Saturday, 9 November 2013

Oh! Si Pujaan Hati [Cerpen]

Pak! Pak! Bung! Bung Bung! Kepak! Kepak! Bung! Bung!
      Bunyi kompang yang bergema di dewan Hotel Permaisuri menandakan 2 pasang mempelai bagai pinang di belah dua mula memasuki dewan utama tersebut.
      Riuh dengan tepukan dan sorakan para jemputan yang memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan antara Tengku Keyrul Aniq dan Flora Zulaika bersama pasangan kembarnya Tengku Akeyra Balqis dan Ryzal Iskandar.
      Alhamdulillah, aku telah menamatkan zaman bujangku bersama si pujaan hatiku. Serentak pula tu majlisnya. Permintaan mama juga. Lagi-lagi aku dan Erul kembar jadi mama ingin majlis resepsi kami serentak. Tetapi tarikh akad nikah yang berbeza. Erul nikah seminggu awal dari aku. hehehe. Meriah betul majlis perkahwinan kami.
       Eh, Keyra macam mana boleh jadi?
       Yeah, after sweet moment di taman rekreasi itu. Ryzal telah menceritakan semuanya tentang rahsia-rahsianya. Wah, apakah rahsianya. Well, rupanya sebelum ni cintaku tak bertepuk sebelah tangan.
       Dia memang tahu aku admirer gila dekat dia tapi dia sengaja je sebenarnya tak nak layan aku. Ego lelaki kan, nasib Erul tak macam tu. Sakit juga hati dia sebab terpaksa lawan ego dia. Dia juga tahu apa yang aku buat dekat dia sepanjang aku jadi stalker dia. Dan yang paling aku tak sangka dia pun stalker aku juga. He knew and hear my voice at the rooftop buildings. Seriously, aku jamin masa tu memang tak ada orang tetapi rupanya dalam kesunyian yang mendengarkan luahan aku ada sepasang telinga mendengarnya. Malu tahap gaban aku bila dia cakap macam tu.
       Ryzal. Ryzal. You are really clever! I admit it! Pandai dia berlakon. Nampak aku, marah. Nampak aku, tak nak tegur. Nampak aku, mesti muka bengis. Tetapi rupanya dalam hati dia sakit sangat kena tahan semua tu. Aku apa lagi marah gilalah dekat dia bila dapat tahu macam tu.
        Hmm, isu tunang dengan Rania! Pada awalnya aku tak terima sebab dia tunang orang tetapi Ryzal dah jelaskan semuanya dah. Dia dengan Rania tidak pernah bertunang atau rancang ingin bertunang. Mereka hanya akan berlakon seperti di khalayak ramai. Well, orang terkenal kan yang sentiasa akan dihimpit perempuan. Itu pasal dia gunakan kawannya, Rania untuk menjadi tunangnya sebelum berjumpa aku. Lagipun Rania dah ada kekasih dan akan bertunang tak lama lagi.
­­        Ingat tak puisi yang pernah aku tulis sebelum berangkat ke Jepun? Amat memeranjatkan apabila pengacara majlis memanggil Ryzal untuk menyampaikan suatu persembahan. Aku memang tak sangka. Dia menyanyikan lagu Pujaan Hati daripada kumpulan Kangen Band dan membaca puisi yang aku tulis itu. Lagu itu sepatutnya aku nyanyikan untuk dia sebab situasi dia sama macam aku alami dulu. Daripada mana dia dapat aku tak tahu, masih lagi menjadi tanda tanya. Ahh, pedulikanlah.
Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu
Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku
Hei pujaan hati pujaan hati
Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah fahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku
Hei pujaan hati pujaan hati
Pujaan hati pujaan hati
Pujaan hati pujaan hati
Pujaan hati pujaan hati
      Tamatlah sudah kisah aku dan si pujaan hatiku. Alhamdulillah, si pujaan hati menjadi suamiku yang kekal dan tetap sempurna di dalam hatiku. Keyra dan Ryzal bahagia selamanya. Saranghaeyo oppa!


p/s cerita ini tiada kena mengena kepada yang hidup atau yang mati, jika ada mungkin kebetulan sahaja. Saya pun tak tahu. Idea memang datang dari kepala sendiri. Harap maklum. And Maaf juga sebab tak ada gambar untuk cerita ini. Internet so slow like a siput bla bla bla. Thank you!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..