Pada suatu hari, di dalam pejabat disiplin sekolah menengah
bla bla bla terdapat sepasang pelajar yang agak terkenal di sekolah itu.
Sekolah tersebut merupakan sekolah swasta jadi, mestilah anak-anak-anak orang versi
kaya punya. Ehh?
“Cikgu, saya
datang ni nak melaporkan kes dua orang pelajar ni.” Adu Cikgu Timah ‘Gendut
Gelek’.
Maaf. Kenapa
Cikgu Timah ‘Gendut Gelek’? Haha. Itu sebenarnya cikgu baru. Baru dua bulan
masuk sekolah dah di beri nama gelaran. Nama sebenarnya Siti Fatimah Abu Kulup.
Sebab di beri gelaran tersebut. Cikgu ni dah lah gendut tapi jalan gelek sana,
gelek sini macam model dah. Ehh? Maaf.
Dua pelajar
tersebut hanya menunduk. Bukan menunduk takut di marah tapi menahan ketawa. Ehh?
“Apa yang mereka
dah buat Cikgu Timah Gendut Gelek? Eh, maaf. Cikgu Fatimah.” Hampir melenting
Cikgu Timah GG bila guru disiplin turut memanggilnya dengan gelaran berikut.
‘Baik tak payah
jadi cikgu dia ni.’ Desis hati Cikgu Timah GG.
Cikgu disiplin
yang bernama Cikgu Razak atau nama gelaran yang di beri Cikgu Rojak Buah turut
menahan ketawa apabila memanggil Cikgu Timah GG dengan nama gelaran tersebut.
‘Hish, tak sayang
mulut betul aku. Macam mana boleh terikut-ikut perangai budak ni.’ Desis hati
Cikgu Rojak. Ehh? Cikgu Razaklah...
“Cikgu, mereka ni
telah melakukan kesalahan dengan tidur berdua di dalam kelas.” Kata Cikgu Timah
GG. Perkataan GG ni dah macam Girl Generation (kumpulan Korea -kpop) punya nama
singkatan tapi malangnya dia bukan ahli Girl Generation. Dia old generation.
Ehh? Mengutuk!
“Betul, awak
berdua tidur dalam kelas?” tanya Cikgu Razak Rojak (double R) kepada sepasang
pelajar tersebut.
Dua pelajar itu
mengangguk perlahan. Masih menundukkan muka. Hehe, segan nak tayang ketawa
sebenarnya.
‘Hmm, takut lah
tu. Padan muka korang!’ bisik Cikgu Timah GG. Dengkinya!
Cikgu Double R
agak terkejut dengan pengakuan tersebut. Tak sangka dua orang pelajar ni
melakukan maksiat sedemikian di sekolah. Ni tak boleh di biarkan lagi.
“Hmm, bilakah
kejadian tersebut berlaku? Dan awak berdua, cikgu tak sangka kamu ni dah
melebih. Melakukan maksiat di sekolah apa ni?” Sambil bertanya, Cikgu Double R
marah-marah.
Cikgu Timah GG
senyum puas.
Dua pelajar tadi
mendongak dan terkejut dengan tuduhan tersebut.
Mereka berpandang
sesama sendiri. ‘Maksiat?’ Bila pula?’ Mereka berinteraksi menggunakan bahasa
isyarat tersendiri.
“Kejadian berlaku
semasa saya mengajar tadi. Mereka berdua duduk di belakang kelas.” Jelas Cikgu
Timah GG. Dia merasakan kemenangan hampir berpihak kepadanya.
Dia sedia maklum
yang dua orang pelajar ini memang liat di beri denda. Kenapa? Dia pun tak
pasti. Jadi, hari ni dia nak buktikan yang pelajar ni harus di beri denda walau
anak datuk sekalipun. Peraturan tetap peraturan!
Akhirnya, ketawa
yang selama ini di tahan oleh ketiga-tiga makhluk selain Cikgu Timah GG meletus
juga. Terenjut-enjut Cikgu Double R ketawa. Dua pelajar ni ketawa biasa je,
sebab dia dah biasa dengan masalah ni. Haih, over pulak cikgu ni.
‘Cikgu Double R ni
kenapa? Sawan ke apa? Ehh? Aku pun ikut panggil Cikgu Double R kenapa? Haihlah,
nasib dalam hati je.’ Desis hati Cikgu Timah GG.
“Awak berdua boleh
keluar.” Arah Cikgu Double R setelah tawanya berhenti.
Cikgu Timah GG hairan lalu bertanya. “Cikgu,
mereka telah melakukan kesalahan kenapa tak di beri denda?”
“Bukan besar
sangat pun salahnya, saya ingat mereka tidur berdua je di kelas. Jadi, buat
apalah nak denda kerana tidur di dalam kelas. Cikgu sendiri pun boleh bagi
denda juga kan, tak perlu sampai ke disiplin.” Ambik! Panjang lebar Cikgu
Double R bercakap.
Muka tak puas hati
ditunjukkan oleh Cikgu Timah GG. Cikgu Double R buat muka tak kisah lalu
meneruskan kerjanya yang terbantut tadi. Dia biarkan sahaja Cikgu Timah GG
berdiri tercegat mencari akal. Cikgu Double R dah lali dengan soalan yang bakal
di tanya, jadi duduk relaks je lah.
“Saya tak faham
lah dengan cikgu-cikgu sekolah ni? Kenapa back-up sangat pasangan cinta monyet
tu? Dorang ada bagi suapan apa-apa ke sampai cikgu semua buat tak nampak
kesalahan mereka berdua.” Hah, bersedialah Cikgu Double R menjawab soalan yang
agak panjang lebar dan susah nak jawab satu-satu sebab lupa soalannya apa.
Alahai, cikgu...
‘Choooiiii,
rasuah-rasuah tak main ye Cikgu Timah Gendut Gelek!’ bisik hatinya. Malas nak
buka mulut cakap macam tu, nanti lagi panjang ceritanya.
“Macam ni lah
cikgu. Saya bagi satu jawapan lengkap. Soalan cikgu pun terlalu banyak, jadi
saya tak dapat tangkap yang mana satu soalan yang perlu di jawab dahulu.” Ujar
Cikgu Double R.
“Okey,
teruskan...”
“Bukan saya tak nak
ambil tindakan. Dulu dah banyak kali dah buat, tapi masalah sama masih juga
berlaku. Kemudian, bila tengok markah-markah peperiksaan mereka sentiasa
cemerlang jadi kami biarkan sahaja. Cuma masalah kecil je mereka buat, jadi tak
perlu di perbesarkan.”
“Tapi...” Cikgu
Timah GG menyampuk tapi sempat Cikgu Double R sambung balik ayatnya.
“Cuba, cikgu
tengok kerja sekolah yang cikgu bagi sepanjang cikgu mengajar dua bulan di
sekolah ini. Mereka sentiasa siapkan? Walau banyak mana pun kerja, mereka
siapkan?” Cikgu Double R berhenti sekejap ingin melihat reaksi Cikgu Timah GG.
Cikgu Timah GG
mengangguk sahaja.
“See? Sebab itu
cikgu-cikgu di sekolah ini, biarkan sahaja mereka buat. Tapi kalau dah melampau
memang kami akan tegur. Setakat tidur dalam kelas masalah biasa lagi. Baiklah,
segalanya saya sudah terang. Ada apa-apa lagi Cikgu Siti Fatimah Abu Kulup?”
soal Cikgu Double R setelah habis berbicara.
“Tak ada apa-apa.
Saya keluar dulu.” Aik? Terus tak tahu nak cakap apa dah?
Merah muka Cikgu
Timah GG menahan malu campur marah campur geram campur a.b.c lagi. Ehh?
“Sabar je lah aku
masuk sekolah ni. Minta tukar aku tahun depan kalau macam ni gayanya. Cikgu
dengan pelajar satu kepala. Sama je perangai.” Bebel Cikgu Timah GG geram lalu
menuju ke bilik guru.
.................................
Di dalam kelas,
sebelum menunggu cikgu masuk. Pelajar biasanya akan lebih suka membuang masa
dengan berborak, bergosip, bergaduh mungkin dan macam-macam lah. Tak sedar
agaknya mereka ni yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Saat langkah kaki
Haikal dan Hani masuk ke kelas. Semua pelajar sudah senyap. Takut ke? Apa yang
hebat sangat Haikal dan Hani sampai semua takut? Peliklah...
Mereka yang faham
sangat dengan situasi sebegini. Hanya tersenyum dan berkata. “Bereh bah.”
Dan satu kelas
mula bising dengan gelak ketawa seperti biasa apabila mendengar jawapan oleh
Haikal dan Hani.
Aneh, pelik?
Kenapa? Siapa mereka? Satu kelas hormat betul dengan mereka?
Syed Haikal Syed
Husin anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Anak kepada Syed Husin dan
Sharifah Zalina yang memilik sebuah empayar keluarga yang besar. Syarikat bla
bla bla. Manakala Tengku Hani Zulaikha Tengku Hanif yang merupakan anak tunggal
kepada pasangan bernama Tengku Hanif dan Ku Nisa’a. Mereka ni sebenarnya
mempunyai keturunan cinta monyet yang berkekalan. Sejak dari datuk nenek moyang
mereka lagi. Sehingga sekarang tiga keturunan sudah berlalu. Alhamdulillah,
bahagia sehingga malaikat Izrail datang mencabut nyawa.
Kini, anak-anak
mereka pula mengikut jejak langkah mereka. Syed Haikal dan Tengku Hani Zulaikha
yang di gelar pasangan ‘hot couple’ sekolah. Satu sekolah kenal, termasuk
cikgu-cikgu. Setakat ni, cikgu bersyukur sebab tiada masalah yang teruk berlaku
sekadar tertidur di dalam kelas. Itu biasa. Tetapi satu nak puji, otak mereka
berdua tip top. Memang sesuai sangatlah dorang ni kan? Insyaallah kekal.
“Terbaiklah korang
ni!” puji salah seorang rakan sekelas.
Mereka hanya
tersenyum bangga apabila di puji. Orang dah puji kan, tak akan diam je. Hehe.
“Korang pakai ilmu
apa hah? Asyik lepas je.” Tanya salah seorang rakan yang lain.
“Ilmu hitam.”
Jawab Haikal selamba.
Semua terkejut
dengan jawapan tersebut.
Hani mencuit
pinggang Haikal geram.
“Eh, mana ada!
Merepek Haikal ni. Jangan layan.” Pantas Hani menjawab sebelum jadi salah
faham. ‘Tak guna betul mamat ni.’ Desis hati Hani.
“Baguslah itu
merepek. Syirik kalau amalkan.” Ustazah kerek menyampuk.
Maaf. Ustazah
kerek nama gelaran di beri oleh budak kelas mereka kepada pemilik bernama Nur
Syuhada ini. Kelas 5S1 ni memang kepala gila-gila. Kalau boleh satu sekolah di
beri nama gelaran. Hubungan baik satu kelas sentiasa mendapat pujian guru-guru.
Bagus betul.
“Yela, Ustazah Nur
Syuhada binti Mahmod.” Balas Hani lalu menuju ke tempat duduknya diikuti oleh
Haikal. Rupanya mereka daripada tadi berdiri di depan menjawab soalan rakan
sekelas. Prihatin betul. Ehh?
Tak lama selepas
itu cikgu mata pelajaran Matematik masuk ke kelas memulakan pembelajaran
seperti biasa. Subjek Matematik merupakan subjek kegemaran bagi Hani,
bersemangatlah dia belajar. Apatah lagi cikgu yang mengajar boleh tahan kacak.
‘Awwww, melting,
melting ni!’ desis hati Hani.
Haikal yang perasan
dengan reaksi kekasihnya apabila waktu pelajaran Matematik mula cemburu tetapi
lama-lama di biarkan sahaja.
‘Eleh, Cikgu Amy
kita lagi cun ah.’ Desis hati Haikal. Teringat pula dia dengan Cikgu Amy yang
mengajar subjek Sains. Itu yang buat dia suka dan semangat belajar Sains yang
merupakan subjek kegemarannya sejak dulu lagi.
Hani memandang
Haikal di sebelahnya dan menghadiakannya sebuah jelingan ‘manis dan memikat’
lah sangat.
‘Aik? Dia tahu ke
aku fikir pasal siapa? Alahai...’ bisik hati Haikal.
Akhirnya, dengan
muka terpaksa Haikal menumpukan perhatian di depan. Kalau bukan kerana Hani kekasihnya dan matematik
subjek kegemarannya lebih baik dia tidur seperti subjek Sejarah tadi. Sejarah,
subjek yang mereka tak suka sejak azali lagi. Hairan juga dengan cikgu yang
mengajar Sejarah kelas ni, mereka tidur semasa mengajar tapi marakah tetap
bagus. Sepatutnya, Sejarah ni perlu tumpuan dalam kelas untuk faham dan
memperoleh markah cemerlang tetapi mereka lain punya spesis. Hahaha. Ehh?
-TO BE CONTINUE-
p/s Hyep, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! No gambar for this first chapter. Internet not in good mood. Lmao~ Okay how its story? Funny tak? Hehe. Mia actually nak buat cerita funny. Dan hope cerita ni dapat buat pembaca rasa apa yg cerita ni sampaikan xD Okay wait for next chapter. Terima kasih kerana sudi membaca.
Papai guys~!

Miaaa! Story plot lmbt! Sambung cpt2. Nak tahu tntg Hani dgn Haikal jeee
ReplyDeleteSengaja kasi suprise xD okay2 . coming soon :)
ReplyDelete