Sunday, 8 December 2013

Why, I'm loving you? [Full Fanfic]



    Di dalam kelas.
      “Okay serious talk! Aku menyampah dengan dia! What the heck he trying to do huh!?” Jei terlalu geram dan marah sehingga buku yang di pegang di hempaskan ke meja.
       Semua pelajar di dalam kelas memandang dia. But who’s care?
       “Jei, apa masalah kau ni? Masuk-masuk dah mengamuk bagai. Chill okay.” Cao Lu kawan baik Jei cuba menenangkan kan dia yang tengah panas.
       “Chill otak kau! Dulu boleh chill makan cili. Now, aku nak makan cili pun terasa pedas ni kan nak chill bagai. Omgee… Geram seh!” bengang Jei lagi.
        “Err, Jei. Cili memang pedas tu pasal kau makan rasa pedas. Apalah kau ni!?” Hyemi yang lurus bendul berkata.
        Jei yang sedang panas dan lagi bertambah panas apabila mendengar Hyemi berkata. Dia memandang tajam kepada Hyemi.
        Hyemi yang perasan hanya menunduk. Kecut perut nak pandang Jei kalau dia tengah marah.
      ‘EEE… mulut aku ni pun satu. Dah tak tahu apa-apa pergi menyampuk kenapa?’ desis hati Hyemi sambil tangan menepuk-nepuk mulutnya yang nakal ni.
       “Kau ni Jei. Apsal hari ni terlebih baran ni? Kau macam tak kenal si Hyemi yang lurus ni.” Cao Lu bersuara.
       “Erm. I’m sorry guys…” Jei sedar akan kesilapannya yang terlebih emo dengan sahabatnya. Bukan salah dorang tapi sebabkan orang lain mereka yang kena tempias.
       “Okay, sekarang cerita. What is going on?” kata Cao Lu.
      Jei memandang Cao Lu dan Hyemi yang mengangguk mengiakan.
      ‘Eh, tak kan aku nak cerita kat dorang ni? Malu siott dan geram bangang. Erghh.’ Desis hati Jei.

       “Hehe. Tak ada apa-apalah. Mungkin sebab aku period kot. Hehe.” Jei menayangkan ‘fake smile’ kepada dua orang sahabatnya itu. Cao Lu dan Hyemi.


“Lahai, okey aku faham.” Hyemi berkata lurus.
       “Erm, korang aku pergi toilet dulu okey. Tak tahanlah. Hehe. chaw!” Jei keluar menuju ke tandas.


Di dalam bilik Jei.
    Jei yang kepenatan pulang dari sekolah lalu mencampakkan diri di atas katil yang empuk itu.
     Kejadian yang tak patut di ingat menerjah masuk ke fikirannya di saat dia memejamkan mata untuk terlelap.
     Jei mengeluarkan buku dari lokernya untuk subjek yang seterusnya. Keadaan di situ agak sunyi kerana pelajar lain awal-awal sudah menyediakan buku. Hanya dia je yang pemalas nak bawa buku banyak-banyak. Tambahan lagi dia suka membuang masa dengan berjalan-jalan menuju ke loker dan mengambil buku masuk ke kelas.
      Tiba-tiba dia rasa seperti di ekori seseorang. Pusing ke belakang. Tak ada orang. Okay this is erghh seram seh. Meremang bulu roma. Dah lah bangunan ni bangunan lama. Aww scary boh!
       Jei makin ketakutan apabila dia merasakan sesuatu yang menyentuh bahunya dan …
      “Hye Jei!” satu bisikan halus kedengaran di telinganya.
       Jei berpusing dan hmm sudah dia agak siapa. Zhang Yi Xing atau lebih dikenali sebagai Lay. Tapi kalau Jei nak je panggil Leympeng sakai! Lempang karang si Lay ni!
       “Kau apahal? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku je.” Marah Jei.
       “Tak ada apa. Cuma ...”
       “Cuma what?!” jerit Jei geram.
       Cupp!
       Satu kucupan hinggap di pipi Jei.
       Lay senyum dan berlalu pergi meninggalkan Jei yang terkejut dengan tindakannya.

       ‘Sorry dear, but I just can’t control myself.’ Lay berkata di dalam hati.
        Dan Jei punya feeling.
       “ Arghhhh! Tak guna punya jantan! This is too much beb! Huhuuu… pipi aku. Why you do this to me Lay?” Perasaan Jei sekarang geram + marah +sakit hati + rasa macam nak bunuh orang = suka?
        Jei buka mata dan bangun dari pembaringannya.
       “No! No! No! What this feeling? Okay, aku tak nak! Errghh. Aku tak nakkkk!” Jei menjerit satu bilik dengan perasaan geram.
       Pintu bilik di buka dengan ganas.
       Muncul abang Jei yang bernama Junsu a.k.a Jun K.
      “Baby boo, are you okay huh?” Jun K bertanya risau.
      “I’m okay oppa. Don’t worry. Hehe. Jei buat drama tadi.” Kata Jei dengan berbohong.
      “Oh, okay! Anything tell me my dear.”
      “Ofcorse oppa. I will. Hehe.”
       “Jom, omma panggil makan hari ni abang masak dengan omma. Your favourite.”
       “Serious? Okay, bagi Jei mandi dulu. Berlekit dah badan ni.”
       “Patutlah bau busuk masuk bilik ni.”
       “Oppa!”
       “Oppa gurau je lah.” Jun K menggosok manja kepala adiknya lalu keluar dari bilik tersebut.



Di sekolah.
       Jei pergi ke sekolah seperti biasa. Rasa sunyi pula datang awal-awal ni. Dulu Jun K oppa ada jadi dia tak terasa sunyi sangat datang awal-awal tapi dia dah habis sekolah pula sejak tahun lepas. Nak harapkan si Cao Lu dengan Hyemi datang awal? Memang tak lah.
      Jei memang suka datang awal ke sekolah. Tak tahu kenapa tapi sejak dari dulu dia suka datang awal ke sekolah. Sampai ke sekolah pun bukan dia masuk ke kelas belajar tetapi dia pergi ke sesuatu tempat yang memang tak ada orang tahu dan jumpa kecuali dia dan tukang sapu sekolah mungkin?
     Terletak di bangunan baru sekolah. Jei duduk di atas bangku yang sudah tersedia di atas bumbung rata bangunan sekolah ini. Bangku ni mungkin pekerja punya agaknya. What ever lah!
      Di sinilah tempat dia berangan, menyanyi, cakap sorang-sorang, luahan perasaan terhadap … erm Lay? Ya, Lay! Dalam diam dia suka Lay jadi untuk buang perasaan tu jauh-jauh dia kena bersikap ego, kasar dan brutal sikit dengan Lay. Dia malas dan tak suka bercouple-couple ni. Nanti rasa asyik kena control lepas tu tak boleh tegur lelaki lain. Hish macam orang dah kahwin pula. Rimas pun ada, asyik nak berkepit je. Contoh? Abang dia dengan si sexy Hyuna tu. EEeeee… dia memang tak berkenan dengan minah tu tapi bila abang dia suka. Terima hakikat jelah. Cinta itu buta kan…
      Untuk sekali lagi Jei mengeluh.
     “Why I falling in love with you dude? What you have done to me? Arghhh! Serabut lah!” bentak Jei sorang-sorang.
       Kalau ikutkan Lay itu seorang yang baik, kaya, pandai, hensem, peramah, serba serbi yang baik semua kat dia. Tapi sebab perasaan suka ni wujud. Jei hanya melihat dan melayan Lay pada sudut negatif. Dia perlu buang dan memang wajib buang perasaan suka ni.
       “I don’t want to hurt again…” Jei menitiskan air mata tiba-tiba.
Setahun yang lalu…
       Hari ni hari yang ke 30 hari Jei menjadi kekasih Sungjae. Dah lama Jei impikan untuk menjadi kekasih Sungjae. Lelaki yang di minatinya dalam diam. Her crush! Jei pun tak tahu kenapa Jei suka dia sangat. Dia biasa je orangnya dan disebabkan sikap dia yang biasa tu Jei jatuh cinta kot.
       “Hai, sayang. Termenung jauh kenapa? Rindu saya ye?” tanya Sungjae yang sudah duduk di sebelahnya sambil tangan memeluk bahu Jei.
       Jei senyum. “Haah. Rindu. Saya rindu sangat dekat awak…” Jei bersuara manja lalu memeluk kekasihnya itu.
      Mereka berada di taman yang terbuka ni. Masing-masing melayani perasaan jadi tak perlulah nak kisahkan mereka yang sedang bermesra ni.
       “Ala… comelnya dia ni. Geram saya tengok rasa nak gigit je awak.” Ujar Sungjae lalu mencubit geram pipi Jei. Tak dapat gigit cubit pun jadi.
       “Awak… sakitlah pipi saya ni. See? Dah merah ni.” Jei mencebik pura-pura merajuk. Well, dia suka di pujuk bila merajuk.
       “Erm, kesiannya kekasih saya ni kena cubit dengan saya. Awak comel sangat bila buat muka macam tu. I just can’t control when see your cute face. Sorry sayang.” Sungjae mengusap-usap lembut pipi Jei yang di cubit olehnya.
        Panas membahang pipi Jei bila di usap lembut oleh kekasih hatinya.
        “Awak, dah lah usap pipi saya. Malu orang tengok.” Jei menarik tangan Sungjae dari pipinya.
        “Awak tak suka ke saya pujuk awak macam ni?” Sungjae tiba-tiba terasa. Aik? Dia pun nak merajuk juga ke?
         “Eh, bukanlah. Aduh , awak jangan salah faham. Kita kan dekat tempat open ni. Malulah sikit wak…”
         “Okay fine. Jom!” Sungjae bangun lalu menarik tangan Jei.
         “Eh, nak pergi mana ni?” soal Jei pelik.


Sungjae mendekatkan diri kepada Jei dan berbisik di telinga Jei. “Kita pergi tempat yang tertutup and …” cupp! Sungjae memberi kucupan hangat di pipi Jei.
         Sungjae yang perasan riak muka Jei yang menahan malu terus memeluk pinggang Jei dan pergi dari situ.
3 hari kemudian…
         Hari ni Jei tak keluar dating dengan Sungjae seperti hari-hari minggu sebelum ni. Sungjae kata dia ada masalah keluarga. Jadi, biarlah Sungjae sibuk dengan family dulu. Di kesempatan ini, Jei mengambil peluang untuk keluar membeli-belah bersama sahabat-sahabatnya yang tercinta. Cao Lu dan Hyemi.
         Sejak dia bersama Sungjae. Peluang untuk berjumpa Cao Lu dan Hyemi sekejap je. Mahupun di sekolah atau di rumah sebab hari-hari masanya bersama Sungjae. Belajar pun bersama Sungjae. Bahagianya rasa…
        “Jei!” jerit Hyemi dan Cao Lu serentak dari belakang tempat dia duduk. Dekat 15 belas minit dia di kafe ni sorang-sorang menunggu sahabatnya.
        Kenal sangat suara tu. Jei pusing ke belakang lalu bangun memeluk kedua-dua sahabatnya sekali gus. Rindunyaa….!
       “Rindunya aku kat korang. Muahh muahh muahh.” Ujar Jei dengan gaya yang menggedik sikit.
       “Aku pun!” Cao Lu kata.
       “Aku juga sama!” Hyemi kata.
       Pelukan di leraikan setelah puas memeluk. Cehh, macam berabad tahun tak jumpa padahal Cuma dah lama tak berborak bergosip. Huhu.
       Habis makan dan berborak semua. Bercerita pasal aku dengan Sungjae. Kemudian Cao Lu ada cerita pasal Lay tapi aku hanya abaikan cerita pasal Lay tu. Well, fikiran, hati, akal dan perasaan aku semua kat Sungjae tu yang tak ada hati dengar Cao Lo cerita pasal Jei.
       Kemudian kami bertawaf satu mall ni. Shopping!!!
       Tiba-tiba langkah kaki Jei terhenti sebab Hyemi menahannya.
       “Dah kenapa kau ni Hyemi?” tanya Jei.
       “Haah kau kenapa berhenti tiba-tiba kat tengah orang nak lalu ni?” Cao Lu pula soal.
       “Erm… errr. Tu!” Hyemi menuding jari menunjukkan sepasang couple yang bermesra mengalah orang berkahwin di suatu kedai pakaian yang ada di dalam bangunan ini.
       “Sungjae?” kerana terkejut beg plastik yang ada barangan yang di beli terlepas dari tangan Jei.




        Bukan main mesra. Sungjae memeluk erat pinggang perempuan yang sedang memilih pakaian. Sungjae sempat juga menghadiakan kucupan hangat di bahu perempuan yang terdedah itu. Perempuan itu menjerit kegelian sambil menampar manja dada Sungjae yang telah melepaskan pelukannya.
        Jei yang menyaksikan adegan romantic itu hanya diam + terkaku + terkejut = menangis.
       Tahu akan perasaan yang di hadapi oleh sahabat mereka. Cao Lu dan Hyemi menarik Jei untuk pergi dari sini. Lebih baik pulang ke rumah. Biar Jei menenangkan hati dan perasaannya yang terluka ini.
        Teresak-esak Jei menangis keseorangan di atas bumbung bangunan ini bila teringatkan kisah lalu yang menyakitkan.
        “It’s hurt. Very hurt. I can’t forget it what you did to me bastard!” jerit Jei dengan perasaan geram yang hanya di dengari oleh burung yang beterbangan dan … Lay!
         Tanpa Jei sedar sebenarnya Lay sudah lama perhatikan Jei. Lay tahu Jei sakit hati. Lay tahu Jei menangis. Lay tahu Jei berangan. Dan semuanya Lay tahu. Ya! Dalam diam Lay memang sukakan Jei tapi dia tak tahu macam mana nak mulakan. Jei pun sentiasa berkasar dengannya. Apabila dengan orang lain Lay peramah seperti biasa tetapi apabila berhadapan dengan Jei automatic dirinya jadi lain.
         Lay yang perasan Jei ingin berdiri cepat-cepat Lay melangkah pergi dari situ sebelum rahsianya terbongkar. Dia masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya.
         “Jei, cuba tengok Lay tu. Baikkan? Dah lah hensem, kaya awww aku melting siaaa.” Ujar Hyemi yang lurus sikit perangainya.
         Cao Lu memukul perlahan kepala Hyemi. “Woi, kau ni kan Jei tak suka dengan Lay. Yang kau nak pergi promote tu kenapa?”
         “Jei tak suka. Tapi aku suka. Aww aww. Melting… tengok lesung pipit dia tu bila senyum. Tak kan Jei tak suka kot? Entah-entah jatuh cinta dalam diam kan Jei?” kata Hyemi.
         Glupp! Terasa seperti ada batu menghempap kepala Jei.
        ‘Mana minah ni tahu? Tak sangka kawan aku yang lurus bendul ni pandai juga. Hehe.’ desis hati Jei.
         “Hyemi! Dah lah tu. Kau ni memandai je. Kau pernah nampak ke Jei melting macam kau? Dia nak bagi penampar je aku tengok kalau Lay muncul.” Balas Cao Lu dan dua orang ni mula berlawan mulut. Sorang back up Jei, sorang lagi menangkan Lay dan Jei tersepit tengah-tengah antara dua makhluk ni.
          “Korang dah lah tu! Aku tak suka Lay dan tak akan suka dengan that naughty boy ever! Arraseo?” akhirnya Jei bersuara memberi kata muktamad.
          “Yeah, Hyemi! Aku menang. Jangan lupa belanja aku aiskrim yang mahal kat kedai depan tu eh?” Cao Lu berkata keriangan kerana kemenangan berpihak kepadanya.
            “Alahai, Jei apsal kau tak cakap suka je. Kan aku dah kena belanja aiskrim minah ni.” kendur suara Hyemi yang dah kalah.
            Jei merenung tajam anak mata Hyemi.
           “Eh? Hehe. okay-okay! Sorry. Kau tak suka Lay. Tak suka Lay okay.” Takut Hyemi. Memang lurus bendul betul lah.

           Bas berhenti di tempat biasa. Seperti biasa Jei berjalan kaki pulang ke rumah dari tempat bas yang memberhentikannya. Lebih kurang 500 meter jarak ke rumahnya.
         Jei berjalan-jalan sambil menyanyi lagu kegemarannya.
        “Hye Jei!” seseorang yang amat dikenali menegurnya.
        “Hmm, hye.” Balas Jei malas lalu mempercepatkan langkahnya. Malas dia nak berjalan dengan musuh hati dia ni. Sebenarnya, Jei tengah menahan perasaan debar.
        Lay tiba-tiba menarik tangan Jei dan memeluknya.
        Jei kaku dan terkejut. Jantung dia bukan main berdegup pantas dan pipinya rasa bahang sangat sekarang ni.
        Bila teringat balik kesakitan yang pernah di alami dulu dan perasaan yang tak patut wujud pada Lay. Jei menolak kasar pelukan Lay.
       “Apa kau buat ni?!” Jei bertanya kasar untuk menutup perasaan getar di hati.
       “Err, maaf!” Lay mengosok-gosok belakang kepalanya dan tersenyum menampakan lesung pipit.



        Serious talk! Kalau lah Jei boleh tepis perasaan ego dia ni. Memang kat sini juga dia pengsan.

        ‘Lay, why you look so handsome. Aish, stop make me melting dude! Coz I need to forget this feeling! Shit it!’ bentak Jei dalam hati.
        “Jei?” Lay menyentuh pipi Jei tiba-tiba.
        Jei menepis tangan Lay.
        “Apa ni? Main sentuh-sentuh orang pula!” marah Jei.
        “Eleh, tak luak mana pun.” Hah dia dah mula dah sikap dia.
        “Aku sengaja pegang nak rasa ada bahang tak kat muka kau lepas aku peluk kau? Dan yeh, kau tengah menahan malu dan dalam hati kau mesti tengah suka gilakan sebab dapat pelukan hangat dari aku.” sudah Jei agak jawapan ini.
        ‘Why Lay? Please, don’t give me any hopeless. I don’t want to get hurt again.’ Kata-kata yang hanya mampu di luahkan di dalam hati Jei.
         “Ahh, blah lah kau! Kau fikir kau bagus sangat? Kau hensem sangat? Sampai aku kena suka dan gilakan kau sebab peluk aku? Hantu k hantu. Memang tak ah!” amik kau. Kena balas balik dengan kata kesat Jei. Ini Jei lah. Sungjae yang ajar Jei jadi kasar macam ni. Disebabkan dia Jei jadi keras hati dan dia sekarang cuba melawan perasaan suka pada Lay.
         “Wowowowo. Nak menipu bukan dengan aku lah Jei. I know you better than you know me.” Kata-kata Lay mengundang seribu pertanyaan pada Jei.
        “Apa maksud kau?” ayat yang Lay cakap simple je tapi seperti ada makna tersirat di sebalik ayatnya.
        “Apa?” balas Lay pura-pura tak tahu apa yang dia cakap tadi. Lay hampir sahaja membocorkan rahsianya sendiri.
        “Ah, lantaklah!” Jei terus melangkah pergi meninggalkan Lay.
       Lay mengejar Jei. “Jei tunggu aku!”
       ‘Eh, apsal mamat ni nak kejar aku? suruh aku tunggu bagai.’ Malas nak menghadap Lay lagi, Jei terus lari laju.
       Tetapi… sempat di kejar oleh Lay. Lay menarik tangan Jei untuk berhenti.
       “Eee, lepaslah bangang!” hah kan bangang sebijik Jei bagi.
       Lay tidak menghiraukan kata-kata kesat itu. Dia menaikkan tanganya ke tepi rambut Jei dan …
       “Eh, kau nak buat apa ni?”
       “Shhh… ni hah klip rambut kau terjatuh tadi. Aku tolong pasangkan je.”
       Mereka semakin mendekat dengan perasaan yang berdebar-debar.
       Kedudukan masih static seperti itu setelah sepuluh minit berlalu. Melawan ego punya pasal. Jei menolak Lay sekali lagi dan berlari meninggalkan Lay. Berharap Lay tidak akan mengejarnya lagi.

Di bilik Jei.
       “Ahhh. Benci! Benci! Benci!” jerit Jei setelah masuk ke dalam bilik. Beg sekolah di campakkan ke tepi dan di membaringkan diri di atas katil.
       “Lay, you know what? I’m in love with you.”
       “Lay, you know what? I can’t hate you.”
      “Lay, you know what? You make me going crazy with this shit feeling!”
      “Ahh, Lay! Why I’m loving you?”
      Selepas berkata sorang-sorang. Air mata yang berlinangan mula menitis di pipi Jei.
      “It’s hurt. Really hurt in my deep feeling. I hate this feeling!” jerit Jei.


Pintu bilik Jei di ketuk dari luar.
      “Jei, boleh oppa masuk?” kata Jun K.
      Cepat-cepat Jei menghapuskan air matanya sebelum soalan yang bertubi-tubi akan keluar oleh abang kesayangannya itu.
       “Erm, masuk je la… Jei tak kunci pintu.”
       Jun K masuk lalu duduk di sebelah Jei dan memeluk bahu Jei erat. Jei yang tak boleh menahan lagi perasaan sakit terus menangis di dada abangnya.
       “Oppaa… It’s hurt oppa. I just can’t control this feeling. I … I …” Jei kehilangan kata-kata.
        “Shhh, let the tears out first then you tell me the story. I’m here with you.” Selepas Jun K berkata. Jei terus memeluk abangya dan menangis semahunya. Dia tak boleh simpan dah air mata ni.
       Jun K menggosok-gosok belakang Jei supaya Jei selesa dan tenang.

Beberapa minggu kemudian …
      “Jei betul ke kau ni tak ada apa-apa perasaan langsung dekat Lay?” Tanya Cao Lu.
      Jei yang sedang menikmati Double cheese burger special di kantin sekolah terus tersedak. Hyemi yang sengal tu cepat-cepat menghulurkan air minuman kepada Jei sambil tangan menepuk-nepuk belakang Jei.
      “Cao Lu kau ni tanya soalan sensitif lah kat kawan kita ni. Tengok dah tersedak dah ni.” marah Hyemi.
       “Aku rasa aku tahu apa perasaan kau. Dari muka kau dan ekspresi kau yang terkejut sampai tersedak aku dapat agak dah…” kata Cao Lu.
       Jei dah mula tak senang duduk. Tiba-tiba punggung dia terasa panas pula.
       ‘Aduh kenapa lah time macam ni dia nak tanya aku pasal si Laympeng tu. Hah si Lay ni pun satu apa mood tiba-tiba makan dekat depan meja aku. Siap menghadap aku lagi. Aduh, aku dah lah jenis mengelabah memang tahap cipan.’ Jei bermonolog.
           “Woi, Jei! Berangan pula dia ni. Ke kau pandang mamat belakang aku ni?” Cao Lu mula serkap jarang.
           “Eh, mana ada. Mana ada. Merepeklah kau. Weh jom lah bla dari sini. Aku rimas lah.” Kata Jei yang sudah bersedia untuk bangun.
           Namun, tangan dia di tarik oleh Cao Lu yang duduk di hadapannya.
          “Kau duduk dulu okay? Kau tak jawab lagi soalan aku.” kata Cao Lu.
           Jei dengan malasnya terpaksa duduk balik. “Soalan apa kau ni?”
          Hyemi yang sedang makan menyampuk. “Soalan sama ada kau suka Lay ke tak?” Hyemi sambung makan semula.
         “Ohh, haha. Erm, haha, entah. Haha. Dah lah weh tanya soalan pelik-pelik ni. Kau dah tahu pun kan jawapan dia. Malas aku nak ulang lagi.” Kata Jei lalu bangun dan ingin melangkah pergi malas dia nak layan kawan-kawan dia yang suka menyibuk ni.
         Cao Lu dan Hyemi memandang sesama sendiri dan tersenyum.
        Mereka lantas bangun dan mengejar Jei. “Jei tunggu kitorang!”

Di atas bumbung sekolah
       Hari ni dia rasa malas nak pulang ke rumah awal. Ya, dia tak nak terserempak dengan si Laympeng tu. Nanti macam-macam dia buat supaya Jei tergodalah kan. Oh, memang tak lah. Selepas Sungjae curang dengan dia. Pendinding hatinya telah dia sediakan untuk menepis perasaan suka kepada manusia bernama lelaki! Noktah!
       Tapi… Lay pula pergi curi hati dia dan susah betul dia nak mengelak. Dekat sekolah jumpa, balik sekolah jumpa, dekat rumah pun jumpa sebab Lay berjiran dengan Jei. Aduh, tu yang susah nak elak.
       Jei mengeluh.
      “I think I love you.”
      “Eh, no! I can’t love you.”
      “Cool Jei, Cool. You can’t avoid this feeling. Ya, kau boleh. Ya!”


      “Ehemmm!” suara seseorang yang di sangka suaranya sendiri.
       ‘Eh, suara aku ke tu? Tapi bila masa aku berdehem pula ni? aduh, meremang dah bulu roma ni.’
        Jei bingkas bangun ingin meninggalkan tempat ni. Dia mula rasa tak sedap hati. Jei pusing ke belakang kerana pintu terletak di belakangnya dan …
       “Lay?”
       Jei terkejut.
       Lay senyum menampakkan lesung pipitnya.
       Jei rasa nak pengsan je sekarang bila nampak senyuman tu tapi tak boleh sekarang sebab dia tengah meninggikan ego balik rumah nanti baru dia pengsan kot.
       “Yes I am. Terkejut?” tanya Lay.
       Lay melangkah ingin mendekatkan diri kepada Jei.
      “Eh, jangan dekat dengan aku. Jangan!”
       Lay tidak mempedulikan kata-kata Jei. Dia semakin mendekatkan diri kepada Jei.
       “Kenapa kau takut ni Jei? Rileks okay. Aku bukan nak buat apa-apa pun.” Ujar Lay yang sudah berdiri tegak di hadapan Jei yang kecik ni.
       “Okay fine! Now, why you are here? Dan tadi tu memang suara kau yang berdehem?”
       “I’m here sebab…..” Lay tundukkan badannya sedikit dan berbisik pada Jei. “Because…. Haah tadi suara aku. haha.”
        ‘Cettt, dia main-main pula dengan aku ye. Sabar Jei sabar.’
       Jei menolak perlahan badan Lay yang hampir dengannya. Hati dia yang berdegup laju tak dapat di kawal. Bila-bila masa sahaja mulut dia ni gatal nak buat luahan perasaan pada Lay. Jei terus ingin keluar dari situ tetapi tangannya sempat di pegang oleh Lay yang menahan Jei dari pergi.
       Jei yang sedar tangannya di tarik cuba untuk melepaskan pegangan Lay. Namun usahanya gagal.


      “Kau dah curi hati kau fikir aku senang nak lepaskan kau pergi macam tu je?” Lay bersuara. Dia memusingkan badannya menghadap Jei. Pegangan masih belum di lepaskan. Lay tahu nanti Jei pasti akan lari. Dia perlu buat pengakuan hari ni. Hati dia tidak tahan menanggung rindu dan memendam perasaan buat Jei. Biarlah Jei nak terima ke tidak asalkan dia sudah meluahkannya. Tetapi dia tetap berharap Jei akan menerimanya kerana hatinya kuat mengatakan Jei ada menyimpan perasaan padanya.
       “Apa maksud kau ni? And please lepaskan tangan aku. It’s hurt.” Jei mula mengendurkan suara apabila menyebut perkataan terakhir itu.
       “I’m sorry Jei. I can’t let you go start from now. Aku… aku erm.” Lay mengosok-gosok belakang kepalanya menggunakan sebelah tangan lain. Dia sendiri nervous.
       “What?!” Jei mendesak. Dia pun sendiri sedang menahan gelora di hati. Tak tahan nak pendam lagi. Tembok dinding yang kukuh ni terpaksa di runtuhkan juga.
         “I’m falling in love with you Jei.” Luah Lay lalu menarik Jei ke dalam pelukannya.
          Jei terkesima + terkaku + terkejut = terharu.
         Lay membisikkan sesuatu di telinga Jei. “And don’t ask me why I’m loving you.” Pelukan di lepaskan lalu ciuman hangat di hadiakan di dahi Jei. Merah padam muka Jei menahan malu.
          “Eeee… awak blushing lah. Comelnya…” panggilan kau aku sudah bertukar kepada saya awak secara automatik.
          “Mana ada. Merepeklah awak ni! Saya malu lah.” Jei malu lalu menundukkan wajahnya menahan bahang.
           “So, do you love me too Jei?” tanya Lay dan hatinya berharap Jei akan jawab. “Yes I do!”
           Tapi sayangnya Jei tidak menjawab. “Yes I do!” tetapi…
          “I also loving you for no reason Lay!” jawab Jei.
           Dengan perasaan bahagia antara mereka Lay terus memeluk dan mengangkat Jei sambil berpusing-pusing keriangan. Pening di kepala ketika berpusing tidak dihiraukan apabila cinta menguasai.
          Mereka berhenti berpusing dan berdiri menghadap. Mata merenung ke mata masing-masing.
          “Thanks sayang. I will love love love love you ever.” Jerit Lay di atas bumbung sekolah. Bukan ada sesiapa dengar melainkan burung-burung yang terbang.
         “I do. I do love love love love you too ever Lay!” jerit Jei pula.
         Bahagia menguasai, cinta di terima, hati menjadi senang. Bibir mereka bertaut sebagai tanda cinta mereka.

-THE END-


p/s Hyep! Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Seperti yang telah dijanjikan kali ni Mia buat fanfic. Hoho. First time Mia tulis fanfic. Selama ni cerpen je Mia tulis. Fanfic ni dah lama Mia tulis hari ni baru buat ending dan siap terus Mia post. Tak sempat edit plus malas. xD Lagipun internet Mia kejap okay kejap tak. Hari ni dia okay tu yang Mia nak post terus. Hope enjoy my first fanfic. Kepada kpopers korang mungkin rasa Lay dan Jei tak sesuai tapi Mia rasa dorang sesuai sangat even the fact is Jei adalah noona kepada Lay. xDD Fanfic random idea okay, sorry kalau rasa cerita ni macam ciplak somewhere tapi the truth is Mia ciplak dalam kepala otak Mia bukan copy idea sesiapa. Okay thanks kerana sudi membaca fanfic yang mungkin so-so sikit. xDD btw nanti Mia akan post kan e-novel pula yang dah lama Mia type tapi malu nak bagi orang baca. Sekian :)
Byye!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Like sekali.

3 comments:

  1. Hensem nya~ Bila dia ckp korea nmpk mcm comel je~ Hahaha!!

    ReplyDelete
  2. My potato chips nih sungguh hensem!! *melting

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofc hensem, Mia spazzing pun melting juga. hehe

      Delete

Mari meriahkan suasana..