Pagi di
sebuah sekolah swasta…
Jiyeon berjalan-jalan ceria dengan membawa
makanan untuk tengahari nanti bersama seseorang yang dia sayang.
“Oppa!” jerit Jiyeon lalu berlari ke arah
Ken yang berjalan tanpa mempedulikannya.
Tangan Ken di tarik. “Oppa, wait!”
senyuman di hadiahkan kepada Ken.
Dia menunjukkan bekalan yang di bawa.
“Oppa, have a lunch with me later okay?”
‘Hish, minah tak sudah-sudah!’ desis hati
Ken.
“Hmm ya!” balas Ken acuh tak acuh.
Jiyeon tersenyum senang berlalu pergi sambil
menyanyi dengan riang.
Makan
tengahari …
“Oppa, makanlah… penat saya masak tau…”
Dengan malas Ken menyuapkan juga kimchi
yang di buat oleh Jiyeon.
‘Sedap juga minah ni masak.’ Kata Ken di
dalam hati.
“Macam mana oppa? Sedap?” tanya Jiyeon
dengan perasaan tak sabar.
“Hmm…” kata Ken terus bangun berlalu pergi
meninggalkan Jiyeon yang menjerit memanggil namanya.
Semua pelajar yang ada di situ memandang
Jiyeon yang menjerit dan mereka mula membuat gossip sendiri. Soh seh soh seh …
“Ottokhae?!?!” Jiyeon mengeluh.
Loceng
berbunyi tanda sekolah sudah tamat pada hari ni…
Jiyeon terus berlari menuju ke kelas yang
terletak di tingkat atas untuk bangunan tiga tingkat ini. Sampai di situ,
Jiyeon mula mencari-cari kelibat Ken untuk pulang bersama. Walaupun dia tahu,
dia tak akan berjaya tapi dia tak akan mengalah. Usaha tangga kejayaan!
Hwaiting!!!
“Awak, awak nampak Ken tak?” tanya Jiyeon
kepada rakan sekelas Ken yang baru sahaja keluar dari kelas.
“Dia awal-awal dah balik dengan Eunjung
tadi…”
“Jinja?! Aishh…” Jiyeon pulang sekolah
dalam keadaan hampa.
“No problem, I still have tomorrow to
seduce Ken oppa.” Jiyeon berkata sinis.
Dia mula jatuh hati pada Ken sejak Ken
tolong dia ketika jatuh dari basikal akibat mengelak kucing daripada di langgar
olehnya. Heaven gila masa tu perasaan Jiyeon apabila dibantu oleh orang yang
charming macam Ken. Dia mula mencari latar belakang Ken dalam diam. Alah, dia anak
orang kaya. Minta je pada appa dan omma pasti dorang akan bantu upahkan spy
siasat pasal Ken dan akhirnya dia berjaya tahu pasal Ken. Oleh itu, dia membuat
keputusan untuk satu sekolah dengan Ken sebab nak pikat hati Ken.
Di studio
untuk berjamming …
“Yow! Hai korang!” sapa Ken setelah sampai
ke studio dia bersama kumpulannya merangkap tempat melepak Ken apabila bosan.
“Hey Ken!” tegur Hongbin.
“So, bro aku dengar kau di kejar oleh
sorang minah psycho. Betul ke?” tanya Ravi.
“Hmm, lebih kuranglah… naik rimas aku
tapi …”
“Hahaha. Untunglah prince charming kita
ni.” N bergurau.
“Betul tu! Eh, tapi apa pula weh?” Leo
yang dari tadi senyap bersuara.
“Dia nampak comel pula. Hehehe.” Jawab
Ken jujur.
“Wow wow
wow! Are you serious dude?” soal Ravi manakala yang lain menunggu jawapan.
“Hmm… entahlah. Dah jom mulakan jamming
hari ni.” Ken tak tahu sama ada dia series atau tak dengan apa yang dia cakap
sebentar tadi. Jiyeon gadis psycho yang tak tahu malu, asyik kejar dia
sepanjang masa tapi nampak comel dalam pada masa yang sama. Ahh, Ken apa kau
fikir ni???
Di
sekolah …
Jiyeon masih belum berputus asa. Dia
sedang menunggu Ken di depan pagar sekolah seawal pagi sebelum Ken ke sekolah.
Jam berapa Ken ke sekolah sudah dia tahu.
“Aish, mana dia ni? Tak kan tak datang
lagi? Huh!”
Jiyeon agak terkejut apabila melihat
Eunjung berjalan masuk ke sekolah bersama Ken dengan muka sinis memandang
Jiyeon yang berdiri di situ. Dia sengaja menunjukkan muka sinis pada Jiyeon
biar Jiyeon cemburu. Padan muka!
“My oppa…” Jiyeon rasa nak menangis pula
saat ni bila melihat Ken berjalan bersama Eunjung. Muka Ken selamba masuk tanpa
menoleh Jiyeon yang tercegat macam tiang dekat dengan pagar sekolah. Macam
tiang bendera ada juga. Hahaha.
“Ken… sampai bila aku kena berlakon
macam ni?” soal Eunjung.
Dia terpaksa berpura-pura bersama Ken
sebab Ken nak Jiyeon berhenti mengejarnya tapi sepertinya rancangan ni tak
berapa berkesan sangat.
“Entahlah… Alah kau jangan risau, aku dah
cakap dengan Ravi pasal ni. Dia bagi je aku pinjam kau.”
Memerah muka Eunjung apabila Ken sebut
pasal Ravi merangkap buat hatinya.
“Eleh… sukalah tu!” Ken menyakat.
“Bisinglah kau! Ken, aku rasa tak lama je
aku berlakon jadi watak tambahan dengan kau ni. Jiyeon tu tak akan putus asa
punya kejar kau.”
Ken mengeluh.
“Kau nak mengelak kenapa? Dah ada orang
suka tu terima jelah. Jiyeon cantik apa, perangai dia nampak psycho sikit tapi
dia comellah!” tambah Eunjung lagi.
Ken senyum apabila mendengar Eunjung
berkata Jiyeon itu comel.
“Ni senyum-senyum kenapa? Ke kau memang
jatuh suka kat dia tapi tak nak mengaku? Hah?” teka Eunjung.
“Merepeklah kau!” Ken menafikannya.
Hujung
minggu di taman rekreasi…
Memang waktu hujung minggu macam ni waktu
Jiyeon beriadah. Selain berjoging mengurangkan berat badan untuk kelihatan
cantik, dia juga beriadah untuk menghilangkan stress dan berangan tentang Ken.
“Ken… Ken… Ken… kenapalah kau ni jual
mahal sangat?” Jiyeon berkata sambil tangan melontarkan batu kecil yang di
kutip ke tasik di hadapannya.
Jiyeon meneruskan jogging pada pagi yang
damai hari ni. Sedang berjoging Jiyeon tiba-tiba terpelecok jatuh lalu
mengerang kesakitan.
“Tak guna
punya lubang! Aku kena report dekat appa pasal ni kalau tak ramai lagi mangsa
macam aku. Huhu… sobs.” Kaki dia terseliuh selepas kaki dia terpelecok pijak
lubang.
“Macam mana nak bangun ni? Aduh, tak ada
siapa ke?” Jiyeon mengeluh kesakitan sambil mengurut-ngurut sikit di bahagian
buku lali kakinya.
“Mari saya tolong bawa awak duduk di
bangku sana.” Tiba-tiba ada satu suara yang sangat Jiyeon cam menyapa gegendang
telinganya.
Ken mengangkat Jiyeon dari belakang lalu memapahnya
ke bangku konkrit berdekatan.
Jiyeon hanya diam membiarkan Ken menyentuh
kakinya. Kesakitan yang dialami mula berkurang apabila Ken mengurut kakinya.
‘Pandai juga dia mengurut. Tak terasa
sakit langsung. Kalau macam ni nak jatuh hari-harilah kat sekolah. Hehehe.’
Kata Jiyeon di dalam hati sambil tersengih-sengih. Berangan!
Ken sudah selesai mengurut kaki Jiyeon
yang terseliuh itu. Harap kakinya eloklah lepas ni. Dia mendongak memandang
Jiyeon yang tersengih. Dengan sengaja Ken mencuit hidung Jiyeon. Tersedar
Jiyeon daripada mimpi di siang hari. Berangan!
“Apa yang awak tersengih tu?” tanya Ken.
“Tak ada apa. Hehehe. Hmm, oppa…
gomawopta!” kata Jiyeon lalu sedaya upaya untuk bangun dan … pipi Ken dicium
laju.
Ken merasa
bahang.
“Ouch!” Jiyeon terduduk semula.
“Kan dah sakit. Kaki awak belum baik lagi
yang awak bangun pergi cium saya tu kenapa?” tegas Ken berkata sebab nak tutup
malu yang bersarang di hati selepas dicium spontan oleh Jiyeon.
Jiyeon hanya menunduk malu sambil menahan
sakit di kaki.
“Oppa… saya nak balik dululah.” Aik
Jiyeon malu ke? Sejak bila dia reti malu ni? Omoo!!!
Jiyeon cuba bangun lagi untuk kali
ketiga tapi tidak sampai berapa saat dia terduduk semula di bangku. Kelakuan
dia diperhatikan oleh Ken di sisi. Sengaja nak tengok Jiyeon yang comel, psycho
dan berani itu gelabah.
“Boleh ke awak bangun ni?” soal Ken.
Jiyeon menunduk dan menggeleng perlahan.
“Oppa…” Jiyeon menarik nafas. “Mind help
me? I can’t.” pinta Jiyeon.
“Okay, sure. Come!” Ken duduk mencangkung
untuk memudahkan Jiyeon naik di belakangnya.
“Gomawo oppa!” bisik Jiyeon di telinga
Ken.
“Pleasure mine, dear.” Balas Ken lalu
senyum menampakkan lesung pipitnya dan terus berjalan.
“Ken oppa!” panggil Jiyeon di telinga
Ken.
“Nae?”
“I love you, oppa!” bisik Jiyeon lalu
sempat dia menghadiakan sebuah ciuman di lesung pipit Ken yang tersenyum itu.
Ken membalas dengan sebuah senyuman
kepada Jiyeon.
-THE END-
p/s Assalamualaikum dah hye readers. Lama Mia tak update story di blog kan? So today Mia letak first story untuk hari ni. Actually this fanfic short sebab Mia buat untuk hantar pada Epop. Harap-harap cerita ni dapat masuk dalam majalah Epop tu. Tak best ke cerita dia? Kawan Mia kata best story ni. Idk. xD Ok sampai sini je kot. See ya readers. Bye!




.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment
Mari meriahkan suasana..