Thursday, 21 November 2013

Dari Mata Turun Ke Hati Final [Cerpen]



Dua tahun kemudian…
        Alhamdulillah Syafa dan Nadirah sekarang sambung belajar di UiTM. Memang mempunyai ikatan yang kuat antara mereka ini termasuklah juga ikatan yang kuat dengan lelaki yang bernama Amar Hariz.
        Sungguh Syafa terkejut dengan kehadiran lelaki itu semasa awal semester dulu. Dia fikir selepas Amar habis STPM dia tidak akan berjumpa lagi. Tetapi takdir menemukan mereka di UiTM ini. Siapa sangka takdir Allah. Dia yang Maha Mengatur.
        “Nad aku nak minta pendapat kau boleh?” tanya Syafa.
        “Lah, tanya aje lah. Nak minta izin bagai ni dah kenapa?” pelik betul Nadirah dengan sikap Syafa. Dari dulu sampai sekarang makin bertambah lain. Kuat berangan, termenung, senyum sorang-sorang. Nak kata angau, tak ada pula lelaki di sampingnya. Lagipun, Syafa yang dia kenal tidak suka untuk bercinta pada waktu muda.
         “Erm… macam mana eh. Ermm.. aku …” Syafa tiba-tiba gagap apabila matanya terpandang akan seseorang yang lama dia tunggu. Amar!
         Pandangan mata mereka bersatu. Ada segaris senyuman antara mereka.
Sejak melihatmu
Ku jatuh hati padamu
Saat mengenalmu
Semakin ku ingin kamu
Mahukah engkau
Menemani aku …
         Nadirah melambai-lambaikan tangan pada muka Syafa. Pelik betul melihat Syafa. Berapa kali lambai masih tak sedar juga. Nadirah menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang dipandang oleh Syafa. Nampak khusyuk benar Syafa.
        Amar Hariz?! Biar betul Syafa ni? Since when? Bila masa pula dorang couple? Macam mana aku sahabatnya tak tahu ni!? Ni yang nak angin ni. desis hati Nadirah.
       Apabila Nadirah menepuk tangan sekuat yang mungkin barulah Syafa sedar. Dia termalu sendiri lalu menundukkan wajahnya. Ahh, perangai lama aku muncul balik.
       Amar hanya tersengih lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Dia juga malu sebenarnya. Terlebih memerhati anak dara orang. Hehehe.
       “Sya, let’s go. You need to explain me what’s going on both of you.” Tuhdia keluar speaking Nadirah. Tu tandanya Nadirah tengah bengang. Dia kalau marah segala bahasa omputih keluar. Hahaha.
       Tanpa sempat berkata tangan Syafa ditarik oleh Nadirah untuk meninggalkan cafe. Sempat lagi Syafa menoleh pada Amar lalu memberikan senyuman. Senyum itukan sedekah.
…………………………..
       “Betul kami tak ada apa-apa.” Puas Syafa menafikan apa yang disoal oleh Nadirah tetapi Nadirah tetap tidak percaya.
       “No! Kau tipu kan Sya? Kalau tak takkan korang boleh senyum sama-sama. Merenung mata sama-sama.” Soal Nadirah lagi. Dia belum berpuas hati selagi tiada jawapan memuaskan.
        “Errrkkk. Erm… itu. Hah, aku sahaja je nak mesra alam. Kau ni macam tak kenal aku. Semua orang aku senyum kan.” Agak tergagap Syafa menjawab.
        “Cehh, kau nak menipu aku. You fail! Sorry! Haha. Aku kenal kau Sya. Better you tell me now or I will ask him now.” Nadirah cuba mengugut Syafa. Dengan cara memaksa begini sahaja Syafa akan berterus-terang.
       ‘Aduh, janganlah Nad! Aku tak bersedia lagi. Dia terlalu sempurna bagi aku. Eh? Jawapan aku ni bermakna aku suka Amar? Oh my god! No!  Tak mau! Ahhh, apa ni Syafa!?’ Bentak Syafa dalam hati.
       “Okay fine! Kau memang minta aku tanya dia ni. Tunggu. Dalam masa sejam aku datang bawa khabar baik untuk kau.” Nadirah sudah ingin melangkah keluar dari bilik asrama.
        Cepat-cepat ditahan oleh Syafa. “Nad. Jangan!”
        ‘Yes! Umpan berjaya.’ Desis hati Nadirah. Di belum senekad itu untuk memalukan sahabatnya. Dia sengaja mengertak Syafa.
        “Baiklah. Aku berterus terang dengan kau tapi kau jangan ketawakan aku pula. Haih.” Syafa mengeluh. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang. Selama ni dia hanya pendam sendiri.
         “Yeah, macam ni lah sahabat aku. Okey cepat cerita. Sejam lagi kita ada kelas.” Nadirah sudah tidak sabar mendengar.
         Syafa menarik nafas perlahan sebelum membuka pekung di dada.
        “Nad. It’s serious nothing happen on me and Amar. Aku tak tahulah kenapa dengan perasaan aku ni. Kitorang sejak dari zaman sekolah dulu asyik main mata je. Lepas tu tunduk malu. Aku…”
        “Wah, main mata? Kenapa aku tak perasan? Lamanya korang bercinta dengan mata. Haha.” Potong Nadirah. Ketawa sakan Nadirah mendengar cerita sahabatnya. Peliklah…
         “Nad! Kan aku cakap jangan ketawakan aku. Tak nak cerita karang.” Syafa pula mengugut.
         “Okey-okey. Sorry! Sambunglah balik.” Nadirah mengalah dan berhenti ketawa. Habis ceritalah aku ketawa balik. Hehehe.
         Syafa pun sambung cerita tentang dia dan Amar yang selalu bermain mata. Dan Syafa mula jatuh hati pada lelaki itu. Ahh, cinta monyet agaknya! Tapi kalau umur dah dekat 20 tahun tu kira cinta monyet lagi ke? Alahai, perasaan…
……………………….
         Amar mula rasa tidak selesa sekarang. Hatinya tiba-tiba berdebar saat memandang mata yang cantik dan sempurna baginya. Walaupun dia tahu tiada siapa yang sempurna melainkan Maha Pencipta yang sempurna segala sifatnya.
        Sebolehnya Amar ingin melupakan cinta monyetnya ini tetapi makin dilupakan makin kuat takdir menemukan dia dengan Syafa. Apakah ini bermakna cinta? Cinta seorang manusia kepada manusia kerana Allah. Bukan lagi cinta monyet. Betul ke tafsiran aku ni?
        Entahlah. Amar sebenarnya masih keliru dengan perasaanya sendiri. Ahh, daripada dia fikirkan perkara yang serabut ni lebih baik dia buat solat sunat Istikarah. Mohon petunjuk Allah. Saat inilah aku perlukan petunjuk-Nya untuk mengetahui langkah seterusnya yang aku perlu buat untuk menarik perhatian Syafa. ‘Eh? Betul ke niat aku ni? Aku suka Syafa?’ Soal Amar untuk diri sendiri.
…………………………..
      “Assalamualaikum. Syafa Humaira kan?” tegur seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
      Langkah Syafa dan Nadirah terhenti apabila ada seorang lelaki menegurnya.
      “Waalaikumusalam. Ya, saya?” jawab Syafa.
     Lelaki itu tersenyum lega. Nadirah di sebelah mencuit perlahan pinggang Syafa meminta kepastian. Syafa hanya menjongket bahu tidak tahu.
       “Alhamdulillah. Dapat juga jumpa awak. Puas saya cari gadis yang bernama Syafa Humaira ni.” ujar lelaki itu. Syafa hanya tersenyum manis. Dia masih lagi belum tahu niat lelaki itu mencarinya.
        “Sya, kita dah lambat ni.” bisik Nadirah di sebelahnya.
        “Sekejap. Aku nak tanya dia dulu ni.” balas Syafa.  
         “Hmm, boleh saya tahu apa tujuan awak cari saya ni?” soal Syafa. Dia perlu segera bertanya pada lelaki itu. Lagi 10 minit kelasnya akan bermula.
        “Macam ni, saya datang nak sampaikan hajat seseorang kepada pemilik yang bernama Syafa Humaira. Awaklah kan.” Beritahu lelaki itu.
        “Hah?” kedua-dua sahabat itu tak faham apa yang disampaikan oleh lelaki ini. Sudahlah nama pun mereka tak tahu, kenal pun tidak. Tiba-tiba je muncul nak sampaikan hajat. Siapa pula yang nak mati ni? desis hati Syafa. Merepek pula Syafa ni.
        “Macam ni. Nama saya Fareez. Ni ada nombor telefon seseorang yang ingin berkenalan dengan awak.” Fareez menyerahkan kertas note pad kecil yang bertulis nombor telefon tak dikenali.
        “Nombor siapa ni?” tanya Syafa. Dia agak terkejut tiba-tiba ada orang bagi nombor telefon. Wah, aku ada crush ke? Ceh, jangan beranganlah Syafa! Desis hati Syafa.
        “Kalau awak nak tahu hubungi nombor ini. Baiklah tugas saya sudah pun selesai. Saya minta diri dulu. By the way, kawan awak ni single lagi ke?” sempat pula dia tanya pasal Nadirah. Dah nak pergi tu pergi je lah.
         “Hah?” Nadirah terkejut dengan soalan yang ditujukan khas untuknya. Haih, aku pun ada peminat rupanya. Hahaha. Desis hati Nadirah.
         Nadirah menjeling Syafa yang sudah tersengih-sengih.
        “Eh? Saya bergurau je. Sorry. Baiklah. Jumpa lagi. Assalamualaikum.” Ujar lelaki itu. Sempat lagi dia mengenyit mata pada Nadirah.
         “Waalaikumusalam.” Jawab mereka serentak.
          Syafa menoleh sekilas pada jam di tangannya. Terkejut bukan main apabila jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Kelas telah bermula.
         “Weh Nad! Kita kena buat marathon lah hari ni.” ujar Syafa.
         “Apsal pula kau ni? Tak kan baru dapat nombor dah macam orang sakai je kau.” Erkk? Ayat Nadirah ni tak boleh elok sikit ke?
         “Bukanlah! Tengok jam.” Nadirah melihat jam ditangannya.
         Tanpa membuang masa. Terus Nadirah menarik tangan Syafa untuk masuk ke kelas dengan segera. Dalam hati mereka berdoa berharap tiada kejadian yang memalukan menimpa mereka nanti.
         Alhamdulillah. Dengan keadaan termengah-mengah mereka masuk dan meminta maaf kepada pensyarah yang mengajar subjek bahasa Inggeris hari ni.
         “Nasib baik markah kamu berdua sentiasa bagus. Kali ni saya maafkan. Selepas ni, berhati-hatilah ye. Dah pergi duduk!” setelah memberi kata-kata amaran, pelajaran diteruskan lagi.
         Dalam hati mereka bersyukur sangat doa dimakbulkan tetapi perasaan malu masih ada. Rasa macam nak sorok bawah kerusi ni je walaupun hakikatnya memang tidak akan muat untuk sembunyi.  Masuk dah lah lambat dengan keadaan orang macam baru lepas lari marathon. Berpeluh-peluh di dahi. Semua pelajar pandang ke arah mereka. Siapa tak malu woi? Hahahaha. Kesian.
………………………………….
          Nak telefon, ke mesej? Telefon ke mesej? Telefon. Mesej. Mana satu ni? Fikir Syafa. Naik pening Nadirah tengok. Balik kelas tadi, lepas solat Syafa terus ambil kertas yang ada nombor telefon. Ke hulu ke hilir berjalan untuk membuat pilihan.
         “Sya. Sudahlah tu weh. Pening kepala aku tengok kau ni. Daripada kau macam ni, lebih baik buat solat istikarah sana. Mohon petunjuk Allah mana tahu jodoh korang berdua. Huhu.” Bebel Nadirah sempat lagi dia mengenakan Syafa.
         Syafa menepuk dahi. Betul juga kata Nadirah. Astaghfirullah… dia terus menyimpan kertas yang ada nombor telefon tadi terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Sebelum tu sempat dia mencium pipi Nadirah tanda terima kasih kerana mengingatinya. Terkejut Nadirah dengan tindakan Syafa yang tiba-tiba menciumnya. Akhirnya, Nadirah senyum senang terasa dirinya di hargai sebagai seorang sahabat.
AMAR berasa gelisah sejak daripada tadi. Hati dia berdebar-debar menunggu berita daripada Fareez nanti. Apa yang berlaku? Syafa terima atau dia dah buang nombor telefonnya ke dalam tong sampah? Ya Allah! Kau tenangkanlah hati aku yang sedar gusar ini. Doa Amar di dalam hati.
         Bunyi motor yang masuk ke halaman rumah sewanya membuatkan Amar makin berdebar untuk menunggu keputusan hati. Haihlah Amar macam tunggu keputusan peperiksaan je tapi debaran yang dia rasa sekarang ni lebih lagi. Sabar Amar. Cool Amar. Amar menenangkan perasaanya.
         Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Pintu di buka. Ya Allah, apa masalah dengan jantung dan hati aku ni. Cubalah sabar sikit. Aduh, rasa macam nak meletup je ni. bisik hati Amar.
        “Assalamualaikum Am.” Ucap Fareez sebaik melangkah masuk ke rumah sewanya.
        “Waalaikumusalam Riz. Macam mana? Dia terima tak? Muka dia macam mana? Ada riak suka atau tak? Cepatlah beritahu aku.” selepas menjawab salam, betubi-tubi soalan yang dilontarkan kepada Fareez. Kenapalah kau ni gelabah sangat Amar?
         “Aduh kau ni. Lawaklah! Kot ye bagilah aku rehat dulu. Gelabahlah kau ni.” ujar Fareez. Geli hati dia melihat sahabatnya. Maklumlah orang yang pertama kali merasa cinta. Itu pun selepas dia mendapat petunjuk dari yang Maha Esa.
         “Hehe. Obvious sangat eh?” Amar dah mula malu. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
        “Terlebih obvious weh! Hahaha.” Jawab Fareez sambil mengetawakan Amar.
        Fareez terus masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat dan berehat.
       “Hah, Amar!” panggil Fareez sebelum dia masuk ke bilik.
       “Apa? Apa? Kenapa?” amboi banyaknya tanya. Hahaha
       “Hmm, just wait her call tonight. Bye.” Ujar Fareez lalu terus masuk ke biliknya.
       Amar tersenyum lega dan mengucapkan Alhamdulillah kepada Maha Pencipta kerana mendengar doanya.

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku
saat pertama kali lihat dirimu
Melihatmu…
           Syafa Humaira. Saya suka awak!
……………………………
         Malam itu memang waktu free Syafa. Selepas menunaikan solat sunat Istikarah dia sudah bersedia untuk menelefon nombor yang di beri pagi tadi. Sepertinya lelaki itu berjaya mengetuk pintu hatinya dan tak tahu kenapa hatinya kuat mengatakan nombor itu nombor telefon Amar Hariz! Lelaki yang selama ni dia curi-curi pandang.

Ku pilih hatimu
tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidup ku oh sayang
Kau detak jantung hatiku     
  
     
     Dengan hati berdebar-debar. Nombor telefon di dail. Nadirah kata lebih baik telefon daripada mesej. Dari situ kita boleh tahu keberanian orang itu untuk bercakap dengan kita.
         “Bismillahirahmanirahim…” ayat ‘call’ di tekan. Nadirah di katilnya sedang membaca novel sambil menunggu Syafa berkongsi cerita tentang lelaki misteri itu.
         Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Lima saat. Dan tak sampai pun sepuluh saat panggilan telah berjawab.
        Syafa memilih untuk berdiam diri dahulu.
       “Assalamualaikum…” zapp. Suara dia seperti Syafa kenal. Suara yang dirindui sejak zaman sekolah dan sepatutnya suara itu dah lama dia lupakan.
        “Waalaikumusalam. Aaa…amm..Amar?” tergagap-gagap Syafa untuk minta kepastian sama ada hatinya ini benar atau salah tafsiran.
        “Ya saya Syafa.” Dan lelaki itu juga mengenali suara Syafa. Tapi bagaimana pula?
       Perasaan Syafa dah tentu arah. Degupan hatinya semakin rancak bermain. Telinganya rasa bahang seperti menahan malu. Ya Allah! Adakah dia benar pemilik tulang rusuk kiri ku ini? Soal Syafa. Syafa, kenapa kau terlalu yakin ni? Belum tentu lagi dia jodoh kau. Kau bukan kenal dia sepenuhnya.
       “Sya? Awak masih ada lagi di talian?” suara Amar yang menegur menghentikan lamunanya.
        “Err. Hah. Ada. Maaf.” Satu persatu Syafa berkata. Gugup rasanya perasaanya kala ini.
        “Beginilah Sya. Esok selepas habis kelas boleh kita berjumpa?” Amar memulakan langkah pertamanya. Dia tekad untuk mengambil kembali ‘barang’ yang di curi oleh Syafa.
          “Insyaallah boleh.” Jawab Syafa tenang. Cuba menutup perasaan malunya.
          “Baiklah nanti saya beritahu di mana kita perlu berjumpa.” Balas Amar yang juga gugup tapi kerana dia lelaki dia cuba menutup perasaanya gugup itu.
          “Okey.” Jawab Syafa ringkas.
          “Selamat malam Syafa Humaira. Jumpa esok. Assalamualaikum.” Ujar Amar. Syafa tersenyum senang. Nama penuh aku dia panggil. Desis hati Syafa.
           “Waalaikumusalam.” Talian diputuskan.
           “Woi, beb! So, apa macam?” tanya Nadirah tak sabar.
           “Esok aku dengan dia ada date!” gembira sungguh hati Syafa sekarang ni.
           “Amboi kau! Kemain lagi suka.” sakat Nadirah.
           “Haruslah. Nad! Aku rasa aku dah jatuh hati dengan seorang hamba Allah ni lah. Ya Allah!” jujur Syafa berkata.
            Ya! Kali ni dia seratus peratus yakin. Walaupun kedengaran pelik tapi setelah 3 hari 3 malam dia buat solat Istikarah. Perasaannya benar-benar yakin.
           “Alhamdulillah. Aku gembira untuk kau.” Ucap Nadirah ikhlas lantas mereka berpelukan.
           “Thanks my dear friend. Esok kau teman aku eh?” ajak Syafa.
           “Pergi mana?”
           “Teman aku pergi jumpa dia lah!”
           “Okay! No problem darling!” balas Nadirah.
          Usai solat hajat Syafa terus tidur. Melelapkan mata. Dan mungkin bermimpikan si dia. Hish, aku ni dah betul-betul angau dah ni. Desis hati Syafa.
           Amar Hariz! Saya suka awak!
…………………………..
3 tahun kemudian…
         Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Semakin berdebar rasanya saat ingin bergelar seorang isteri kepada Amar Hariz. Lelaki yang berjaya menakluki hatinya. Lelaki yang sanggup bersabar dengannya. Lelaki yang sanggup melayani karenahnya. Lelaki yang menjaga adab dalam pergaulannya. Dan lelaki yang berjaya buat Syafa Humaira jatuh cinta pandang pertama.
        Dia masih ingat lagi saat Amar melamar dia di hadapan keluarga Syafa selepas tiga hari berjumpa.
         Hari itu hari minggu. Syafa pulang ke rumah kerana Amar ingin bertemu keluarganya. Meminta izin untuk berkawan dengan anak gadis Muhammad Aiman.
         Sungguh hati Syafa tersentuh dengan niat baik dan sikap yang ditunjukkan oleh Amar. Hati dia benar-benar tidak salah memilih Amar sebagai pemilik hatinya.
         “Mama, sekejap lagi kawan Sya sampai.” Beritahu Syafa setelah dia menerima mesej daripada Amar bahawa dia telah masuk ke kawasan taman rumah Syafa.
         “Baiklah. Pergi panggil papa turun. Makanan ni biar mama sambung hidang.” Syafa mengatur langkah menuju ke bilik ayahnya.
         “Pa… kawan Sya on the way ke sini.” Ujar Syafa. Papanya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu atas memandang Syafa.
         Mama dan papanya sudah sedia maklum tentang kehadiran Amar cuma mereka tidak tahu sama ada yang datang itu kawan atau sebaliknya.
         “Siapa kawan Sya tu? Nampak series benar. Siap datang rumah lagi.” Tanya Encik Aiman.
         “Errrmmm. Nanti papa tahulah. Sya tak berani komen apa-apa.” Jelas Syafa. Lebih baik dia berdiam diri. Biar Amar sendiri yang beritahu.
         “I know my girl. Okay, I will make sure he fine for you if not I will reject him.” Kedengaran tegas Encik Aiman berkata tetapi Syafa tahu papanya hanya bergurau. Lagipun Encik Aiman memang seorang yang suka bergurau.
         “Kak, kawan akak dah sampai.” Beritahu Syakir.
         Zuppp. Berdebar hati Syafa. Takut. Risau. Semua bercampur. Boleh ke papa dan mama terima dan izinkan Amar berkawan dengannya?
         “Apa lagi Sya, pergilah turun. Sekejap lagi papa turun.” Kata Encik Aiman.
        Terdengar suara bising orang bersembang di ruang makan. Mungkin mama mengajak Amar makan dahulu. Dengan perasaan dan hati yang berdebar Syafa menuju ke ruang makan.
        “Hah, tu anak dara aunty dah turun. Sya, jom kita makan dulu. Papa mana?” ramah betul mama hari ni. desis hati Syafa.
       Soalan di biar sepi saat mata Amar merenung tepat pada mata Syafa seperti 5 tahun lalu.
      “Ehem!” deheman Encik Aiman menghentikan perbuatan mereka yang merenung sesama sendiri.
        Gelabah masing-masing. Syafa terus mengambil kerusi dan duduk di hadapan Amar dan sebelah mama. Syakir duduk di sebelah Amar. Manakala papanya di tengah antara tempat duduk mereka.
        Selesai makan Syafa membantu mamanya berkemas. Amar diajak oleh papanya untuk ke ruang tamu.
        Siap berkemas Syafa dan mamanya ke ruang tamu.
       Syafa duduk di sofa berhadapan dengan Amar. Hatinya mula berdebar sekali lagi saat pandangan mata mereka bersatu. Ahh, matanya begitu sempurna dan aku harap mata itu menjadi milikku untuk ditatap setiap hari. Ujar Syafa di dalam hati.
      Mata yang membuat aku jatuh cinta. Mata yang memukau dan bersinat sehingga dia setekad ini untuk melamar Syafa Humaira. Menjadikan Syafa hak muthlaknya. Biar dia sahaja yang merenung mata itu dan kalau dah kahwin nanti hendak sahaja dia suruh Syafa pakai cermin mata gelap biar tiada siapa perasaan mata yang sempurna itu. Begitu sekali angan-angan Amar.
       “Kak Sya! Abang Amar?” teguran Syakir membuatkan mereka menunduk malu. Masih seperti dulu. Apabila bertatapan dan tersedar mereka akan menunduk menahan rasa malu yang bergunung dalam hati.
        Encik Aiman dan Puan Maisara hanya tersenyum manis melihat dua remaja ini. Mereka faham akan perasaan Syafa dan Amar. Maklumlah, mereka sudah terlebih makan garam dahulu.
        Keadaan yang sunyi tanpa kata seketika sehingga Amar bersuara menyampaikan hajat.
       “Uncle, aunty sebelum tu maafkan saya kalau kehadiran saya pada hari ni menyusahkan dan menganggu.” Amar memulakan bicara. Sopan sekali dia berkata. Menghormati keluarga Syafa itu salah satu ciri-ciri lelaki idaman Syafa.
        “Tak apalah. Uncle lagi suka ada orang datang ni. Lagi-lagi dapat tahu kawan Sya.” Syafa mula rasa gelisah dengan kata papanya itu.
         Amar mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan dengan sopan dia berkata.
       “Bismillahirahmanirahim… uncle, aunty dan Syakir. Saya Amar Hariz Ridzuan ingin melamar Syafa Humaira Muhammad Aiman sebagai isteri dan makmum saya yang sah.”
       Hampir pengsan Syafa mendengar lafaz yang penuh makna daripada Amar. Mama dan papanya tenang sahaja seperti mengetahui niat Amar. Syakir diam sahaja. Dia malas nak masuk campur sangat. Dia pun suka dengan Amar ni walaupun baru pertama kali bersua muka.
      “Awaaak… awak series?” tanya Syafa gagap.
      Amar senyum mengangguk. Syafa menunduk malu.
……………………………….
     Barakallahulakumawabarakahalaikumawajamaahbanaikuma…
     “Aku terima nikahnya Syafa Humaira binti Muhammad Aiman…” Amar melafazkan akad.
      Dengan sekali lafaz, Syafa sah menjadi isteri kepada Amar. Tangan diangkat. Doa diaminkan.
           “Terima kasih sayang kerana sudi terima abang sebagai suami sayang.” Ucap Amar lalu mengucup dahi Syafa lama.
       Syafa mencium tangan Amar lalu mendongak. Pandangan mata mereka bersatu. “Sama-sama abang.”
Alhamdulillah. Syafa memanjatkan kesyukuran pada Maha Pengatur. Dia yang menentukan takdir. Selama 6 tahun mereka memendam rasa. Menyimpan pandangan dan akhirnya takdir telah menyatukan mereka. Daripada mata mereka bersatu turun ke hati menjadi cinta.

If you love somebody
could we be this strong
I will fight to win our love
will conquer all
Wouldn’t risk my love
even just one night
Our love will stay in my heart
My heart …

       

-The End-


p.s Hyep, Assalamualaikum korang :) habis baca dah? Terima kasih kerana membaca. Sebarang kritikan dan pujian amat diperlukan untuk memperbaiki lagi karya Mia ini. Ohh, maaf gambar setakat ni tiada. Internet jahat dengan Mia xDD Okay, until here. Tunggu new cerpen. ;) btw tak sempat edit apa-apa. 
Papai guys! /bow/ 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

2 comments:

  1. So sweet :) mcm kenal je dari mata turun ke hati ni. Hihi. Ada improvement dlm cara penyampaian Mia. Wish you gud luck dik :D

    ReplyDelete
  2. Thanks a lot Kak Ayla. Terus support Mia kay xD

    ReplyDelete

Mari meriahkan suasana..