Saturday, 4 January 2014

Cerpen Masih Aku Cinta [Part 1]

2013 …

Penyesalan yang tiada makna,
Air mata...
Menitis bila diri di uji,
Menitis bila diri di sakiti,
Menitis bila diri merindui,
Menitis bila terasa kehilangan …

      “Ya Allah, Liya! Menangis lagi? Sudahlah tu… Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku. Liya berdoalah banyak-banyak untuk dia.”
       Untuk kali ke berapa dalam masa sebulan aku menangis lagi. Meratapi atas apa yang berlaku. Berdosakah aku? Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku sekarang ni dan Kak Farah yang setia memujukku di kala kesedihan menguasai diri.
       Aku mengelap air mataku yang semakin lebat jatuh sehingga diari luahan hatiku basah dek kerana air mata yang menitis. Bodohkah aku kerana terus menangis dan menangis? Mana pergi keimanan dalam diri aku? Astaghfirullahalazim… Ya Allah, ampuni aku yang leka ini. Aku meraup mukaku.
        “Thanks Kak Farah sebab selalu ada bersama Liya. Menyusahkan diri akak mendengar luahan hati Liya yang merepek. Maafkan Liya ye. Liya sayang Kak Farah.” Aku memeluk Kak Farah erat.
          “Pleasure mine sayang. Akak sentiasa ada dengan Liya bila Liya perlukan. No need your sorry okay! Akak ikhlas bantu menenangkan Liya.”
          Aku semakin terharu dengan kata Kak Farah sehingga aku memeluknya bertambah erat.
         “Liya… Liya mesti jadi orang yang kuat ya? Jangan terus macam ni… Life must move on. Past is past okay? Tak lama lagi dah masuk tahun baru… Kak Farah harap Liya dapat lupakan perkara yang lalu. Take it as lesson of your life. Built your new life and start from now. I know you can Liya!”
          Aku mengangguk, mengiakan kata-kata nasihat panjang lebar dari Kak Farah.

2011 …

       Aduh, mana Kak Farah ni? Berapa kali aku call pun tak dapat. Tadi elok je berdiri belakang aku. Kemudian, bila aku pusing nak minta duit kecil untuk bayar air Cool Blog ni dia dah lesap. Hilang mana entah, kot ye nak pergi cuci mata tunggulah sekejap. huh!
       “Dik, jadi bayar ke tidak ni?” tanya akak kaunter tu.
      “Eh… jadi jadi. Sekejap ye kak, saya call akak saya minta duit kecil tapi kat kaunter ni betul ke tak ada duit nak bagi baki kak?” tanyaku lagi sekali tak puas hati! Apa nama kedailah kalau duit pecah tak ada.

      “Tak ada. Adik first customer jadi duit sekarang ni memang kurang.” Mudahnya jawapan dia.


      “Kenapa kak?” tiba-tiba ada suara lelaki di sebelahku ketika aku sedang sibuk menyelongkar beg tangan aku mencari duit kecil.
        “Adik ni dia tak ada duit kecil untuk bayar air yang berjumlah enam ringgit setengah. Dia bagi akak lima puluh ringgit memang tak ada duit pecahlah lagipun dia first costumer pagi ni.” tuhdia panjang lebar akak Cool Blog ni explain pada lelaki yang aku tak kenal ni.
        “Oh tak apalah. Biar saya tolong bayarkan dulu. Berapa tadi kak?” amboi murah hati tolong bayarkan.
         “Enam…”
      “Eh, encik tak apa… Terima kasih aje lah ye. Nanti saya call kakak saya suruh bayar. Tak payah susah-susah. Simpan je duit tu.” aku terus menolak.
      Gila! Aku tak kenal kot lelaki ni tiba-tiba nak tolong bayarkan. Lepas ni, kalau nak ganti balik mesti aku perlu berkenalan dengan dia pula. Hish tak naklah! Aku belum bersedia untuk stick with one. Aduh, apa aku mengarut ni!
        “Nah kak, sepuluh ringgit.” Dia mengeluarkan not sepuluh ringgit lalu menyerahkan kepada akak Cool Blog. Degil betul!
         “Terima kasih awak sebab tolong bayarkan. Macam mana saya nak ganti duit awak ye?”
         Walaupun dia bayar dengan suka rela tanpa di suruh, ganti mesti ganti. Duit orang tu bukan duit papa ke mama kea tau Kak Farah ni duit orang yang aku tak kenal!
          “Tak apa. Enam ringgit lebih je. Saya ikhlas. Hari ni mungkin hari awak, esok lusa mungkin hari saya. Wallahualam.” Amboi, mudahnya dia cakap. Mana boleh! Kena bayar juga!
           “Tapi … aish, saya mesti bayar juga. Tak naklah nanti kat akhirat kena soal sebab ada hutang dengan orang. Lagi-lagi anon macam awak ni.” jelasku.
           Dia tiba-tiba ketawa perlahan.
           Aku ada buat lawak ke tadi? Ahh, merepek!
          “Kelakarlah awak ni. Comel pula tu!”
           Amboi, ni puji sahaja ke atau nak ngorat aku juga?
           “Anggap sahaja saya belanja awak okey? Baiklah saya pergi dulu, masih ada urusan lain ni. Jumpa lagi.”
            Dia terus pergi dan aku bukan tak menjerit panggil. Dah menjerit siap kejar lagi tapi laju sangat dia melangkah pergi. Mungkin salah aku juga kot sebab tadi aku berangan sekejap bila tersedar dia dah pergi. Huh!
            “Liya!” sergah Kak Farah.
            “Akak! Mana akak pergi? Liya jumpa anon tahu tak?”
            “What anon? huh?” Kak Farah blur.
            “Later Liya story. Jom shopping! Nah air akak!”

Berjalan-jalan di mall memang memenatkan tapi memuaskan. Aku dapat fresh kan otak yang di bebani dengan subjek-subjek di kolej. Series sakit otak. Sekarang ni cuti sem bolehlah aku relaks-relaks. Kak Farah pun cuti dua tiga hari ni. Memang waktu di habiskan bersama.
         “Kak Farah! Staylah kejap. Penatlah.” Ujarku dengan keadaan termengah-mengah. Laju gila Kak Farah. Entah jogging ke berlari aku tak tahu tapi penat nak mengejar dia.
         “Ala Liya ni… baru sekejap kita jogging dah nak rehat? Siapa yang lagi tua ni? Hahaha.” Ujar Kak Farah sambil tangan memegang tuala untuk mengelap peluhnya.
        Aku mencebik.
       “Sekejap apanya kak, dekat sejam kita jogging tak rehat-rehat lagi. Senak perut Liya kak… Lama tak jogging macam ni.” memang aku rasa sakit di kawasan perut bahagian pinggang.


“Alahai… kesiannya adik akak sorang ni. Okey jom duduk kat bangku sana.” Aku menuruti sahaja apa kata Kak Farah.
      “Kak… Liya nak tanya sikit boleh?”
      “Tanya ajelah. Macam tak biasa pula siap minta izin bagai. Hahaha.”
      “Akak, erm… akak pernah bercinta?” tersembur air mineral yang di teguk Kak Farah apabila aku bertanya sedemikian.
      Apa teruk sangat ke soalan aku?
     “Kenapa Liya tiba-tiba tanya ni? Siapa yang berjaya mengorat hati batu adik akak ni? Kena beritahu mama Liya ni. hahaha.” ish Kak Farah ni, sakat aku pula.
      “Akak!” jeritku geram di sakat.
      “Okey-okey. Sorry! Erm… bercinta ye? So far akak pernah ... ta…”
      “Apa?! Serius akak pernah bercinta? Tak sangka akak yang workaholic ni ada perasaan. Hehehe.” Kepala aku di tepuk perlahan.
      “Aduh sakitlah kak!”
      “Hah, kan dah kena! Pandai dia kenakan akak balik ye…”
      “Hehehe. Sorry kak! Okey sambung balik cerita.”
      “Cerita apa?”
      “Yang tadi tu, yang Liya potong cakap akak tadi. Erm… akak cakap akak pernah. So, ceritalah lagi. Bunyi macam best je cerita cinta akak.”
      Makin galak aku menyakat. Excited nak dengar cerita cinta Kak Farah yang aku sangkakan dia hanya bercinta dengan kerjanya sebagai editor novel dan terbitan novel rupanya dia masih lagi ada perasaan cinta. Perasaan ingin di sayang dan ingin menyayangi.
      “Masa zaman sekolah dulu akak pernah bercinta. Alah, cinta monyet tak ada apa yang special sangat untuk di ceritakan. Hmm… that’s all I guess.” Habis berkata Kak Liya berlari meninggalkan aku yang blur di bangku ni.
      “Lah… akak ni! Akak! Tunggu Liya!”

Seminggu kemudian…
       “Kak Farah jom masuk kedai baby ni. Comelnya baju baby kak…” aku yang suka akan budak-budak memang tak akan lepaskan peluang bila jumpa barang-barang baby ni.
       “Liya ni… teruja mengalahkan ibu yang mengandung. Hahaha. Kahwin jelah Liya, cepat dapat anak. Nanti boleh beli baju baby banyak-banyak.”
       “Apa akak merepek ni? Liya muda lagilah kak. Liya akan kahwin lepas akak kahwin okey? Baru adil namanya. Hahaha.”  Ujarku sambil tangan membelek-belek gaun bayi perempuan yang berwarna merah jambu. Geramnya…
        “Kalau tunggu akak Liya memang berzamanlah. Siapalah yang nak kahwin dengan anak dara tua macam akak ni…” aduh-aduh ni aku tak suka ni feeling sedih.
        “Mana ada akak anak dara tua. Akak muda lagi apa. Tak apa nanti Liya daftarkan akak dekat laman web cari jodoh nak? Hahaha.” Cadangku.
       Web cari jodoh tu memang popular zaman sekarang. Bagi aku buat apa nak cari jodoh cepat-cepat sedangkan memang sudah tertulis jodoh kita bila. Biarlah jodoh tu datang sendiri.
       “Pandailah awak ni Liya. Hmm, tak apalah biar takdir yang menemukan akak dengan hamba Allah yang bernama kaum Adam. Aku redha. Dah penat akak terseksa dan buang masa dulu. Kalau ada jodoh adalah. In Sha Allah. Doakan akak ye Liya.”
        “Tanpa di pinta Liya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk akak.”
       Bukan aku tak tahu kisah percintaan Kak Farah dengan Si Hariz masa zaman persekolahan dulu. (Dapat tahu malam selepas berjoging).  Lelaki buaya yang buat Kak Farah jatuh hati dan tak sampai berapa bulan kemudian hati Kak Farah dek kerana terlalu percayakan lelaki buaya yang katanya nak berubah. Hakikatnya, dia hanyalah mempermainkan hati Kak Farah sebab di cabar oleh rakan-rakannya dengan wang taruhan. Sungguh kejam jantan tu!
        “Thanks Liya. Liya, jom tengok baju bayi lelaki yang tergantung tu. Akak berkenan pula nak beli.” Aik? Tiba-tiba je kak.


        Kak Farah yang mungkin perasan riak muka ku berubah terus berkata.
       “Jangan salah faham Liya. Akak nak beli untuk anak buah akak yang baru lahir sebulan lepas.” Jelas Kak Farah.
       “Kak Farah… budak tu baru sebulan kot, tapi baju ni macam untuk budak 3 bulan. Mana muat kak. Hahaha.”
       “Tak apalah… kalau tak pakai simpan, nanti dah besar sikit tahulah mak dia pakaikan nanti.” Balas Kak Farah.

Sedang ralit mataku membelek-belek pakaian bayi yang tergantung. Jantungku tiba-tiba berdegup pantas, mukaku terasa membahang. Series aku perlukan Kak Farah sekarang ni! Aduh, kenapa bila lelaki ni muncul Kak Farah mesti hilang? Ke Kak Farah yang menyamar jadi lelaki ni? Weh! Gila! Tak mungkin! Merepek betul otak ni fikir.
        “Hai… cari baju anak ke?” tegur lelaki yang berdiri tegak di hadapanku.
       “Ahh, erm. Ya.. Haah.” Tergagap aku berkata.
       “Ohh… dah kahwin rupanya. Muda lagi dah kahwin. Terlepas saya nak pikat awak.” Eh dia bergurau ke apa ni?
       “Hmm ye… haah. Dah kahwin.” Aku mengiakan jelah. Kang nanti dia buat betul-betul nak pikat aku. naya! Aku ni dah lah jenis yang tak stick with one!
       Bukan tak boleh jadi setia tapi aku tak sukalah. Macam tak bebas. Tak ada freedom. Kawan lelaki kat kolej tu berlambak tak boleh nak di kira tapi semua aku tak pernah couple. Just friend bak kata omputih. Hahaha.
       “Okey… maaf kacau isteri orang. Kirim salam pada suami awak ye. Assalamualaikum.” Kata-katanya seakan berjauh hati. Eh, biarlah!
       Aku memaniskan muka. “Waalaikumusalam.”
      “Oitt, siapa tu?”
      “Allahuakbar! Kak Farah! Terkejut Liya. Mana akak pergi huh? Merata Liya cari.”
     “hehehe. Sorry… Akak kat kaunterlah tadi mana ada pergi mana-mana. Liya ni jauh berangan kot. Hahaha. Hah ni siapa lelaki tadi? Nampak hensem dan menarik je. Aww…”
        Aku berangan ke? Tapi aku rasa aku ada pergi kaunter tadi tapi Kak Farah tak ada pun kat situ ke memang aku ni dreaming in a day? Omg!
        “Oh, lelaki tadi? Erm… dia lelaki Cool Blog yang Liya cerita hari tu.”
        “Boleh tahan orang dia. Patut sampai mengigau Liya ni. hahaha. Eh, Farah duit orang tu sempat ganti tak?” pertanyaan Kak Farah buat aku geram pada diri sendiri. Terkejut punya pasal sampai tergagap-gagap nak menjawab sehingga lupa nak bayar hutang.
        “Hehehe kak! Liya lupalah! Sumpah Liya terkejut plus terpaku plus terkaku plus tergagap nampak dia tadi tu yang tak sempat nak bayar hutang tu.”
       “Banyaklah Liya punya ter plus. Hah, pergi bayar sana cepat. Dah dekat pukul 7 ni. Sampai rumah kang terlepas maghrib.”
      “Bereh bos!”
     Langkah kaki ku atur ke kaunter untuk membuat bayaran. Tak ku sangka aku membeli pakaian bayi yang menarik perhatianku. Nak bagi siapa? Aku bukan ada anak buah mahupun baby di rumah. Bagi anak buah Kak Farah? Tapi anak buah dia lelaki. Hmm… simpan jelah gamaknya gaun bayi ni untuk anak aku? hahaha. Berangan tak sudah!

“Hai budak ‘kaya’! Tak sangka kita jumpa lagi. Macam ada jodoh je kan? Tapi sayangnya awak dah berpunya…”
           Istilah budak ‘kaya’ sebab kes 4 minggu lepas masih dia ingat. Ingatan yang kuat. Bagus! Boleh buat laki ni. Mama, Liya jumpa calon! Amboi, Liya… stop dreaminglah! Dia ingat kau dah bersuami tahu tak?!
           Aku tayang sengih sambil melambaikan tangan memberi reaksi yang awkward. “Hai…”
          “Since third time we meet. We should intro right?”
          “Hah, yes!” eh, Liya apsal kau kata yes?! Gatal nah!
          “Cute. So, I’m Adam Najmi. Call Adam je.” Ramah dia mengintrokan diri.
         Dia menghulurkan tangan untuk bersalam tapi aku hanya tersenyum dan menunduk sedikit tanda hormat. Serious talk, even aku free hair tapi batas-batas agama memang aku jaga. Pakaian aku bukan menonjol pun cuma aku belum bersedia untuk menutup kepalaku ini. Tunggu Hidayah dari Allah dan biarlah aku lakukan kerana ikhlas.
       “Saya Nur Auliyana. Liya for short. Nice to meet you Adam.”
 

 -TO BE CONTINUE-

p/s - Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! Here my new cerpen. Menarik atau tak baca sampai habis dulu baru komen okay? Truthly Mia cakap, Mia tak ada tajuk untuk cerita yang tiba-tiba muncul dalam kepala ni. Jadi tu tajuk cerpen random lah. hehexD Sorry kay... Nanti bila ada tajuk yang sesuai Mia letak, tak pun readers boleh cadangkan sama xD Cover cerpen ni pun tak ada lagi. Tak apakan? Cover tak penting asal cerita ada sudah. hehe xD Okay that's all. Thanks for read readers! Really appreciate :) 
Byye. 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..