Kan
ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Okey hari ni puya cerita.
Aku dah siap pakai wangi-wangi, smart bagai. Maklumlah, hari ni aku nak pergi
cari pencuri yang tak reti nak pulang barang aku balik sampai hati aku ni sakit
menanggung rindu malam-malam. Hahaha. Aku turun ke bawah untuk menikmati
sarapan pagi. Hari ni kelas bermula lambat.
“Good morning papa, mama dan … kakak ku
yang sengal!” perkataan sengal sengaja aku tekankan. Aku memang suka sakat
kakak aku.
“Ma! Tengok Niel panggil Nia apa? Tak
guna punya adik!” sebelum tangan dia mengetuk kepala aku dengan pisau yang
telah di sapukan jem baik aku elak lari duduk sebelah mama. Kalau tak memang
berbau rambut aku ni. Lainlah kalau boleh pakai tudung kan? Hahaha. Merepek
pula aku ni.
“Hish, Niel ni tak baik panggil kakak
macam tu.” tegur mama.
“Yela mama…”
Kakak aku menjelir lidah macam budak
kecil! Oh lupa, dia kan doktor kanak-kanak tu pasal perangai kanak-kanak lekat
kat dia. hahaha.
Ketawa aku sorang-sorang terhenti selepas
mendengar dehaman papa. Macam marah je, macam geram je. Eh? Hahaha. Aku ketawa
lagi.
“Niel. Kau dah kenapa pagi-pagi ketawa
macam orang biul?” kak Rania tegur.
“Hehehe.” Aku tersengih je la.
“Dah makan tu. Nanti sorang lambat pergi
kerja, sorang terlepas kelas.” Mama bersuara.
“Yang, papa nak pergi kerja dulu. Sekejap
lagi ada meeting.” Papa yang dari tadi senyap bersuara.
Aww, papa aku ni sweet sangat. Dah tua pun
nak bermanja dengan mama aku.
“Okey, meh mama tolong bawa briefcase ni.”
ala mama aku pun comel juga.
Papa bangun menuju ke pintu utama diiringi
dengan mama yang sedang menjinjit briefcase papa.
Aku dah mula berangan macam mana nanti
bahagianya aku dengan si dia. Oh my crush!
Pap!
“Kakak! Sakit lah sengal!” marah ku.
Tiba-tiba kepala aku di hempuk dengan surat khabar.
“Padan muka kau! Tadi aku nak buat tak
dapat sekarang hah amekaw!” mak aii kejam sungguh kakak aku ni. Sakit bai, tak
percaya sila buat orang marah dan bagi dia surat khabar suruh hempuk dekat
kepala. Cubalah buat!
“Eeee… kau ni kak perangai macam
budak-budak! Aku rasa bukan kau rawat budak tapi budak tu tambahkan penyakit
bagi kat kau adalah. Hahaha.” Aku gelak sakan lagi.
Sebelum sempat kena sekali lagi baik aku
cabut lari dulu. Tak sabar nak jumpa si dia.
“Hai
awak! Boleh saya duduk tak?” kataku perlahan. Maklumlah sekarang ni dalam
perpustakaan.
Kebetulan aku nak cari buku untuk buat
assignment jumpa pula si buah hati ni. Takdir agaknya.
Lamanya dia diam. Penat aku berdiri
terus aku duduk di hadapan dia.
Buku
di letak ke tepi lalu tangan aku naik ke atas meja menongkat dagu memandang
dia. Wajah dia yang menunduk aku tenung walaupun hanya nampak sikit je tang
dahi dan hidung. Bibir dia… erm tak nampak sebab dia menunduk je dari tadi
mengkaji buku tu.
Hari ni dia pakai baju peplum aku rasa?
Aku pakai cakap je, mana lah aku tahu sangat baju perempuan ni tapi sebab aku
macam pernah nampak baju jenis dia pakai masa Kak Rania pakai tu yang tahu.
Dengan selendang dililit menutupi dada di hadapan. Tutup aurat itu wajib dan
dia memang berpakaian menutup aurat. Memang ciri-ciri gadis idaman aku lah ni.
Ya Allah, aku rasa macam jumpa jodoh aku pula. Cet, berangan lah kau Aryl
Daniel!
“Awak …” panggil ku meleret. Gedik kot
suara aku ni.
Dia
mendongak dan memandang tepat dengan renungan tajam kepada aku. Scary pula kalau
orang lain tengok tapi kalau aku tengok. Alahai, comel je. Mata dia yang bulat
tu buat aku rasa nak cungkil keluar je. Hahaha.
“Awak tengah baca buku apa ni?” aku
bertanya soalan bodoh.
Dia masih lagi tidak bersuara. Buku yang di
baca dia angkat. Suruh aku baca tajuklah tu.
“Ohh… awak… saya nak berkenalan dengan awak
boleh?” akhirnya soalan yang memang lama aku nak tanya dapat di tanya juga. Padahal
aku dah kenal dia tapi bukan seratus peratus kenal. Aku hanya kenal nama dia
je.
Tanpa menjawab soalan aku dia kemas barang
dia dan bangun untuk keluar dari perpustakaan itu.
Aduh, susahnya minah ni!
Rileks Niel! Don’t give up!
Aku turut bangun mengikuti langkahnya.
Kerja yang aku nak buat tadi aku biarkan dulu.
“Awak tunggu!” tangan aku sudah menarik
lengan dia. wow! Rasa macam ada kejutan elektrik masuk je dalam badan aku ni.
“Eee…
apa ni! Lepaslah!” perlahan-lahan tangan aku lepaskan lengan dia. Aduh, gelojoh
betul aku ni!
Mata aku hanya mampu melihat dia pergi.
Tak apa masih ada hari lain lagi.
Aku memang suka gadis jual mahal ni.
Aku
mengeliat malas di katil. Penggera di telefonku ini mengehentikan aku daripada
bermimpi. Aduh, aku dah lah tengah mimpi kan si dia. Si dia? Tersengih-sengih
aku bila ingat balik mimpi tadi. Hahaha.
Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aku
terus berlalu ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan tanggungjawab sebagai
hambaNya. Usai solat subuh, terus aku mencampakkan diri di atas katil ku yang
empuk. Hari ni hari minggu, kelas pun tak ada. Memang masa rehat sekarang ni.
Telefon aku tukar ke mod silent. Senang! Tak ada orang nak kacau aku tidur.
Hahaha.
Aduh… menganggu betul baru je nak lelap
mata!
Dengan langkah malas dalam keadaan mamai
pintu aku buka.
“Kenapa ni? Ketuk pintu bilik Niel macam
nak roboh dah. Baru je nak lelap.” Marah aku.
“Bangun lah Niel! Matahari dah pacak buat
tahi mata lagi buat apa?” kak Rania pula yang marah. Aku yang patutnya marah
okey!
Eh, wait matahari?
“Kak, pukul berapa?” tanya aku
“Kau nak aku pukul berapa kali? Dah
tengahari lah weh!”
“Eh ye ke? Aku rasa baru je nak lelap.”
“Lelap otak kau! Dah pergi mandi sana.
Mama dah siap masak tengahari dah pun.” Arah kakak. Untuk menghentikan kakak
dari membebel aku angguk dan tutup pintu terus. Segala omelan dia di luar bilik
tidak aku hiraukan! Mata aku semakin memberat dan …
“Ahh! Yela! Aku nak bangun lah ni!” eee…
geramnya.
Aku malas betul nak bangun kalau hujung
minggu macam ni. Bosan. Tapi tiba-tiba akal aku dapat idea.
Ting!
Lepak dengan kacang lah!
Terus langkah kakiku ke bilik mandi.
“Hah, ada apa kau ajak aku keluar ni?” eh,
boleh pulak dia tanya? Macam tak tahu aku ni bosan duduk rumah tahu tak?!
“Saje je. Aku bosanlah weh.” Air coke di
dalam tin aku sedut.
“Betul tu. Aku pun bosan juga dan lagi bosan
bila berdiri dekat penghadang mall ni dengan menghadap muka kau! Agak jemu aku
tengok!”
“Dah jemu apsal tengok?” balasku.
“Sebab ceq sayang hang lah ceq sudi
temankan hang, tengok hang.” Tangan Asyraf tiba-tiba memeluk bahu aku.
“Woi, geli bai! Agaklah weh tu semua awek
dok pandang kat kita. Nanti dia fikir muka aku yang hensem lagi awesome ni
rupanya gay. Oh, aku tak nak!” aku dah mula merepek.
Kepala aku di sekeh. Aduh, rambut aku
ala-ala artis kpop rosak dah. Tak guna betul kacang ni!
“Hey,
tak hadap ler aku kat kau. Perasan sungguh hang no!” balas Asyraf.
Berdating
dengan si Asyraf memang membosankan. Lepak karaoke, pergi menggila dekat game
token dan cuci mata tengok awek. Bosan sia… kan bagus kalau ada sorang awek.
Setiap hujung minggu boleh pergi dating. Agaknya bila la aku boleh dapat number
phone si Aina Damia tu. Nama dia aku dapat tahu pun dari mama masa kat pasar
malam tu. Sempat pula mama pergi tanya nama dia. Nampak tak, mama aku walaupun
berstatus Puan Sri dia agak peramah kadang-kadang terlebih peramah kot. Hahaha.
“Niel, jom pekena ayam goreng KFC nak?
Dah lama aku tak makan KFC.” Haih, sebijik macam budak-budak dia ni.
“Jomlah, aku pun lapar juga ni.” kalau
tak sebab lapar memang aku tak pergi KFC ni. hahaha. Dah makan tengahari kat
rumah pun lapar lagi. Mana taknya, dari tadi karaoke teriak kuat menyanyi,
lepas tu menjerit kuat lepas aku menang main motor racing game token tu.
hahaha.
Selesai bayar dan makanan pun dah dapat.
Kami bergerak mencari tempat duduk.
Kakiku berhenti seketika.
Ya Allah, adakah ini takdir jodohku?
Aku rasa seperti lengan aku di senggol.
Asyraf memandang pelik kat aku.
“Kau dapat tempat tak?”
“Belum. Ramai sangatlah…” jawab Asyraf.
Hari minggu macam ni memang ramai mak bapak bawa anak pergi makan KFC.
“Jom ikut aku. Aku jumpa tempat dah.”
Tanpa menunggu jawapan dari Asyraf aku menonong pergi ke tempat yang aku rasa
dia memang jodoh aku.
“Hai, boleh kami duduk makan sini? Tempat
macam dah full lah.” Dengan senyuman aku yang sentiasa bagi perempuan cair aku
bagi.
“Eh, abang Aryl!” dia kenal aku? Oh, lupa aku
kan pelajar senior yang femes di Uni. Okey perah santan lah kau Aryl Daniel!
Aku hanya senyum mengangguk.
“Jemputlah duduk. Kitorang pun berdua je
ni.” apa lagi aku terus duduk di sebelah si dia. Rezeki kan? Alhamdulillah.
Dah duduk sebelah dia ni, hati aku lagi
bertambah laju berlari. Oh hati, sabarlah kau!
Asyraf dengan Jannah kawan crush aku
rancak berborak, borak apa pun aku tak tahu sebab mata aku leka jeling
minah kat sebelah aku ni.
Ayam
depan aku ni dari tadi tak bersentuh langsung sebab aku sibuk tenung Aina.
Tangan kanan aku letak atas tongkat dagu memandang Aina di sebelahku yang
daripada tadi menunduk je. Tak sakit ke tengkuk awak menunduk je?
“Jannah kawan awak ni memang bisu eh?”
gila Asyraf, crush aku ni. Dia kalau cakap tak berlapis.
Aina terus mendongak memandang tajam
kepada Asyraf dan dia sempat menjeling kepada aku tapi seperti biasa kenyitan
mata aku sedekahkan. Hehehe.
“Eh, tak lah! Dia malu sebenarnya…”
jawapan Jannah buat aku lagi bersemangat nak usha Aina. Well, aku suka
perempuan malu-malu ni. Aww, aku boleh bayangkan macam mana muka Aina kalau
tengah malu.
“Ohh… apa kata lepas makan ni kita pergi
tengok wayang nak? Ke korang ada hal lain?” aku pula ambil alih menyoal. Dari
tadi Asyraf dengan Jannah je membebel.
“Errr… saya okey je tapi tak tahu Aina
macam mana…” jawapan Jannah buat Asyraf lega tapi aku tak sebab Aina belum beri
apa-apa persetujuan.
Aku nampak minah dua orang ni bercakap
menggunakan bahasa tubuh. Guna mata je. Sorang buat mata memujuk, yang sorang
lagi mata macam marah. Mata yang marah tu sah-sah Aina. Hahaha.
“Awak, mind follow us? Jangan risau
nanti habis tengok wayang saya terus hantar awak balik. Okey?” aku menunduk
sikit kepalaku untuk pandang dia buat muka cute walau hakikat sebenar muka aku
memang dah cute. Ohh perah santan lagi!
“Betul kata Niel tu. Kami budak
baiklah, tapi kalau si Niel ni nakal dengan Aina cepat-cepat call polis tau!”
tak guna kau kacang hangus!
“Jomlah Aina… temanlah aku tak akan kau
nak tinggalkan aku sorang-sorang dengan dorang ni. Lagipun bukan senang dapat
keluar dengan abam hot ni kan Abang Aryl, Abang Asyraf?”
Aku dengan Asyraf hanya mengangguk
mengiakan.
Keluhan berat di lepaskan oleh Aina.
“Huh! Okay fine!”
Akhirnya…
yahoo!!! Bersorak aku sampai semua pandang dan aku punya muka buat muka tak
tahu aje lah. Hahaha.
Habis
tengok wayang, aku menawarkan diri untuk menghantar Aina pulang ke rumah. Nasib
baik aku datang sini asing tak tumpang dengan Asyraf dan nasib baik juga aku
terniat nak bawa kereta Nissan Skyline merah aku. Kalau aku bawa motor
kesayangan aku tadi, alamaknya memang tak dapat aku nak bawa si Aina balik.
Bukan senang tau nak pujuk si Aina ni
balik sekali. Ada pelbagai jenis adegan berlaku antara kami berempat dan
akhirnya Aina mengalah lagi sekali dan aku bersorak lagi! Yahoo!
“Awak, kenapa dengan saya awak tak
bercakap? Bila dengan kawan awak, senyuman dan ketawa awak mesti ada dan buat
saya cair je…” aku mula mengayat padahal tengah memandu ni.
“Boleh cepat sikit tak bawa? Dah lewat
ni, nanti abang saya marah.” Amboi dia marah aku pula. Aku memang sengaja bawa
perlahan-lahan sebab boleh spent time lama sikit dengan dia. hehehe. Nakal!
“Saya tak nak bawa cepat-cepat sebab
saya tak puas lagi borak dengan awak. Awak asyik diam je.” Aku kerling sekilas
dia di sebelah yang sedang bersilang tangan memandang jalan. Langsung tak nak
pandang muka aku, apa muka aku ni tak cukup lawa ke?
“Awak nak apa sebenarnya? Apa yang awak
tak puas hati dengan saya? Apa salah saya? Kenapa awak suka kacau saya hah?!”
wow! Soalan dia terlalu banyak. Mana satu aku nak fokus ni? Jalan raya ke
soalan dia ni?
“Banyaknya soalan awak, esok saya
jawab satu-satu secara detail lagi. Sekarang saya tengah memandu.”
“Fine!”
-TO BE CONTINUE-
p/s Assalamualaikum readers! Alhamdulillah, part 2 cerita ni dah selamat di post. Maaf kalau jalan cerita dia lembab atau tidak memuaskan readers. Mia punya cerita bosan kan? hmm. yeah xD Lepas ni In Sha Allah new fanfic sebelum start sekolah. Btw cover untuk cerita ni, tak ada kan? Bukan tak ada tapi tak sempat buat. Busy school holiday. XD In Sha Allah dah ada Mia letak dekat cerita ni nanti xD Tak lupa juga, komen ada sangat di perlukan :) Okay until here. Thanks read readers!
Byye!

No comments:
Post a Comment
Mari meriahkan suasana..