Mia nak speaking boleh. hehe. Tak adalah gurau je. Hmm, I think our friendship is end now. Siapa dia, tak perlu lah tahu. Dorang just kawan Mia dalam dunia maya ini. Lama kami kawan, bila berpisah then Alhamdulillah, Allah temukan kami balik. Mia dapat jumpa kawan-kawan Mia yang Mia anggap macam abang-abang Mia. As I said Mia memang jenis yang love friendship. Mia terlalu sayang kawan sampai kadang-kadang Mia lukakan hati Mia sendiri. Adakah kerana Mia ni inginkan kesempurnaan dalam persahabatan? Selalunya Mia macam beriye-iye dalam persahabatan. Adakah salah Mia jadi macam ni? Adakah Mia ni nampak macam obses dalam berkawan? Mia ikhlas berkawan dan Mia suka berkawan sehingga kalau bestie Mia sakit, Mia mesti rasa sakit dan tolong dia keluar dari masalah. Mia juga suka bagi nasihat dekat orang. Agaknya sebab perangai Mia ni buat semua orang tinggalkan Mia? Mia tetap juga rasa bersyukur kerana Mia ada sahabat 'real life' dan cousin yang masih sokong Mia dan tak lupa juga Mia ada Allah yang selalu teman Mia masa Mia sedih. Yang selalu mendengar rahsia hati Mia. Yang selalu memberi ketenangan pada Mia. Alhamdulillah.
Hmm, buat apa Mia nak sedih lagi kan? Mia cuba untuk lupakan semua, kalau boleh Mia nak lari dari semua kenangan yang boleh buat Mia kembali kepada yang asal. Tapi Mia tak mampu. Mia hanya manusia biasa, yang tak sempurna, manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Maafkan Mia, sahabat. Manusia yang hanya berani berkata-kata tetapi asalnya tak mampu nak lakukan. Itulah Mia agaknya kan? Insyaallah, sahabat.
Wah, hari ni panjang cerita Mia kan? Sorry kalau Mia emo. Mia over. Mia itu. Mia ini. Mia hanya luahkan sahaja.
Look this friends! - Hargailah sahabat anda walaupun anda rasa sahabat anda itu annoying. Suatu hari nanti bila sepi, pasti sahabat itu juga yang anda cari. Ikhlas berkawan, jaga hati daripada hasad dengki dengan sahabat. Insyaallah, hati kita tenang dalam berkawan. -
Okeylah, until here entry Mia.
Papai geng!
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment
Mari meriahkan suasana..