Saturday 1 March 2014

'ElyKimi Daily Words'

Bab 3
           
           Selepas abang Emal balik aku terus masuk ke dalam bilik. Melambungkan diri ke atas tilam yang tak berapa empuk. Haha. Hampir je patah pinggang aku. Tapi, apa aku kisah?
             Baru je nak lelapkan mata. Nak berangan kejap. Pintu di ketuk! Aiseyman, gangguan!
             “Masuk je la!” kataku malas…
             Terjengul kepala Aidil di daun pintu bilikku.  Tersengih memandangku.
             “Hmm? Ayie nak apa? Menyibuk betullah!” marahku. Marah-marah sayang je.
             “Akak! Minta tolong boleh?” Tanya Aidil.
             “Apa?”
            “Matematik. Favourite subject akak kan? Tolong ajar plus tolong buat sekali.” Dengan muka kesian dia, minta tolong aku.
             Bulat mata aku memandangnya. Minta tolong ajar dah okey dah tapi ni minta tolong buat sekali? Hampeh betul!
             Dia tersengih.
             “Akak malas! Dah pergilah keluar sana…” halauku. Sesungguhnya hari ni aku malas nak mengajar.
             “Ala.. boleh lah kak. Tolong buat je. Kalau malas nak ajar.” Ujar Aidil. Matanya di kelip-kelipkan banyak kali.
             Amboi, kemain lagi bercakap. Aduh, ikut siapa la ni?
            “Hmm yela. Bak sini! Nanti akak buat. Esok aku bagi. Dah bla!” kataku. Malas nak bertekak dan sebagai akak mengalah je la kan?
             “Yeah! Sayang akak! Okey thanks.” Kata Aidil spontan mencium pipi kiri ku. Ish, budak ni!
             Aidil terus keluar dari bilikku dan menutup pintu itu semula.
            Buku Aidil aku campak ke tepi dahulu lalu baring semula. Aduh! Aku menepuk dahiku. La.. aku baru teringat yang aku belum siap tulis diari tu lagi. Nyanyok! Aku terus bangun dan mengambil beg sekolah ku yang berada di penjuru dinding itu.
             Sedang mencari diari tersebut. Telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Hmm, tu mesti Taufiq!
            Aku kembali ke katil dan membaca mesej tersebut.

Woi! Kau dah sambung tulis diary tu belum?

Hehe. Aku baru ingat tadi. Lupa doe…
balasku.

Nyanyuk mengalahkan moyang aku! Haha.

Moyang kau? Moyang kau kan dah mati? Tak kan hidup lagi.
Balasku hairan. Buat lawak bodoh betul!

Dengan sengalnya dia membalas.
A’ah. Keke. Memang pun.

Sengal! Dah la. Aku nak sambung tulis ni. K bye.
Putusku. Malas nak mesej banyak bazir kredit.

Bye!
             Aku meneruskan mencari diari tersebut dan akhirnya jumpa juga! Yeah! Aku duduk di meja belajarku dan meneruskan menulis diari. Sampai mana tadi ek? Sebelum aku tulis aku baca diari yang di tulis oleh Taufiq seminggu yang lalu.

29hb7 2012, 10.00p.m, atas katil aku…
Dear ‘ElyKimi Daily Words’, Dia kawan baik aku.
Ini adalah tulisan pertama aku. Thanks Ely bagi aku tulis buku ni dulu walaupun kau yg cipta dan ni semua idea kau. Haha. LOL. Memandangkan aku org pertama tulis ‘ElyKimi Daily Words’. So, nama kau ada lah words pertama. Ely! Dia kawan baik aku. Aku kenal dia since tahun lepas. Dengan muka aku yg nerd susah nak dapat kawan lagi2 aku budak baru. Nasib baik ada Ely. Tapi, sebelum jadi kawan dia teruk juga aku kena buli.
          Aku tergelak apabila membaca ayat dia yang terakhir itu. Aku menarik nafas lalu membacanya lagi.

Tapi sejahat-jahat dia hati dia baik. Dengan muka slumber badak dia, muka seposen kerek dia aku jadi kawan dia. Aku yang minta jadi kawan baik dia. Haha. Punyalah bebal aku pergi ikut je cakap dia.
           A’ah aku ada buli dia. Tapi senerd nerd dia, bebal dia pun kuat gak. Haha. Bila aku bayangkan balik kejadian yang berlaku tahun lepas. Haha. Lawak!

          “Hye, Ely! Err… saya nak jadi kawan awak boleh?” Tanya dia.
           Terkejut beruk aku. Tak sangka ada lelaki macam dia nak kawan dengan perempuan macam aku ni.
           Sejak dari tu aku buli macam-macam. Beli aku makan. Siapkan homework aku, semua aku suruh dia sampai aku puas hati. Bukan tak bantah ada juga dia bantah tapi, apa boleh buat. Sebab aku dah ugut dia! Haha.

Dan… akhirnya Yes! Dia terima aku. Kami pun berkawanlah sampai sekarang dah masuk 2 tahun kot. Tu yang dia bagi idea buat buku ni. Pandai juga kan dia? Sekarang kami dah 14 tahun! Nak masuk peringkat remaja. Tapi perangai dia? Hmmph! Still sama. Takpe la dia kawan aku kan?

Okeylah EKDW! Esok lusa ada lagi, semalam kelmarin kita lupakan. Bye!

Taufiq Hakimi Mohd Amir. Nerd is me not you!

           Aku menutup buku tu. Niat untuk menyambung tulis tak jadi selepas membaca coretan dia. Haha. Tak sangka aku dia ni lawak pulak bila baca tulisan dia dalam ni. Sengal tu memang ada dah, tak payah cakap. Haha. Berguling-guling aku gelak dan aku terjatuh katil.
           Bedebuk!!! Macam cempedak busuk jatuh.
           Tiba-tiba pintu di ketuk. Aiseyman gangguan!
           Aku menggosok punggungku yang agak sakit.
           Daun pintu bilikku dikuak. Aduh budak ni lagi?
           “Kak? Haha kau kenapa?” Tanya Aidil sambil menutup mulutnya menahan gelak.
           “Ahh! Bisinglah kau! Dah keluar! Keluar!” halauku sambil tangan meraba-raba ke atas katil untuk mencapai bantal.
           Aku terus membalingnya ke arah Aidil. Dia mengelak. Tanganku mencari lagi. Dapat! Yeah!
           “Eh, apa ni kak? Diari ek? Nak baca!” Alamak! Buku tu ada kat tangan dia. Aduh! Salah baling pulak.
           “Woii! Jangan!” marahku. Aku mengumpul tenaga lalu bangun untuk mengambil buku tersebut.
             Bergaduhlah kami malam tu dan pergaduhan terhenti apabila muncul mak dengan bedak sejuk di mukanya.
              Terjerit kami dan buku tu terlepas dari tangan Aidil. Segera aku ambil buku tu.
              “Ni kenapa ni? Malam-malam memekak je! Tak reti nak tidur ke?” marah mak.
              Aku dan Aidil tersengih sumbang.
              “Dah! Jangan nak buat muka sengih gitu. Tak laku! Ayie pergi tidur. Ely! Tutup lampu, tidur!” bebel mak.
              Kelam kabut Aidil. Haha padan muka!
              Fuh! Akhirnya keluar juga semua orang. Menyibuk je! Menganggu ketenteraman aku betul!
              Baru je nak campak badan atas katil daun pintu bilikku di buka. Aiseyman gangguan lagi!
             Terjengul kepala Aidil di daun pintu bilikku itu.
             “Kak! Jangan tidur! Homework orang jangan lupa!” pesan Aidil lalu menutup pintu semula.

             Aku menepuk dahi. Lupa! Ada kerja lagi. Segera aku buat sebelum masuk tidur kang tak buat merajuk tak sudah. Dasar adik bertuah!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..