Sunday, 22 December 2013

#006 quotes



Assalamualaikum, good morning and night I guess? xD

Urm, so how are you today readers? Fine? Okay, glad to know. Alhamdulillah ;)

Hari ni Mia tiba-tiba ada mood nak share satu quote dan satu story tentang quotes yang Mia nak share ni. Sebelum tu Mia say sorry dulu takut nanti readers terasa dengan cerita Mia. xD

LOOK THIS AND READ!

Dah baca kan? Urm, readers pernah alami tak macam tu? Baguslah kalau pernah kena. Bukan nak kata apa, tapi kalau kita dah pernah kena macam tu boleh bagi kita pengajaran supaya berhati-hati memilih kawan. Mia pernah kena macam tu. Sekarang Mia kawan pun berhati-hati takut kena balik macam dulu. Serik, sakit, geram semua perasa ada. 

Berkawan? Hmm... tak salah sebenarnya kita nak berkawan. Tapi pandai-pandailah cari kawan yang betul. Yang pergi cari kawan suka buat jahat memang tak lama lagi kita pun ikut jahat. Kawan juga ada yang baik ada yang dengki ada yang cemburu ada yang sakit hati ada yang caring ada yang macam-macam perangai ah! Tapi kalau kawan yang seperti quotes di atas elok tak payah di buat kawan kan? xD

-Lebih baik sakit hati sebab dapat tahu dari mulut dia(bff) daripada dapat tahu dari mulut orang lain-
-Tak apa. Dia kawan baik aku. Dia patut dapat semua tu-
-Aku tak sangka kau macam ni. Sampai hati kau!-

Itu adalah antara kata-kata yang mungkin reader pernah dengar atau pernah sebut. Ya, Mia pun pernah cakap macam tu juga. Rasa geram sangat dengan sorang hamba Allah ni iaitu sahabat Mia. Macam mana kisah dia? Tak perlu share kot, nanti kalau dia baca mengaibkan pula. So tutup cerita! xD

-Tak sangka dalam banyak2 awek/pakwe bekas aku juga kau ambil-
-Sampai hati kau kebas awek/pakwe aku!-
-Patutlah kau beriye-iye nak jadi orang tengah. Rupanya kau suka kat dia!-

Antara kata-kata sahabat yang sudah ada kekasih. Quotes tu Mia rasa majoriti untuk pasangan couple. Eh, entahlah. Just guess xD
Mia juga pernah mengalami situasi sedemikian tetapi Mia ambil jalan mudah dengan membiarkan dan senyap. Lantak kat dia, Mia malas peduli dah. Okay, macam tu je Mia buat. Senang kot! Walaupun terpaksa menanggung sakit tapi Mia tak perlu risau sangat sebab Allah masih sudi teman Mia di saat Mia memerlukan teman untuk meluahkan rasa. Dia Yang Maha Mendengar :) Readers pernah alami? Then ikut je cara Mia. Kalau sakit hati dengan si dia yang telah berjaya tikam kita dari belakang. Malam-malam readers ambil wudhuk buat solat hajat. Mintalah apa-apa yang readers nak supaya dapat hilangkan kesakitan di hati. Kalau masih ada rasa sakit lagi, sebelum tidur readers baca Al-Fatihah, selawat dan dalam hati tu mengadulah pada Allah. Cerita je apa-apa pada Maha Pencipta. Dia sentiasa sudi Mendengar segala luahan rasa hati. Dah rasa lega ? Alhamdulillah, then readers tidur dengan fikiran kosong. In Sha Allah esok mungkin readers tak ingat apa-apa tentang kejadian yang menyakitkan hari ni tetapi bukan selamanya kejadian menyakitkan ini hilang dari ingatan. Bila kita termenung atau bosan tak ada kerja nak di buat pasti kejadian menyakitkan yang lepas masuk dalam kepala balik. Apa kata cuba dengan menyibukkan diri atau buat aktiviti yang di sukai. Tak pun beristighfar atau selawat banyak-banyak, tak pun baca Al-Quran kalau tak reti baca, bacalah terjemahan Al-Quran. Btw readers bila susah kita cari DIA bila senang DIA kita lupakan. Eh, jangan macam tu. Tak baik, seelok-eloknya beristiqamah dalam ibadat kita :)

Okay, sampai di sini cerita Mia xD
Berkait-kait cerita Mia hari ni. Maaf ikhlas dari Mia kalau Mia ada tersalah cakap atau apa-apalah yang buruk Mia terbuat. Mia hanya share apa yang ada di fikiran Mia. Terima kasih kerana sudi membaca :)
'Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari Mia.'



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..