Saturday 1 March 2014

'ElyKimi Daily Words'

Bab 1

6hb8 2012, 9.30a.m, di dalam kelas…

Dear ‘ElyKimi Daily Words’

Ketawa bersama….
Menangis bersama …
Lalalala…

Yeah, hye diary. Ini merupakan catatan pertama aku selepas catatan Taufiq. Seminggu Taufiq pegang diary ni tapi aku tengok dua tiga helai muka surat je dia tulis? Hampeh betul! So, aku nak buat pengenalan diri. Haha. Macam biodata gitu. Aiseyman! Macam budak-budak kan? Tapi apa aku kisah? ‘Life is not just for fun but for daily day we do’  yeah~ itu prinsip pelik aku. Ehemx2 jom start cerita.
Aku Nur Ely Zafirah binti Muhammad Eddie. Haha pelik kan nama abah aku? Abah mix cina plus darah orang belanda-melayu sikit. Tapi abah aku bukan mualaf kay? Dia Islam dari lahir. Aku orang sederhana je. Abah kerja polis trafik, mak- Nur Aisyah ,suri rumah tangga sepenuh masa menjaga aku. Hehe. Aku ada adik yang nakal Muhd Aidil Zafran. Dua beradik jek…  Apa lagi nak cakap ek? Hah pasal Taufiq…

         “Ely! Kau buat apa tu? Cepatlah kemas time rehat dah ni.” Tegur Taufiq.
         Aku mencebik. Aiseyman, sibuk betullah dia ni!
         “Aku tengah tulis buku kita la ni… Kau ni pun kan tak menyempatlah! Lagi lima minit je pun.” Balasku dengan geram.
           “La… kau tak menyempat ke aku tak menyempat? Aku baru bagi buku tu kau terus tulis. Sah! Kau la yang tak menyempat tu. Ahh, dah balik rumah sambung tutup buku tu. Cikgu relief pun dah keluar awal-awal tadi so, kita boleh rehat awallah!” bebel Taufiq pada aku. Hish, bernanah telinga mendengar.
            Hmm, patutlah kelas bising rupanya cikgu dah keluar. Tak perasan pulak aku tadi. Hehe. Berangan lagi!
            “Yela… Yela tokek! Huh! Kejap. Bagi aku simpan buku ni dulu.” Aku terus mengemas alat-alat tulis dan buku-buku yang aku keluarkan tadi dan simpan di bawah meja. Malas nak masuk beg.
Sampai kantin aku kena bebel lagi….
             “Ely! Haih! Ni kau punya fasal la ni! Kantin dah ramai orang. Panjang pulak tu barisannya. Adoyai…” bebel Taufiq lagi.
              Ish, tak sangka aku nerd-nerd macam dia ni kuat membebel. Ni macam dah rampas jawatan aku sebagai suka bercakap dalam kelas je ni? Untung betul aku …
             Aku tersengih. Malas nak cakap, perut dah berbunyi. Jadi, perut perlu diutamakan bukan dia punya bebel. Hahaha.
             Selepas membeli kami berjalan beriringan menuju ke tempat duduk yang kosong untuk makan.
             Tadah tangan. Taufiq baca doa dan amin… Dengan menggunakan sepenuh tenaga, aku makan. Gelojoh sikit. Tapi apa aku kisah?
             “Brrr.. Alhamdullillah...” aku tersendawa. Tengok perkataan TER tu. Aku tersendawa okey! Bukan aku sengaja buat pun… Semua pandang aku tapi apa aku kisah? Buat muka seposen dah lah.
              Taufiq di hadapan aku tersengih, senyum kepada pelajar-pelajar yang melihat perangai buruk ku tu.
              “Ya Allah! Kau ni Ely, memalukan betul!” tegur Taufiq.
               “Apa? Aku tak sengaja ek? Sorrylah! Dah la, hari ni turn kau kan? So, angkat pinggan dan cawan aku ni. Thanks!” kataku lalu meletakkan pinggan dan cawan ku ke atas pinggan Taufiq padahal makanan Taufiq tak habis lagi.
               “Wey! Kau! Jahatnya! Tinggal sikit lagi aku nak habiskan. Kau ni Ely!” Taufiq bengang.
                “Hehe. Kali ni aku sengaja! Ala.. esok aku belanja kau makan ek? Tak payah buat muka kelat macam ni. Kang bertambah buruk rupa kau. Haha.” gurauku.
                Taufiq bingkas bangun meletakkan pinggan dan cawan tersebut di tempat yang telah disediakan. Eleh… marah la tu. Erm, normal! Dah selalu sangat kena buli macam tu. Hehehe…
                Sedang aku berjalan menuju ke kelas aku nampak seorang pelajar India tingkatan satu agaknya lalu di hadapanku sedang menjilat aiskrim yang baru di beli di koperasi sekolah. Hehe. Muncul idea jahat di kepalaku.
               “Wey Taufiq! Sekejap! Kau Nampak tak apa yang aku nampak? Hehe..” kataku dengan senyuman yang sudah dapat di tafsirkan oleh Taufiq.
               “Apa?” Tanya Taufiq.
               Aku memuncungkan mulut menunjukkan ke arah budak itu.
               “So?” Tanya Taufiq lagi.
               Ish, bodohnya kau ni! Desis hatiku.
               Aku senyum lagi.
               Seperti dapat membaca fikiranku. Taufiq terus memandangku dengan dahi lipat empat belas. Haha.
               “Eh, kau jangan ek? Kesian budak tu.” Larang Taufiq.
               “La… tak payah kesian sangat. Aku tahu lah dia satu tu nerd macam kau! Tu yang aku suka kacau. Haha. Wey, sedapnya…”
               “Janganlah! Jom masuk kelas! Eh, tapi sedap juga kan aiskrim dia tu? Eh, Astarghfirullahalazim…” Taufiq beristighfar.
                Tergelak aku tengok Taufiq.
                Taufiq buat muka dahi lipat lagi.
                “Aish, tengok aku pun dah terikut kau pulak! Aduh balik ni kena buat solat taubat ni.” Ujar Taufiq.
                Taufiq memang seorang yang baik, hati dia suci walaupun nerd macam tu tapi kepandaian kalah aku. Akhlak pun kalah aku yang perempuan ni. Tu yang aku suka kawan dengan dia tu.
                 “Hish, baik sangatlah kau ni.” Aku menepuk perlahan bahunya.
                 Dia tersenyum bangga! Cett!
                 “Wey, aku rasa idea jahat kau gagal! Haha.” Kata Taufiq sambil matanya menunjukkan ke arah tempat budak tadi.
                 Aku menoleh. Aiseyman, hilang pulak budaknya. Aku menggaru kepala yang ditutupi tudung. Bukan gatal tapi saja je.
                 Tanpa mendengar kemarahanku, Taufiq menarik tanganku untuk berlalu dari situ sebelum timbul lagi idea jahatku. Aiseyman, macam tau-tau je!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..