Sunday, 22 December 2013

Aina Damia Crush Aku!

Cerita bermula…
      Aku Aryl Daniel Tan Sri Kamal Adli. Well, anak Tan Sri bai. Bukan aku nak berlagak tapi kenyataan. Macam biasa sebelum masuk tidur mesti aku kena tinggalkan satu entry di blog aku yang awesome lagi menarik dan kebaboom kau. Hahaha. Laptop di meja studi aku ambil bawa ke atas katil dan switch on. Aku terus pergi ke blog aku untuk menaip entry baru.
     Jadi, hari ni aku nak share cerita tentang crush aku.
      Si dia yang bernama Capital AD juga. Sama macam aku punya capital kan? In Sha Allah ada jodoh. Hehe. itu pun kalau aku berjaya pikat dia. Dia ni susahlah… apa orang kata yang sejinak-jinak burung merpati tu. Entah aku dah lupa. Pandai-pandai korang lah fikir.
     Okey berbalik pada cerita asal.  Aku sebenarnya dah pernah jumpa dia sebelum ni dan Alhamdulillah mungkin jodoh kami kuat. Rupanya dia satu Uni dengan aku. Weh, siapa tak suka kan? Bila crush belajar satu bumbung. Tapi… kami ambil course berbeza. Dia dalam bidang perniagaan dan aku hmm mestilah berkaitan kejuruteraan. Dah aku kena mewarisi syarikat bapak aku tu. Nak harapkan kakak aku? Dia dah berjaya jadi seorang doktor dah. Jadi, aku yang lelaki sorang ni kena uruskan.
     Eh? Aku dah melalut. Haha. Korang nak tahu cerita dia macam mana? Jom bayangkan sesama…
Pada suatu malam yang indah, sedang aku mengambil angin luar. Tiba-tiba pintu di ketuk dari luar dengan kuat. Gila, rosaklah pintu bilik aku ni.
     Dengan langkah malas aku pergi juga buka pintu.
     “Eh, mama. Mama ada apa cari Niel kat bilik ni?” terkejut aku mama yang ketuk pintu. Hmm, agak-agak mama dengar tak apa aku marahkan tadi? Harap tak.
      “Ni apsal tersengih-sengih ni?” mama tanya.
      Aku pun tak sedar yang aku sedang tersengih macam kambing entah apa-apa. Hahaha.
      “Eh, mana ada mama! Eeee… mama ni cantik geram Niel tengok.” Seperti biasa bila nak cover malu depan mama. Pipi mama aku cubit manja dan tangan aku juga jadi sasaran cubitan mama.
        Like mother, like son kan? Hahaha.
      “Kamu ni tak sudah-sudah cubit pipi mama mengalahkan papa kamu.” Marah mama tapi aku tahu mama tak marah pun.
       Aku hanya tersengih dengan tangan kanan gosok di leher tangan kiri di dalam kocek seluar.
       “Ni hah, mama nak ajak kamu teman mama pergi pasar malam.”
       “Pasar malam mama? Niel tak salah dengar ke ma?” terkejut aku dengar mama ajak aku pergi pasar malam dan aku? yakkss!
        Weh, dengan imej aku yang hensem dan cool ni ada ke patut muka macam aku ni nak pergi pasar malam? Jatuh wo popularity aku kalau terserempak dengan budak-budak satu Uni.
        “Kamu tak salah dengar sayang. Mama teringin nak makan char kuew teow lah Niel. Jomlah teman mama untuk malam ni je. Mama nak ajak papa tapi papa kamu penat malas nak kacau.” Sedu je suara mama aku dengar. Bila mama dah buat suara macam tu mana tak aku cair.
         “By the way mama, kak long kan ada? Kenapa tak ajak dia?” banyak tanya aku bersebab iaitu tak nak pergi pasar malam weh! Mama ni pun macam kan tempat lain tak ada jual char kuew teow pula.
         “Kak long baru je balik dari hospital tadi Niel. Tak kan mama nak kacau dia juga. Niel je mama rasa free sekarang tu sebab mama ajak kamu. Bolehkan sayang?” mama terus menerus pujuk aku dan akhirnya…
          “Yela mama. Mama pergi siap dan Niel pun nak siap dulu okey?” aku setuju je la, kesian mama…
         “Thanks sayang…” mama terus peluk dan cium aku. Selepas membalas pelukan mama aku masuk semula ke dalam bilik dan mencampakkan diri di atas katil.
          Aduh… aku malas nak pergi sebenarnya. Kenapa lah mama tak ajak pergi McD ke? KFC ke? Pizza ke? Standard sikit. Ni pasar malam? Okey, sememangnya aku kurang gemar ke pasar malam yang padat, bersepah dengan sampah, dan macam-macam lah.
       10 minit telah berlalu aku masih baring di atas katil dan berfikir sama ada aku perlu pergi ke tidak pasar malam bersama mama.
        Pintu di ketuk dan aku pun dapat agak dah siapa.
       “Niel, kamu dah siap ke belum? Mama dah siap dah ni.” kata mama sedikit kuat suaranya. Maklumlah dia cakap di luar. Pintu aku tak buka.
        “Okey ma. Ye ma. Kejap ma. Nanti Niel turun.” Huh! Nak tak nak salin baju juga.

        T-shirt polo bersama seluar jeans paras lutut dan cermin mata hitam cara pemakaian aku hari ni. Pergi pasar malam je pun kan?


       “Mama jom.” Ajak aku setelah turun dari bilik.
       “Eh, Niel pergi naik apa ni?” tanya mama.
       Aku menepuk dahi. “Allah, lupa ma. Hehe.”
       Aku pergi ke tempat yang tergantung banyak kunci. Kunci motorsikal Kawasaki Z800 aku simpan dan kunci kereta Nissan Almera mama aku ambil.
        “Mama jom lah balik. Char kuew teow dah beli ni, mama nak beli apa lagi?” soalku. Seboleh-boleh nak balik cepat. Rimas aku, anak-anak dara kat sini tak jemu dok sengih-sengih kat aku. Well, aku sedar aku ni hensem kan? Poyo lah kau Niel!
       “Kejap teman mama tengok tudung. Mana tahu ada yang berkenan nak mama beli. Sekali sekala jimat duit dengan beli tudung harga yang murah. Kira bagi sedekah lah kan?” jawab mama.
        “Apa ma? Mama nak beli tudung sini?” aku dah garu-garu kepala aku yang tak gatal ni.
        Mama ni dah kena sampuk hantu apa? Tiba-tiba ajak pergi pasar malam yang memang seumur hidup aku selama 20 tahun ni (okey dah tua tu) tak pernah jejak kaki kat pasar malam. Haih!
       Nak tak nak aku ikut jugalah…
      Tengah buat muka bodoh tunggu mama cari tudung mata aku terpandang seseorang yang begitu erm… begitu erm … senang cerita. Wow! Makhluk Tuhan paling aummm kau! EH? Astaghfirullahalazim.
      Awek pasar malam ahh! Dengan mata bundar bulat asli kot. Bukan sebab pakai contact lens bagai. Alis mata terletak cantik. Lesung pipit di pipinya di atas kulit putih mulus itu. Alahai, aku rasa nak gigit je bila tengok dia senyum tapi bukan senyum untuk aku. Senyum itu di berikan kepada lelaki sebelah dia. Hmm… dah taken rupanya. Melepas aku haih!


     “Niel!”
    “Eh, mak!” aduh, anjat boboy. Hahaha.
    “Niel dah kenapa sengih-sengih ni. Dok pandang siapa?”
     Aku tersengih lagi lalu menjuihkan mulut ke gadis yang aku rasa dia macam curi sesuatu je dari aku.
     Oh hati!
     “Oh… budak tu. Hmm… cantik! Apa lagi Niel pergilah try dia.”
     Apa aku tak salah dengar ni?
     “Ala, mama dia dah taken lah!”
     “Belum. Tu abang dia lah.”
     “Eh, mana mama tahu?” soalku pelik. Belum sempat aku nak risik, mama nak risik dulu.
     “Well, your mama kan!” tuhdia mama aku bangga siaa.
     Hah, macam tu lah cerita. Bila mama dah bagi green light memang kat situ juga aku nak terjah tegur dia tapi disebabkan abang dia kat sebelah memang aku gerun sikit. Bukan pengecut okey!
     Tetikus aku gerakkan ke kotak yang warna oren bertulis ‘Publish” dan klik! Okey sekarang laptop di matikan dan mata aku sekarang nampak bantal, katil dan si dia capital AD. Awwww… sweet dream awak. Dengan lafaz bismillah dan aku pun terlelap.

Motor berkuasa besar jenama Kawasaki Z800 aku parker di tempat yang disediakan di Uni tersebut. Macam biasalah aku ni selalu jadi bahan tontonan. Pelajar perempuan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk berhenti dari melakukan sebarang aktiviti apabila nampak aku. 15 minit agak lama kan? Padahal orang turun motor letak helmet kunci terus bla tapi aku lain. Letak helmet perlahan-lahan, rambut aku kuak perlahan-lahan. Senang cerita semua aku sengaja slow motion. Hehehe. Terasa diri ni bersyukur pula di anugerahkan rupa yang sebegini. Tengok keturunan lah beb. Papa hensem, mama cantik, akak aku yang sengal tu? Erm, bolehlah cun sikit. Hahaha. Nampak tak tu? Aku tengah poyo sekarang ni.
      Aku terus menapak ke kelas sebab lagi berapa minit je kelas akan bermula.
      “Woi, kacang!”
      “Semak hang dok panggil cek kacang kuat-kuat pasai apa? Hempuk hang sat gi tau lah.” Dia ni kalau sekali dah marah memang loghat utara keluar.
       “Eleh, gurau je Cab… eh Asyraf! Hahaha.”
       “Bangang mu!”
       Tak sempat nak balas balik pensyarah dah masuk.
       Kenapa aku panggil Asyraf kacang? Sebab … sebab … tengok muka dia nanti tahulah kenapa. Malas nak cerita buang penat aku je taip panjang-panjang.
      “Niel, aku baca blog kau semalam.” Hampir tersedak aku yang tengah menyedut air coke. Rasa macam dapat tangkap apa yang dia nak tanya.
      “Oh okey. Thanks…”
     “Dan… aku rasa aku tahu siapa crush yang kau maksudkan tu.” hah! Kan aku dah kata dah tadi. Haih, menyibuk betul si kacang ni.
     “Oooo… okey. Baguslah tahu!” aku sebenarnya tak tahu nak kata apa dah. Tiba-tiba hati aku ni rasa lain macam bila sebut perkataan crush ni.
    “Weh, tuh kan minah capital AD yang kau cerita kat blog tu?” Asyraf menunjukkan seseorang yang sedang duduk bersama rakannya di hadapan meja yang aku duduk.
    Crush aku weh! Depan aku je ni! Dia duduk hadap aku lagi! Ya Allah, hati aku dah macam apa dah ni. Haih! Jangan buat perangai wahai hati!
     Aku pandang minah tu siap bagi senyuman yang sweet sekali tapi dia balas dengan jelingan je? Hampeh!

Asyraf kat sebelah aku dah tersedu-sedu. Bukan menahan nangis, tapi menahan ketawa. Aku ni rasa nak je tuang air coke yang sejuk ni kat kepala dia. Tapi memikirkan dia kawan baik aku tak kan aku kejam nak jatuh air muka dia kan? Baikkan Aryl Daniel ni? hahaha.
      “Niel, aku ada idea?” tiba-tiba Asyraf ni bersuara menganggu konsentrasi aku yang sedang merenung makhluk Tuhan yang cantik ni.
      “Idea apa?”
      “Aku cabar kau pikat dia mau?”
      Wah wah wah, dia cabar aku. Mana boleh tahan ni kalau dengar perkataan cabar-mencabar. Tanpa fikir panjang aku setuju juga. Aku pun sebenarnya macam dah jatuh hati je kat budak mata bulat tu.
       “Dalam masa seminggu boleh?”
       “Woi, bapak sekejap bai. Bagi lah sebulan ke seminggu lebih ke. Tak pun setahun hah!” hish tak guna betul si kacang ni. Macam mengenakan aku je ni.
       “Okey fine! Sebulan cukup?”
       “Set!” penumbuk aku dan dia di lagakan menunjukkan sesama setuju. “Eh, kalau aku berjaya apa kau nak bagi?”
       “Pakej honeymoon tak keluar bilik.”
      Buntang mata aku mendengar. Amboi, kahwin pun tak lagi dah cerita pasal honeymoon dalam bilik. Ekspress otak si kacang ni. Bagus-bagus, mesti hari-hari makan kacang.
      Kepala dia aku sekeh. “Bangang kau!”
      “Ala… rileks lah bro. Aku gurau je. Ni kalau kau dapat crush kau tu dalam masa sebulan aku belanja kau race dekat litar biasa 3 hari. Apa macam?” ganjaran itu buat aku senyum lebar. Sebut pasal race motor ni memang aku suka lagi-lagi dapat free. Jimat elaun aku macam ni. hahaha.
      “Okey aku setuju.”
      “Tapi kalau kau gagal. Awek tu pass kat aku pula. Hahaha.”
      “Pass kat kau weh? Kirim salam!” apa dia ni ingat perempuan tu apa nak main pass-pass.
       Aina Damia! Tunggu saya ye awak! Oh hati! Aku jatuh cinta!


       Dia seperti dengar aku menyebut namanya sebab tiba-tiba matanya merenung aku dan aku apa lagi di kesempatan itu aku menghadiakan kenyitan mata yang paling awesome sekali. Tetapi macam biasa dia membalas dengan jelingan yang aku anggap memukau itu kepada aku.


-TO BE CONTINUE-

p/s Assalamualaikum pembaca! Dah lama Mia tak letak cerita baru kan? Blog pun macam dah lama tak berusik. Jadi, macam mana dengan cerita pendek Mia yang ni? Bosan ke? Mia pun tak tahu. Tapi Mia rasa seronok menaip cerita ni, seronok sangat sampai banyak pula part dia. Harap cerita ni buat pembaca enjoy okay. Mia tak minta apa cuma enjoy je. Kalau tak seronok atau tak best. Maaflah. Cerita ni random keluar dari otak Mia. Tajuk dia pun Mia pakai letak je. hehexD  btw terima kasih kerana sudi membaca. Sila komen, Mia sudi terima sebarang komen tapi janganlah sampai nak buat Mia down baca komen korang xD Okay, enjoy :)





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..