Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda semua :)
Sihat hari ni? Alhamdulillah.
Okay hari ni Mia nak share satu quotes Islamic yg pasti semua dah tahu dah tentang quotes ni kalau Mia tunjuk. Mana-mana pasti jumpa ayat ni. Sama ada di novel, di mulut orang, di tv dan sebagainya. (okay, cara Mia cakap macam budak skema eh?) abaikan.
"Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik. Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik." Sengaja translate kan.
Okay seperti yang anda faham, erm apa yang korang faham eh?
Okay mengikut pemahaman Mia.
Kalau kita ni baik, baiklah yg kita dapat. Kalau kita ni jahat, jahatlah yg kita dapat. Orang kata buat baik di balas baik buat jahat jangan sekali. Erm, ada kena mengena ke ni? hehexD
Motif Mia share quotes ni, untuk ingatan semua. Well, Mia tak sempurna dan seorang manusia biasa yang sedang mencari realiti kehidupan - macam ayat semalam je tu- okay abaikan.
Mia selalu nampak ayat ni dan Mia cuba faham dan Alhamdulillah Mia faham dan Mia sedang belajar menjadi orang yang baik. Ehh? Bukan selama ni Mia jahat, Mia nakal je. hehe.
Sekarang ni pun Mia ada hobi baru. Baca quotes kalau ada yang menarik minat Mia, Mia akan share dan quotes Islamic ini telah berjaya menarik minat Mia. Alhamdulillah, Mia ikhlas share benda baik dekat korang. Terima atau tak itu terpulang. Yang Baik datangnya dari Allah Yang buruk datangnya dari Mia sendiri :)
Okay, Mia nak rungkai sedikit tentang quotes ini. Perasan tak ia berkait dengan kehidupan kita sekarang? Hmm, tak perasan? Cuba pandang sekeliling korang. Macam mana situasi dorang. Macam mana dia sekarang. Sedang berkawan ke? Sedang berangan ke? Sedang bercinta ke? Sedang beribadat ke?
Sekarang ni terlalu banyak kot pasangan-pasangan couple yang berpegang tangan bukan muhrim kat luar. Pakai tudung dan tak pakai dah jadi sama dah. MashAllah. Nauzubillahiminzalik.
Mengikut siasatan Mia, ehh siasatan ke? Erm, mengikut risikan Mia. hehexD
Lelaki sebenarnya tidak seratus peratus berniat untuk mengahwini kekasih hatinya yang sekarang tetapi dia inginkan seorang isteri yang pada masa hadapan dia akan jumpa. Bersyukurlah kalau pasangan korang itu sudah berniat ikhlas untuk menikahi korang. Lagi cepat kahwin lagi bagus kot, elakkan maksiat yang semakin berleluasa ini. Lelaki ni kalau dapat free, dia suka sebenarnya melainkan yang betul-betul kuat iman.
Perempuan pula kalau dah sayang memang dia akan sayang lelaki tu seorang je, walaupun ada lelaki lain yang nak kat dia. Tapi kalau sebaliknya mungkin kerana perempuan itu tak nak disakiti seperti sebelumnya. Waallahualam.
Maka, carilah orang yang betul-betul ikhlas sayangkan kita. Kalau tidak berserah kepada Allah. Sesungguhnya jodoh, ajal , semua telah di tulis beribu-ribu tahun yang lalu sebelum kita di hidupkan roh lagi. Sekarang ni lebih baik cari ilmu untuk masa hadapan. Kalau suka atau rindu kan seseorang. Share dengan Allah. Minta supaya jodoh dan cinta korang dengan si dia bersatu. In Sha Allah. Kalau itu jodoh korang, pasti korang akan bersama. Cuma bila waktunya, dan dimana menjadi rahsia Allah. Cuba bayangkan kalau kita tahu siapa jodoh kita? Apa jadi? Fikirlah ...
Korang, Mia rasa Mia dah jauh merapu ni. Err, maaf kalau Mia tersalah cakap ke apa. Mia ikhlas bagi pendapat atau menyampaikan cerita. Panjang pula bebel Mia hari ni. hehexD
Sekian daripada Mia. Terima Kasih kerana membaca.
"If I'm wrong teach me not bash me"
Bye korang! Assalamualaikum :)

No comments:
Post a Comment
Mari meriahkan suasana..