Malaysia! I’m coming back! Wah…
seronoknya. Tak sabar jumpa member-member. Alhamdullillah aku berjaya
menamatkan pengajianku selama 3 tahun di Negara matahari terbenam, Jepun
sebagai seorang pereka fesyen. Lepas ni aku pula yang take over butik mama tak
pun kalau diizinkan Insyaallah Aqish Collection akan dibuka. Hehehe.
Penampilanku? Alhamdulillah dah bertutup, tak pakai seluar jeans pendek or gaun
short or blaus short tetapi aku belum bersedia untuk bertudung walaupun itu
perkara yang dituntut sebagai seorang Islam. Mungkin selepas aku kahwin kot.
Dengan siapa? No komen.
Erul? Wah, dia makin hensem. Minah-minah
mata sepet semua nak dengan Erul siap bergaduh tarik rambut lagi. Hahaha.
Mujurlah kembar aku ni orang yang setia. Wah, setia dengan siapa? Siapa lagi
kalau bukan sahabat baik aku, Flora. Alhamdulillah, Flora bakal jadi kakak ipar
aku tak lama lagi. Dua bulan lagi mereka akan bertunang. Sempat pula Erul
melamar. Memang sempat sebab Erul sebenarnya balik sebulan lebih awal daripada
aku. Pengajian dia selesai sebab dia dah belajar setahun sebelum aku. Nak tahu
Erul melamar Flora di depan aku. Masa tu kami berskype dan aku melihat sendiri
Erul melamar Flora melalui skype. So sweet… jealous aku. Harap lamaran untuk
aku lagi sweet dari dorang. Huhuhu.
“Aish, mana Erul ni? Kata nak jemput
awal. Ni dah sejam aku duduk pandang kiri kanan menunggu macam orang sesat.”
Aku melihat jam ditanganku. Dah masuk waktu zohor dah.
“Tak guna betul! Kalau aku tahu dia
lambat, aku balik naik teksi tadi.” Bebelku sorang-sorang.
Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Kyaaa…
kenapa tak hidup pula ni? Arghhh! Bateri habis pula. Aish, kenapa malang nasib
aku hari ni.
Aku membuka ikatan shawl yang aku
lilitkan di leher. Rasa rimas pula ikat macam ni dengan cuaca yang agak panas
walaupun di airport ni sejuk.
Aku mencari public phone di sekitar
sini. Aduh, mana pulak pergi public phone ni? Rasanya tiga tahun lepas sebelum
aku ke Jepun, telefon awam tu kat sini. Arghhh!
“Ouch.” Aduh, siapa yang sesuka hati
langgar aku ni. Tak guna betul!
“Sorry cik, sorry.” Kata lelaki muda
itu. Aku meneliti muka lelaki itu di sebalik cermin mata hitam yang aku pakai.
Siapakah dia? Macam aku kenal tapi…
“Sayang… you buat apa kat sini? Jom,
aunty dah panggil tu.” kata seorang perempuan yang datang daripada mana entah.
Kami yang daripada tadi termenung
antara satu sama lain menjadi tersentak selepas kehadiran perempuan yang tak
diundang itu memanggil lelaki yang aku tak dikenali.
Aku memandang wajah perempuan itu.
Dia juga macam orang yang aku kenal tapi siapakah dua-dua makhluk itu?
“Key!” jerit seseorang dari arah
belakangku.
Aku senyum kepada mereka lalu pergi ke
arah pemilik suara yang memanggilku.
“Sayang! Siapa dia tu? I macam
kenallah.” Kata perempuan itu yang merupakan tunang si lelaki itu.
“Entah. I don’t know. Jomlah.” Balas
lelaki itu.
“Key! Sorry sebab lambat jemput kau.”
Kata Erul meminta maaf.
“Key? Key, sorrylah. Kenapa senyap
ni? Marah aku ke? Key? Akeyra Balqis?!” jeritan Erul di telinga membuatkan
tanganku spontan menumbuk perutnya.
“Ouch! Key!” aduh Erul selepas
terkena penumbuk sulung dariku. Padan muka siapa suruh jerit dekat telinga aku
ni. Tapi baguslah, ni kira hadiah untuk dia yang lambat jemput aku.
“Eh, sorry. Aduh, padan muka kau!
Hahaha. Ni kira ole-ole dari aku ye.” Tanganku menggosok-gosok perut Erul yang
kesakitan.
“Dah, tak payah sentuh.” Marah Erul.
“Eh, ni siapa patut marah siapa ni?”
tanyaku. Patutnya aku yang marah dia. Hish, tak guna betul.
“Aku marah kau. Sakit tahu tak. Kau
ni pun kuat juga kan. Aduh…” lantas tangan Erul menonjol perlahan kepalaku. Tak
berubah betul perangai dia yang satu ni.
“Tak guna! Dah jomlah hantar aku balik
cepat. Lekit dah badan aku ni tahu tak. Sejam aku tunggu kau. Lepas tu
macam-macam nasib malang jadi dekat aku balik Malaysia ni. huh!” bentakku.
Sengaja menunjukkan perasaan geram kepada Erul.
“Aloh, aloh. Kesian adik aku ni.” Erul
mengusap kasar kepalaku. Habis rambutku yang lurus ni.
“Woi, kau ni! Rosak
rambut ni tahu tak.” Marahku lalu tangan membetulkan rambutku semula.
“Hehehe. Meh sini troli tu aku
bawa.” Erul mengambil troli bagasi dariku.
Ketika berjalan menuju ke tempat
letak kereta aku nampak orang yang melanggar aku tadi. Bukan main mesra lagi
dia dengan perempuan tu. Eh, aku ni marah kenapa pula? Huh! Aku menoleh ke arah
lain saat matanya cuba memandangku. Buat-buat tak nampaklah.
Tertanya-tanya betul aku hari ni
dengan lelaki itu. Ah, pedulikanlah! Aku kisah sangat kenapa pula ni? Tiba-tiba
muka Ryzal menjengah di mindaku. Eh, kenapa ada muka dia pula ni? Si pujaan
hati patutnya dah mati dalam hati aku ni. mengingati dia buat aku rasa sedih.
Aku cuba padam perasaan ni tetapi tak berjaya. Ya Allah…
……………………….
“Key! Rindu gila aku kat kau tahu
tak. Huhu.” Ujar Flora selepas 5 minit memelukku macam nak mati. Aish, sabar je
lah.
“Dahlah raya tak nak balik, ada cuti pun tak
nak balik. 3 tahun kemudian baru nak balik macam orang betul-betul merajuk je
aku tengok.” Sambung Flora lagi.
“Banyaklah kau merajuk. Aku tak
balik sebab jimat duit tau. Nanti kalau aku selalu pergi balik, pergi balik
bankrap bapa aku.” jawapanku yang sentiasa penuh dengan alasan, alasan dan
alasan.
Aku merajuk ke? Bukan! Aku pergi
untuk belajar. Tiada istilah merajuk dalam kamus hidup aku. Ryzal? Arghh,
kenapa mamat ni selalu sibuk dalam kepala otak aku sejak balik dari airport
hari tu. Tak tenteram betul hidup aku sekarang ni! Tak guna.
“Eh, Key! Bapa kau boleh bankrap
ke? Setahu aku bapa kau duit dia sentiasa masuk. Tak payahlah kau guna alasan
tak logik gitu. Kita kawan dah lama weh. Aku kenal kau, kau kenal aku. Senget!”
bidas Flora pada alasan yang ku berikan.
“Err… tak logik eh? Haha. Yela
senget! Jomlah makan nanti kita pergi tengok wayang nak?” ajakku.
“Okey. Lepas tu teman aku beli
barang untuk pertunangan aku.” balas Flora.
“Eh, aku lupa! Orang ni bakal
kakak ipar aku kena hormat. Haha.” Sakatku.
“Kau ni sengaja buat aku malu!”
marah Flora.
…………………..
Pada pagi hujung minggu
ni aku pergi ke taman rekreasi untuk bersenam. Sihatkan badanlah katakan. Hmm,
saiz badan aku masih lagi sama tetapi ketinggian dah berubah sedikit. Hehe.
Mungkin sebab selalu bergayut kot tu yang tinggi.
Hari ni Erul tak dapat teman aku
berjoging. Kenalah aku pergi sorang-sorang. Kepalaku yang memakai headphone
bergoyang-goyang mengikut rentak lagu korea kumpulan Teen Top iaitu Miss Right.
Wah, lagu tu memang rancak bergoyang-goyanglah kepala aku sambil berlari anak.
Ada nampak macam orang gila tak? Haha.
Cerita-cerita tentang Ryzal yang
diceritakan oleh Flora tergiang-giang di telingaku sehingga lagu tadi hilang
sebegitu. Pada awalnya, aku tak berminat langsung hendak mendengar kisahnya
sepanjang aku tiada di Malaysia ni tetapi Flora paksa aku dengar juga. Tak
boleh buat apa-apalah.
“Ryzal dah terkenal tau sekarang.
Dia handle company keluarganya yang turun-temurun. Pemegang syarikat fesyen
terbesar di Asia ni. Dekat majalah-majalah sekarang banyak keluar
pakaian-pakaian dari syarikat dia sahaja. Cantik weh, nanti kita pergi butik
yang menjual pakaian dia.”
Aku macam tak percaya yang Ryzal
akan mewarisi syarikat keluarganya kerana mengikut catatan yang aku tulis pada
3 tahun yang lepas. Ryzal tidak berminat dalam bidang-bidang fesyen ni tetapi
keluarganya yang memaksa sehingga membuatkan dia stress. Itu sebab dia jadi
macam tu di sekolah. Cita-citanya yang sebenar ialah Doktor. Ya! Mana aku tahu?
Well, dia kan si pujaan hati aku. Celah mana je aku tak tahu semua aku tahu
tetapi sejak aku rasa macam orang bodoh, aku dah tinggalkan kerja part time tu. hehehe.
“And
you know what? Kau kenal Rania? She is your admirer’s fiancé now. Menurut
sumber, mereka bertunang atas desakan keluarga. One more thing, Ryzal yang kau
kenal dulu dan sekarang still sama. Hidup dalam keterpaksaan. Menyepi. Stress.
Kesian betul dia.”
Yes,
I know it! Ryzal, bogoshippo! Boleh ke aku dapat kau balik dari Rania? Dan
adakah kau yang aku jumpa di airport tu? Rania? Ya, perempuan tu memang Rania.
Tahi lalat manis Rania di tepi bibir. Aku masih ingat lagi! Ya Allah. Kau telah
pertemukan aku dan dia tapi…
“Ouch!” bahuku dilanggar sama seperti 3 tahun lepas.
“Maaf cik! Saya tak sengaja. Cik tak ada apa-apa ke?” tanya lelaki itu.
“Tak
apa.” Jawabku yang masih menunduk menggosokan bahuku yang sakit.
Aku
membetulkan headphone yang ku pakai lalu mendongak memandang lelaki itu.
“Ry…Ry…Ryzal?” tanyaku tergagap-gagap. Entah kenapa aku boleh jadi
gagap. Mungkin sebab tengok muka pujaan hatiku yang sudah 3 tahun aku
meninggalkannya.
“Ya,
saya? Awak kenal saya?” seperti 3 tahun lepas. Dia tidak mengenaliku. Aku tidak
tahu itu hanya sengaja atau benar dia memang lupakan aku. Ahh! Key, kumbang
bukan seekor okey. Cari lain je lah!
“Maaf
saya mungkin salah orang.” Kataku dan terus berlalu dari situ.
Panas membahang aku tiba-tiba tanganku digenggam seseorang tanpa sempat
aku pergi. Siapakah?
Ryzal pegang tangan aku?
“Tunggu!” dia tarik tanganku dan memelukku. Aish,
macam drama korea pula.
“Eh?” aku terkejut betul dengan tindakan drastik yang tiba-tiba itu.
Astaghfirullahalazim! Aku melonggarkan pelukan itu berharap dia melepaskan
pelukan yang kuat sehingga boleh menyesakkan jantungku.
“Maafkan saya tapi saya betul-betul rindukan awak.” Katanya yang
tiba-tiba itu membuatkanku rasa panas membahang.
Aku
menundukkan mukaku. Malu. Pipiku merah telah kelihatan.
“Kenapa dengan awak ni? Bukan awak tak kenal saya? Tapi awak peluk saya
lepastu cakap rindu saya. Awak ni ke…”
“Shhh.” Ryzal meletakkan jari telunjuknya di bibirku.
“Tak payah cakap banyak. Saya nak awak bersama saya selama-lamanya dan
menjadi yang halal untuk awak supaya dapat peluk awak ketat-ketat.” Aduh, Ryzal
buat drama apa ni? Jiwang sangatlah. Oh, si pujaan hati! Jangan buat aku cair
macam ni.
Tiba-tiba Ryzal duduk berlutut dan mengeluarkan sesuatu dari dalam poket
sweater yang dipakainya. Cincin!? Jinja? (betul ke)
Dia menghulurkan cincin itu kepadaku dan … “Tengku Akeyra Balqis, will
you be my honey in my hurt heart? Be my loyal admirer. Be my wife Key?”
What the …?! Aku mimpi apa semalam?
Ya Allah! Pujaan hati aku melamar aku. Ya Allah! Perkara yang aku minta menjadi
kenyataan. Cara dia melamar lagi sweet daripada Erul melamar Flora. Apa aku
patut buat ni? Ikhlas ke dia? Eh, Flora cakap dia tunang Rania. Ya Allah! Dia
tunang orang. Hak orang lain. Aku tak patut terima. Aduh, serabut! Ottokhae?
(macam mana)
“Key? Key? Keyra?”
“Hah?”
“Would you be my wife? Palli(cepat) give your answer. I’m very glad if
you say Yes to my purpose.” Ujarnya bernada romantik gitu.
“Errr? Aghhh? Errr?” aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Tiba-tiba ada satu sorakan yang datang dari orang ramai yang
sedang beriadah di taman rekreasi ini.
“Terima! Terima! Terima! Terima!” sorakan daripada masyarakat di situ.
Amboi, aku rasa istimewa pula dan sangat, sangat, sangatlah teruja sangat. Tak
terkata kau! Banyak sangat aku punya sangat. Hahaha.
Nak terima ke tak ni? Hmm…
…………………..
-CONTINUE-
p.s Done Part 2. Ada lagi sambungan. Last punya. hehe. Sikit je lagi nak habis cerita dia tapi sengaja bagi suprises. haha. Okey, Mia minta maaf kalau cerita Mia buat korang bosan. Mia dah cuba yang terbaik. Mia tak kisah, Mia terima apa-apa teguran dengan hati terbuka tapi janganlah kasar sangat. hehe. Btw, Mia tak sempat edit lebih-lebih. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum.

nak lagi..:D
ReplyDeleteThanks kerana sudi baca. I will soon. Wait k ;)
Delete