Monday, 3 February 2014

Masih Aku Cinta [Part 2]

Wah-wah sudah 2 bulan masa berlalu dan ini bermakna sudah 2 bulan aku dan dia hangat bercinta. Hmm… siapakah dia? Kata hati batulah! Tak stick with one lah! Ni apa kes dah bercinta bagai?
       Hehe… tak boleh nak kata apalah. Apabila hati aku ni jatuh hati pada sikap terlebih romantic dan peramah dan baik dia tu. Siapa lagi kalau bukan Adam mamat cool blog tu. Dah memang nama dia je ada dalam cerita ni jadi, memang dialah yang aku cinta sekarang.
        Aku mengharapkan yang halal suatu hari nanti kalau diizinkan oleh Allah. Kalau tidak, aku redha dan menganggap mungkin tiada jodoh antara aku dan dia.
       “Falling in love… Falling in love…”
        Jangan terkejut bila nada dering panggilan aku dah bertukar jadi lagu Falling In Love yang di nyanyikan oleh 2NE1. Hahaha. Panggilan segera aku angkat dengan senyuman terukir di bibir. Seperti biasa setiap malam sebelum tidur pasti dia telefon aku. So sweet I guess.
         “Assalamualaikum Liya…”
         “Waalaikumusalam Adam.”
         “Liya dah tidur ke?”
         “Belum… kalau Liya tidur. Liya tak jawab panggilan Adam.”
         Aku dengar dia ketawa kecil.
         Senyap.
         “Emm… Liya dah makan?”
          Dia seperti biasa suka menanyakan soal makan dan juga kesihatanku. Ini menunjukkan dia seorang yang pentingkan kesihatan. Hmm!
          Malam tu kami berborak agak lama, dekat sejam weh!
          Dengan lafaz bismillah dan doa tidur. Aku tidur dengan nyenyak malam tu.


“Amboi Liya cantiknya hari ni…” puji ke perli kak Farah ni?


          “Lahai kak, cantik apanya…” memang aku anggap perli kot sebab pakaian aku yang berseluar jeans dan t-shirt bersama cardigan dikata cantik. Mana ada cantik kan? Oh, mungkin sebab aku make-up muka aku sikit kot? Eh? Gila perasan!
          “Cantiklah Liya… Lain dari yang lain…”
          “Apa yang lainnya kak?”
          “Tu muka tu lain sikit. Macam tak kena dengan pakaian Liya ni.”
          Hmm! Sudah ku agak dah!
          “Hehe… Liya tepek make-up sikit. Kak, pakaian Liya kenapa? Tak sesuai ke?” aku menilik diri di hadapan cermin besar dalam rumah ni.
          “Haah. Apa kata Liya pergi tukar jeans tu dengan skirt labuh. Baju tu tukar blaus, sesuai sikit dengan skirt labuh Liya nak pakai.”
          “Err… skirt kak?” aku menggaru kepala yang tidak gatal. “Kak… Liya mana ada skirt atau kain-kain ni.” itu memang hakikat sebenar.
           “Ala Liya ni… dalam almari akak tu berlambak skirt labuh yang Liya bagi kat akak. Liya ambil jelah pakai yang mana sesuai dengan Liya. Saiz kita sama je kan Liya…”
           “Aduh… tak apa ke ni kak? Buat malu je… Liya yang bagi akak tapi Liya ambil pakai pula.”
            “Tak apalah Liya…”
            “Okey. Jom akak teman Liya pilihkan skirt labuh dengan blaus yang sesuai.” Tanpa sempat Kak Farah berkata aku sudah pun menarik tangannya untuk mengikut langkahku ke bilik.

Aku tak tahu kenapa dengan rupa aku hari ni sampai dia ternganga dan buat muka terkejut pandang aku. Pelik ke pakaian aku hari ni? Dengan blaus berlengan tiga suku berwarna lembut dipadankan dengan skirt labuh yang bercorak. Memang penampilan aku lain hari ni tapi ada yang pelik ke di mata dia? Ke baju ni ada kesan koyak atau skirt aku ni tercarit benang ke apa? Amboi, jauh aku buat tafsiran…
          “Adam? Adam…” aku melambai-lambaikan tanganku di hadapan muka dia.


          “Hah ye? Saya?”
          “Tutuplah mulut Adam tu. Gaya Adam macam nak makan saya je. Tengok semua orang pandang tu.” aku sengaja bergurau menambahkan situasi ceria yang amat janggal.
           “Oh. Hmm… Maafkan Adam. Adam terkejut je tengok Liya cantik sangat hari ni. Lain daripada yang lain. Eh, mari duduk Liya!” Adam menarik kerusi di hadapannya untuk berikan aku duduk. Sungguh romantic di situ.
           “Terima kasih Adam. Emm… apa yang lainnya? Liya masih Liya. Sama jelah Adam…”
            “Ini date yang ketiga after kita couple and tonight you look very gorgeous Liya and make me melting when looking you.” Tu dah keluar dah suara lembut yang romantic tu. Mana tak aku cair memalam sebelum tidur lepas dia telefon aku.
            Memang kenyataan sepanjang dua bulan aku dan dia, masuk hari ni enam kali berjumpa. Tiga kebetulan sebelum couple, tiga lagi after couple. Maklumlah dia bakal doktor yang sekarang sibuk dengan pratikal di hospital dan aku masih belajar. Jadi masa memang cemburu dengan kami, nak jumpa selalu pun tak boleh. Mungkin ada hikmah, nak elakkan maksiat berlaku pun ia jugakan? Aku dan dia berhubung pun melalui sms atau panggilan telefon. Tu pun dah sweet moment ada. Hahaha.
            “Adam make me blushing ahh… Thanks Adam tapi Liya not too gorgeous like you say. Liya still Liya cuma hari ni Liya tiba-tiba nak tukar gaya pula and I feel awkward at first bila orang yang kenal Liya tengok Liya pakai macam ni… hehe.” aku buat kesimpulan sendiri. Puji sendiri. Back-up hati sendiri yang tengah malu dengan pujian Adam tadi.
            “Mana ada. You look pretty too. Adam ikhlas puji Liya and I feel very lucky to have you Liya. Rasa tak sabar nak jadikan Liya yang halal… but I can’t maybe…” ayat yang di hujung itu di perlahankan tapi sebab telinga aku ni telinga kuali memang aku dengar apa dia cakap.
             “Apa maksud Adam?” tanyaku. Smell fishy lah!
             “Erm, nothing. Let’s take order for us. Adam laparlah…” dia dah mula tukar topic buat aku rasa tak sedap hati je tapi tak apalah soalan tu biar je dulu kang tanya lagi spoil mood malam ni. Bukan selalu jumpa dia ni, nanti bila spoil mood tak ke sakit hati dapat. Huhuhu…


Dua minggu kemudian …
      Selepas malam ketiga pertemuan aku dan Adam tiada lagi panggilan dari Adam. Mana Adam pergi? Puas aku telefon dia. Sms dia tapi semuanya sia-sia sebab Adam mematikan telefon bimbitnya. Bukan tak nak cari Adam dekat hospital Adam buat pratikal tetapi aku tak tahu hospital mana Adam pratikal. Salah aku ke sebab tak bertanya di mana dia pratikal? Di mana dia tinggal? Aduh, bodohnya lahai! Macam mana aku tak terfikir langsung untuk tanya tu semua dengan Adam. Sekarang tengok! Siapa yang merana? Akhirnya sebuah keluhan meniti di bibirku.
        “Liya… Liya tak cuba check update facebook dia ke?” well, zaman sekarang semua di hujung jari. Nak apa cari je kat internet kan?
        “Dah Liya dah cari tapi last update 3 minggu yang lepas… Dia bukan selalu online pun kak.”
         “Macam nilah. Liya banyakkan Istighfar dan berdoa semoga Allah melindunginya. Sabar ye Liya.”
          Aku hanya mengangguk dan lantas kakiku masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kewajipan yang satu ini perlu di laksanakan dengan segera walaupun waktu Isyak adalah waktu yang panjang tapi seingat aku belum pernah menunaikan Isyak lebih dari pukul 12 malam melainkan waktu aku sakit. Wallahualam…
          Usai solat, telekung dan sejadah aku lipat kemas dan letakkan di penyakut tuala. Baru sahaja kaki ini ingin melangkah keluar. Bunyi lagu kegemaranku bergema di dalam ruang bilik ini.
          Tiba-tiba hati aku rasa berdebar. Terasa langkah kaki ini makin perlahan untuk mendekati telefon bimbitku. Siapakah yang mesej aku pada waktu ni? Waktu orang selalunya tidur. Automatik fikiranku memikirkan satu nama. Adam Najmi! Adakah dia yang menghantar mesej kepadaku?
           Akhirnya langkah kakiku berdekatan dengan meja studi. Telefon bimbitku capai dan perlahan-lahan aku melihat mesej masuk itu.

 Liya. Seriously I miss you. Sorry for all. Adam terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni dengan pratikal Adam. Take care sayang. –Adam-

         Mesej yang ringkas tapi agak menyakitkan hati aku baca. Tak tahu kenapa hati aku rasa tak sedap dan sakit yang amat hanya Tuhan yang tahu. Lantas, aku hanya membiarkan mesej tersebut tanpa membalas apa-apa dan dalam kepala aku hanya fikir untuk tidur. Tak jadi nak pergi berbual dengan Kak Farah. Aku hanya mampu berharap sekarang ni. Berharap dengan tidur aku dapat melupakan semua termasuk yang terjadi hari ni. Aku tiba-tiba menjadi tawar hati untuk menerima semua ni.

-TO BE CONTINUE-

p/s Hye readers! Hmm, lama menunggu? Atau tak ada orang baca? Tapi tak apa. Erm, hanya ini yang mampu saya bagi. Ceritanya agak slow mungkin. Jangan terasa kalau jalan cerita lebih kurang sama ye. Mia tulis cerita apa yang Mia nampak xDD Segala kekurangan Mia mohon maaf. Segala kesilapan tolong betulkan :) Okay till here then. Annyeong!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

No comments:

Post a Comment

Mari meriahkan suasana..