Sunday, 1 December 2013

Alahai, Cinta Monyet [Final]



Peperiksaan SPM sudah tamat. Saat ini keluar sahaja dari dewan pepriksaan, pelbagai jenis suara boleh di dengar. Ada yang mengaum macam harimau. Ada yang menjerit macam orang utan. Ada yang terkinja-kinja macam monyet. Ada yang bersorak macam pasukan sorak sekolah. Masing-masing gembira dan tak sabar berjumpa kawan di zoo agaknya. Bagi Haikal dan Hani lain cerita. Mereka sedang mengalami perasaan tidak sabar kerana hari esok mereka akan bertunang. Sukanya….
       “Pengumuman! Pengumuman!” suara pelajar yang riuh tadi bertukar sepi apabila Haikal bersuara.
       “Kenapa Haikal?” tanya salah seorang dari mereka.
       “Haikal nak beritahu apa ni?” bisik Hani pada Haikal.
      
  Haikal hanya menjawab dengan senyuman kepada Hani.
       “Kawan-kawan malam esok jemput datang ke rumah Hani okey?” ujar Haikal.
       “Yeah, ada party! Confirm pergi punya.” Ujar rakan yang lain.
       Haikal hanya membiarkan sahaja mereka buat spekulasi. Dia ingin memberi kejutan pada rakan mereka malam itu nanti.
       “Okey! Korang aku bla dulu. My honey ajak dating lah. Hahaha.” Ujar Haikal sempat menyakat Hani. Merah muka Hani menahan malu.
       “Memandai je Haikal ni. Buat malu je.” Marah Hani.
       “Ala-ala. Sorry sayang. Jom balik. Malam nanti kita nak cari baju kan?” sempat Haikal mencuit hidung Hani manja.
       “WOi-woi. Ada pasangan hot couple buat drama. Jom bla. Tak sanggup. Tak sanggup nengok! Hahahha.” Semua ketawa dengan usikan oleh salah seorang rakan mereka.
       “Sakailah kau Akmal! Jom Hani kita balik.” Haikal terus menarik lengan Hani pergi dari situ sebelum suara usikan ada lagi.
       Di dalam bas untuk pulang ke rumah. Kenapa? Fikir orang kaya tak reti naik bas? Sejak bercinta monyet ni, mereka berdua membuat keputusan untuk pulang ke sekolah menaiki bas sahaja. Biarlah orang nak cakap apa. Mereka masih lagi manusia biasa.

      “Haikal… Erm, Hani nak tanya boleh?” tanya Hani.
Haikal memandang mata redup Hani di sebelahnya. “Tanya je lah sayang. Kenapa nak minta izin bagai ni?”
      “Haikal betul-betul sayang kan Hani?” soalan Hani membuatkan Haikal tersentak.
     “Hani tak percaya Haikal? Hani masih lagi meragui cinta Haikal? Dah 3 tahun kita bercinta walaupun orang kata ini cinta monyet sehingga kita nak bertunang dah. Hani masih tak yakin dengan cinta Haikal?” soalan di balas dengan soalan. Sungguh hati Haikal rasa sakit apabila kekasih hatinya bertanya dia soalan yang dia rasa Hani meragui perasaan ikhlas hatinya.
     “Bukan macam tu. Hani percaya… tapi Hani cuma”
     “Dah lah. Ni bas dah berhenti. Hani masuk rumah tenangkan fikiran tu. Nanti malam tak payah keluar beli baju kalau Hani tak percayakan Haikal. Esok Haikal telefon kawan-kawan dan cakap dengan family kita, batalkan sahaja pertunangan ini.” Putus Haikal.
     Air mata yang bertakung di tubir mata Hani airnya jatuh juga. Haikal nampak Hani menangis tapi apa boleh buat.

“Haikal, Hani minta maaf. Hani tak bermaksud langsung nak…” lagi sekali kata-kata Hani di potong oleh Haikal.
     “Tu pakcik bas dah bising. Hani pergi turun dulu. Bye Hani.” Selepas berkata sedemikian, Haikal memeluk tubuh memandang tingkap di sebelahnya. Membiarkan Hani melayani perasaan.
      Hani yang rasa seperti di halau turun dari bas dengan hati yang sakit dan dia sungguh terasa dengan sikap Haikal. Dia hanya bertanya sahaja inginkan kepastian tetapi Haikal berfikir lain.
      Haikal tahu dia salah tetapi ego dia menghalang untuk memujuk Hani. Hani yang mulakan dulu. Jadi, dia hanya mengikut sahaja rentak Hani.
     ‘Hani kenapa awak ragui cinta saya?’
     ‘Hani kenapa awak tak yakin dengan saya?’
     ‘Hani kenapa awak masih lagi tanya soalan yang sudah pasti awak tahu jawapannya?’
     ‘Kenapa Hani? Kenapa?’


Lamunan Haikal terhenti apabila pemandu bas memanggilnya.
    “Haikal, dah sampai rumah kamu ni.” pemandu bas memang kenal Haikal dan keluarganya. Dia juga sangat kagum dengan kehidupan Haikal yang tidak sombong walaupun statusnya sebagai anak orang berada. Malah, keluarga Haikal pernah memberi sumbangan untuk pemedahan anaknya yang perlukan rawatan jantung tersumbat.
     “Ohh, maaf pakcik. Terima kasih.” Kata Haikal dengan sopan.
     “Sama-sama. Ni Haikal benda boleh bawa berbincang, kamu berbincang. Kamu muda lagi. Jadi fikir baik-baik hubungan kamu berdua ni. Pakcik doakan kamu kekal.” Ujar Pak cik Akob pemandu bas.
      “Oh ye. Okey! Terima kasih pakcik. Assalamualaikum.” Haikal hanya mengiakan sahaja. Fikirannya runsing sekarang ni.
     Haikal terus turun dari bas.
………………………..

     Terkejut satu keluarga Haikal apabila Haikal memberitahu dia perkara yang sukar untuk dipercayai.
      “Apa dah jadi ni Haikal? Kenapa jadi macam ni? Beritahu mummy Haikal?!” marah Puan Sri Sharifah Zalina.
       Panasnya hati dia apabila mengetahui Haikal ingin batalkan pertunangan pada hari esok. Apa yang dah jadi? Dia sayangkan Hani yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia berharap sangat tradisi keluarga ini berterusan tetapi kalau dah jadi macam ni. Berdoa je la banyak-banyak.
      “Sabar Ina. Bagi anak awak ni terangkan dulu.” Tan Sri Syed Husin menenangkan isterinya.
       Kakak dan abang Haikal bersama suami isteri masing-masing hanya menjadi pendengar setia sahaja. Mereka sudah melepasi zon cinta monyet jadi kes seperti Haikal ini biasa sahaja bagi mereka. In Sha Allah tak lama lagi baiklah tu.
       “Bagi kami masa. Dan yang pasti esok majlis batalkan. Apa nak jadi, jadilah. Haikal naik dulu.” Selepas berkata sedemikian Haikal terus naik ke biliknya. Haikal sebenarnya malu. Dia menangis? Ya, dia tak kuat. Aduhai, macam manalah nak jadi suami orang ni kalau hal macam ni dah menangis.
        “Haikal!!!” jerit Puan Sri Sharifah Zalina yang berdiri bercekak pinggang.
        Semua ahli keluarga yang berada di tetamu hanya menutup telinga mendengar jeritan mummy mereka. Cucu-cucu Puan Sri Sharifah Zalina yang sedang bermain di sudut ruang tamu lagi satu pun terkejut mendengar jeritan neneknya. Orang gaji di dapur apatah lagu. Mahu tak terpelanting pinggan mangkuk yang di cuci. Hehe.
        “Hani… kenapa kau tak percaya aku?! Kenapa?! Ahhh!?” jerit Haikal di dalam bilik. Dia betul-betul rasa stress mengalahkan peperiksaan SPM. Mujur peperiksaan telah tamat kalau tidak bertambah stress kepalanya memikirkan masalah.
        “Hani… walauapapun yang terjadi. Saya tetap nak awak jadi yang halal untuk saya.” Tekad Haikal lalu dia mengatur langkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
        Salam di beri. Tangan di tadah doa di panjatkan. “Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. KAU kabulkanlah doa ku. KAU Yang Maha Mendengar, KAU dengarlah doa ku ini. Ya Allah, KAU bukakanlah pintu hati penerima tulang rusuk ku ini supaya terus mempercayaiku, menerimaku, mencintai diriku yang tidak sempurna ini Ya Allah. Sesungguhnya aku amat menyayanginya, mencintainya, seperti Nabi Adam mencintai Hawa. Rasulullah mencintai Siti Khadijah. Dan aku inginkan yang suci di dalam perhubungan kami ini Ya Allah. KAU kuatkanlah jodoh kami ini. Robbana zollamna anfusana wailamtarfillanah watarhamnalanakunannaminalhosirin. Amin Ya Rabbalalamin…” selepas mengaminkan doa Haikal bersujud lama supaya lebih dekat dengan Maha Pencipta. Dan tenang…

.......................

Dua minggu sudah berlalu. Alhamdulillah hubungan mereka sudah pulih seperti sedia kala. Macam mana baik? Flashback sikit-sikit je. Okay. Sesi pujuk memujuk macam biasalah yang dimulakan dengan Hani. Kalau dua-dua keras memang tak jadi apalah. Oleh itu, Hani mengalah dengan menghubungi Haikal. Itupun setelah di beri sedikit cerama dan nasihat oleh Datin Ku Nisa’a.
          
           Baby I’m so lonely lonely lonely.
           Baby I’m so lonely lonely lonely …

           Nada dering panggilan yang bertukar sedih itu milik Haikal. Nampak sangat kesunyian. Kesian betul Haikal.
           Haikal tersenyum apabila melihat wajah dan nama orang yang menelefonnya di skrin telefon bimbit.

“Hani!”
          “Assalamualaikum.” Haikal mula memberi salam.
         Hani yang berdebar mula rasa ingin pengsan mendengar suara Haikal. Rindu sungguh dengar suara tu.
        “Waalaikumusalam. Haikal…”
        “Ya, Hani. Ada apa?” tanya Haikal. Sengaja jual mahal.
       ‘Ada apa dia tanya? Tak tahu ke aku tengah rindu dia ni?’ desis hati Hani geram.
       “Haikal… Hani. Hani. Hani….” Dia kehilangan kata-kata. Mukanya sedang membahang menahan malu dan rasa berdebar sangat.
        “Hani kenapa sayang?” opps! Haikal kata nak jual mahal tapi sekarang kau yang over panggil sayang pula.
        “Err, Haikal. Esok kita jumpa tempat biasa, pukul biasa, pakai baju biasa. Okey. Bye Assalamualaikum Haikal!” terus panggilan di tutup tanpa sempat Haikal membalas.
        Hani malu sebenarnya. Dia pun tak tahu kenapa dia ni gelabah sangat.
       Haikal terfikir sesuatu. “Tempat biasa, pukul biasa, pakai baju biasa? Ala… comelnya awak Hani bila gelabah mana tak saya sayang awak. Sampai tersasul awak.”
      Haikal menghantar mesej.
     Send : Hani
     Hani, apa maksud Hani dengan pukul biasa? Hani nak pukul Haikal ke esok?
     Hani hanya gigit bibir membaca teks tersebut. Dia ada salah cakap ke tadi? Hani mula mengingati kembali apa yang dia katakana tadi.
     “Err, Haikal. Esok kita jumpa tempat biasa, pukul biasa, pakai baju biasa. Okey. Bye Assalamualaikum Haikal!”

      ‘Lah, aku cakap macam tu ke tadi? Hehe.’
      Send : Haikal
      Hehe. Hani salah cakaplah Haikal. Erm, kita jumpa pukul 10 esok. Okay Hani nak tidur. Bye Haikal.
      Send : Hani
      Eleh, Hani tengah malulah tu sebab nak tidur terus. Alasan kan? Mesti muka Hani comel sangat tengah merajuk ni. Rindunya Haikal nak usik Hani. Tengok Hani tengah malu.
     Send : Haikal
    Eh, mana ada! Haikal ni… Hani betul-betul ngantuk ni. Jumpa esok k? Assalamualaikum.
     Send : Hani
     Yela sayang. Sweet dream. Waalaikumusalam.
    “ You are my shy shy shy girl oh oh shy girl”
      Menyanyi-nyanyi gembira Haikal selepas selesai bermesej dengan Hani. Lagu tu pun siap di tukarkan lirik lagi. Suka betul dia.
……………..

     “Assalamualaikum Haikal! Lama tunggu Hani?” soal Hani. Dia agak terlewat lima belas minit. Terlajak tidur pagi tadi. Eh? Terlajak mimpikan Haikal mungkin. Hehe.


“Waalaikumusalam. Hani! Tak ada lama sangat dalam sepuluh minit macam tu. hehe. Hani duduklah.” balas Haikal dengan senyuman di bibirnya.
        Rindunya Hani dengan senyuman tu.
       Hani duduk di bangku sebelah Haikal menghadap tasik buatan ini. Di sini tempat mereka selalu lepak atau tempat mereka berkelah bersama keluarga. Banyak kenangan yang ada di tempat ni.
      “Maaf Haikal. Hani terlajak mimpikan Haikal malam tadi.” Eh? Opps! Hani menekup mulutnya. Aduh, kantoi seh. Malu malu malu. Mama Hani nak balik. Hani malu ni!! Hani tundukkan muka memandang rumput yang menghijau. Sungguh, pipi dia sekarang ni terlebih pakai blusher.
      “Haikal tak salah dengar ke? Kalau macam tu maaf mu diterima sayang!” amboi gatalnya Haikal. Kemain suka bila orang mimpikan dia.
    “Err, mana ada Hani cakap apa-apa. Haikal memang salah dengarlah.” Hani menafikan.
    “Iye… Eeee… I can see your cute face when get blushing. Geramnya Haikal tengok.” Ujar Haikal yang terlebih over penyakit gatalnya ni.
     “Haikal!” Hani marah. Tak habis-habis nak sakat dia. aduh, panas membahang dah muka ni.
      “Okey-okey Haikal stop. Hani jom ikut Haikal.” Haikal sudah berdiri menarik tangan Hani untuk mengikutnya.
      “Nak pergi mana ni?” tanya Hani.
       Mereka tiba di tempat yang Haikal ingin bawa setelah beberapa langkah berjalan.
      “Hani ingat tempat ni?” tanya Haikal.
      “Ingat! Kita ada tulis nama kita kat batang ni kan?” ujar Hani gembira. Ya dia gembira sangat.
      “Tu tengok tu. Nama kita masih lekat lagi dekat batang pokok ni walaupun 3 tahun sudah berlalu.” Ujar Haikal menunjukkan nama mereka.
       “Haikal in love with Hani. Always and forever for Hani my honey. My soulmate. My love until Jannah.” Kata-kata Haikal yang ikhlas membuatkan Hani rasa terharu dan perlahan-lahan air mata membasahi pipinya.

“Hani tak sangka ukiran nama kita kat pokok ni tak hilang lagi dan Haikal buat luahan perasaan Haikal. Hani terharu sangat. Sangat terharu. Sobs.” Ujar Hani yang berasa terharu.
      “Hani…” Haikal mengeluarkan sapu tangan yang memang tersedia di poketnya lalu mengelap air mata yang membasahi pipi Hani. Dia tahu Hani pasti akan terharu dan menangis sebab tu awal-awal dia sediakan sapu tangan. Hehe. nakal!
      “Eh, since when Haikal suka bawa sapu tangan ni? By the way thanks.” Soal Hani hairan.
      “Sejak bakal isteri Haikal ni suka menangis. Hehe.” balas Haikal.
       Sapu tangan sudah bertukar tangan. Hani mengelap sendiri air matanya yang degil dan dari tadi tak berhenti-henti nak jatuh.
       “Bakal isteri Haikal?” soal Hani lagi.
        “Yup. So, will you marry me Hani? Be my wife, be a mother to my children? I know we still young but I still want to be your lover, your Adam and also your Imam. Accept me dear?” Haikal duduk memegang tangan Hani dan melamar Hani. Rasa seperti tempat ini mereka berdua yang ada. Bahagia sangat.



“Apa ni Haikal? Nak melamar Hani tapi cincin mana? Gatal eh pegang tangan Hani. Huhu.” Hani buat lawak pula. Punyalah Haikal berdebar dan tak sabar nak tunggu jawapan Hani.
        “Eh? Kejap-kejap. Tercicirlah. Kejap. Hani tunggu. Mungkin dekat bangku tadi.” Dengan gelabah Haikal pergi ke bangku mencari kotak cincin yang dah lama di beli tetapi baru sekarang dapat dia bagi.
        “Ala. Comellah Haikal kalau gelabah. Memang tak tidur lenalah aku malam ni.” ujar Hani sendiri.
        “Hani! Bak tangan Haikal nak sarung cincin ni.” kata Haikal. Amboi hilang dah romantic tadi.
        “Tak nak!” Hani memeluk tubuh memandang ke tasik.
        “Eh, kenapa?”
        “Haikal ni macam tak ikhlas je. Main bak-bak tangan pula. Orang lamarlah balik. Betul-betul punya feel.” Ujar Hani berterus terang lagi bagus.
        “Lah, tu je. Okay-okay. Ehemm…”
        “Hani pandanglah sini dulu.”
         Hani memandang Haikal. Tangannya pun sudah di turunkan.
         “Ehemm… Tengku Hani Zulaikha Tengku Hanif will you marry me? Be my wife, be a mother to my children? I know we still young but I still want to be your lover, your Adam and also your Imam. Accept me dear?” akhirnya Hani dilamar. 


Dengan air mata membasahi pipi sebab terharu Hani mengangguk setuju. “I would like too but …”
         “But?”
         “Don’t forget to come my house tell my parents.”
         “No problem. Malam ni juga Haikal hantar rombongan. Hehe” cincin di tangan Haikal di sarungkan ke jari manis Hani. Cantik sangat cincin tu. Bertuah Hani.


         “Nakal Haikal ni!”
         Akhirnya hubungan cinta monyet yang menjadi tradisi keluarga turun-temurun ini berkekalan sehingga ke keturunan Haikal dan Hani. Mereka sedar mereka masih muda untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini tapi memandangkan masing-masing sudah bersedia jadi apa salahnya yang baik di teruskan. Keluarga pun dah restu. Alhamdulillah. Semoga hubungan Hani dan Haikal kekal sehingga ke Jannah.

-THE END-


p.s Hyep! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! Tamatlah sudah cerita pendek Mia yg tak seberapa ini. Kalau boleh nak panjangkan lagi cerita dia. Tapi nanti mungkin membosankan pembaca. Jadi inilah hasilnya. Maaf atas kekurangan yang ada dalam cerita ini. Yang Baik Datangnya Dari Allah, Yang Buruk Datangnya Dari Mia sendiri. Any komen atau kritik? Silakan... Mia terima dengan hati yg terbuka. And and Terima Kasih yg tk terhingga kerana sudi membaca cerita Mia ini. Nantikan fanfic dari Mia okay. Btw kalau ada salah ejaan atau macam pelik je baca. Beritahu Mia, mungkin Mia tak perasan. Maklumlah cerita ni Mia buat semalam dalam masa 3 jam mungkin. Hehe xD okay bye!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..