Sunday, 3 November 2013

Oh! Si Pujaan Hati [cerpen]

    


       Dia hensem, dia comel, dia macho pokoknya semua yang baik dekat dia dan tetap menjadi pujaan hatiku. Sudah tiga tahun aku menjadi perisik rahsia untuk menstalker dia tetapi dalam tempoh itu tidak pernah sekali pun dia tegur dan pandang aku. Sedihnya… tidak mengapa usaha lif kejayaan. Sabar je la.

Apa yang menarik sangat dia tu?  Okey! Aku ceritakan ciri-ciri dia dari hujung rambut sampai ke kaki.


     Muka dia of corse kulit cerah nampak hensem je. Sejuk mata memandang. Mata dia comel sepet je macam muka artis korea kegemaran aku. Siapa? Main vocalist, Ken dari kumpulan Vixx. Bukan kpopers memang tak kenal lah. Haha. Walaupun tak sebijik sama tapi kecomelannya amatlah sama. Oh, si pujaan hati…
     Dia juga tinggi, lebih tinggi dari aku yang kecik cinonet ni. Aduh, rasa malu pula kalau jalan sebelah dia. Itu adalah ayat orang berangan. Abaikan… Badan dia pula, tegap. Ketak-ketak kau! Haha. Eh, jangan salah faham aku cakap je badan dia ketak-ketak bukan aku pernah selak baju dia nak tengok badan dia ada six pack ke tak. 
     Akhir sekali, stail rambut dia… memang terbaik dan memang sama dengan rambut Ken yang terbaru ni tapi tu lah kat sekolah dia jadi baik gila sebab pakai songkok. Jadi, rambutnya di simpan selamat dalam songkok. Pakai songkok? Pelajar contoh tu. maklumlah dia pengawas sekolah jadi kena tunjuk contoh yang baik kepada semua pelajar di bawah pengawasannya termasuk aku. Hehehe…
    Lagi satu yang aku suka tentang dia ialah dia ni pandai mengaji, pandai azan dan pegangan agama pun kuat tu pasal cikgu bangga-bangga sangat dengan dia. Akan tetapi kalau di luar sekolah dia sosial lebih. Biasalah orang bujang yang banyak duit. Lepak-lepak pada hujung minggu itu perkara biasa. Duduk rumah bosan mak ayah keluar cari duit. Lagi-lagi bila jadi anak tunggal ni dengan siapa je nak ajak main? Tak akan orang gaji kat rumah tu ajak main bola sepak bagai. Buat lawaklah macam itu.
    Aku paling hormat sekali apabila dalam kelas adalah waktu belajar dan dia bagi sepenuh perhatian pada subjek yang dipelajari. Itu sebablah semua subjek sentiasa score A dan menjadi pelajar contoh di sekolah. Bagi dia ‘study is study, play is play, fun is fun’. Mesti hairan macam mana aku tahu semua tentang dia. Well, teknologi makin lama makin moden. Petik jari apa yang kita minta terus boleh dapat. Hahaha.
…………………
     Loceng berbunyi menanda tamatnya waktu persekolahan.
     “Attention!” ketua kelas memberi arahan kepada pelajar lain.
     “Bow!” semua tunduk memberi hormat sambil berkata “Terima kasih cikgu!”
     “Sama-sama. Jangan lupa siapkan kerja sekolah ye.” Pesanan terakhir dari cikgu sejarah sebelum keluar dan pesanan tersebut telah membuat semua pelajar mengeluh panjang.
     “Keyra! Jom balik sama-sama nak? Teman aku pergi mall ek?” Flora mengajak aku pulang bersama tapi mesti singgah di pusat beli belah dahulu. Malas betul.
     “Aduh, aku malaslah… lagi pun aku ada date sekejap lagi. Kau pergi sorang je boleh?” kataku memberi keputusan yang menghampakan kepada Flora.
     “Ala… kau ni macam aku tak tahu kau nak pergi mana. Setahu aku kau mana ada lelaki lain selain dari mamat pujaan hati nak mati kau tu.” ujar Flora yang sememangnya tahu tentang pujaan hatiku.
     “Tahu tak apa. So, aku pergi dulu. Lain kali aku temankan kau ek? Bye-bye darling. Muah!” flying kiss aku hadiahkan untuk Flora. Kesian pula aku tengok Flora muka dia masam sebab aku. Sorry friend!
    “Yela!”
…………………


    Aku mengeluarkan buku nota kecilku yang mencatat semua tentang dia. Si pujaan hatiku. Aiseyman… aku dah macam setiausaha tak bergaji dia pula. Tak apa berangan mana tahu suatu hari nanti menjadi kenyataan. Sabar ye Keyra.
    Hari ni apa ye aktiviti dia? Aku meneliti setiap tulisan yang aku tulis tentang aktiviti dia.
    Eh? Biar betul. Hari ni tak ada langsung aktiviti dia yang aku tulis. Hmm, hatiku hampa. Kyaaa… tak boleh pakai betullah aku ni.
    Aku pulang ke rumah dengan muka yang masam. Mama yang perasan akan muka aku yang masam ini lalu bertanya.
    “Kenapa anak mama ni? Masam je… ada masalah ke?” tanya mama dengan muka yang agak risau. Aduh, sorry mama. Key buat mama risau.
    “Tak ada apa-apalah ma. Sorry buat mama risau. Key masuk bilik dulu ye ma.” Balasku. Selepas bersalam dan mencium mama aku terus naik ke bilik.
    “Baiklah. By the way Key, malam nanti papa ajak dinner luar together with your twinnie. Nak join tak?” kata mama membuatkan mukaku yang masam terus jadi senyum gembira. Yeah! Erul balik!
    “Serious mama? Bila flight Erul tiba?” tanyaku dengan perasaan tak sabar nak jumpa kembar yang membesar bersama di dalam perut mama sehingga dilahirkan.
    “Nampak mama main-main ke ni? Yela. Papa dengan Pak Mail baru keluar nak pergi jemput Erul dekat airport.” Jawab mama.
    “Tak sabarnya nak jumpa Erul. Mama tak ikut sekali?” gila tak sabar dan rindu sangat dengan kembar aku ni. Tapi kenapa dia balik awal sangat? Baru setahun stay dekat Jepun.
     “Tak. Mama baru balik dari butik. Penatlah.” Jawab mama. Mama yang aku bangga walaupun sibuk dengan butik pengantinnya, tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri tidak pernah diabaikan.
     “Kesian mama… Get rest ma. Hmm, mama! Key nak tidur dulu ek? Nanti Erul sampai mama tolong kejutkan Key.”
     “Baiklah sayang. Jangan lupa solat. Zohor dah nak habis dah ni.” pesan mama. Selepas mendengar pesanan mama aku terus naik ke bilik yang pada awalnya terbantut sebab mama cerita pasal Erul.
     Allah memang Maha Adil. Selepas aku tak dapat nak stalker si pujaan hati tu dan muka aku pun menjadi masam. Dia Maha Pencipta berikan aku kegembiraan menghapuskan kemuraman dengan membawa kembali kembarku yang belajar di Jepun untuk pulang ke tanah air yang tercinta. Malaysia…
-gambar-
    Ouh ye, lupa nak cerita yang aku ni ada kembar. Hehehe. Nama dia Tengku Keyrul Aniq. Dia abang, sahabat dan kekasih aku. Muka kami memang seiras. Masa kami kecil dulu. Mama pun boleh keliru yang mana satu lelaki atau perempuan. Kadang-kadang aku dan Erul sengaja menyakat mama dengan menukar pakaian kami. Aku pakai baju Erul, Erul pakai baju aku. Kami budak nakal dulu. Jahat kan? Budak kecil bukan fikir baik ke jahat. Hahaha. Memang lawaklah masa tu.
     Usai solat dan mandi aku melelapkan mata di atas katil dengan perasaan yang melompat-lompat gembira.
……………………
     Papppp! Aduh! Siapa pula yang baling bantal sesuka hati ni. menganggu aku tidur betullah! Grr.



     Perlahan-lahan aku membuka mataku. Ouh, Erul…
     Eh? Erul! Lantas aku bangun menghadap muka lelaki yang mirip muka aku. Aku pegang muka dia. Keras! Wujudlah… aku mengosok-gosok mataku. Mungkin mimpi kot. Tak akan cepat sangat balik, aku baru je tidur. Tak sempat mimpi dah kena balik bantal. Eh, tapi siapa yang balik bantal tadi kalau bukan orang depan aku ni?
     Kepalaku ditonjol. “Kau ni… sudah-sudahlah berangan. Ni akulah kembar kau!”
     “Betul ke?” tanyaku masih lagi tak percaya. Aku dah tengah mamai ni.
     “Yela mangkuk! Meh, aku kiss sikit.” Erul cium pipi ku. Eh, betullah Erul. Aku kenal cara cium dia.
      “Erul! My twinnie. Welcome back!” kataku sedikit menjerit lalu memeluk kembarku erat-erat.
       Kemudian kami bangun lalu lompat-lompat atas katil aku dan berpusing-pusing. Perkara biasa kami buat sampai katil pun pernah patah sebab kami. Mama marah juga tapi lama-lama mama biarkan je lah. Katil patah boleh dibeli tetapi bahagia anak-anak mana nak dapat. Hehe.
       “Yeah, Erul balik. Rindu kau gila. Dah setahun kau tak balik. Raya pun dekat sana. Sampai hati tinggal aku sorang-sorang. Huhu.” Ujarku sengaja pura-pura merajuk. Dah lama tak dipujuk ni.



       “Alalalala… kembar aku ni. Manja terlebih. Eh, bagi aku baring sekejap dekat katil kau ni. Sakit tengkuk dah ni duduk dalam kapal terbang lama sangat. Nanti mama nampak mesti dia bising. Haha.” Ujar Erul lalu kami baring bersebelahan. Rasa penat pula lompat-lompat tadi dan Erul mesti bertambah penat.
       “Okey-okey. Erul, malam ni papa treat dinner sebabkan kau tahu tak. Bukan senang keluar dengan papa ni.” kataku.
       “Aku tahu tadi papa dah beritahu.” Balas Erul dengan matanya di pejamkan. Nak tidurlah tu.
       Malas nak menganggu aku biarkan Erul tidur. Baru sahaja nak turun dari katil, tanganku ditarik Erul.
       “Tidurlah. Kau kan penat.” Kataku kepada Erul yang matanya masih lagi terpejam.
       “Temanlah aku. Aku rindu sangat dekat kau.” Ujar Erul. Mata pejam tapi mulut bercakap-cakap.
       “Jangan mengadalah. Haha. Okey. Aku nak turun sekejap cari air. Haus. Nanti aku teman.” Erul melepaskan tanganku selepas mendengar jawapanku.
       Aku dengan Erul teramatlah rapat. Kembarkan? Kami tak pernah berpisah sehingga umur 18 tahun. Erul dapat tawaran belajar di Jepun. Mama dan papa mengharapkan Erul belajar di sana supaya nanti dapat mewarisi syarikat papa. Erul tak nak pergi sebenarnya tapi sebab tak nak kecewakan papa dan mama dia terpaksa pergi dan aku pun terpaksa lepaskan dia pergi. Menangis dan demam 7 hari 7 malam aku. Hahaha. Mamalah yang jadi mangsa kena pujuk aku. Mana taknya, kami tak pernah berpisah tiba-tiba terpaksa berpisah. Alhamdulillah, akhirnya aku pulih sendiri. Mama kata aku kena belajar hidup sendiri. Ni baru berpisah ke luar Negara tetapi kalau berpisah dengan kematian boleh ke tanggung? Jadi, perlu belajar dari sekarang.
…………………
     Aku mengeliat di atas katil. Erul tidur di biliknya. Hukum tetap hukum walaupun kami ini kembar satu rahim satu ibu satu perut, tidur satu katil antara adik beradik lelaki selepas akil baligh perlu dielakkan. Untunglah dia cuti dua minggu. Kyaa… aku ni malas betul nak pergi sekolah. Eh, tapi kalau tak pergi sekolah aku tak dapat jumpa si pujaan hati tu. hehe.
      Usai mandi dan solat aku pergi ke bilik Erul.  


      “Erul! Bangunlah ayam! Solat subuh. Aku nak pergi sekolah kejap lagi kau tak nak tolong hantar aku ke?” aku menggoyang-goyangkan badan Erul supaya dia bangun.
       Erul memang liat bangun. Aku tak tahulah siapa yang kejut dia kalau dekat sana. Erul memang orang yang susah untuk bangun pagi.


       Dia menggosok-gosok mata. “Cantiklah kau pakai baju sekolah. Haha. Rindu pula aku nak pakai baju sekolah.”
       “Kau ni buat aku kembang pula pagi-pagi ni. Pergilah mandi, solat. Busuklah! Eeee…” ujarku.
        “Yela kak Ton!”
        “Kak Ton? Eee… pleaselah. Okey aku tunggu kau kat bawah, jangan lambat nanti aku kena tibai.”
         “Ya!”
         Aku mengambil beg sekolah di bilikku yang terletak di meja belajar dan membelek-belek mukaku di cermin. Okey cantik!
         “Good morning! Mama, papa, Mak Kiah, Pak Mail, bibik.” Sapaku untuk semua orang yang berada di ruang makan dan dapur.
         “Ceria betul anak mama hari ni.” tegur mama sambil menghulurkan roti bakar yang telah disapukan kaya kepadaku.
         “Macam tak tahu pula mama ni.” ujarku lalu mengambil roti bakar tersebut.
         “Ni, Erul mana?” tanya mama.
         “Tengah siap kot. Sekejap lagi turun.” Jawabku lalu menyuapkan roti ke dalam mulutku.
          “Erul tidur dengan Key?” tanya papa yang daripada tadi membaca surat khabar.
          “Eh, tak adalah. Papa jangan risau Key tahu hukum.” Jawabku.
          “Baguslah. Papa risau kalau perangai lama diulang balik.” Kata papa yang risau akan aku dan Erul.
           Dulu memang aku selalu tidur dengan Erul tapi setelah meningkat remaja mama mengajar kami supaya tidur berasingan. Walaupun kami kembar tetapi sesuatu mungkin berlaku jika tidur bersama. Oleh itu, perlu dielakkan perkara tersebut.
        “Don’t worry papa. Key dah besar. Insyaallah Key boleh jaga diri sendiri.”  balasku memberi keyakinan kepada papa lalu pergi ke depan untuk memanggil Erul. “Erul! Cepatlah turun hantar aku. Terhegeh-hegeh lah kau ni.”
         “Mama, Key pergi dulu.” Kataku lalu mencium tangan papa dan mama.
          “Eh, baru pukul 7! Cepatnya kau nak pergi.” Tanya Erul hairan yang melihat muka aku berubah.
          “Lantaklah! Kau nak hantar ke tak nak? Kalau tak aku naik bas je.”
          “Mama, papa Key kenapa? Erul dapat rasakan sesuatu yang berlaku tadi.” Kalau dah kembar, apa yang aku rasa mesti dia rasa.
           “Satu, dua, tig ….”
           “Okey-okey. Hish, kau ni!” rungut Erul.
…………………….
           Sampai ke sekolah aku nampak kereta Mercedes si pujaan hati yang dipandu oleh seorang pemandunya. Wah, kita datang bersama-samalah. Hehe. ada jodoh…
           “Key! Kau ni dah kenapa? Tersengih-sengih. Tadi dekat rumah marah bagai, sekarang tersengih-sengih. Pahal? Terencat ke apa?” Tanya Erul yang hairan.
           “Kalau aku terencat kau pun akan terencat juga tau. Haha. Cuba kau tengok tu.” jawabku sambil mata tak berhenti untuk melihat si pujaan hati yang bernama Ryzal Iskandar itu.
           “Mana?” tanya Erul.
           “Tu lah mangkuk!”
           “Mana ada… aku nampak kereta Mercedes tu je.” Jawab Erul.
           Aku menoleh kepada Erul dan menarik kepalanya supaya Erul nampak. “Ni hah! Eh? Tak ada dah? Aduh, kau la ni… hilang dah dia.” Marahku.
         “Siapa? Hish, kau ni merepeklah.” Tanya Erul.
         “Ryzallah! Budak yang aku suka tu.” jawabku.
         “Ryzal? Wah, loyal betul kau. Dah 3 tahun weh. Budak tu tak layan kau pun yang kau terhegeh-hegeh lagi kenapa?” ujar Erul.
         “Kau kembar aku dan kau patut tahu apa aku rasa.” Balasku lalu terus keluar dari kereta tanpa bersalam dengan Erul seperti selalu.
………………..


          “Ryzal tunggu!” jeritku di bangunan yang jarang dilalui oleh pelajar-pelajar dan guru-guru. Dia sedang meronda-ronda kawasan sekolah pada waktu pagi jadi aku mengambil kesempatan ini untuk bersua muka buat kali ketiga. Satu tahun sekali jumpa dan tegur. Hehehe.
           “Ye saya? Eh, kenapa awak ada kat sini? Awak patut berada di tapak perhimpunan.” Dengan sopan dia berkata. Gila cair aku doh!
           “Saya…? Em, saya. Awak tak kenal saya?” aku menanyakan soalan bodoh kepada Ryzal. Aku menundukkan kepala ke bawah. Kalau dongak kepala nanti pengsan pula. Hehehe.
            “Saya kenal.” Balas Ryzal lalu dia meneruskan kerjanya meninggalkanku sendiri yang sakit hati kerana masih tidak dilayan.
             Ya! Aku memang jenis perigi cari timba. Erul pun banyak kali marah aku. Tetapi kalau hati aku kata suka aku tak boleh buat apa. Kesiannya aku…
             Aku mengejar Ryzal yang sudah ke tingkat atas bangunan yang dipantau.
            Aku berhenti di belakang dia lalu berkata, “Ryzal kenapa awak tak pernah nak layan saya? Saya tegur awak buat bodoh je. Saya pernah buat salah pada awak ke?”
           Dia berhenti daripada berjalan selepas mendengar pertanyaanku.



          Dia pusing belakang dan memberi senyuman yang membawa seribu pertanyaan lalu meninggalkan aku sekali lagi.
         Kyaaaa… apa maksud dia ni?
         Aku perlu dapatkan sesuatu yang bernilai daripada dia sebelum aku pergi. Hanya dia yang boleh ubat aku. Masa aku tak panjang lagi. Ya Allah, kuatkanlah aku.
         Pagi itu aku ponteng perhimpunan buat kali pertamanya. Aku pergi ke bumbung tingkat atas bangunan di blok K kelas aku. Selalu tempat itu menjadi kunjungan pelajar-pelajar untuk menenangkan diri atau mendapat udara yang segar.
         Aku duduk di buaian kayu yang disediakan.
        Termenung dan termenung memikirkan si dia. Pujaan hati yang lama aku puja. Hal ini disebabkan ketampanan dia, kuat pegangan agamanya, keluarganya dan semua ciri-ciri lelaki idaman aku ada pada dia. 99.9% ada. Apa lagi 1%? Dia sombong dengan aku.
         Hendak di bandingkan aku dengan dia jika berdiri di sebelah. Aku ni kecik je dia tinggi dan tegap. Dia punya ketinggian 180cm tapi aku hanya 160cm. Nasib baik Erul tak pendek macam aku. Ketinggian Erul lebih kurang dengan Ryzal. Muka aku? Flora kata macam Bae Suzy ahli kumpulan Miss A. hehehe. Entahlah kuat berangan betul Keyra ni. Dah macam orang gila dah aku ni cakap sorang-sorang but pedulilah bukan ada orang tahu aku kat sini.



         Cantiknya rama-rama ni. aku cuba menyentuh rama-rama yang hinggap di buaian yang aku duduk tapi tak dapat. Huh! Burung berkicauan di langit membuatkan aku rasa ingin bebas seperti binatang tersebut.
         Aku harap aku dapat sesuatu yang aku nak sebelum aku pergi.
……………………
         Perhimpunan pada pagi ini tamat. Aku masuk ke kelas seperti biasa. Harap tak ada siapa perasan yang aku ponteng atas bangunan ni. Amin… Keyra.Keyra.Keyra.
         Aku duduk di tempat dudukku seperti biasa. Hari ni aku tak jadi budak yang peramah tegur rakan sekelas seperti selalu. Malas pulak nak bercakap. Terdengar suara kecoh-kecoh sebut nama aku.
        “Eh, Keyra datanglah.”
         “Keyra ponteng ek?”
         “Keyra lewat kena denda ke?”
         “Sejak bila Keyra tak pandai bercakap ni?”
         Ni lah masalah kalau jadi orang popular ni. Popular ke? Hehehe. Tak adalah sangat. Well, Keyra is talkative. Jarang tengok aku senyap kecuali ada masalah tertentu. Tetapi hari ni aku tak banyak bercakap tu yang banyak tanya tu. Menyibuk betul!
        “Amboi, busybody betullah korang ni. Dah lah buat kerja masing-masing. Keyra mungkin tak ada mood hari ni.” jawab Jibol bagi pihak aku. Jibol? Siapakah? Rakan sekelas aku juga. Kenapa nama dia Jibol? Aku tak tahu tapi yang pasti nama dia berbelit dan panjang tu pasal orang panggil Jibol. Muhammad Badrullahishahrizal Zikir bin Zali. Amacam ada belit tak lidah tu menyebut? Kalau tak ada maknanya anda bukan pelat. Hehehe.
         Flora tiba-tiba muncul di hadapanku.
         “Kau kenapa beb? Mana kau pergi tadi?” tanya Flora.
         “Aku…” belum sempat aku beri jawapan Cikgu paling garang masuk ke kelas. Dengar dia berdehem sahaja semua dah menggigil ketakutan. Hahaha.
          Flora terus kembali ke tempat duduknya sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku.
         Ketua kelas bangun. “Perhatian! Tunduk. Selamat pagi cikgu.”
         Semua duduk tegak memandang cikgu dan tunduk hormat sambil mengucapkan selamat pagi.
         “Terima kasih. Baiklah keluarkan nota semalam yang saya suruh siapkan.” Cikgu Chia memberi arahan.
           Semua dengan muka kelat segera mengeluarkan nota Biologi semalam. Itulah kelas 6Sains2 bila dengan cikgu garang semua kecur takut tapi bila waktu Sejarah dengan cikgu yang sopan santun. Cikgu cakap apa pun buat tak tahu je. Jadi, jangan ikut tingkah laku seperti ini.
…………………………
           “Keyra! Woi, tunggulah. Kenapa laju sangat kau ni?” termengah-mengah Flora selepas mengejar aku.
            “Aku ada kerja ni nanti kita jumpa dekat atas okey? Aku pergi dulu.” Ujarku sambil memberi senyuman kepada Flora.
             “Kau ni tak habis-habislah. Okey, aku tunggu.” Balas Flora.
             Waktu rehat hari ni aku tak sempat makan sebab tergesa-gesa ke surau untuk mendengar suara yang merdu di situ. Siapakah? Si pujaan hatilah. Hehehe.
             Buku cerita kisah nabi aku capai dan pura-pura membacanya supaya orang tidak perasan bahawa aku sedang menstalker orang. Perlahan-lahan mengeluarkan perakam suara selepas aku melihat Ryzal sedang bersiap sedia untuk mengaji. Mujur ada langsir yang bertujuan menutup jemaah perempuan dari dilihat jemaah lelaki.
             “Auzubillahiminasyaitunirajim…bismillahirahmanirahim.” Dengar sahaja bacaan itu aku terus menekan butang rakaman pada perakam suara ini untuk merakam suara Ryzal. Suara dia boleh mengubat rindu di hati di kala aku tiada di sisinya nanti. Aisey… ayat aku jiwang.
            “Sadakallahulazim… Amin…” tamatlah sudah bacaan Al-Quran pada hari ini. Pendek sahaja ayat yang dia baca hari ini. Mengikut catatan notaku pada waktu rehat dia ada tugas iaitu memeriksa tandas lelaki dan kawasan-kawasan yang selalu menjadi tempat untuk merokok. Tahu aje Keyra ni. Well…
         Waktu balik tugas dia menekan loceng waktu balik jadi, aku pasti terlepas untuk melihat dia pulang. Huhuhu.
            Ya Allah! Aku lupa! Aku menepuk dahi. Flora mesti bengang dengan aku ni. aku segera melajukan langkah untuk ke atas bumbung bangunan.
            “Flora… sorry. I’m late.” Kataku dengan suara sengaja dilembutkan supaya Flora tak hangin.
            “Yela. Tak apa! Aku faham.” Mendatar suara Flora seperti merajuk dengan ku.
            Aku cuba menarik perhatian dia. “Flora, Erul dah balik.” Cuba mengumpan.
            Dan mengena juga akhirnya. “Eh, series? Bila dia balik? Rindu pula aku dengan dia.”
           “Amboi, kau. Kalau nak jadi akak ipar aku cakap je la. Aku terus terima tak payah isi boring dah. Haha.” Sengaja sakat Flora. Tengok muka dia pun merah padam dah.
               “Nanti kau baliklah dengan aku eh?” ajakku.
               “Eh, tak payahlah malulah. Hehehe.” Jawab Flora malu-malu.
              “Gedik kau. Tak payah malu sangatlah.”
              “Yela mangkuk!” akhirnya Flora memberi keputusan.
              “Flora aku ada ben…”
              “Weh, korang masuk kelas. Waktu rehat dah habis.” Salah seorang rakan sekelas menyuruh kami masuk ke kelas.
               Perlu ke aku beritahu Flora tentang ini? Aku takut Flora sedih.
              “Ouch!” aku menggosok-gosok badanku yang dilanggar oleh seorang lelaki.
              “Eh, Keyra. Kau tak ada apa-apa ke?” tanya Flora.




             Aku mendongak melihat lelaki tersebut. Ryzal? Wahhh. Aku berlanggar dengan dia. Hehe.
              “Keyra? Keyra?” Flora melambai-lambai tangan ke arah muka ku.
              “Hah?”
              “Ryzal kata sorry. Kau tak dengar ke?” tanya Flora. Series tak dengar sebab melayan hati aku yang macam nak pecah.
               “Ouh. Ha…ha…hai Ryzal!” kataku sambil mengangkat tangan. 



               “Lain kali jalan pandang depan bukan berangan ye.” Ujar Ryzal dan terus berlalu pergi. Walaupun kata-kata itu menyakitkan hati bagi orang lain tapi bagi aku kata-kata itu membuatkan aku bertambah teruja! Oh, si pujaan hati!

               “Flora!” jeritku sambil tangan mengoncang-goncang badan Flora.
               “Dah! Tak payah nak sawan dekat sini. Jom. Kita dah lambat ni.”  balas Flora. Flora menarik tanganku supaya bergerak daripada terus berangan.
…………………..
               Sekejap sahaja masa berlalu. Aku tidak punya waktu yang panjang. Aku akan pergi meninggalkan semua kenanganku di sini. Aku tidak tahu sama ada usaha aku mengejar Ryzal berjaya atau tidak. Makin lama makin aku kejar makin aku rasa diri aku ni bodoh. Seperti perigi mencari timba. Betul kata Erul. Aku perlu berhenti mengejar orang yang tidak mungkin menjadi milikku. Aku mengambil sehelai kertas yang ada di meja belajarku lalu mencoretkan satu puisi.
Oh, si pujaan hati!
Melihat dirimu, hatiku berpaut.
Melihat dirimu, hati berdebar tak menentu.
Melihat dirimu, bayanganmu bermain di minda.
Oh, si pujaan hati!
Aku tahu diriku ini bagai si perigi mencari timba.
Aku tahu diriku ini menyusahkanmu.
Aku tahu diriku ini telah membuat kau benci.
Oh, si pujaan hati!
Meskipun bertahun lama aku mengejar.
Agak mustahil untukku  miliki dirimu.
Oh, si pujaan hati!
Jangan kau risau lagi.
Tidak ada orang yang akan …
Mengejarmu, mencarimu, menyusahkanmu, mengintaimu.
Kerana hatiku akan mati di sini. 


“Key! Kau buat apa?” terkejut aku. Erul tiba-tiba masuk. Puisi yang aku tulis tadi sempat aku sembunyikan bawah buku yang aku gunakan untuk mengalas kertas tadi.
         “Berangan! Haha.”
        Erul menonjol perlahan kepalaku.
        “Aduh sakitlah sengal! Kau ni tangan tu tak pernah berubah. Agaknya nanti lepas kahwin aku tengok Flora punya kepala mesti benjol-benjol sebab kena tojol dengan kau. Haha.” Aku ketawa sakan selepas menyakat Erul. Padan muka!
            “Apa kau merepek ni? huh! Dah jom turun. Mama panggil dinner time.” Ujar Erul.
            “Okey. Jom.” Aku dan Erul keluar bilik sambil memimpin tangan dan bernyanyi-nyanyi riang.
             “Amboi, anak-anak mama ni! Kemain riuh suaranya. Ni kalau ada cucu mesti lagi riuh kan bang?” ujar mama yang senang melihat anak-anaknya gembira.
              “Eh, awak ni! Merepek apa ni? Dorang muda lagi. Belajar pun belum habis lagi.” Balas papa.
              “Ha’ahlah mama. Kami masih muda. Belum puas lagi menikmati zaman muda-mudi ni tak kan nak kahwin dah.” Ujar Erul mengiakan kata papa.
              “Mama cakap je. Tak ada pula suruh korang kahwin terus.” Balas mama mendatar. Masih nak menang lagi tu.
              “Eleh, mama nak cover letew. Tahu sangatlah. Haha.” Macam biasa aku suka menyakat orang.
              “Tengok tu tengok tu. Merah dah pipi mama malu sebab kalah berdebat. Kan Key? Papa?” ujar Erul pula mengikut aku menyakat mama.
                “Haha. Dahlah. Hish, kamu berdua ni perangai tu tak pernah berubah. Kesian mama kamu. Dah jom makan.” Kata papa memberhentikan kami daripada terus menyakat mama.
                 “Tengoklah papa dia macam mana.” Akhirnya mama bersuara.
                 Riuh ketawa masing-masing di ruang makan itu. Alhamdulillah aku sangat bersyukur kerana memilikki keluarga yang bahagia dan harmoni.
……………….
                Malam minggu aku dan Erul meluangkan masa bersama kawan-kawan sekelasku. Erul menyibuk sekali sebab ada Flora. Haha. Esok pagi aku akan bertolak ke Jepun bersama Erul. Mama dan papa ikut sama tetapi mereka akan tinggal bersama kami untuk seminggu sahaja.
                “Keyra. Nanti balik jangan lupa bawak minah sepet dekat aku. Haha.” Ujar Jibol. Tak habis-habis dia ni dengan perempuan.
                “Insyaallah kalau aku ingat kau.” Balasku.
                 “Macam memang nak lupakan kitorang je.” Kata Flora bernada sedih.
                “No lah! Aku tak akan lupakan korang punya. Percayalah.” Jawabku dengan yakin.
                 “Ala 3 tahun dekat sana sekejap je. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Jangan risaulah, hari-hari aku basuh otak Key supaya ingat dekat korang.” Loyer buruk Erul memang buruk! Grr!


                 “Ha’ah ye. Nanti aku pun buat benda yang sama dekat kau. Tak adalah kepala tu biul sangat. Kesian Flora nanti. Haha.” Kesian Flora jadi mangsa bahan lawak dengan aku.
                 “Woooo…. Haha.” Semua sakan ketawa.
                 “Suka letew Flora.” Sakat Nani.
                 “Tengok tu tengok tu. dua-dua pipi sudah merah maaa… hahaha.” Sakat Jibol.
                 “Amboi, suka kau ye Key kenakan aku. Kau tunggu nanti kat rumah.” Ugutan Erul itu aku balas dengan jeliran lidahku. Hahaha.
                  “Kau nak pergi ni, dia tahu?” tanya Flora tiba-tiba.
                  “Entah. Lantaklah. Aku rasa macam dah give up dah.” Kendur suaraku berkata.
                  “Okey-okey. Jangan cerita sedih. Hari ni kan kita nak enjoy. Aduh, aku tak naklah tengok orang perempuan nangis ni. haha.” Jibol menceriakan suasana.
                   “Yela. Aduh, Flora ni. spoil mood betul.” Nani pura-pura marah.
                   “Eh, aku? Hmm, yela… Sorry guys! So, kita nak buat apa lepas ni?” ujar Flora.
                   “Jam baru pukul 9.30 malam. Well, malam masih muda. Jom kita pergi club nak? Pesta?” kata Erul menyebabkan semua memandang Erul dengan pelik. Clubbing? Nak mati ke apa?
                    “Club? Apa awak merepek ni Erul?” tanya Flora.
                  “Eh? Asal muka semua cenggini? Lah… saya gurau je lah sayang. Aisey, aku gurau je. Haha. Cuak masing-masing.” Jawapan Erul membuatkan kami rasa nak hentak kepala dan pijak-pijak je. Aku ingat kembar aku dah biul ajak pergi clubbing. Alhamdulillah masih waras.
                    “Okey-okey. Apa kata kita pergi karaoke melalak puas-puas dan letihkan diri di bowling. Amacam?” Nani memberi cadangan.
                    “Wah, boleh je. Okey jom gerak sekarang!” arahku.
                   Erul membuat pembayaran bersama Flora. Malam ni Erul belanja. Hahaha. Kesian sebab aku yang paksa dan aku juga paksa Flora teman Erul pergi bayar makanan. Aku dan yang lain menunggu di luar sahaja.


                  Dalam kegembiraanku pada hari ini, terselit sedikit perasaan rindu akan dia. Oh, si pujaan hati. Keyra! Bangunlah! Stop kejar dia macam orang bodoh! Satu suara halus menjerit di telinga. Keyra life must go on! Yeah. Tapi… aku sayang dia. Dia pujaan hati aku! Arghhh!
…………………………
                Semua bagasi-bagasi telah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Flora dan rakan-rakan lain tidak dapat menghantar aku sehingga ke KLIA atas sebab-sebab tertentu. Mereka hanya datang ke rumahku untuk menyambut kepergianku. Aku memeluk Flora erat begitu juga dengan Nani. Dengan Jibol aku hanya bersalam sahaja.
              “Kau jaga diri tau dekat tempat orang. Jangan risau, aku akan perhatikan dia untuk kau.” Bisik Flora ketika kami berpelukan. Aku hanya memberi senyuman tanpa berkata apa-apa.
              “Bye korang! Take care. Aku pergi dulu. Flora, Erul kirim salam. Dia tak nak keluar kereta sebab dia nangis. Haha.” Aku sempat lagi sakat Erul dan Flora.
              “Bye Keyra!” jerit semua.
               Aku menoleh ke cermin belakang untuk melambai mereka semua. Tiba-tiba mata aku perasan sesuatu. Ada kereta yang seperti aku kenal di luar rumahku. Tak mungkin dia? Lantaklah.
              “Key? Tengok apa lagi tu?” tanya mama hairan melihat aku yang daripada tadi toleh ke belakang padahal dah jauh dah daripada dorang.
              “Hehe. tak ada apa-apa.” Jawabku lalu duduk dalam keadaan selesa.


-CONTINUE- 


p.s Maaf kalau ada yang tak kena dengan cerita ini. Cerita ni dah lama update dah di fb Mia tapi Mia baru update dalam blog ni. Maaf juga kalau ada kekurangan. Tak sempat edit lebih-lebih. hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca. Tunggu sambungannya okey. 







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..