Saturday, 28 December 2013

Aina Damia Crush Aku! [Final Part]

Usai solat Isyak aku lepak atas katil sekejap. Makin nak final exam makin semak otak aku ni! Aku baring atas katil empuk buat gaya starfish pandang siling atas dan membayangkan seseorang.
        You make my life complete Aina!
        Awak, buat saya berdebar bila bersama awak Aina!
        Jahatnya, awak curi barang saya Aina!
        I think I love you Aina!
       “Hai Aina! Sorang je?” soalku bodoh, terang-terang memang tak ada orang dekat sini.
       “Hmm...” Hmm je dia balas?
       “Semalam saya janji dengan awak kan nak jawab semua soalan awak.” Terus dia mendongak memandang aku dan tak sampai beberapa saat dia tunduk semula. Malu mungkin tapi ni yang aku suka!
       “Hmm… cepatlah cakap! Saya ada kelas sekejap lagi.” Nampak sangat nak mengelak dari aku.
        “Amboi tak sabar. Entah-entah awak dah jatuh hati dengan saya tak?”
       “Jangan merepek!” tiba-tiba dia bangun dan berkemas untuk keluar dari perpustakaan ni.
       “Eh, sabarlah awak! Kata nak tahu. Duduklah sekejap. Saya bergurau je tadi. Awak terasa eh? Kalau terasa maknanya awak suka. Kan? Kan? Kan?” dia yang dah duduk semula terus bangun balik.
        “Eh, okey fine. Fine!” apa lah kau Niel!
       Dia duduk semula.
       “By the way awak tanya apa semalam eh? Saya lupa lah…” series aku lupa! Soalan dia banyak sangat.
       Dengan malas dia menjawab. “Awak nak apa sebenarnya? Apa yang awak tak puas hati dengan saya? Apa salah saya? Kenapa awak suka kacau saya hah?!”
       Amboi, aku rasa macam rakaman balik je suara dia. Memang otak dia memori sentiasa bertukar. Apa yang dia tanya semalam sama macam dia tanya hari ni. sebijik! Eh, macam mana aku tahu? Tadi kata tak ingat… hehehe.

        “Aina, seriously I falling in love with you. So, be my couple?” aku dah tak boleh tunggu lagi dah. Terus terang je lah!


Reaksi dia. Ternganga + terkejut + terbangun dan bla terus.
        Haih!

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Ikhlas ikhlaskanlah hatimu…

       Nada dering mesej yang berbunyi menghentikan lamunan aku.
       Mesej dari Kacang a.k.a Asyraf aku baca.
      Woi woi, aku dapat dah nombor crush kau tu! hahaha :P
      Gila macam mana kau dapat? Cepat bagi aku sekarang!
      Well, ni Asyraf lah. Hahaha. Nah nombor dia 019-6196190
     Kcun. Thanks bro!
     No problem!
     Alhamdulillah! Yes! Yes! Yes! Setelah 3 minggu usha akhirnya dapat juga nombor. Melompat-lompat aku atas katil. Oii, Niel perangai kau macam budak-budak! Dah jangkit dengan akak kau ke apa? Oh tidakk! Aku duduk balik seperti tadi.
     Dah dapat nombor dia ni apa aku nak buat eh? Call dia? Sms dia?
     Tangan terus je nak mendail nombor dia. Tak sampai satu minit aku matikan balik. Agaknya jam dah pukul berapa? Allah! 11.30 malam dah? Cepatnya masa berlalu, aku baru je berangan sekejap, dapat nombor telefon dan baru nak call rupanya dah lewat malam. Kalau aku call sekarang memang kena sound kot. Hahaha.

Hari ni misi aku nak sakat dia lagi. Hmm, jahat juga aku ni kan? Eh, aku nakal je sebenarnya!
      Aku nampak dia duduk di bangku simen sorang-sorang yang terletak di sekitar Universiti ni sambil membaca novel. Novel? Maaf, aku tak minat baca novel. Entah apa yang best pun aku tak tahu. Kalau komik lawak kampus ke apa, aku minat lah juga membaca.
      Aku bersembunyi di sebalik pokok besar. Telefon aku keluarkan dari poket seluar dan mendail nombor dia.
      Satu kali. No respon…
      Leka baca novel kot.
      Dua kali. No respon…
      Si kacang ni salah bagi nombor ke apa?
      Tiga kali. Hah! Baru dia angkat.


      Ehem! Betulkan suara dulu dan “Assalamualaikum.” Salam pembuka bicara. Bagus anak Tan Sri ni cukup didikan agama. Hahaha. Perangai aku selalu tekan lif naik sendiri. Eh?
      “Waalaikumusalam.” Alah lembutnya suara dia. Rasa lutut aku ni dah longgar macam nak tercabut je ni.
       “Boleh saya cakap dengan crush saya?”
       “Siapa crush awak? Maaf, awak salah nombor ni.”
       Tutttt…
        Tak sempat nak cakap apa dia dah matikan telefon. Huh!
        Langkah kaki ku pergi ke arahnya.
        “Kenapa awak matikan panggilan?”
        Terus tegak badan dia dengar suara aku. Terkejut kot… salah aku juga pakai sergah je tak bagi salam macam tadi.
        Dia bangun dan pusing menghadap aku dan aku … Ya Allah, cantiknya dia hari ni! Eh, bukan hari ni je, hari-hari dia cantik! hahaha angau dah aku ni.
       “Awak lagi!? Huh?!”
       Aku tunjuk sengih.
       “Jadi awak yang call saya tadi?”
       Aku senyum sweet punya.
      “Mana dapat nombor saya hah?! Suka hati je curi nombor orang!”
      “Awak curi barang saya boleh pulak?”
      “Barang apa? Dari hari tu kata saya curi barang awak, bila tanya tak ada pula nak cakap. Apa awak fikir saya tak ada perasaan ke? Orang tanya tak nak jawab betul-betul. Mengada, mengedik, menyampah betul tengok!” amboi, dia bagi nasihat atau sindiran atau bebelan ni? Tak sangka betul. Hahaha.
       Aku senyum lagi. Tak dapat nak cakap banyak-banyak bila depan dia. Senyuman aku yang menarik perhatian kaum Hawa yang aku sedekahkan pada dia. Lagi sekali tekan lif naik sendiri.


        Dia dah letih agaknya tengok aku senyum sebab tu dia blah. Hmm… lagi sekali aku di tinggalkan dengan keadaan aku tersengih sorang-sorang.
      
 “Niel, nah gitar!”
        “Okey. Thanks… gitar siapa kau cilok ni?”
        “Bukan cilok okey, aku pinjam dekat budak junior yang suka main gitar tu.”
        Aku diam. Tangan mula mencari key untuk memulakan memetik gitar. Aku tak tahu kenapa di tempat orang merehatkan minda selepas habis kelas aku duduk dan terasa ingin bermain gitar.
        “Eh, kau kenapa tiba-tiba je ni?” tanya Asyraf.
       “Kau diam dan tengok. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi dengan cara ni aku rasa dapat menarik perhatian dia.” dia itu Aina lah yang aku maksudkan.
       “Ohh. Eh, weh-weh tu Aina nak lalu sini tu dengan Jannah. Cepatlah main gitar weh!”
       Mataku terus terpandang kelibat Aina dan tanganku mula memetik gitar.

kau ukir padaku senyuman hai manisnya
kau renung mataku rasa luar biasa
bagiku dirimu adalah segalanya
bagimu diriku hanya teman biasa

        Aku dengan dia bukan teman biasa. Nak tegur pun susah ni kan nak berteman- teman bagai. Last teman pun masa jumpa dengan Mall hari tu mungkin jodoh aku dengan dia kot.

mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

          Aku rasa bukan rahsia dah kot sebab aku dah cakap yang aku suka kat dia dah pun tapi no respon doe. Huh!

senyummu dan ketawa buatku tergoda
hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
bagiku dirimu kurnian terindah
bagimu diriku bercinta takkan pernah

         Aku pernah tengok dia senyum dan ketawa tapi bukan untuk aku. Dengan aku asyiklah buat muka cemberut, menyampah tengok muka aku yang hensem ni. Lagi sekali tekan lif naik sendiri.

tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
kiniku tertanya tanya
sudahkah engkau berpunya
jika masih tiada siapa
inginku mulakan langkah
bilaku ingin bicara kata tak mampu terluah
kerana pesonamu membuat ku merasa
sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
tidak mudahku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

         Tepukan gemuruh di berikan kepada aku habis sahaja aku menyanyi dengan perasaan bersama gitar. Aku senyum seperti biasa dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat. Eh? Bukanlah! Ucapan terima kasih kepada yang menyaksikan persembahan live yang tak berbayar ni. hahaha.
         Percaya atau tak si Aina berdiri statik di hadapan aku yang jaraknya lebih kurang 10 meter kot. Agak jauh tapi aku nampak dia sambil menyanyi dengan petikan gitar aku hanya merenungnya. Muka dia? Memerah je kot aku rasa. Auwww, comel je. Hahaha.


        Pelajar yang memenuhi ruang aku duduk sudah pun beredar ke mana entah tidak aku peduli. Aku memulangkan semula gitar kepada pemiliknya. Buat apa nak pinjam lama-lama. Sebenarnya, aku ada gitar tapi malas nak bawa sebab aku kan bawa motor. Lagipun aku malas nak menunjuk yang aku ni reti menyanyi semua tapi hari ni? hehehe itu lain cerita…
      “Niel, dia pandang kau je bhai masa kau nyanyi tadi. Terpegun siaa muka dia aku tengok.”
      “Ya, aku tahu. Aku tenung dia tadi tu yang muka dia jadi macam tu. hahaha.”
      “Ceh… bangga lak aii kau. Menyampah siaaa…”
      “Eleh… menyampah punya menyampah aku juga yang kau sayang kan?”
      “Bangang! Hahaha. Dah lah jom pergi café. Minum. Aku rasa dia pun ada kat situ.”

Seperti yang di jangka Aina dengan Jannah memang ada di café. Aku rasa macam tak sanggup dah tunggu. Perlu ke aku buat luahan hati sekarang juga?
       Asyraf dah mula mencucuk-cucuk pinggang aku. Sengallah bahlul sorang ni!
      “Aku dare kau buat pengakuan kat dia sekarang juga!” Asyraf bisik dekat aku.
      “What the … weh! Gila bhai! Aku dah lah baru buat pengakuan pakai lagu tadi sekarang nak cakap depan-depan?”
      Aku bukan penakut tak nak cakap depan-depan. Aku takut jadi macam hari tu je. Elok-elok aku luahkan perasaan dia boleh cabut lari macam tu je. Nasib baik tak ada orang masa tu. Tapi sekarang ada orang, ramai pula tu budak ni lepak café. Hish, dorang ni tak ada kelas ke? Semak bhai!
      “Chill lah bro. Kau ni jantan ke tino? Hang buat muka poyo tu sat ni then luah cakap I love you! Hah senang je doe!”
       “Bangang! Memanglah senang tapi hakikatnya aku yang menanggung. Buatnya dia cabut lari ke apa? Jatuh weh populariti aku yang awesome lagi hensem lagi aumm…”
       “Aumm, hangguk kau!” kepala aku di hempuk. Kurang ajar betul kacang ni!
       “Kau nak buat atau aku yang buat?” tanya Asyraf.
       “Aina… saya sebenarnya suka awak! Dan lagu tadi my crush adalah awak!”
       Pang!!!
      Aduh perit pipi aku. Kuat siaa tangan perempuan ni. Aku memegang pipi aku yang bahang akibat di tampar oleh Aina tapi sebenarnya lagi bahang sebab semua mata memandang aku yang kena tampar ni. Aina lepas tampar aku dia terus blah macam biasa. Haih, nampaknya aku kena usaha lebih lagi ni…
        Pap!!!
       “Adoi!” Lah, lagi sekali kena. Tapi ni lagi sakit kot. Aduh… aku menggosok-gosok bahu aku yang terasa pijar ni.
       “Woi, Niel! Jauh melayang kau! Siap usap-usap pipi sendiri. Geli bhai aku tengok!” erk? Aku usap pipi?
       “Weh, aku tak nak lah pergi confess lagi sekali. Kang kena lempang kat sini. Hoho, aku tak sanggup. Mana nak letak muka aku ni orang pandang aku kena lempang dengan perempuan.” Gila aku berangan sampai tahap kena lempang, nasib berangan bukan real. Huhuhu.
      “Lantak kau kalau terlepas padan muka! Tu kau tengok siapa yang tengok dok usha tu? Tapi minah tu macam tak selesa je, apa kat kau pergi je cakap terus terang. Nak tak nak belakang cerita. Hari tu hari tu punya cerita, hari ni hari ni punya cerita.” Panjang lebar Asyraf membebel.
       “Aku pergi ek? Kau pergilah. Aku tengok dari sini record. Mana tahu ada babak macam yang kau berangan tadi tu. hahaha” gian si kacang ni kenakan aku. Tak guna!
        Aku berjalan pergi ke meja yang di duduk oleh Aina, Jannah dan sorang mamat yang sibuk dok usha crush aku dari tadi lagi tapi tak dilayan. Padan muka! Huhuhu.
       “Aina. May I talk with you?” ceh… aku speaking bhai.
      Dia mendongak pandang aku yang berdiri di sebelah sisi meja dia duduk.


Dia senyum. Eh? Biar betul? Macam ada can je ni! Yahoooo!
     “Aina Damia sebenarnya saya suka awak! Dan lagu tadi my crush adalah awak!” hah strength to the point!
      Dia berdiri menghadap aku dan kenyitkan mata dia. auww… comel siaa…
     “Okey. Terima kasih!” lagi sekali dia terus blah tapi kali ni aku seperti dapat petunjuk yang positif.
      Yeahhh!!! Asyraf, aku rasa aku dah menang. Tak sampai sebulan beat aku dah berjaya. Hahaha. Padan muka kau Asyraf!
Sebulan kemudian …
       Selepas dia kenyit mata dan blah macam tu. Malamnya aku dapat mesej dari dia bahawa dia sudi terima aku walaupun aku ni agak nakal. Dia kata…
Aina tak tahu kenapa Aina boleh diterima Aryl dengan mudah tapi Aina hanya boleh kata Aina jatuh hati dengan Aryl masa Aryl main gitar. – my crush
       Masa tu aku apa lagi lompat beruk + monyet + kingkong = haiwan di zoo. Hahaha. Teruja kot bila orang yang kita adore as a crush terima kita as a couple. Lepas ni tak adalah aku crush kat dia dah.
       “Aryl?” panggilan dari dia untuk aku. Orang lain semua panggil Niel tapi dia kata nak special so dia panggil Aryl. Nama pangkal kami memang sama. ‘AD’.
       “Ye, sayang!”
     “Aryl, termenung apa?” tanya dia dengan muka comel tu.
     “Tak ada apalah. Hmm… Aina, Aryl nak mainkan satu lagu khas untuk Aina yang situasinya berlatarkan tasik Y di hadapan kita ni dengan kanak-kanak yang bermain di taman permainan. Hehehe.”
     Dia hanya senyum mengangguk.
     Gitar di sebelah aku capai. Aina berdiri di hadapan ku manakala aku hanya duduk seperti tadi bersama gitar.
      Gitar dipetik lalu aku menyanyi…

Hadirnya,
Dirimu didalam hatiku,
Inginku nyatakan aku rindu,
Sayang kepadamu

Genggaman,
Erat tangan kau dan aku,
Mentari bulan bernyanyi,
Berlagu merdu

sayang,
dirimu kucintai selalu,
senyuman manismu bagiku begitu indah,
dan aku,
memerlukan mu selalu,
di hatiku kau yang bertakhta


hariku,
menjadi tidak menentu,
tanpa kehadiran dirimu,
hatiku rindu

Genggaman,
Erat tangan kau dan aku,
Mentari bulan bernyanyi,
Berlagu merdu

kamu,
bagaikan nafas untuk hidupku,
cintaku padamu tiada tandingannya,
perlu,
ku luahkan namun tak terdaya,
ingin ku katakan aku cinta

sayang,
dirimu kucintai selalu,
senyuman manismu bagiku begitu indah,
dan aku,
memerlukan mu selalu,
di hatiku kau yang bertakhta
kamu,
bagaikan nafas untuk hidupku,
cintaku padamu tiada tandingannya,
perlu,
ku luahkan namun tak terdaya,
ingin ku katakan aku cinta

Hadirnya,
Dirimu didalam hatiku,
Inginku nyatakan aku rindu,
Sayang kepadamu

          Tepukan dari si dia dengan air mata terharu aku lihat di hadapan ku.


          “Terima kasih Aryl! Aina terharu sangat…”
         Dan berakhirlah sebuah kisah cinta yang tak berapa romantik aku dan Aina tapi penuh makna dan usaha yang sedikit je kot sebab selebihnya banyak idea dari si kacang a.k.a Asyraf. Hahaha.
        
          Aina Damia Crush Aku! I love you Aina!!!



p/s Assalamualaikum dan salam sejahtera all readers! Thanks sudi baca final part yang Mia rasa best je menaip tapi tak tahu pendapat readers macam mana. Mungkin ending yang tak di jangka atau tak memuaskan atau ending yang agak bosan. Mia habis type ending terus post je ni. Tak sempat nak edit sangat. Busy dengan hari nak sekolah kan? Jadi inilah hasilnya. :) Pasal fanfic Mia tak sure dapat buat lagi ke tak. Macam tak sempat. Maaf kan Mia u,u Okay, sampai sini sahaja. Thanks again for read :)
Byye~





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..