Saturday 28 December 2013

Aina Damia Crush Aku! [Final Part]

Usai solat Isyak aku lepak atas katil sekejap. Makin nak final exam makin semak otak aku ni! Aku baring atas katil empuk buat gaya starfish pandang siling atas dan membayangkan seseorang.
        You make my life complete Aina!
        Awak, buat saya berdebar bila bersama awak Aina!
        Jahatnya, awak curi barang saya Aina!
        I think I love you Aina!
       “Hai Aina! Sorang je?” soalku bodoh, terang-terang memang tak ada orang dekat sini.
       “Hmm...” Hmm je dia balas?
       “Semalam saya janji dengan awak kan nak jawab semua soalan awak.” Terus dia mendongak memandang aku dan tak sampai beberapa saat dia tunduk semula. Malu mungkin tapi ni yang aku suka!
       “Hmm… cepatlah cakap! Saya ada kelas sekejap lagi.” Nampak sangat nak mengelak dari aku.
        “Amboi tak sabar. Entah-entah awak dah jatuh hati dengan saya tak?”
       “Jangan merepek!” tiba-tiba dia bangun dan berkemas untuk keluar dari perpustakaan ni.
       “Eh, sabarlah awak! Kata nak tahu. Duduklah sekejap. Saya bergurau je tadi. Awak terasa eh? Kalau terasa maknanya awak suka. Kan? Kan? Kan?” dia yang dah duduk semula terus bangun balik.
        “Eh, okey fine. Fine!” apa lah kau Niel!
       Dia duduk semula.
       “By the way awak tanya apa semalam eh? Saya lupa lah…” series aku lupa! Soalan dia banyak sangat.
       Dengan malas dia menjawab. “Awak nak apa sebenarnya? Apa yang awak tak puas hati dengan saya? Apa salah saya? Kenapa awak suka kacau saya hah?!”
       Amboi, aku rasa macam rakaman balik je suara dia. Memang otak dia memori sentiasa bertukar. Apa yang dia tanya semalam sama macam dia tanya hari ni. sebijik! Eh, macam mana aku tahu? Tadi kata tak ingat… hehehe.

        “Aina, seriously I falling in love with you. So, be my couple?” aku dah tak boleh tunggu lagi dah. Terus terang je lah!


Reaksi dia. Ternganga + terkejut + terbangun dan bla terus.
        Haih!

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Ikhlas ikhlaskanlah hatimu…

       Nada dering mesej yang berbunyi menghentikan lamunan aku.
       Mesej dari Kacang a.k.a Asyraf aku baca.
      Woi woi, aku dapat dah nombor crush kau tu! hahaha :P
      Gila macam mana kau dapat? Cepat bagi aku sekarang!
      Well, ni Asyraf lah. Hahaha. Nah nombor dia 019-6196190
     Kcun. Thanks bro!
     No problem!
     Alhamdulillah! Yes! Yes! Yes! Setelah 3 minggu usha akhirnya dapat juga nombor. Melompat-lompat aku atas katil. Oii, Niel perangai kau macam budak-budak! Dah jangkit dengan akak kau ke apa? Oh tidakk! Aku duduk balik seperti tadi.
     Dah dapat nombor dia ni apa aku nak buat eh? Call dia? Sms dia?
     Tangan terus je nak mendail nombor dia. Tak sampai satu minit aku matikan balik. Agaknya jam dah pukul berapa? Allah! 11.30 malam dah? Cepatnya masa berlalu, aku baru je berangan sekejap, dapat nombor telefon dan baru nak call rupanya dah lewat malam. Kalau aku call sekarang memang kena sound kot. Hahaha.

Hari ni misi aku nak sakat dia lagi. Hmm, jahat juga aku ni kan? Eh, aku nakal je sebenarnya!
      Aku nampak dia duduk di bangku simen sorang-sorang yang terletak di sekitar Universiti ni sambil membaca novel. Novel? Maaf, aku tak minat baca novel. Entah apa yang best pun aku tak tahu. Kalau komik lawak kampus ke apa, aku minat lah juga membaca.
      Aku bersembunyi di sebalik pokok besar. Telefon aku keluarkan dari poket seluar dan mendail nombor dia.
      Satu kali. No respon…
      Leka baca novel kot.
      Dua kali. No respon…
      Si kacang ni salah bagi nombor ke apa?
      Tiga kali. Hah! Baru dia angkat.


      Ehem! Betulkan suara dulu dan “Assalamualaikum.” Salam pembuka bicara. Bagus anak Tan Sri ni cukup didikan agama. Hahaha. Perangai aku selalu tekan lif naik sendiri. Eh?
      “Waalaikumusalam.” Alah lembutnya suara dia. Rasa lutut aku ni dah longgar macam nak tercabut je ni.
       “Boleh saya cakap dengan crush saya?”
       “Siapa crush awak? Maaf, awak salah nombor ni.”
       Tutttt…
        Tak sempat nak cakap apa dia dah matikan telefon. Huh!
        Langkah kaki ku pergi ke arahnya.
        “Kenapa awak matikan panggilan?”
        Terus tegak badan dia dengar suara aku. Terkejut kot… salah aku juga pakai sergah je tak bagi salam macam tadi.
        Dia bangun dan pusing menghadap aku dan aku … Ya Allah, cantiknya dia hari ni! Eh, bukan hari ni je, hari-hari dia cantik! hahaha angau dah aku ni.
       “Awak lagi!? Huh?!”
       Aku tunjuk sengih.
       “Jadi awak yang call saya tadi?”
       Aku senyum sweet punya.
      “Mana dapat nombor saya hah?! Suka hati je curi nombor orang!”
      “Awak curi barang saya boleh pulak?”
      “Barang apa? Dari hari tu kata saya curi barang awak, bila tanya tak ada pula nak cakap. Apa awak fikir saya tak ada perasaan ke? Orang tanya tak nak jawab betul-betul. Mengada, mengedik, menyampah betul tengok!” amboi, dia bagi nasihat atau sindiran atau bebelan ni? Tak sangka betul. Hahaha.
       Aku senyum lagi. Tak dapat nak cakap banyak-banyak bila depan dia. Senyuman aku yang menarik perhatian kaum Hawa yang aku sedekahkan pada dia. Lagi sekali tekan lif naik sendiri.


        Dia dah letih agaknya tengok aku senyum sebab tu dia blah. Hmm… lagi sekali aku di tinggalkan dengan keadaan aku tersengih sorang-sorang.
      
 “Niel, nah gitar!”
        “Okey. Thanks… gitar siapa kau cilok ni?”
        “Bukan cilok okey, aku pinjam dekat budak junior yang suka main gitar tu.”
        Aku diam. Tangan mula mencari key untuk memulakan memetik gitar. Aku tak tahu kenapa di tempat orang merehatkan minda selepas habis kelas aku duduk dan terasa ingin bermain gitar.
        “Eh, kau kenapa tiba-tiba je ni?” tanya Asyraf.
       “Kau diam dan tengok. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi dengan cara ni aku rasa dapat menarik perhatian dia.” dia itu Aina lah yang aku maksudkan.
       “Ohh. Eh, weh-weh tu Aina nak lalu sini tu dengan Jannah. Cepatlah main gitar weh!”
       Mataku terus terpandang kelibat Aina dan tanganku mula memetik gitar.

kau ukir padaku senyuman hai manisnya
kau renung mataku rasa luar biasa
bagiku dirimu adalah segalanya
bagimu diriku hanya teman biasa

        Aku dengan dia bukan teman biasa. Nak tegur pun susah ni kan nak berteman- teman bagai. Last teman pun masa jumpa dengan Mall hari tu mungkin jodoh aku dengan dia kot.

mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

          Aku rasa bukan rahsia dah kot sebab aku dah cakap yang aku suka kat dia dah pun tapi no respon doe. Huh!

senyummu dan ketawa buatku tergoda
hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
bagiku dirimu kurnian terindah
bagimu diriku bercinta takkan pernah

         Aku pernah tengok dia senyum dan ketawa tapi bukan untuk aku. Dengan aku asyiklah buat muka cemberut, menyampah tengok muka aku yang hensem ni. Lagi sekali tekan lif naik sendiri.

tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
kiniku tertanya tanya
sudahkah engkau berpunya
jika masih tiada siapa
inginku mulakan langkah
bilaku ingin bicara kata tak mampu terluah
kerana pesonamu membuat ku merasa
sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
tidak mudahku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

         Tepukan gemuruh di berikan kepada aku habis sahaja aku menyanyi dengan perasaan bersama gitar. Aku senyum seperti biasa dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat. Eh? Bukanlah! Ucapan terima kasih kepada yang menyaksikan persembahan live yang tak berbayar ni. hahaha.
         Percaya atau tak si Aina berdiri statik di hadapan aku yang jaraknya lebih kurang 10 meter kot. Agak jauh tapi aku nampak dia sambil menyanyi dengan petikan gitar aku hanya merenungnya. Muka dia? Memerah je kot aku rasa. Auwww, comel je. Hahaha.


        Pelajar yang memenuhi ruang aku duduk sudah pun beredar ke mana entah tidak aku peduli. Aku memulangkan semula gitar kepada pemiliknya. Buat apa nak pinjam lama-lama. Sebenarnya, aku ada gitar tapi malas nak bawa sebab aku kan bawa motor. Lagipun aku malas nak menunjuk yang aku ni reti menyanyi semua tapi hari ni? hehehe itu lain cerita…
      “Niel, dia pandang kau je bhai masa kau nyanyi tadi. Terpegun siaa muka dia aku tengok.”
      “Ya, aku tahu. Aku tenung dia tadi tu yang muka dia jadi macam tu. hahaha.”
      “Ceh… bangga lak aii kau. Menyampah siaaa…”
      “Eleh… menyampah punya menyampah aku juga yang kau sayang kan?”
      “Bangang! Hahaha. Dah lah jom pergi café. Minum. Aku rasa dia pun ada kat situ.”

Seperti yang di jangka Aina dengan Jannah memang ada di café. Aku rasa macam tak sanggup dah tunggu. Perlu ke aku buat luahan hati sekarang juga?
       Asyraf dah mula mencucuk-cucuk pinggang aku. Sengallah bahlul sorang ni!
      “Aku dare kau buat pengakuan kat dia sekarang juga!” Asyraf bisik dekat aku.
      “What the … weh! Gila bhai! Aku dah lah baru buat pengakuan pakai lagu tadi sekarang nak cakap depan-depan?”
      Aku bukan penakut tak nak cakap depan-depan. Aku takut jadi macam hari tu je. Elok-elok aku luahkan perasaan dia boleh cabut lari macam tu je. Nasib baik tak ada orang masa tu. Tapi sekarang ada orang, ramai pula tu budak ni lepak café. Hish, dorang ni tak ada kelas ke? Semak bhai!
      “Chill lah bro. Kau ni jantan ke tino? Hang buat muka poyo tu sat ni then luah cakap I love you! Hah senang je doe!”
       “Bangang! Memanglah senang tapi hakikatnya aku yang menanggung. Buatnya dia cabut lari ke apa? Jatuh weh populariti aku yang awesome lagi hensem lagi aumm…”
       “Aumm, hangguk kau!” kepala aku di hempuk. Kurang ajar betul kacang ni!
       “Kau nak buat atau aku yang buat?” tanya Asyraf.
       “Aina… saya sebenarnya suka awak! Dan lagu tadi my crush adalah awak!”
       Pang!!!
      Aduh perit pipi aku. Kuat siaa tangan perempuan ni. Aku memegang pipi aku yang bahang akibat di tampar oleh Aina tapi sebenarnya lagi bahang sebab semua mata memandang aku yang kena tampar ni. Aina lepas tampar aku dia terus blah macam biasa. Haih, nampaknya aku kena usaha lebih lagi ni…
        Pap!!!
       “Adoi!” Lah, lagi sekali kena. Tapi ni lagi sakit kot. Aduh… aku menggosok-gosok bahu aku yang terasa pijar ni.
       “Woi, Niel! Jauh melayang kau! Siap usap-usap pipi sendiri. Geli bhai aku tengok!” erk? Aku usap pipi?
       “Weh, aku tak nak lah pergi confess lagi sekali. Kang kena lempang kat sini. Hoho, aku tak sanggup. Mana nak letak muka aku ni orang pandang aku kena lempang dengan perempuan.” Gila aku berangan sampai tahap kena lempang, nasib berangan bukan real. Huhuhu.
      “Lantak kau kalau terlepas padan muka! Tu kau tengok siapa yang tengok dok usha tu? Tapi minah tu macam tak selesa je, apa kat kau pergi je cakap terus terang. Nak tak nak belakang cerita. Hari tu hari tu punya cerita, hari ni hari ni punya cerita.” Panjang lebar Asyraf membebel.
       “Aku pergi ek? Kau pergilah. Aku tengok dari sini record. Mana tahu ada babak macam yang kau berangan tadi tu. hahaha” gian si kacang ni kenakan aku. Tak guna!
        Aku berjalan pergi ke meja yang di duduk oleh Aina, Jannah dan sorang mamat yang sibuk dok usha crush aku dari tadi lagi tapi tak dilayan. Padan muka! Huhuhu.
       “Aina. May I talk with you?” ceh… aku speaking bhai.
      Dia mendongak pandang aku yang berdiri di sebelah sisi meja dia duduk.


Dia senyum. Eh? Biar betul? Macam ada can je ni! Yahoooo!
     “Aina Damia sebenarnya saya suka awak! Dan lagu tadi my crush adalah awak!” hah strength to the point!
      Dia berdiri menghadap aku dan kenyitkan mata dia. auww… comel siaa…
     “Okey. Terima kasih!” lagi sekali dia terus blah tapi kali ni aku seperti dapat petunjuk yang positif.
      Yeahhh!!! Asyraf, aku rasa aku dah menang. Tak sampai sebulan beat aku dah berjaya. Hahaha. Padan muka kau Asyraf!
Sebulan kemudian …
       Selepas dia kenyit mata dan blah macam tu. Malamnya aku dapat mesej dari dia bahawa dia sudi terima aku walaupun aku ni agak nakal. Dia kata…
Aina tak tahu kenapa Aina boleh diterima Aryl dengan mudah tapi Aina hanya boleh kata Aina jatuh hati dengan Aryl masa Aryl main gitar. – my crush
       Masa tu aku apa lagi lompat beruk + monyet + kingkong = haiwan di zoo. Hahaha. Teruja kot bila orang yang kita adore as a crush terima kita as a couple. Lepas ni tak adalah aku crush kat dia dah.
       “Aryl?” panggilan dari dia untuk aku. Orang lain semua panggil Niel tapi dia kata nak special so dia panggil Aryl. Nama pangkal kami memang sama. ‘AD’.
       “Ye, sayang!”
     “Aryl, termenung apa?” tanya dia dengan muka comel tu.
     “Tak ada apalah. Hmm… Aina, Aryl nak mainkan satu lagu khas untuk Aina yang situasinya berlatarkan tasik Y di hadapan kita ni dengan kanak-kanak yang bermain di taman permainan. Hehehe.”
     Dia hanya senyum mengangguk.
     Gitar di sebelah aku capai. Aina berdiri di hadapan ku manakala aku hanya duduk seperti tadi bersama gitar.
      Gitar dipetik lalu aku menyanyi…

Hadirnya,
Dirimu didalam hatiku,
Inginku nyatakan aku rindu,
Sayang kepadamu

Genggaman,
Erat tangan kau dan aku,
Mentari bulan bernyanyi,
Berlagu merdu

sayang,
dirimu kucintai selalu,
senyuman manismu bagiku begitu indah,
dan aku,
memerlukan mu selalu,
di hatiku kau yang bertakhta


hariku,
menjadi tidak menentu,
tanpa kehadiran dirimu,
hatiku rindu

Genggaman,
Erat tangan kau dan aku,
Mentari bulan bernyanyi,
Berlagu merdu

kamu,
bagaikan nafas untuk hidupku,
cintaku padamu tiada tandingannya,
perlu,
ku luahkan namun tak terdaya,
ingin ku katakan aku cinta

sayang,
dirimu kucintai selalu,
senyuman manismu bagiku begitu indah,
dan aku,
memerlukan mu selalu,
di hatiku kau yang bertakhta
kamu,
bagaikan nafas untuk hidupku,
cintaku padamu tiada tandingannya,
perlu,
ku luahkan namun tak terdaya,
ingin ku katakan aku cinta

Hadirnya,
Dirimu didalam hatiku,
Inginku nyatakan aku rindu,
Sayang kepadamu

          Tepukan dari si dia dengan air mata terharu aku lihat di hadapan ku.


          “Terima kasih Aryl! Aina terharu sangat…”
         Dan berakhirlah sebuah kisah cinta yang tak berapa romantik aku dan Aina tapi penuh makna dan usaha yang sedikit je kot sebab selebihnya banyak idea dari si kacang a.k.a Asyraf. Hahaha.
        
          Aina Damia Crush Aku! I love you Aina!!!



p/s Assalamualaikum dan salam sejahtera all readers! Thanks sudi baca final part yang Mia rasa best je menaip tapi tak tahu pendapat readers macam mana. Mungkin ending yang tak di jangka atau tak memuaskan atau ending yang agak bosan. Mia habis type ending terus post je ni. Tak sempat nak edit sangat. Busy dengan hari nak sekolah kan? Jadi inilah hasilnya. :) Pasal fanfic Mia tak sure dapat buat lagi ke tak. Macam tak sempat. Maaf kan Mia u,u Okay, sampai sini sahaja. Thanks again for read :)
Byye~





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Monday 23 December 2013

Aina Damia Crush Aku! [Part 2]

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu

      Okey hari ni puya cerita. Aku dah siap pakai wangi-wangi, smart bagai. Maklumlah, hari ni aku nak pergi cari pencuri yang tak reti nak pulang barang aku balik sampai hati aku ni sakit menanggung rindu malam-malam. Hahaha. Aku turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi. Hari ni kelas bermula lambat.
       “Good morning papa, mama dan … kakak ku yang sengal!” perkataan sengal sengaja aku tekankan. Aku memang suka sakat kakak aku.
       “Ma! Tengok Niel panggil Nia apa? Tak guna punya adik!” sebelum tangan dia mengetuk kepala aku dengan pisau yang telah di sapukan jem baik aku elak lari duduk sebelah mama. Kalau tak memang berbau rambut aku ni. Lainlah kalau boleh pakai tudung kan? Hahaha. Merepek pula aku ni.
      “Hish, Niel ni tak baik panggil kakak macam tu.” tegur mama.
     “Yela mama…”
     Kakak aku menjelir lidah macam budak kecil! Oh lupa, dia kan doktor kanak-kanak tu pasal perangai kanak-kanak lekat kat dia. hahaha.
     Ketawa aku sorang-sorang terhenti selepas mendengar dehaman papa. Macam marah je, macam geram je. Eh? Hahaha. Aku ketawa lagi.
      “Niel. Kau dah kenapa pagi-pagi ketawa macam orang biul?” kak Rania tegur.
     “Hehehe.” Aku tersengih je la.
     “Dah makan tu. Nanti sorang lambat pergi kerja, sorang terlepas kelas.” Mama bersuara.
      “Yang, papa nak pergi kerja dulu. Sekejap lagi ada meeting.” Papa yang dari tadi senyap bersuara.
     Aww, papa aku ni sweet sangat. Dah tua pun nak bermanja dengan mama aku.
     “Okey, meh mama tolong bawa briefcase ni.” ala mama aku pun comel juga.
     Papa bangun menuju ke pintu utama diiringi dengan mama yang sedang menjinjit briefcase papa.
     Aku dah mula berangan macam mana nanti bahagianya aku dengan si dia. Oh my crush!
    Pap!
    “Kakak! Sakit lah sengal!” marah ku. Tiba-tiba kepala aku di hempuk dengan surat khabar.
     “Padan muka kau! Tadi aku nak buat tak dapat sekarang hah amekaw!” mak aii kejam sungguh kakak aku ni. Sakit bai, tak percaya sila buat orang marah dan bagi dia surat khabar suruh hempuk dekat kepala. Cubalah buat!
     “Eeee… kau ni kak perangai macam budak-budak! Aku rasa bukan kau rawat budak tapi budak tu tambahkan penyakit bagi kat kau adalah. Hahaha.” Aku gelak sakan lagi.
      Sebelum sempat kena sekali lagi baik aku cabut lari dulu. Tak sabar nak jumpa si dia.

“Hai awak! Boleh saya duduk tak?” kataku perlahan. Maklumlah sekarang ni dalam perpustakaan.
      Kebetulan aku nak cari buku untuk buat assignment jumpa pula si buah hati ni. Takdir agaknya.

       Lamanya dia diam. Penat aku berdiri terus aku duduk di hadapan dia. 


       Buku di letak ke tepi lalu tangan aku naik ke atas meja menongkat dagu memandang dia. Wajah dia yang menunduk aku tenung walaupun hanya nampak sikit je tang dahi dan hidung. Bibir dia… erm tak nampak sebab dia menunduk je dari tadi mengkaji buku tu.
      Hari ni dia pakai baju peplum aku rasa? Aku pakai cakap je, mana lah aku tahu sangat baju perempuan ni tapi sebab aku macam pernah nampak baju jenis dia pakai masa Kak Rania pakai tu yang tahu. Dengan selendang dililit menutupi dada di hadapan. Tutup aurat itu wajib dan dia memang berpakaian menutup aurat. Memang ciri-ciri gadis idaman aku lah ni. Ya Allah, aku rasa macam jumpa jodoh aku pula. Cet, berangan lah kau Aryl Daniel!
     “Awak …” panggil ku meleret. Gedik kot suara aku ni.
Dia mendongak dan memandang tepat dengan renungan tajam kepada aku. Scary pula kalau orang lain tengok tapi kalau aku tengok. Alahai, comel je. Mata dia yang bulat tu buat aku rasa nak cungkil keluar je. Hahaha.
     “Awak tengah baca buku apa ni?” aku bertanya soalan bodoh.
    Dia masih lagi tidak bersuara. Buku yang di baca dia angkat. Suruh aku baca tajuklah tu.
    “Ohh… awak… saya nak berkenalan dengan awak boleh?” akhirnya soalan yang memang lama aku nak tanya dapat di tanya juga. Padahal aku dah kenal dia tapi bukan seratus peratus kenal. Aku hanya kenal nama dia je.
     Tanpa menjawab soalan aku dia kemas barang dia dan bangun untuk keluar dari perpustakaan itu.
     Aduh, susahnya minah ni!
     Rileks Niel! Don’t give up!
     Aku turut bangun mengikuti langkahnya. Kerja yang aku nak buat tadi aku biarkan dulu.
    “Awak tunggu!” tangan aku sudah menarik lengan dia. wow! Rasa macam ada kejutan elektrik masuk je dalam badan aku ni.


“Eee… apa ni! Lepaslah!” perlahan-lahan tangan aku lepaskan lengan dia. Aduh, gelojoh betul aku ni!
      Mata aku hanya mampu melihat dia pergi. Tak apa masih ada hari lain lagi.
     Aku memang suka gadis jual mahal ni.

Aku mengeliat malas di katil. Penggera di telefonku ini mengehentikan aku daripada bermimpi. Aduh, aku dah lah tengah mimpi kan si dia. Si dia? Tersengih-sengih aku bila ingat balik mimpi tadi. Hahaha.
      Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aku terus berlalu ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya. Usai solat subuh, terus aku mencampakkan diri di atas katil ku yang empuk. Hari ni hari minggu, kelas pun tak ada. Memang masa rehat sekarang ni. Telefon aku tukar ke mod silent. Senang! Tak ada orang nak kacau aku tidur. Hahaha.
      Aduh… menganggu betul baru je nak lelap mata!
    Dengan langkah malas dalam keadaan mamai pintu aku buka.
     “Kenapa ni? Ketuk pintu bilik Niel macam nak roboh dah. Baru je nak lelap.” Marah aku.
     “Bangun lah Niel! Matahari dah pacak buat tahi mata lagi buat apa?” kak Rania pula yang marah. Aku yang patutnya marah okey!
      Eh, wait matahari?
     “Kak, pukul berapa?” tanya aku
     “Kau nak aku pukul berapa kali? Dah tengahari lah weh!”
     “Eh ye ke? Aku rasa baru je nak lelap.”
      “Lelap otak kau! Dah pergi mandi sana. Mama dah siap masak tengahari dah pun.” Arah kakak. Untuk menghentikan kakak dari membebel aku angguk dan tutup pintu terus. Segala omelan dia di luar bilik tidak aku hiraukan! Mata aku semakin memberat dan …
      “Ahh! Yela! Aku nak bangun lah ni!” eee… geramnya.
     Aku malas betul nak bangun kalau hujung minggu macam ni. Bosan. Tapi tiba-tiba akal aku dapat idea.
     Ting!
     Lepak dengan kacang lah!
    Terus langkah kakiku ke bilik mandi.
   
 “Hah, ada apa kau ajak aku keluar ni?” eh, boleh pulak dia tanya? Macam tak tahu aku ni bosan duduk rumah tahu tak?!
    “Saje je. Aku bosanlah weh.” Air coke di dalam tin aku sedut.
   “Betul tu. Aku pun bosan juga dan lagi bosan bila berdiri dekat penghadang mall ni dengan menghadap muka kau! Agak jemu aku tengok!”
    “Dah jemu apsal tengok?” balasku.
    “Sebab ceq sayang hang lah ceq sudi temankan hang, tengok hang.” Tangan Asyraf tiba-tiba memeluk bahu aku.
     “Woi, geli bai! Agaklah weh tu semua awek dok pandang kat kita. Nanti dia fikir muka aku yang hensem lagi awesome ni rupanya gay. Oh, aku tak nak!” aku dah mula merepek.
     Kepala aku di sekeh. Aduh, rambut aku ala-ala artis kpop rosak dah. Tak guna betul kacang ni!


“Hey, tak hadap ler aku kat kau. Perasan sungguh hang no!” balas Asyraf.
Berdating dengan si Asyraf memang membosankan. Lepak karaoke, pergi menggila dekat game token dan cuci mata tengok awek. Bosan sia… kan bagus kalau ada sorang awek. Setiap hujung minggu boleh pergi dating. Agaknya bila la aku boleh dapat number phone si Aina Damia tu. Nama dia aku dapat tahu pun dari mama masa kat pasar malam tu. Sempat pula mama pergi tanya nama dia. Nampak tak, mama aku walaupun berstatus Puan Sri dia agak peramah kadang-kadang terlebih peramah kot. Hahaha.
       “Niel, jom pekena ayam goreng KFC nak? Dah lama aku tak makan KFC.” Haih, sebijik macam budak-budak dia ni.
      “Jomlah, aku pun lapar juga ni.” kalau tak sebab lapar memang aku tak pergi KFC ni. hahaha. Dah makan tengahari kat rumah pun lapar lagi. Mana taknya, dari tadi karaoke teriak kuat menyanyi, lepas tu menjerit kuat lepas aku menang main motor racing game token tu. hahaha.
      Selesai bayar dan makanan pun dah dapat. Kami bergerak mencari tempat duduk.
      Kakiku berhenti seketika.
      Ya Allah, adakah ini takdir jodohku?
     Aku rasa seperti lengan aku di senggol. Asyraf memandang pelik kat aku.
    “Kau dapat tempat tak?”
     “Belum. Ramai sangatlah…” jawab Asyraf. Hari minggu macam ni memang ramai mak bapak bawa anak pergi makan KFC.
      “Jom ikut aku. Aku jumpa tempat dah.” Tanpa menunggu jawapan dari Asyraf aku menonong pergi ke tempat yang aku rasa dia memang jodoh aku.
      “Hai, boleh kami duduk makan sini? Tempat macam dah full lah.” Dengan senyuman aku yang sentiasa bagi perempuan cair aku bagi.
     “Eh, abang Aryl!” dia kenal aku? Oh, lupa aku kan pelajar senior yang femes di Uni. Okey perah santan lah kau Aryl Daniel!
     Aku hanya senyum mengangguk.
    “Jemputlah duduk. Kitorang pun berdua je ni.” apa lagi aku terus duduk di sebelah si dia. Rezeki kan? Alhamdulillah.
     Dah duduk sebelah dia ni, hati aku lagi bertambah laju berlari. Oh hati, sabarlah kau!  Asyraf dengan Jannah kawan crush aku  rancak berborak, borak apa pun aku tak tahu sebab mata aku leka jeling minah kat sebelah aku ni.


Ayam depan aku ni dari tadi tak bersentuh langsung sebab aku sibuk tenung Aina. Tangan kanan aku letak atas tongkat dagu memandang Aina di sebelahku yang daripada tadi menunduk je. Tak sakit ke tengkuk awak menunduk je?

     “Jannah kawan awak ni memang bisu eh?” gila Asyraf, crush aku ni. Dia kalau cakap tak berlapis.
      Aina terus mendongak memandang tajam kepada Asyraf dan dia sempat menjeling kepada aku tapi seperti biasa kenyitan mata aku sedekahkan. Hehehe.
      “Eh, tak lah! Dia malu sebenarnya…” jawapan Jannah buat aku lagi bersemangat nak usha Aina. Well, aku suka perempuan malu-malu ni. Aww, aku boleh bayangkan macam mana muka Aina kalau tengah malu.
       “Ohh… apa kata lepas makan ni kita pergi tengok wayang nak? Ke korang ada hal lain?” aku pula ambil alih menyoal. Dari tadi Asyraf dengan Jannah je membebel.
        “Errr… saya okey je tapi tak tahu Aina macam mana…” jawapan Jannah buat Asyraf lega tapi aku tak sebab Aina belum beri apa-apa persetujuan.
         Aku nampak minah dua orang ni bercakap menggunakan bahasa tubuh. Guna mata je. Sorang buat mata memujuk, yang sorang lagi mata macam marah. Mata yang marah tu sah-sah Aina. Hahaha.
        “Awak, mind follow us? Jangan risau nanti habis tengok wayang saya terus hantar awak balik. Okey?” aku menunduk sikit kepalaku untuk pandang dia buat muka cute walau hakikat sebenar muka aku memang dah cute. Ohh perah santan lagi!
        “Betul kata Niel tu. Kami budak baiklah, tapi kalau si Niel ni nakal dengan Aina cepat-cepat call polis tau!” tak guna kau kacang hangus!
        “Jomlah Aina… temanlah aku tak akan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang dengan dorang ni. Lagipun bukan senang dapat keluar dengan abam hot ni kan Abang Aryl, Abang Asyraf?” 
         Aku dengan Asyraf hanya mengangguk mengiakan.
        Keluhan berat di lepaskan oleh Aina.
        “Huh! Okay fine!”


Akhirnya… yahoo!!! Bersorak aku sampai semua pandang dan aku punya muka buat muka tak tahu aje lah. Hahaha.

Habis tengok wayang, aku menawarkan diri untuk menghantar Aina pulang ke rumah. Nasib baik aku datang sini asing tak tumpang dengan Asyraf dan nasib baik juga aku terniat nak bawa kereta Nissan Skyline merah aku. Kalau aku bawa motor kesayangan aku tadi, alamaknya memang tak dapat aku nak bawa si Aina balik.
       Bukan senang tau nak pujuk si Aina ni balik sekali. Ada pelbagai jenis adegan berlaku antara kami berempat dan akhirnya Aina mengalah lagi sekali dan aku bersorak lagi! Yahoo!
       “Awak, kenapa dengan saya awak tak bercakap? Bila dengan kawan awak, senyuman dan ketawa awak mesti ada dan buat saya cair je…” aku mula mengayat padahal tengah memandu ni.
        “Boleh cepat sikit tak bawa? Dah lewat ni, nanti abang saya marah.” Amboi dia marah aku pula. Aku memang sengaja bawa perlahan-lahan sebab boleh spent time lama sikit dengan dia. hehehe. Nakal!
        “Saya tak nak bawa cepat-cepat sebab saya tak puas lagi borak dengan awak. Awak asyik diam je.” Aku kerling sekilas dia di sebelah yang sedang bersilang tangan memandang jalan. Langsung tak nak pandang muka aku, apa muka aku ni tak cukup lawa ke?
        “Awak nak apa sebenarnya? Apa yang awak tak puas hati dengan saya? Apa salah saya? Kenapa awak suka kacau saya hah?!” wow! Soalan dia terlalu banyak. Mana satu aku nak fokus ni? Jalan raya ke soalan dia ni?
         “Banyaknya soalan awak, esok saya jawab satu-satu secara detail lagi. Sekarang saya tengah memandu.”
         “Fine!”

-TO BE CONTINUE-

p/s Assalamualaikum readers! Alhamdulillah, part 2 cerita ni dah selamat di post. Maaf kalau jalan cerita dia lembab atau tidak memuaskan readers. Mia punya cerita bosan kan? hmm. yeah xD Lepas ni In Sha Allah new fanfic sebelum start sekolah. Btw cover untuk cerita ni, tak ada kan? Bukan tak ada tapi tak sempat buat. Busy school holiday. XD In Sha Allah dah ada Mia letak dekat cerita ni nanti xD Tak lupa juga, komen ada sangat di perlukan :) Okay until here. Thanks read readers!
Byye!





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Sunday 22 December 2013

#006 quotes



Assalamualaikum, good morning and night I guess? xD

Urm, so how are you today readers? Fine? Okay, glad to know. Alhamdulillah ;)

Hari ni Mia tiba-tiba ada mood nak share satu quote dan satu story tentang quotes yang Mia nak share ni. Sebelum tu Mia say sorry dulu takut nanti readers terasa dengan cerita Mia. xD

LOOK THIS AND READ!

Dah baca kan? Urm, readers pernah alami tak macam tu? Baguslah kalau pernah kena. Bukan nak kata apa, tapi kalau kita dah pernah kena macam tu boleh bagi kita pengajaran supaya berhati-hati memilih kawan. Mia pernah kena macam tu. Sekarang Mia kawan pun berhati-hati takut kena balik macam dulu. Serik, sakit, geram semua perasa ada. 

Berkawan? Hmm... tak salah sebenarnya kita nak berkawan. Tapi pandai-pandailah cari kawan yang betul. Yang pergi cari kawan suka buat jahat memang tak lama lagi kita pun ikut jahat. Kawan juga ada yang baik ada yang dengki ada yang cemburu ada yang sakit hati ada yang caring ada yang macam-macam perangai ah! Tapi kalau kawan yang seperti quotes di atas elok tak payah di buat kawan kan? xD

-Lebih baik sakit hati sebab dapat tahu dari mulut dia(bff) daripada dapat tahu dari mulut orang lain-
-Tak apa. Dia kawan baik aku. Dia patut dapat semua tu-
-Aku tak sangka kau macam ni. Sampai hati kau!-

Itu adalah antara kata-kata yang mungkin reader pernah dengar atau pernah sebut. Ya, Mia pun pernah cakap macam tu juga. Rasa geram sangat dengan sorang hamba Allah ni iaitu sahabat Mia. Macam mana kisah dia? Tak perlu share kot, nanti kalau dia baca mengaibkan pula. So tutup cerita! xD

-Tak sangka dalam banyak2 awek/pakwe bekas aku juga kau ambil-
-Sampai hati kau kebas awek/pakwe aku!-
-Patutlah kau beriye-iye nak jadi orang tengah. Rupanya kau suka kat dia!-

Antara kata-kata sahabat yang sudah ada kekasih. Quotes tu Mia rasa majoriti untuk pasangan couple. Eh, entahlah. Just guess xD
Mia juga pernah mengalami situasi sedemikian tetapi Mia ambil jalan mudah dengan membiarkan dan senyap. Lantak kat dia, Mia malas peduli dah. Okay, macam tu je Mia buat. Senang kot! Walaupun terpaksa menanggung sakit tapi Mia tak perlu risau sangat sebab Allah masih sudi teman Mia di saat Mia memerlukan teman untuk meluahkan rasa. Dia Yang Maha Mendengar :) Readers pernah alami? Then ikut je cara Mia. Kalau sakit hati dengan si dia yang telah berjaya tikam kita dari belakang. Malam-malam readers ambil wudhuk buat solat hajat. Mintalah apa-apa yang readers nak supaya dapat hilangkan kesakitan di hati. Kalau masih ada rasa sakit lagi, sebelum tidur readers baca Al-Fatihah, selawat dan dalam hati tu mengadulah pada Allah. Cerita je apa-apa pada Maha Pencipta. Dia sentiasa sudi Mendengar segala luahan rasa hati. Dah rasa lega ? Alhamdulillah, then readers tidur dengan fikiran kosong. In Sha Allah esok mungkin readers tak ingat apa-apa tentang kejadian yang menyakitkan hari ni tetapi bukan selamanya kejadian menyakitkan ini hilang dari ingatan. Bila kita termenung atau bosan tak ada kerja nak di buat pasti kejadian menyakitkan yang lepas masuk dalam kepala balik. Apa kata cuba dengan menyibukkan diri atau buat aktiviti yang di sukai. Tak pun beristighfar atau selawat banyak-banyak, tak pun baca Al-Quran kalau tak reti baca, bacalah terjemahan Al-Quran. Btw readers bila susah kita cari DIA bila senang DIA kita lupakan. Eh, jangan macam tu. Tak baik, seelok-eloknya beristiqamah dalam ibadat kita :)

Okay, sampai di sini cerita Mia xD
Berkait-kait cerita Mia hari ni. Maaf ikhlas dari Mia kalau Mia ada tersalah cakap atau apa-apalah yang buruk Mia terbuat. Mia hanya share apa yang ada di fikiran Mia. Terima kasih kerana sudi membaca :)
'Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari Mia.'



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

Aina Damia Crush Aku!

Cerita bermula…
      Aku Aryl Daniel Tan Sri Kamal Adli. Well, anak Tan Sri bai. Bukan aku nak berlagak tapi kenyataan. Macam biasa sebelum masuk tidur mesti aku kena tinggalkan satu entry di blog aku yang awesome lagi menarik dan kebaboom kau. Hahaha. Laptop di meja studi aku ambil bawa ke atas katil dan switch on. Aku terus pergi ke blog aku untuk menaip entry baru.
     Jadi, hari ni aku nak share cerita tentang crush aku.
      Si dia yang bernama Capital AD juga. Sama macam aku punya capital kan? In Sha Allah ada jodoh. Hehe. itu pun kalau aku berjaya pikat dia. Dia ni susahlah… apa orang kata yang sejinak-jinak burung merpati tu. Entah aku dah lupa. Pandai-pandai korang lah fikir.
     Okey berbalik pada cerita asal.  Aku sebenarnya dah pernah jumpa dia sebelum ni dan Alhamdulillah mungkin jodoh kami kuat. Rupanya dia satu Uni dengan aku. Weh, siapa tak suka kan? Bila crush belajar satu bumbung. Tapi… kami ambil course berbeza. Dia dalam bidang perniagaan dan aku hmm mestilah berkaitan kejuruteraan. Dah aku kena mewarisi syarikat bapak aku tu. Nak harapkan kakak aku? Dia dah berjaya jadi seorang doktor dah. Jadi, aku yang lelaki sorang ni kena uruskan.
     Eh? Aku dah melalut. Haha. Korang nak tahu cerita dia macam mana? Jom bayangkan sesama…
Pada suatu malam yang indah, sedang aku mengambil angin luar. Tiba-tiba pintu di ketuk dari luar dengan kuat. Gila, rosaklah pintu bilik aku ni.
     Dengan langkah malas aku pergi juga buka pintu.
     “Eh, mama. Mama ada apa cari Niel kat bilik ni?” terkejut aku mama yang ketuk pintu. Hmm, agak-agak mama dengar tak apa aku marahkan tadi? Harap tak.
      “Ni apsal tersengih-sengih ni?” mama tanya.
      Aku pun tak sedar yang aku sedang tersengih macam kambing entah apa-apa. Hahaha.
      “Eh, mana ada mama! Eeee… mama ni cantik geram Niel tengok.” Seperti biasa bila nak cover malu depan mama. Pipi mama aku cubit manja dan tangan aku juga jadi sasaran cubitan mama.
        Like mother, like son kan? Hahaha.
      “Kamu ni tak sudah-sudah cubit pipi mama mengalahkan papa kamu.” Marah mama tapi aku tahu mama tak marah pun.
       Aku hanya tersengih dengan tangan kanan gosok di leher tangan kiri di dalam kocek seluar.
       “Ni hah, mama nak ajak kamu teman mama pergi pasar malam.”
       “Pasar malam mama? Niel tak salah dengar ke ma?” terkejut aku dengar mama ajak aku pergi pasar malam dan aku? yakkss!
        Weh, dengan imej aku yang hensem dan cool ni ada ke patut muka macam aku ni nak pergi pasar malam? Jatuh wo popularity aku kalau terserempak dengan budak-budak satu Uni.
        “Kamu tak salah dengar sayang. Mama teringin nak makan char kuew teow lah Niel. Jomlah teman mama untuk malam ni je. Mama nak ajak papa tapi papa kamu penat malas nak kacau.” Sedu je suara mama aku dengar. Bila mama dah buat suara macam tu mana tak aku cair.
         “By the way mama, kak long kan ada? Kenapa tak ajak dia?” banyak tanya aku bersebab iaitu tak nak pergi pasar malam weh! Mama ni pun macam kan tempat lain tak ada jual char kuew teow pula.
         “Kak long baru je balik dari hospital tadi Niel. Tak kan mama nak kacau dia juga. Niel je mama rasa free sekarang tu sebab mama ajak kamu. Bolehkan sayang?” mama terus menerus pujuk aku dan akhirnya…
          “Yela mama. Mama pergi siap dan Niel pun nak siap dulu okey?” aku setuju je la, kesian mama…
         “Thanks sayang…” mama terus peluk dan cium aku. Selepas membalas pelukan mama aku masuk semula ke dalam bilik dan mencampakkan diri di atas katil.
          Aduh… aku malas nak pergi sebenarnya. Kenapa lah mama tak ajak pergi McD ke? KFC ke? Pizza ke? Standard sikit. Ni pasar malam? Okey, sememangnya aku kurang gemar ke pasar malam yang padat, bersepah dengan sampah, dan macam-macam lah.
       10 minit telah berlalu aku masih baring di atas katil dan berfikir sama ada aku perlu pergi ke tidak pasar malam bersama mama.
        Pintu di ketuk dan aku pun dapat agak dah siapa.
       “Niel, kamu dah siap ke belum? Mama dah siap dah ni.” kata mama sedikit kuat suaranya. Maklumlah dia cakap di luar. Pintu aku tak buka.
        “Okey ma. Ye ma. Kejap ma. Nanti Niel turun.” Huh! Nak tak nak salin baju juga.

        T-shirt polo bersama seluar jeans paras lutut dan cermin mata hitam cara pemakaian aku hari ni. Pergi pasar malam je pun kan?


       “Mama jom.” Ajak aku setelah turun dari bilik.
       “Eh, Niel pergi naik apa ni?” tanya mama.
       Aku menepuk dahi. “Allah, lupa ma. Hehe.”
       Aku pergi ke tempat yang tergantung banyak kunci. Kunci motorsikal Kawasaki Z800 aku simpan dan kunci kereta Nissan Almera mama aku ambil.
        “Mama jom lah balik. Char kuew teow dah beli ni, mama nak beli apa lagi?” soalku. Seboleh-boleh nak balik cepat. Rimas aku, anak-anak dara kat sini tak jemu dok sengih-sengih kat aku. Well, aku sedar aku ni hensem kan? Poyo lah kau Niel!
       “Kejap teman mama tengok tudung. Mana tahu ada yang berkenan nak mama beli. Sekali sekala jimat duit dengan beli tudung harga yang murah. Kira bagi sedekah lah kan?” jawab mama.
        “Apa ma? Mama nak beli tudung sini?” aku dah garu-garu kepala aku yang tak gatal ni.
        Mama ni dah kena sampuk hantu apa? Tiba-tiba ajak pergi pasar malam yang memang seumur hidup aku selama 20 tahun ni (okey dah tua tu) tak pernah jejak kaki kat pasar malam. Haih!
       Nak tak nak aku ikut jugalah…
      Tengah buat muka bodoh tunggu mama cari tudung mata aku terpandang seseorang yang begitu erm… begitu erm … senang cerita. Wow! Makhluk Tuhan paling aummm kau! EH? Astaghfirullahalazim.
      Awek pasar malam ahh! Dengan mata bundar bulat asli kot. Bukan sebab pakai contact lens bagai. Alis mata terletak cantik. Lesung pipit di pipinya di atas kulit putih mulus itu. Alahai, aku rasa nak gigit je bila tengok dia senyum tapi bukan senyum untuk aku. Senyum itu di berikan kepada lelaki sebelah dia. Hmm… dah taken rupanya. Melepas aku haih!


     “Niel!”
    “Eh, mak!” aduh, anjat boboy. Hahaha.
    “Niel dah kenapa sengih-sengih ni. Dok pandang siapa?”
     Aku tersengih lagi lalu menjuihkan mulut ke gadis yang aku rasa dia macam curi sesuatu je dari aku.
     Oh hati!
     “Oh… budak tu. Hmm… cantik! Apa lagi Niel pergilah try dia.”
     Apa aku tak salah dengar ni?
     “Ala, mama dia dah taken lah!”
     “Belum. Tu abang dia lah.”
     “Eh, mana mama tahu?” soalku pelik. Belum sempat aku nak risik, mama nak risik dulu.
     “Well, your mama kan!” tuhdia mama aku bangga siaa.
     Hah, macam tu lah cerita. Bila mama dah bagi green light memang kat situ juga aku nak terjah tegur dia tapi disebabkan abang dia kat sebelah memang aku gerun sikit. Bukan pengecut okey!
     Tetikus aku gerakkan ke kotak yang warna oren bertulis ‘Publish” dan klik! Okey sekarang laptop di matikan dan mata aku sekarang nampak bantal, katil dan si dia capital AD. Awwww… sweet dream awak. Dengan lafaz bismillah dan aku pun terlelap.

Motor berkuasa besar jenama Kawasaki Z800 aku parker di tempat yang disediakan di Uni tersebut. Macam biasalah aku ni selalu jadi bahan tontonan. Pelajar perempuan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk berhenti dari melakukan sebarang aktiviti apabila nampak aku. 15 minit agak lama kan? Padahal orang turun motor letak helmet kunci terus bla tapi aku lain. Letak helmet perlahan-lahan, rambut aku kuak perlahan-lahan. Senang cerita semua aku sengaja slow motion. Hehehe. Terasa diri ni bersyukur pula di anugerahkan rupa yang sebegini. Tengok keturunan lah beb. Papa hensem, mama cantik, akak aku yang sengal tu? Erm, bolehlah cun sikit. Hahaha. Nampak tak tu? Aku tengah poyo sekarang ni.
      Aku terus menapak ke kelas sebab lagi berapa minit je kelas akan bermula.
      “Woi, kacang!”
      “Semak hang dok panggil cek kacang kuat-kuat pasai apa? Hempuk hang sat gi tau lah.” Dia ni kalau sekali dah marah memang loghat utara keluar.
       “Eleh, gurau je Cab… eh Asyraf! Hahaha.”
       “Bangang mu!”
       Tak sempat nak balas balik pensyarah dah masuk.
       Kenapa aku panggil Asyraf kacang? Sebab … sebab … tengok muka dia nanti tahulah kenapa. Malas nak cerita buang penat aku je taip panjang-panjang.
      “Niel, aku baca blog kau semalam.” Hampir tersedak aku yang tengah menyedut air coke. Rasa macam dapat tangkap apa yang dia nak tanya.
      “Oh okey. Thanks…”
     “Dan… aku rasa aku tahu siapa crush yang kau maksudkan tu.” hah! Kan aku dah kata dah tadi. Haih, menyibuk betul si kacang ni.
     “Oooo… okey. Baguslah tahu!” aku sebenarnya tak tahu nak kata apa dah. Tiba-tiba hati aku ni rasa lain macam bila sebut perkataan crush ni.
    “Weh, tuh kan minah capital AD yang kau cerita kat blog tu?” Asyraf menunjukkan seseorang yang sedang duduk bersama rakannya di hadapan meja yang aku duduk.
    Crush aku weh! Depan aku je ni! Dia duduk hadap aku lagi! Ya Allah, hati aku dah macam apa dah ni. Haih! Jangan buat perangai wahai hati!
     Aku pandang minah tu siap bagi senyuman yang sweet sekali tapi dia balas dengan jelingan je? Hampeh!

Asyraf kat sebelah aku dah tersedu-sedu. Bukan menahan nangis, tapi menahan ketawa. Aku ni rasa nak je tuang air coke yang sejuk ni kat kepala dia. Tapi memikirkan dia kawan baik aku tak kan aku kejam nak jatuh air muka dia kan? Baikkan Aryl Daniel ni? hahaha.
      “Niel, aku ada idea?” tiba-tiba Asyraf ni bersuara menganggu konsentrasi aku yang sedang merenung makhluk Tuhan yang cantik ni.
      “Idea apa?”
      “Aku cabar kau pikat dia mau?”
      Wah wah wah, dia cabar aku. Mana boleh tahan ni kalau dengar perkataan cabar-mencabar. Tanpa fikir panjang aku setuju juga. Aku pun sebenarnya macam dah jatuh hati je kat budak mata bulat tu.
       “Dalam masa seminggu boleh?”
       “Woi, bapak sekejap bai. Bagi lah sebulan ke seminggu lebih ke. Tak pun setahun hah!” hish tak guna betul si kacang ni. Macam mengenakan aku je ni.
       “Okey fine! Sebulan cukup?”
       “Set!” penumbuk aku dan dia di lagakan menunjukkan sesama setuju. “Eh, kalau aku berjaya apa kau nak bagi?”
       “Pakej honeymoon tak keluar bilik.”
      Buntang mata aku mendengar. Amboi, kahwin pun tak lagi dah cerita pasal honeymoon dalam bilik. Ekspress otak si kacang ni. Bagus-bagus, mesti hari-hari makan kacang.
      Kepala dia aku sekeh. “Bangang kau!”
      “Ala… rileks lah bro. Aku gurau je. Ni kalau kau dapat crush kau tu dalam masa sebulan aku belanja kau race dekat litar biasa 3 hari. Apa macam?” ganjaran itu buat aku senyum lebar. Sebut pasal race motor ni memang aku suka lagi-lagi dapat free. Jimat elaun aku macam ni. hahaha.
      “Okey aku setuju.”
      “Tapi kalau kau gagal. Awek tu pass kat aku pula. Hahaha.”
      “Pass kat kau weh? Kirim salam!” apa dia ni ingat perempuan tu apa nak main pass-pass.
       Aina Damia! Tunggu saya ye awak! Oh hati! Aku jatuh cinta!


       Dia seperti dengar aku menyebut namanya sebab tiba-tiba matanya merenung aku dan aku apa lagi di kesempatan itu aku menghadiakan kenyitan mata yang paling awesome sekali. Tetapi macam biasa dia membalas dengan jelingan yang aku anggap memukau itu kepada aku.


-TO BE CONTINUE-

p/s Assalamualaikum pembaca! Dah lama Mia tak letak cerita baru kan? Blog pun macam dah lama tak berusik. Jadi, macam mana dengan cerita pendek Mia yang ni? Bosan ke? Mia pun tak tahu. Tapi Mia rasa seronok menaip cerita ni, seronok sangat sampai banyak pula part dia. Harap cerita ni buat pembaca enjoy okay. Mia tak minta apa cuma enjoy je. Kalau tak seronok atau tak best. Maaflah. Cerita ni random keluar dari otak Mia. Tajuk dia pun Mia pakai letak je. hehexD  btw terima kasih kerana sudi membaca. Sila komen, Mia sudi terima sebarang komen tapi janganlah sampai nak buat Mia down baca komen korang xD Okay, enjoy :)





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.