh hanya pekakkan telinga. Padan muka! Tahu sangat kenapa dia menjerit.
           Malam tadi, masa buka buku latihan Aidil aku baru terfikir yang Aidil nak UPSR tak lama lagi jadi aku sebagai kakak tak patut la bagi jawapan free-free macam tu. Jadi, aku ambil kertas kosong tulis jalan kerja untuk semua soalan-soalan tu jawapannya aku tinggal kosong! Biar dia jawab. Barulah belajar sikit. Tak adalah nak mengharapkan orang je. Hehehe…
           Siap pakai baju semua. Aku turun bawah nak tengok apa jadi dengan Aidil. Ada tak muka macam orang sembelit? Kekeke…
           Aidil yang keluar dari dapur menuju ke luar untuk pakai kasut. Tajam jelingan dia.
           Sah! Muka kelat! Haha.
           Aku pura-pura buat muka tak bersalah. “Mak. Kenapa Ayie?”
           “Kerja sekolah dia tak siap. Kenapa kakak buat adik macam tu?” Tanya mak. Aiseyman kena get ready telinga ni. Haha.
           “Buat apa?” tanyaku. Seolah-olah aku tak tahu apa-apa padahal tahu!
           “Kerja sekolah dia la… kenapa? Kot ye pun nak sakat adik janganlah…”
           Belum sempat mak bebel panjang aku memotong.
           “Mak! Dia kan nak UPSR. Biar dia belajar buat sendiri jangan nak harap orang je. Lagipun akak dah bagi jalan kerja dia. Tinggal bagi jawapan je. Apa susahnya. Tu pun nak merajuk.” Jawabku membela diri sendiri.
           “La… ye ke? Tak tahu pulak mak. Dia tak tunjuk yang jalan kerja tu. Hmm, dah pergi sarapan abah dengan Ayie tunggu kat luar dah tu. Hish, terhegeh-hegeh nak siap.” Kata mak sempat lagi peril aku tu.
            Aku keluar mencium tangan dan kedua-dua belah pipi mak lalu menuju ke kereta untuk ke sekolah.

Kringggggggg! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik.
           “Terima kasih cikgu!” ucap kami kepada guru bahasa Melayu itu.
           “Hey Fiq! Jom!” sapaku.
           “Okey jom!”
           Kami berjalan kaki bersama-sama pulang ke rumah.
           “Wey, jap aku nak beli air cincau. Haus.” Kata Taufiq.
           Aku hanya mengangguk.
           Perbualan semalam menganggu fikiranku.
           “Ely, abang Mal nak Ely belajar rajin-rajin tau. Nanti jadi macam abang. Abang teringin sangat jadi doktor.” Ujar abang Emal.
            “Ya ke bang? Wah! Besar cita-cita abang.” Kataku dengan senyuman bahagia terukir di bibirku.
             “Nak jadi seorang doktor ni banyak dugaan dan cabaran dia. Ely, Ely tahu tak abang geram gila tengok doktor-doktor dekat hospital. Cemburu!” ujarnya lalu menghirup air yang dihidangkan.
             “La… haha kenapa pulak? Aish, peliklah abang ni.” Memang pelik! Kelakar pulak dengar cerita dia.
             “Yela. Abang geram tengok doktor tu. Plus abang suka tengok dorang pakai kot putih tu dengan stethoscope sangkut kat leher. Nampak smartkan?” kata abang Emal yakin.
             Mulalah aku membayangkan dia pakai macam tu. Aww… so handsome macam doktor pelakon cerita korea To The Beautiful You. Apa nama dia aku lupa pulak. Cett! Gatal.
             “Ely! Woii!” jerit Taufiq di telingaku. Amboi nyaring!
             “Berangan ek? Apalah kau ni!” katanya lagi.
             “Hehe. Jomlah!” aku tersengih lalu meneruskan perjalanan.
             Hish! Ely…Ely…Ely… sempat lagi berangan dekat depan orang ramai ni. Memalukan betul!
             Perjalanan dari sekolah ke rumah tak ada lah jauh sangat. 15 minit dah sampai dah. Tu tempoh masa kalau kitorang jalan laju. Kalau jalan sambil berborak memang ambil masa sikit.
             Dulu balik dengan mak ayah sendiri tapi tahun ni kitorang nak berjalan je. Exercise. Ni semua idea Taufiq lah! Kalau bukan kerana dia kawan baik aku, aku tak follow dia. Memenatkan tapi menyeronokkan. Haha.
             “Ely, jom petang ni lepak macam biasa nak? Esok kan cuti. Dah lah semalam temujanji di batalkan! Hampeh je!” ajak Taufiq.
              Ya! Semalam terpaksa di batalkan dan hari ni pun sama sebab abang Emal balik. Erm, ni kalau aku cakap ni agak-agak dia marah tak ek?
              “Err…” aku menggaru kepala yang tidak gatal. Habis tudung aku.
              “Batal lagi?” Tanya dia bernada marah.
              Aku mengangguk dan memberi sengihan murahan. Keke.
              “Agak dah! Nak jumpa abang Emal la tu kan? Hmm, kau pergi je la.” Katanya seakan-akan merajuk.
               “Err... weyh kau marah ke?” Tanyaku. Hish, mamat ni memang cepat merajuk.
               Dia diam. Sah la tu!
               Aku berhenti berjalan dan memberi pelajar-pelajar lain jalan dahulu sebelum bergerak berhenti di hadapan Taufiq.
               “Alololo… tokek aku ni merajuk pulak. Buruk seh rupa kau. Janganlah macam ni. Aku janji lusa kita keluarlah! Kau ni pun bagilah aku luangkan sikit masa dengan abang Emal lagipun dengan kau aku dah selalu luang.” Pujukku. Aku masukkan sikit alasan ku untuk keluar dengan abang Emal.
               Dia diam lagi. Kali ni dia melangkah ke kanan lalu meneruskan perjalanan. Mempedulikan aku yang tengah memujuk ni.
              Segera aku mengejar langkahnya.
              “Wey, Taufiq! Tunggulah.” Aku menyaingi langkahnya.
              “Teruknya rajuk kau! Huh! Okey esok aku belanja kau cendol baik punya kat kedai yang kita makan hari tu nak?” harap-harap umpan ni berjaya. Dia memang suka cendol.
              Dia berhenti. Dan…. Akhirnya dia senyum.
              Yahoo! Aku berjaya! Tahniah Ely!
              “Betul ni? Janji?” Tanya dia. Takut kena tipu lagi lah tu.
              “Betul! Tapi aku belanja je kau yang bayar. Haha.” Macam tu lah aku selalu. Cakap je belanja last-last dia yang bayar. Haha.
              “Hmm, tak apalah!” dia meneruskan langkah.
              Aku menarik beg sekolahnya untuk menahan dari terus melangkah.
              “Eh, eh, aku gurau je la. Yela! Kali ni aku tak tipu. Belanja dan bayar tunai! Okey?” kataku yakin. Padahal kepala otak tengah fikir mana korek duit ni? Hehe kedekut!
               Dia senyum. “Okey! Macam tulah kawan aku. Sayang kau! Huhu. Dah jom! Kang mak kau bising pulak balik lambat.”
               “Huh! Sekarang baru nak sayang? Habis sebelum ni? Hampeh punya kawan!” kataku pura-pura merajuk.
                “Tak adalah! Selamanya aku sayang kau. Kau kan kawan aku satu-satunya. Sahabat awal dan akhir aku. Hehe.” Kata Taufiq ikhlas dari hatinya. Terharunya…
                 “Yeah! Aku pun sayang kau gak. Okey. Kau dah senyum! Macam ni lah ElyKimi! Kan?” ujarku.
                 Dia mengangguk.
                 Kami meneruskan perjalanan dan hari ni perjalanan mengambil masa 25 minit. Hehe lambat pulak. Yela tadi kan ada sesi pujuk memujuk. Haha.
                 Semoga hubungan kami sebagai sepasang sahabat akan berkekalan. Tapi macam mana kalau kitorang dah kahwin? Dapat ke aku rapat macam ni lagi? Adakah bakal isteri dia dan suami aku akan cemburu nanti? Hmm, semuanya telah di atur dan di tetapkan yang Maha Esa. Harap masing-masing dapat jodoh baik-baik. Hehe…




Bab 5

                “Mak! Akak pergi dulu!” kataku.
                Selepas meminta izin aku terus keluar menyarung selipar. Abang Emal pun dah tunggu dekat luar.
                “Tak masuk dulu ke Mal?” Tanya mak.
                “Tak apalah mak su. Mal datang nak jemput Ely bawa pergi taman borak-borak, jalan-jalan. Mak su, Mal pinjam Ely sekejap ek?” ujarnya sekadar bergurau dengan mak.
                “Hmm yela! Hati-hati! Jangan balik lewat sangat sebelum maghrib mesti sampai rumah.” Pesan mak.
                “Okey. Mak su jangan risau sangatlah.” Katanya supaya mak tak risau.
                Kami akhirnya bertolak dari rumah ke Teluk Kemang. Aku membonceng motorsikal Honda Ex5 milik abang Emal. Hadiah yang diberi pak long selepas dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Tapi jarang di gunakan sebab dia duduk di asrama.
                Dinginnya cuaca hari ni. Panas pun macam tak panas je. Dah lama aku tak naik motor. Bukan tak pandai bawa. Pandai tapi sejak kemalangan yang berlaku beberapa bulan yang lalu mak melarangku menunggangnya.
                 Ala… kemalangan kecil je. Tak patah tulang pun. Bukan tak hati-hati. Tapi masa tu ada sorang budak sekolah aku ni cabar aku. Mentang-mentang aku perempuan jadi, bawa motor pun slow. Apa lagi kitorang lumbalah. Aku sampai dulu tapi entah macam mana aku boleh lepaskan dua-dua tangan bila sampai garisan penamat. Tu lah megah sangat sebab dah menang. Tak sempat brek. Takut masuk semak, aku terus lompat dari motor dan membiarkan motor tu jalan masuk semak. Aku jatuh ke belakang tapi tak teruk cuma motor je habis. Haha. Bila ingat balik lawak gila. Budak yang cabar aku semua terkejut beruk. Tu lah cabar aku lagi.
                 Selepas tu motor masuk hospital. Teruk juga kena marah tapi dorang marah pun sebab sayang aku juga. Hmm, sejak dari tu mak tak bagi bawa motor. Kalau degil kadang-kadang aku bawa juga. Hehe.
                 Perjalanan mengambil masa kurang 30 minit. Tak adalah jauh sangat dari kawasan taman aku tinggal.
                 Sampai di situ kebetulan nampak orang jumpa aiskrim jadi abang Emal belanja aku aiskrim. Orang nak belanja mana boleh tolak kan?
                Selepas beli abang Emal mengajak aku duduk di bangku yang terletak di depan pantai Teluk Kemang itu.
               Bunyi cengkerik. Sunyi jap! Masing-masing sibuk tanggalkan kertas yang melilit kon aiskrim tersebut. Maklumlah dah lama tak makan aiskrim. Jadi gian pulak.
               “Efiq, comotnya.” Kata abang Emal.
               Aku membulatkan mata. Ya ke? Aduh malu! Aku meraba-raba bibirku atau pipi mencari di mana comotnya.
               Bagai tahu aku sedang meraba sesuatu dia menolong ku mengelap menggunakan tangannya sendiri bukan tisu. Aiseyman romantik pulak abang Emal ni. Ni yang buat aku cair macam aiskrim ni.
              “Efiq, macam mana sekolah okey?” abang Emal memulakan bicaranya.
              “Hmm, macam biasa okey. Cuma sekarang ni kena buat betul-betullah. Sebab next year dah PMR. Hish takut lah bang.” Kataku amat risau. Sedia maklum aku ni bukan pandai sangat macam abang Emal dan Shah. Markah time exam pun cukup-cukup makan je.
              “Ala… kalau study betul-betul mesti boleh buat punya. Study mesti smart jangan nak study hard je. Hehe.” Ujar abang Emal untuk menghidup suasana ceria.
              “Tahulah abang pandai sampai ayat pun pandai reka sendiri. Haha.” Ye! Abang Emal memang seorang yang ceria dan suka bergurau.
              Aku yang kasar pun boleh jadi lembut bila bercakap dengan dia. Sikap terbuka abang Emal menjadi tarikan ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Untung aku ada abang sepupu macam ni. Hehe.
             “Tak adalah. Abang biasa-biasa je. Bukan pandai sangat pun. Yang penting usaha dan doa serta tawakal tu kunci kejayaan kita.” Abang Emal merendah diri.
              Aku hanya tersenyum mendengar jawapannya. Mesti sejuk perut mak long dapat anak macam abang Emal ni.
              “Hah, siapa ni kawan Efiq tu?” Tanya dia.
              “Taufiq?”
              “Yup! Dia macam mana sihat? Tak nampak dia datang rumah pun. Selalu tak pernah miss datang rumah Efiq. Tapi, lately ni tak ada pulak. Mana pergi?” Tanya abang Emal lagi.
              Sebab ada awak lah abang Emal… dan aku yang suruh dia tak payah datang kacau aku.
              Abang Emal memang kenal Taufiq dan Taufiq pun kenal abang Emal. Semua tentang abang Emal Taufiq tahu. Tak lupa juga tentang aku yang mula menaruh perasaanku pada abang Emal.
               “Ada. Entah. Dia malas kot. Ala.. bukan tak boleh jumpa kat sekolah.” Jawabku ringkas dan padat.
               “Efiq, kalau suatu hari nanti abang pergi jauh lagi… abang nak Efiq jaga diri.” Katanya yang tenang itu merisaukan ku.
                “Hah? Abang ni pun… Efiq pandai jaga diri lah selama ni abang kat asrama pun tak ada apa-apa kan jadi kat Efiq. Kenapa abang cakap macam tu?” Tanyaku hairan.
                “Tu abang di asrama. Sebulan atau dua minggu sekali abang boleh balik tapi kalau abang duduk jauh macam mana abang nak tengok-tengokkan Efiq.” Kata-katanya semacam hendak pergi jauh dariku. Dia nak pergi mana? Janganlah tinggalkan aku lagi.
                “Maksud abang? Efiq blur lah!” memang pun!
                “Lepas SPM nanti abang dah cakap dah dengan keluarga abang yang abang akan sambung belajar di luar Negara dan abang nak Efiq jaga diri sepanjang abang tak ada nanti.” Satu keluhan keluar dari mulutnya. Mungkin itu perkara yang mengganggunya dan akhirnya terluah juga.
                “Tapi kenapa? Kat Malaysia kan boleh sambung. Tak kan jadi doktor kena pergi luar Negara bagai. Sampai hati abang nak tinggalkan Efiq lagi.” Entah kenapa hati aku rasa sakit dan berat untuk lepaskan abang Emal jauh-jauh. Sebelum ni pun rasa macam ni masa dia ingin mendapat tawaran belajar di MRSM tapi kali rasa itu lagi bertambah berat.
                 “Efiq. Efiq muda lagi. Nanti suatu hari nanti Efiq faham juga kenapa. Dah lah Efiq lupakan apa abang cakap tadi. Focus study dulu. Suatu hari nanti Efiq akan faham juga. Jadi abang nak sepanjang abang tak ada nanti Efiq jaga diri tau. Abang sayang Efiq, tapi abang duduk jauh untuk jaga Efiq. Efiq kan budak yang berani jadi jangan lemah semangat kerana abang tiada di sini.” Panjang lebar abang Emal berkata.
                 Tiba-tiba air mataku menitis sikit demi sedikit. Aiseyman, kenapa aku ni? Macam tak boleh tahan pula sampai balik rumah. Ely…Ely…
                 Aku cuba menyembunyikan muka ku dari dilihat oleh abang Emal bahawa aku sedang menangis sekarang ini. Lekas-lekas aku mengelap air mataku. Mujur aiskrim tadi dah habis. Jadi aku dapat menggunakan kedua-dua tanganku untuk mengelapnya.
                “Efiq? Efiq kenapa ni?” abang Emal menarik tanganku yang sedang menutup muka ku yang penuh dengan air mata.
                Hish, kenapalah air mata ni tak boleh hilang.
                “Efiq menangis yek?” Tanya dia sambil matanya yang redup itu memandangku. Aduh abang jangan macam ni,  lagilah Ely rasa sakit untuk tinggalkan abang.
                 Aku diam. Kang jawab kang lagi banyak air mata.
                 Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
                 “Dah jangan sedih-sedih. Hari ni kita happy-happy. Ambil key(sapu tangan) ni lap air mata tu. Nanti mak su nampak, buatnya dia marah abang pulak sebab ingat abang buli Efiq. Haha.” Guraunya yang mengundang rasa ingin ketawa.
                  Hilang sudah rasa sedih ku. Abang Emal memang pandai bikin aku ketawa.
                  “Nanti Efiq pulang balik key abang ni ek?” kataku. Key berwarna merah hati aku pegang lalu mengelap sikit demi sedikit air-air mata di mukaku.
                  “Tak apalah. Efiq simpan buat kenangan.” Balasnya.
                  “Okey! Thanks!”
                  Dia senyum. Senyuman yang mampu memikat hati gadis sepertiku.
Dekat satu jam kami bersiar-siar di taman itu. Kadang-kadang kami jadi seperti budak kecil bermain jongkang-jongket, papan gelongsor dan buaian. Seronok rasanya! Teringin nak jadi macam kanak-kanak balik. Tak perlu fikirkan masalah macam sekarang ni.
                  Tepat jam enam petang kami pulang dan tiba di rumah ku sebelum maghrib. Mak ada mengajak abang Emal makan malam di sini. Tapi dia menolak lembut pelawaan tersebut dengan alasan ingin makan bersama keluarga.
                Aku melambai-lambaikan tanganku kepada abang Emal ketika dia ingin segera pulang. Dia membalas dengan membunyikan hon motorsikalnya.
               “Amboii kak. Senang hati nampak?” tegur Aidil. Terkejut aku!
               “Ahh! Sibuklah kau!” memang pun!
               Malas melayan lalu aku melangkah masuk ke rumah dan ingin membersihkan diri.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..